Catatan Popular

Rabu, 25 November 2020

RAHSIA ILMU KAUM MUQARRABIN : BAB 10 SIKAP SOMBONG

Habib Muhammad Bin Abdullah Alaydrus Bin Abu Bakar As-Sakran

Sikap Sombong

Wahai para salik dan murid-murid, hati-hatilah kamu tidak terlalu berbangga hati, kerana sikap itu tercela dan akan membawamu untuk bersikap sombong dan kehilangan berbagai macam kebajikan. Tetapi nafsu akan memberikan gambaran bahawa tindakanmu adalah zuhud. Padahal tindakanmu itu jauh dari jalan para ahli zuhud. Perbuatan tersebut merupakan tipuan nafsu yang sangat berbahaya. Merasa mulia, berani, tak mahu disaingi dan memandang rendah orang lain adalah sifat nafsu manusia. Setiap ada kesempatan nafsu selalu memanfaatkan semua yang bersifat keduniaan untuk memuaskan perasaan tersebut. Jika tidak berhasil, maka ia akan menggunakan ilmu dan sikap zuhud sebagai sarana untuk merendahkan orang lain. Dan sudah menjadi tabiat nafsu untuk bersikap demikian.

Keterangan:
Berhati-hati jangan sampai ada sifat bangga diri kerana sikap itu sangat buruk (hina) dan akan membawa kamu kepada langkah selanjutnya iaitu bersikap sombong. Bila kamu berada didalam kekuasaan sombong maka hilanglah berbagai macam amal kebajikan yang telah kamu dirikan. Sifat bangga datangnya dari sifat amarah yang datang dari berbutiknya sifat tamak. Jangan sekali-kali menunjolkan dirimu kedepan dengan ilmu pengetahuan, kerana kamu akan terperangkap pada perbalahan dimana nafsu akan memerintah untuk menasihati seseorang sampai dia tunduk pada kehebatan diri kamu. Bila mereka tidak mahu tunduk kepada nasihat kamu maka naiklah sifat amarah dan menghukumi orang itu kafir, kufur, tak mendapat taufiq hidayah dan banyak lagi hingga kamu lupa kedudukan kamu dimana. Adakah kamu pendakwah? Adakah kamu penasihat? Adakah kamu guru agama? Adakah kamu Ulama? Adakah kamu . . . Sekiranya nafsu tidak dapat membujukmu ia akan mengunakan tindakan pada zuhud kerana nafsu tahu, setiap salik dan murid harus mengutamakan zuhud kerana ini adalah salah satu sifat yang harus ada pada salik dan murid. Maka nafsu akan menyuruh kamu berdiam diri iaitu bersikap zuhud kononnya. Supaya tidak terjebak didalam perbalahan. Itu sememangnya sikap yang baik tetapi masih boleh terperangkap oleh hawa kerana tidak mahu bersuara atas dasar kebenaran atas pembuktian surah Al-Asyr dimana Allah Taala memerintah kepada kaum mukmin untuk saling nasihat dan menasihati pada batas yang selamat. Pada hal ahli zuhud tidak akan termakan oleh bujukkan hawa nafsu. Sekiranya kamu ingin melakukan perintah Tuhan didalam surah Al-Asyr, jangan sekali-kali ada perasaan mulia (tinggi ilmu pengetahuan), jangan rasa terlalu berani (kamu tidak akan mampu melawannya), merasa dirimu tidak boleh disaingi oleh orang lain, suka merendahkan orang lain. Itu semua adalah langkah-langkah yang akan diambil oleh hawa nafsu satu persatu hingga kamu jatuh tersungkur! Sekiranya perasaan itu muncul (naik) satu per satu, lekas-lekaslah kamu membanyakkan istigfar dan mohon pertolongan dari Tuhamu supaya kamu dapat berada didalam keadaan tenang didalam menjalankan Al-Asyr kalau tidak kamu termasuk dalam golongan orang yang sombong kerana tidak mahu masuk campur didalam menasihat sesama muslim. Senantiasalah berkeadaan waspada, seperti seorang askar yang berhati-hati akan tindakkan musuh. Keadaan itu harus ada pada diri setiap salik dan murid kerana tidak ada jaminan boleh terlepas dari tindak-tanduk mereka. Nafsu tidak akan berdiam diri kerana dia akan memanfaatkan SEGALA kesempatan untuk memuaskan kehendaknya. Kerana nafsu mengetahui bahwa sikap yang ada padanya tidak ada pada murid dan salik, kerana murid dan salik sentiasa lalai juga sentiasa lupa dan hawa nafsu tidak ada perasaan lalai dan lupa. Kerana pergorbanan yang ada pada Hawa Nafsu sangat kuat. Nafsu tidak mengetahui apa itu lalai dan lupa. Itulah perbezaannya antara kita dan hawa nafsu. Bermakna ilmu hawa nafsu lebih tinggi dari salik dan murid. Harus belajar dari mereka . . .”

Kerana telah dikuasai hawa, kadang-kala manusia mengira bahawa apa yang telah dilakukannya baik atau boleh-boleh saja. Pada hal sesungguhnya perbuatannya itu salah, tapi ia tidak menyedarinya. Diceritakan bahawa ada seorang syeikh (guru) yang selama musim panas tidak minum air hanya kerana menjadi ketua pemimpin majelis. Ada pula yang menutupi lengan dan anggota tubuh lainnya supaya tidak kelihatan sama sekali. Ada juga yang menyelimutkan kain diatas kepala sehingga wajahnya tidak kelihatan. Semua perbuatan itu merupakan salah satu cabang kibr (sombong) yang tidak memiliki tempat dalam agama. Sebab, para salaf pada masa awal berperangai mudah, suka menderma dan memperkecilkan nafsu. Dahulu Rasulullah saw makan diatas tanah, duduk diatas tanah. Beliau saw bersabda; “Aku hanyalah seorang hamba. Aku makan seperti seorang hamba makan dan duduk sebagaimana seorang hamba duduk” (HR Baihaqi)

Keterangan:
Untuk kamu terhindar dari berperasaan baik dan boleh-boleh aje dalam beribadah dan muamalat maka jangan ada perasaan itu sebaliknya ditukarkan perasaan itu kepada sikap berserah diri kepada Allah Taala. Jangan mengira-gira perbuatan kamu samada baik ataupun tidak. Yang pasti semua adalah hambaNya yang daif dan lemah. Lihatlah akan kedudukan Rasulullah saw yang sangat-sangat tawaddhu (merendah dirinya) sedangkan beliau saw adalah seorang rasul dan nabi yang makan diatas tanah (makan dengan berduduk), duduk diatas tanah (bukan duduk diatas kerusi semasa menyampaikan wasiat dan perintah) itulah contoh terbaik dari beliau saw. Ikutlah para salaf terdahulu, mereka banyak berderma dan tidak mengikutkan bujukkan hawa nafsu dengan cara menyibukkan diri mengingati Allah swt”.

Berfasih-fasih dan bermuluk kata dalam bicara bukanlah jalan ahluddin (orang yang beragama). Itu hanyalah hiasan tutur kata. Meskipun demikian, orang awam menganggapnya menarik, kerana jarang orang boleh melakukanya. Jika kamu ingin bukti bahawa sikap tersebut bukan jalan ahluddin, maka amatilah perjalanan hidup dan ucapan Rasul yang ummi saw, dan berhatikanlah akhlak (suhulatil akhlaq) mereka, bagaimana mereka sanggup memandang rendah diri mereka yang sangat mulia.

Keterangan:
Janganlah mudah terpedaya dengan mereka yang fasih didalam membaca alQuran, fasih dalam berkata-kata dan bermuluk kata (perkataan/ayat-ayat yang membumbung tinggi) walaupun orang ramai menganggapnya menarik dan terpedaya kerana bukan semua orang boleh melakukan perkara tersebut. Sekiranya kamu menghendaki bukti kebenaran samada mereka yang fasih dan bermuluk kata didalam jalan ahluddin (orang yang ada beragama) lihatlah perjalanan dan ucapan Rasulullah saw dan berhatikan akhlak mereka dan bagaimana mereka merendahkan diri. Sekiranya contoh tauladan Rasulullah saw tidak ada pada mereka, ketahuilah itu BUKAN jalan ahluddin”.

Diriwayatkan bahawa Nabi Musa as berteduh di gubuk (rumah kecil disawah, pondok, teratak, bangsal, tempat tinggal sementara) makan dan minum dari wadah batu (dari batu). Jika minum
beliau as merendahkan mulutnya ke air sebagaimana haiwan minum. Semua dikerjakan untuk merendahkan dirinya kepada Allah Taala.

Keterangan:
Seperkara lagi yang harus kamu amalkan ada sifat kerendahan Nabi Musa as ikutilah cara-cara beliau merendahkan dirinya kepada Allah Taala, amalkan, jangan tinggalkan. Insyallah dapat keridhaan dariNya. Renungilah perbuatan Allah Taala keatas sekelian makhlukNya supaya tunduk pada rezeki yang diberikanNya. Mahu tak mahu, dengan sendirinya sekelian makhluk tunduk pada rezkiNya. Itulah kehebatan Allah Taala bagi sesiapa yang mendapat melihatnya”.

Perilaku diatas sesuai dengan pembahasanku pada bab-bab terdahalu, yakni mengambarkan sikap orang-orang yang mulia dan menjaga maqam ubudiyah, usaha mereka untuk menjauhi hal-hal yang khusus untuk Allah, dan usaha mereka supaya tidak dimuliakan dan diagungkan. Sebab, menurut mereka keagungan adalah khusus untuk Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa. Hamba-hamba Allah swt (rijal) dalam melakukan semua kegiatan hariannya, seperti makan, minum, berpakaian dan lain-lain, tidak melanggar batas-batas kemanusiaan. Mereka
berpendapat bahawa menyombongkan diri dalam semua kegiatan diatas termasuk salah satu perbuatan kibr (sombong) yang tidak boleh untuk manusia. Mereka berhenti pada batas-batas mereka dan beradab kepada Allah. Mereka tidak mengagungkan diri mereka, sehingga dicela, dianggap memiliki kekurangan, atau bila dikatakan kepada mereka sesuatu yang tidak menyenangkan, mereka tidak keberatan. Sebab, mereka memandang diri mereka penuh aib. Sikap ini mereka ambil untuk menundukkan nafsu, dan untuk meremehkan harga diri dan pujian orang kepada mereka, juga untuk menyatakan bahawa hanya Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa yang sempurna dan mulia. Sebagai contoh adalah wahyu Allah swt kepada Isa as: “Jika engkau merasa kurang senang bila Kujadikan sebagai makanan yang sedang dikunyah (dimulut) orang, maka Aku tidak akan mencatatmu dalam kelompok orang-orang yang merendahkan diri”. Diriwayatkan bahwa Sufyan Ats Tsauri rhm berkata, “Orang yang menginginkan supaya semua orang memujinya dan tidak ada seorang pun mencelanya, maka ia adalah seorang munafiq”.

Keterangan:
Adab ke Adab, Akhlak ke Akhlak, bab ke bab, yang telah dibahaskan oleh Habib Muhammad b Abdullah Al-Alaydrus yang terdahulu kesemuanya menunjukkan sifat dan sikap orang-orang yang mulia dan selalu menjaga maqam ubudiyah iaitu sifat kehambaan mereka dalam usaha untuk menjauhi perkara-perkara yang hanya layak untuk Allah Taala seperti;

1. Mereka akan berhenti daripada dimuliakan dan diagungkan oleh orang ramai. Sebab, hati mereka hidup dengan menyakini bahawa keagungan dan kemulian adalah sifat-sifat khusus bagi Allah Taala, tidak seperti kita yang lalai dan tidak mahu tahu atau tanpa kesedaran memiliki dan mengunakan sifat-sifat kemulian dan keagungan tersebut yang diharamkan atas makhlukNya.

2. Mereka berhenti pada batas-batas yang dilarang dan beradab kepada Allah. Tidak mengagungkan diri mereka, walaupun dihina, mereka menganggap diri mereka memiliki sifat kekurangan ataupun bila dikatakan (dinasihat dan disampaikan perilaku) kepada mereka yang tidak menyenangkan, mereka tidak merasa keberatan (tidak marah, tidak bergoyang). Bagaimana dengan diri kamu? Tahukah kamu akan batas-batas yang dilarang? Bagaimanakah kalau kamu dihina, samada perseorangan atau dikhalayak ramai? Bolehkah kamu menganggap segala kehinaan yang dilemparkan padamu sebagai kekurangan? Bagaimanakah sekiranya nasihat yang diberikan tidak menyenangkan dirimu? Jawablah dirimu dengan ikhlas, jangan bertopeng. Sekiranya ada sifat-sifat itu maka ambillah langkah-langkah yang telah dibahaskan. Jangan tunggu. Masalahnya diri kamu suka MENUNGGU. Tunggu apa? Maaf saya belum sampai bab ini . . .

3. Para salaf baik terdahulu hingga sekarang, sentiasa memandang diri mereka penuh kesalahan dan dosa-dosa. Sifat beginilah boleh menundukkan nafsu dan menjatuhkan maruah diri. Kerana maruah diri datang dari nafsu. Sekiranya kamu tidak suka orang lain menjatuhkan maruah diri kamu, itu petanda kamu sejalan dengan syaitan. Adakah kamu merasa bahawa dirimu tidak mempunyai dosa? Tak ada? Whow, itu tersangat bagus, sedangkan para salaf tidak berani mengatakan begitu. Kalau ada, ada perasaan berdosa ke? Kalau ada, kenapa masih boleh ketawa, menunjukkan gigi kamu yang puteh tuuu? Bermakna tak ada dosalah, baru boleh tunjukkan gigi yang puteh dan terselit kekuningan bak gara-gara Gudang Garam.

4. Tidak termakan pujian orang. Baik ataupun buruk. Sama aje. Sebab, bila dipuji, nakkan sesuatu, bila dikeji tak dapat apa yang diinginkan. Itu lah kamu. Asyik ikut perasaan diri kamu aje. Apakah Tuhan tidak mempunyai perasaan?

5. Ikutlah para salaf yang senantiasa mengatakan hanya Allahlah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa. Yang Sempurna dan Yang Mulia dan meletakkan diri mereka didalam genggaman Tuhan mereka.

6. Jangan sekali-kali ada rasa kurang senang dengan rezeki yang diberikan oleh Allah pada orang lain. Itu adalah sifat iri hati. Bila mana sifat itu diikuti maka insyallah, Allah akan mencatitkan namamu kedalam golongan yang tidak merendahkan diri. Maka rugilah kamu.

7. Bagi sesiapa yang suka orang lain memujinya (suka orang mencarinya, suka orang datang kepadanya, sedih bila orang tidak mencarinya, sedih bila tidak ada orang datang kepadanya). Maka, dialah MUNAFIQ, apa itu Munafiq, tak takutkah kamu? Tak tergerakkah hati kamu untuk mengetahui dan bertanya, adakah setiap perbuatan dan gerak geri aku dipandang oleh Allah sebagai manusia yang munafiq? Tahukah kamu apa itu Munafiq? Perbuatan apa dan gerak-geri apa yang boleh memasukkan aku kedalam golongan Munafiq? Perbuatan Munafiq boleh membawa kepada Fasiq. Apa itu Fasiq? Iaitu KUFUR. Bagaimana dengan sholatku selama ini? Bagaimana dengan amal kebajikanku? Bagaimana . . .? Kalau tak tahu, pergi belajar . . . Yang dah tahu, lupa pulak . . . Sebab apa lupa? Sebab dialah Munafiq. Yang dah tahu pun masih langgar, macam mana ni? Mukanya masih mendongak keatas hingga lupa perkara dibawah. Mohonlah pada Allah supaya ditunjukkan muka kamu yang MUNAFIQ itu setiap kali pandang cermin . . . Jangan nak tengok handsome aje. Jangan nak tengok sarban diatas kepala, macam gaya para habaib . . . ??? Yang tak kisah tu takpe. Teruskan perbuatan dan gerak MUNAFIQmu dihadapan Allah Taala . . .”

Seorang manusia hendaknya tidak melanggar batas-batasnya. Jangan sampai kedudukan yang mulia itu menyebabkan ia tidak mahu meminta ketika sangat memerlukan. Ketika memerlukan, hendaknya dia merendahkan dirinya dari kemuliaan menuju kehinaan dan kesedihan, kerana keadaan menuntutnya berbuat demikian. Hendaknya ia menerima ketentuan-ketentuan Allah dengan lapang hati dan adab yang baik, sebab dalam sebuah hadits disebutkan; “Barangsiapa memerlukan tapi tidak mahu meminta, kemudian mati, maka nerakalah tempatnya”.

Keterangan:
Panduan seterusnya sebagai berikut

1. Jangan sekali-kali melanggar batas-batas kamu.

2. Jangan sampai ingin menjaga nama dan kedudukkan hingga enggan meminta bila perlu.

3. Rendahkan diri kamu dari kedudukkan dan tujulah kepada kehinaan dan kesedihan. Dengan sekaligus kamu dapat memperbaharui supaya jangan ada sifat sombong dan bangga diri.

4. Janganlah sampai ingin menjaga nama dan kedudukkan sampai menolak ketentuan (takdir) Allah.

5. Terimalah dengan hati yang tenang dan dengan adab yang baik dan lihatlah kepada siapa kamu memohon dan siapa yang memberi.

6. Berpegang pada hadits “Barangsiapa memerlukan tapi tidak mahu meminta lalu mati, maka nerakalah tempatnya”. Hati-hatilah bila kamu meminta, kepada siapa dan dari siapa . . .”

Jika nafsumu tidak mahu tunduk dan berkeberatan untuk meminta, maka ingatlah bahawa para nabi as juga meminta pada saat memerlukan. Diceritakan bahawa ketika Nabi Musa as dan Nabi Khidhir as tiba disuatu desa, keduanya meminta makan, namun penduduk desa tidak bersedia menjamu mereka. Juga diriwiyatkan bahawa ketika kerajaan Nabi Sulaiman bin Daud as musnah dan ia dalam keadaan memerlukan, maka ia pun meminta. Jika kamu telah mengerti bahawa orang-orang mulia tersebut meminta ketika memerlukan, nafsumu tentu tidak akan merasa keberatan dan kamu tidak akan memandang dirimu mulia. Jangan berharap bahawa kenikmatan hidup dan kedudukan kamu didunia yang penuh kehinaan dan bencana ini dapat kekal, sebab dengan berbuat demikian kamu akan berhadapan dengan Allah. Kamu pasti kalah! Diakhirat nanti kamu akan rugi, padahal telah banyak kenikmatan duniawi yang gagal kamu dapatkan. Kerana keadaan selalu berubah, dan semua hal yang berhubungan dengan keduniaan akan musnah, maka beradablah kepada Tuhanmu, berhentilah pada batas kamu, pasti kamu akan hidup bahagia.

Keterangan:
Didalam keadaan dunia yang penuh fitnah, haruslah berhati-hati didalam segala perbuatan dan keinginan meminta bila masa mendesak. Kerana nafsu tidak mahu diri kamu meminta-minta pada orang lain hanya untuk menjaga nama, kedudukan dan maruah kamu. Katakanlah pada nafsu bahawa para Nabi-nabi as juga meminta. Jangan terpedaya dengan nasihat nafsumu itu dan yakinlah pada diri kamu bahawa orang-orang mulia juga meminta bila memerlukan. Buanglah jauh-jauh rasa kemegahan pada nama, kedudukan dan maruah kamu dan pasti nafsumu akan tunduk. Jangan sekali-kali berpegang pada nama, kedudukan dan maruah kamu. Fikirkanlah, apa ada pada nama, apa ada pada kedudukan dan apa ada pada maruah kamu kerana semuanya akan ditinggalkan bila maut datang menjemput kamu. Tanamkan kedalam jiwa bahawa segala kenikmatan dunia akan hilang, begitu juga dengan dirimu. Jangan sekali-kali berharap (bergantung) pada kenikmatan hidup dan kedudukan didunia yang penuh kehinaan dan bencana. Sekiranya kamu yakin kenikmatan dunia ini kekal maka kamu akan berhadapan dengan Allah dan pasti kamu kalah! Ingatlah siapa Tuhan kamu dan siapa diri kamu! Sejauh ini apa yang kamu dapat dari harta dunia? Kamu sentiasa gagal dan tetap gagal mendapatkannya. Sebab keadaan selalu berubah, lihatlah pada dirimu yang dulu mengejar dunia tetapi sekarang tidak, kerana mendapat pertunjuk dari Yang Maha Kuasa dan memahami permainan dunia. Kamu sudah mengerti akan semua perkara yang berhubungan dengan keduniaan akan musnah maka dengan itu senantiasa beradablah dengan Tuhanmu dengan baik, berhentilah pada batas kamu sebagai hambanya dan insyallah kamu akan hidup bahagia dunia dan akhirat”.

Camkanlah penjelasanku ini dan renungkanlah pelik-peliknya. Jika kamu benar-benar seorang pencari kebenaran, berperilakulah seperti akhlak yang telah dicontohkan diatas. Bersikaplah sebagaimana dikatakan dalam peribahasa berikut; “Barangsiapa mencintai dirinya pasti akan memperhatikannya”.

Keterangan:
Nasihat seterusnya dari Habib Muhammad bin Abdullah Al-Alaydrus, menyuruh supaya berpegang teguh dan merenungkan secara dalam-dalam dan beliau bertanya pada kamu semua, sekiranya kamu benar-benar seorang pencari kebenaran, berakhlaklah seperti akhlak yang telah dicontohkan diatas dan yang terdahalu. Berpeganglah pada peribahasa yang diberikan sekuatnya kerana mengandungi rahsia disebalik peribahasa iaitu “Sekiranya kamu benar-benar sayangkan diri kamu pasti kamu akan senantiasa melihatnya dan menjaganya”.

Mendekatlah kepada Allah dengan amalan-amalan kaum pilihan, yaitu orang-orang sholeh – yang disebutkan dalam kitab ini – yang suka berhubungan dengan Allah dengan mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat dan dapat mendekatkan mereka kepada Allah.

Keterangan:
Ringankan dirimu untuk mengerjakan amalan-amalan orang-orang sholeh, maka dengan tak secara langsung kamu menjadi dekat dengan Allah dan termasuk dalam golongan orang-orang sholeh. Kenapa? Kerana kamu mengikut jejak langkah orang sholeh. Mudahkan! Tanamkan minat untuk dapat mengerjakan amalan-amalan yang berfaedah dan ringankan punggung kamu supaya dekatlah kamu kepada kaum sholihin dan dekat kepada Allah swt. Bestnya! Tapi tak buat! Dan tak nak buat! Memang Best!”.

Seseorang yang memiliki kedudukan dan kemulian dalam masyarakat hendaknya merendahkan dirinya dan menjaga hubungannya dengan Allah swt dengan cara melupakan kedudukannya, membantu masyarakat memenuhi keperluan mendesak mereka, atau segala keperluan lain yang bermanfaat bagi mereka, menolong orang-orang yang hancur hatinya (al-munkasirin) dan menjadi penghubung antara kaum fakir miskin dengan orang-orang kaya. Jika kerana melakukan semua perbuatan ini kemuliaannya menurun, Allah swt akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik.

Keterangan:
Setiap murid hendaknya merendahkan diri pada setiap waktu dalam menjaga hubungan Allah Taala dengan melupakan kedudukannya. Cara mudah adalah meninggikan orang lain daripada diri sendiri. Sentiasa membantu masyarakat didalam memenuhi keperluan mereka yang bermanfaat bagi mereka. Siap sedia untuk menolong orang-orang yang hancur hatinya (putus harapan) dan menjadikan dirimu sebagai jembatan antara kaum fakir miskin dengan orang-orang kaya. Sekiranya perbuatan ini akan meletakkan diri kamu jauh pada pandangan orang-ramai dan menghilangkan kemuliaan kamu maka Allah Taala akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik”.

Tiada ulasan: