Habib Muhammad Bin Abdullah Alaydrus Bin Abu Bakar As-Sakran
Diingatkan kepada para salik untuk menyusun semua amalan mengikut keutamaan. Jangan sampai amal itu cacat kerana tidak disusun dan meletakkan pada tempatnya. Orang-orang yang mendapat taufik akan senantiasa memperbaiki, mengatur dan menyesuaikan amalnya.
Keterangan:
“Menyusun segala amal mengikut
keutamaan adalah langkah yang sangat bijak bagi para salik bila dapat
melakukannya. Ini menunjukkan bawa si salik sangat-sangat memahami mana
panggilan dari Allah dan mana pemohonan dari Hamba (salik). Bermaksud mana yang
wajib dan mana yang sunnat hingga tidak membelakangkan wajib sekiranya si salik
masih didalam mengerjakan amalan sunnat. Ditegaskan disini bahawa sesiapa yang
senantiasa memperbaiki, mengatur dan menyesuaikan amalnya maka dia mendapat
taufik dari Allah Taala”.
Sesiapa
yang ingin menceburkan diri didalam Ilmu Tasawuf harus mengikuti garis panduan
seperti berikut:
1Berusaha mencari nafkah yang halal atau yang mendekati halal
jika yang halal tidak ada.
2Harus menaruh perhatian dan menunaikan semua kewajiban yang
ditetapkan Allah Taala dengan sempurna dan dengan cara yang terbaik.
3Mengutamakan ketakwaan.
4Melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah Taala dimana
pun juga dan tidak sedikit pun menyeleweng.
5Memperhatikan amal-amal sunnah dan ketaatan lain yang
dianjurkan dengan mendahulukan yang lebih utama.
Hendaknya mengetahui bahawa ketaatan yang paling utama dan
paling dekat dengan keredhaan Allah Taala adalah perbuatan baik kepada makhluk
yang lemah, contohnya: memberi makan kaum fakir miskin, membantu orang yang
memerlukan, menolong orang l-orang yang dizalimi dan menghiburkan orang-orang
yang sengsara hidupnya
(munkasirin).
Baru mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah-ibadah sunnah
(nawafil, amalan-amalan yang baik) terutama sholat )-sholat sunnah. Dan sholat
sunnah yang paling penting dan mulia adalah sholat malam.
Bangun dan menjalankan ibadah waktu malam hari kerana semua
waktu malam hari adalah sangat mulia terutama satu jam sebelum terbitnya fajar
kerana saat itu adalah saat terkabulnya doa.
Memanfaatkan waktu-waktu untuk mendekatkan diri kepada Allah
dengan sholat, berdoa, membaca Quran, merendahkan diri dihadapan Allah Taala
dan merasa sangat perlu bersandar dan mengharap kepada Allah. Jangan hendaknya
melepaskan kesempatan itu.
Harus berhati-hati supaya tidak disesatkan oleh hawa sehingga
mengutamakan amal yang kurang utama.
Pengurusan
amal merupakan cara orang-orang yang memiliki pemahaman (ahlul faham).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan