Bersendirian itu Ibadah.
Abdul Wahid bin
Zaid menceritakan yang dia berjalan dengan seorang pendeta.
“Wahai pendeta. Engkau amat suka untuk
bersendirian.”
Pendeta itu menjawab: “Wahai saudaraku.
Kalaulah engkau merasakan manisnya seorang diri itu, nescaya engkau tidak mahu
sindiran itu datangnya daripada (mulut) engkau. Seorang diri itu adalah kepada
ibadah.”
“Wahai pendeta. Sekurang-kurangnya apakah yang
engkau dapat dengan bersendirian itu?”
“Kesenangan daripada di kelilingi manusia dan
selamat daripada kejahatan mereka.’
“Wahai pendeta. Bilakah seseorang hamba itu
akan merasa kemanisan berjinak-jinak hati dengan Allah Taala?”
“Apabila telah bersih kasih sayang dan ikhlas
pergaulan (dengan Tuhan).”
“Bilakah bersihnya kasih sayang?”
“Apabila telah berkumpul (semua) cita-cita
lalu menjadi satu cita-cita (sahaja iaitu) pada ketaatan.”
Kata Junaid Al Baghdadi: “Orang yang
berjinak-jinak hati dengan Allah itu berbicara dalam munajah dan khilwah
(bersendirian)nya perkara-perkara yang dipandang kufur pada orang awam.”
Junaid juga pernah berkata: “Jika didengar
oleh orang biasa (perkataan-perkataan para sufi ketika bersendirian itu)
nescaya mereka mengkufurkannya.”
Jadi, mereka yang tidak pernah menyelam ke
lautan dunia kesufian, maka tidaklah mereka dapat memahami bagaimana seronoknya
menjelajah dasar laut kesufian tersebut. Mereka sekadar memerhati dari tepi
pantai lalu menghukumkan dasar laut itu begini dan begini. Apabila orang yang
pernah menyelaminya datang bercerita, mereka katakan pula ceritanya itu karut.
Ini kerana akal fikiran mereka tidak sampai
untuk menerima apatah lagi memahami dan menghuraikan keindahan dasar laut
kesufian tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan