Catatan Popular

Sabtu, 14 November 2020

WANITA YANG BERJALAN DI ATAS

Diceritakan bahawa suatu ketika Hasan Bin Atiq Al Qastalani bersama jamaahnya mengharungi lautan dgn menaiki sebuah perahu.

Mereka mengembara dari satu pulau ke pulau yang lain untuk melihat-lihat kebesaran Allah sambil berdakwah.

Di sebuah pulau yang disinggahi,mereka bertemu seorang perempuan berkulit hitam yang tidak betul solatnya. Doa-doa dan bacaan-bacaan yang diucapkannya ketika berdiri bukan bacaan untuk solat seperti Fatihah dan sebagainya tetapi bercakap semahunya sendiri kemudian rukuk dan sujud. Hasan dan jamaahnya menunggu perempuan tersebut hingga dia mengakhiri solatnya.

''Wahai perempuan! Solatmu tidak betul dan yang engkau baca itu bukan bacaan solat.'' kata Hasan.

''Aku memang tidak tahu bacaan solat, ajarilah saya,'' kata perempuan itu.

Hasan dan kawan-kawannya mengajarkannya doa Iftitah dan surah Al Fatihah, bacaan ketika rukuk, iktidal, sujud dan tahyat.

Kemudian Syekh Hasan dan jamaahnya naik semula ke atas perahu dan belayar meneruskan perjalanannya.

Tiba-tiba perempuan itu mengejarnya dari belakang, dia berlari di atas air seperti berlari di daratan.

''Wahai syekh, Tunggulah saya, ajarkanlah saya doa-doa solat. Aku telah terlupa bacaan yang diajarkan tuan sebentar tadi.'' kata perempuan itu sambil memekik.

Melihat itu, Syekh Hasan dan jamaahnya berkata,

'' Baliklah engkau dan buatlah seperti yang telah engkau buat.''

Tiada ulasan: