Catatan Popular

Rabu, 25 November 2020

RAHSIA ILMU KAUM MUQARRABIN : BAB 16 KEADAAN HATI

Habib Muhammad Bin Abdullah Alaydrus Bin Abu Bakar As-Sakran

Keadaan Hati

Ketahuilah, ada hati yang hidup dan ada pula yang mati. Tanda-tanda hati yang hidup adalah bersinarnya cahaya akal sehingga dada menjadi lapang dan gelora nafs menjadi padam, tunduk, dan lemah, kerana hawanya tidak berfungsi lagi. Sebab, jika akal kuat, hawa menjadi lemah.

Nabi saw bersabda;
Setelah menciptakan akal, Allah berfirman kepadanya, ‘Mengadaplah! Akal mengadap’. Allah berfirman lagi kepadanya, ‘Berpalinglah!’ Akal berpaling’. Kemudian Allah berfirman kepadanya, ‘Diamlah! Akal pun diam’. Setelah itu Allah berfirman, ‘Demi Keagungan dan KebesaranKu, Aku tidak menciptakan satu ciptaan pun yang lebih Aku cintai darimu. Dan Aku pasti akan meletakkanmu pada diri makhluk yang paling Kucintai. Denganmu Aku mengambil dan denganmu Aku memberi’. Setelah itu Allah menciptakan kebodohan dan berfirman kepadanya, ‘Mengadaplah! Ia berpaling’. Allah berfirman kepadanya, ‘Berpalinglah! Ia mengadap’. Allah berfriman kepadanya, ‘Diamlah! Ia tidak mahu berdiam’. Allah berfirman kepadanya, ‘Demi Keagungan dan KebesaranKu, tidak Kuciptakan satu ciptaan pun yang lebih Kubenci darimu, dan Aku pasti akan meletakkanmu pada makhluk yang paling Kubenci

Keterangan:
Hati ada dua keadaan. Hati yang Hidup dan Hati yang Mati. Tanda-tanda hati yang hidup seperti; sangat mudah seseorang mengerjakan ketaatan, kebajikan dan kebaikan. Bersinarnya cahaya iaitu selalu mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah Taala sehingga hatinya menjadi lapang tidak sempit dan segala pujukkan nafsunya menjadi padam, tunduk dan lemah kerana hawanya tidak dapat menjalankan tugas. Ini semua adalah kerana dirinya diliputi oleh akal yang kuat! Apa itu akal yang kuat? Akal yang dapat mengutamakan ilmu pengetahuan agama didalam apa jua tindakkan dan perbuatan yang ingin dilakukan dengan mencari jawapan dan menunggu jawapan dari Akal. Sekiranya akal kuat, hawa akan menjadi lemah. Perhatikan sabda Rasulullah saw diatas kerana mengandungi hikmah dan ancaman dari Allah Taala“.

Allah Taala telah memilih akal sebagai satu ciptaan yang Dia cintai dan meletakkannya kepada makhluk yang dicintaiNya. Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah Taala, makhluk yang dicintaiNya? Tidak lain adalah Nabi Muhammad Rasulullah saw, beliaulah yang pertama mendapat anugerah dariNya dan anugerah itu juga berasal darinya. Selain dari beliau yang mendapat anugerahan dari Allah Taala itu adalah para rasul, para nabi, para sahabat beliau, para auliyaNya, para shiddiqin, para ulama, para arifbillah dan kepada hamba-hamba pilihanNya. Maka janganlah difikirkan banyak-banyak tentang hati yang hidup ini. Kalau kamu melihat ciri-ciri seseorang yang diterangkan diatas, ketahuilah bahawa mereka memiliki anugerahan itu. Masyallah, Maha Suci Engkau Yang Maha Bijaksana meletakkan hikmah itu untuk mereka“.

Hamba yang hatinya hidup, kamu akan mudah untuk berjumpa dan melihat mereka dicintai oleh masyarakat, senantiasa dalam kesenangan rohani, tenang hatinya bila ingin melakukan sesuatu perkara, memiliki pandangan yang penuh hikmah dari pemandangannya dan sangat berwibawa yang bermaksud, mempunyai haibah (kehebatan dari Allah) kerana tanda cahaya yang datang dari Allah memancar dari tubuhnya, samada perkataan ataupun gerak-gerinya. Maka dengan melihat hamba tersebut jiwa kamu merasakan kenikmatan. Sudahkah kamu merasainya? Kalau sudah jangan lepaskan pandangan kamu dari mereka dan mudah-mudahan kamu akan mendapat percikkan darinya. Kalau belum? Ni yang problem . . . Tanda Hati Yang Mati. Allah Taala telah memilih kebodohan sebagai satu ciptaan yang dibenciNya dan meletakkannya kepada makhluk yang paling dibenciNya. Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah Taala, makhluk yang paling dibenciNya? Tidak lain adalah Iblis, laknatullah. Iblislah yang pertama mendapat anugerah itu. Selain dari iblis yang mendapat anugerahan dari Allah adalah para syaitan, pembantu-pembantu syaitan, para hamba syaitan, para pembuat maksiat, para pembuat dosa, para pengabai-ngabai, para lalai-lalaian, para pembuat alasan-alasan, para munafiq, para apa ajalah”.

“Itulah kurnia Allah, diberikannya kepada siapa saja yang dikehendakiNya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar”

Qs Al- Hadid, 58:21

Adapun orang yang hatinya mati, kamu akan melihatnya murung, perbuatannya buruk, tidak pernah merasakan ketenangan dalam keadaan apapun, diliputi kesedihan dan kebencian, tunduk pada hawa sehingga orang itu menjadi buta dan tidak dapat melihat aib-aibnya. Keadaan ini membuat hati bingung dan tidak tenang, ia seperti seseorang yang rumahnya roboh. Kerana hati adalah rumah akal, maka akal akan bersedih bila rumahnya roboh.

Keterangan:
Sangat mudah untuk kamu mengetahui samada seseorang itu mempunyai hati yang mati. Sekiranya kamu melihat kecenderungan seseorang untuk melakukan perbuatan buruk dan keji seperti, melakukan perbuatan maksiat, melakukan perbuatan dosa, para pembenci kebaikan dan mengabaikan perintah dan larangan agama, itulah dia, hamba yang mati hatinya. Orang begini tidak akan merasakan ketenangan kerana tidak ada sifat takut dalam dirinya hingga sanggup melakukan perbuatan buruk dan berdosa, hanya mereka ini banyak memberikan alasan-alasan yang bertujuan untuk menutup kesalahan dan keaiban diri sendiri dari makhluk, kerana takut malu pada manusia! Nak jaga nama! Hendakkan simpati manusia! Semuanya tipu juga!”

Mereka ini mudah tunduk pada hawa sehingga tidak menjadi buta dan tidak dapat melihat kesalahan-kesalahan sendiri. Mereka tidak dapat anugerah dari Tuhan dengan Akal. Oleh kerana mereka tidak mendapat anugerah akal mereka menerima kebodohan dari Allah! Bagaimana seseorang boleh berfikir dengan kebodohan? Kebodohan tidak dapat berfikir, ia hanya melaksanakan saja apa yang diperintahkan buat dirinya. Oleh kerana demikian hatinya bingung dan tidak tenang seperti seseorang yang rumahnya roboh. Ingatlah, hati adalah rumah bagi akal, akal akan bersedih bila rumahnya roboh. Apa maksud ayat ini? Hanya akal saja yang dapat meletakkan penghuninya yang sewajarnya. Bila rumah itu tidak didiami dengan sewajarnya, maka rosak, musnah dan robohlah rumah itu”. Hati-hati, jangan sampai kamu letakkan yang tidak seharusnya berada didalamnya”.

Tiada ulasan: