Catatan Popular

Rabu, 25 November 2020

RAHSIA ILMU KAUM MUQARRABIN : BAB 24 ORANG BAIK MUDAH DITIPU

Habib Muhammad Bin Abdullah Alaydrus Bin Abu Bakar As-Sakran

Orang Baik Mudah DiTipu?

Ketahuilah bahwa orang-orang yang baik (ahli khair) yang berhati lembut dan mulia itu mudah tertipu.

Nabi saw bersabda:

“Seorang mukmin itu tidak berpengalaman (mudah tertipu, tapi) mulia, sedangkan orang fajir itu suka menipu dan rendah”

HR Turmudzi dan Abu Dawud

Lihatlah orang-orang yang baik (sering) kalah, kerana mereka memiliki hati yang selamat (salimah). Jika ada yang mengundang, mereka datang, jika ada yang menyukai, mereka juga suka kepadanya, dan jika ada yang menipu, mereka pun tertipu.

Semua ini terjadi kerana mereka terlampau halus, batin mereka selamat (salamah), mereka jauh dari sikap khianat dan tidak banyak bersiasat.

Keterangan:
Kita sering melihat orang-orang yang baik disisi Allah selalu kalah. Mengapakah mereka yang dicirikan sebagai orang baik (ahli khair) dapat dikalahkan? Ini disebabkan mereka memiliki hati yang lembut dan selamat (salimah) serta mulia. Oleh kerana pemilikan itulah mereka sering kalah dan mudah ditipu seperti sabda Nabi saw diatas: Maksudnya, Orang Mukmin disisi Allah Taala tidak mempunyai pengalaman untuk menipu. Mereka juga tidak tahu bagaimana hendak menipu.

Mereka bukan termasuk dalam golongan orang yang lemah akal dan mempunyai akhlak yang pandai penipu. Mereka (orang mukmin) sangat-sangat lurus. Jika ada yang menjemput, mereka hadir. Jika ada yang mencintai, mereka pun juga mencintai dan jika ada yang menipu, mereka pasti tertipu. Semua ini adalah kerana hati mereka terlampau halus (latif) dan batin mereka selamat (salamah) kerana mereka tidak mengetahui bagaimana harus bersikap khianat.

Hati dan akal mereka hanya melihat ‘segala perbuatan yang dari ciptaan Allah Taala itu semuanya baik’, bersangka baik terhadap segala makhluk Allah Taala. Bilamana sudah melihat segalanya baik pada segala tindak tanduk makhluk Allah Taala, bagaimana mereka hendak menyiasat?”

Kelompok yang lain, yang lebih tinggi kedudukannya dari kelompok ini, adalah orang-orang yang memiliki akal unggul (superior) dan wibawa. Mereka melaksanakan semua urusannya dengan teratur, hati-hati, penuh kewaspadaan dan kecerdikan. Mereka hampir tidak pernah tertipu, kecuali atas kemahuan mereka dan demi kemuliaan mereka, dan itu pun dalam hal-hal yang mereka anggap remeh. Sesungguhnya seorang yang mulia akan pura-pura tertipu ketika kamu tipu, tapi ia tidak akan menunjukkan kepadamu (bahawa ia tahu jika sedang ditipu).

Keterangan:
Golongan yang lain dimana kedudukkannya lebih tinggi dari golongan ini, adalah orang-orang yang memiliki akal unggul (akal yang hebat) dan berwibawa. Golongan ini selalunya melaksanakan semua urusan dengan teratur, berhati-hati, penuh waspada dan dengan kecerdikan. Mereka ini hampir saja tidak pernah tertipu, kecuali atas kemahuan mereka sendiri, itu pun dalam perkara-perkara yang kecil dan ringan. Mereka akan berpura-pura tertipu ketika kamu menipu, semata-mata kerana kemuliaan mereka tetapi ia tidak akan menunjukkan kepada kamu bahawa mereka mengetahui bahawa mereka sedang ditipu. Inilah kemuliaan mereka terhadap para penipu”.

Umar bin Khattab ra berkata, “Aku bukanlah seorang penipu, tapi tidak akan ada seorang penipu yang mampu menipuku”. Mughirah bin Syu’bah berkata, “Umar bin Khattab ra terlalu pandai untuk ditipu dan terlalu mulia untuk menipu”. Kerana cahaya-cahaya Allah pada diri mereka, dan kurnia-kurniaNya yang indah, maka kamu akan melihat mereka memiliki haibah dan mampu menguasai nafs. Bila bertemu dengan mereka, jiwa mahu tidak mahu akan mengagungkan dan tunduk kepada mereka. Kelompok terakhir ini menduduki tingkatan tertinggi. Fahamilah keteranganku ini!

Keterangan:
Begitulah keadaan mereka yang memiliki akal yang bercahaya yang didatangkan dari Allah Taala keatas diri mereka dan juga bermacam ragam kurnia-kurniaNya yang indah belaka. Mereka memiliki haibah dan mampu menguasai nafs mereka. Bilamana bertemu dengan mereka, mahu atau tidak, kita akan secara otomatik mengagungkan dan tunduk hormat pada mereka. Inilah golongan yang terakhir yang menduduki tingkatan tertinggi“. Fahamilah keteranganku ini!

Tiada ulasan: