Habib Muhammad Bin Abdullah Alaydrus Bin Abu Bakar As-Sakran
Keadaan
Penghuni Zaman
Dizaman kita ini telah terjadi ketidakjelasan dan kesamaran yang luar biasa
dalam jalan (thariqah) kaum sholihin akibat perbuatan kaum yang tidak banyak
mengerjakan perbuatan baik, kecuali sekadar pengakuan-pengakuan dan idlal
(membanggakan amal) kepada Allah Taala. Mereka sama sekali tidak berperilaku
dengan akhlak kaum sholihin terdahulu. Meskipun kaum sholihin memiliki
kedudukan yang tinggi dan semua orang mengakui kesholehan mereka, namun tidak
ada satu pun keterangan yang menyebutkan bahawa mereka suka mengaku-ngaku,
tidak ada seorang pun dari mereka mengatakan diri mereka suci, dan mereka juga
tidak melakukan idlal kepada kepada Allah Taala. Bahkan kaum sholihin masa awal
banyak menangis dan takut kepada Allah Taala, padahal mereka selalu beramal
sholeh dan berakhlak mulia. Sebagai contoh adalah Zubaid Asy-Syami rhm.
Dia adalah salah seorang yang terkemuka dari kaum sholihin. Pada
musim hujan, beliau berkeliling kampung di tengah turunnya hujan mencari kaum
yang lemah untuk menawarkan bantuan, “Siapa yang ingin ke pasar? Siapa
yang ingin kubelikan sesuatu di pasar?” Begitu pula Ibrahim bin
Adham rhm yang kesholehannya yang diakui oleh masyarakat. Ketika kepalanya
dipukul dengan cemeti (cambuk) oleh seorang tentera, dia menunduk dan berkata;
“Pukullah kepala yang telah terlampau lama
bermaksiat kepada Allah!”. Abu Salamah berkata, “Umar bin Khattab ra, abul iyal, dahulu mengucapkan salam di depan pintu
rumah para janda dan berkata, ‘Apakah kamu memiliki hajat? Siapakah di antara
kamu yang ingin aku belanjakan sesuatu?’ Para janda tadi kemudian
menyatakan semua hajatnya. Dan jika ada yang tidak memiliki sesuatu, beliau
membelanjakan dengan uangnya sendiri. Umar bin Khattab ra dahulu juga
mendatangi rumah para wanita yang ditinggal pergi suaminya (untuk menjalankan
tugas). Beliau berkata, ‘Adakah di antara kamu yang boleh
membaca? Jika tidak ada, mendekatlah ke pintu rumah, akan aku bacakan surat
dari suami kamu’. Beliau juga berkeliling mengunjungi rumah para
wanita tersebut untuk mengambil surat mereka, kemudian mengirimkannya kepada
suami-suami mereka.
Keterangan:
“Terlalu banyak sudah terjadi di zaman kita sekarang
ini dengan ketidak-jelasan (tidak jelas sumbernya) dan kesamaran (tidak jelas
asal-usulnya) berlaku yang luar biasa (tidak diamalkan pada zaman nabi saw,
para sahabat dan para salaf) didalam thariqah mereka yang bersih dari segala
sumber ketidak-jelasan dan kesamaran. Hanya kaum sholihin sahaja yang
terselamat dari terjebak oleh perangkap mereka. Dengan agama yang tidak jelas
dan samar ini, mereka tidak banyak mengerjakan amalan-amalan perbuatan baik
yang dianjurkan oleh Agama Islam, kecuali pengakuan-pengakuan dihadapan kamu
(untuk mendapat sambutan) dan idlal (membanggakan amal) dihadapan Allah Taala.
Agama mereka, sama sekali tidak mengikut perbuatan dan akhlak kaum sholihin
terdahulu. Walaupun kaum sholihin sememangnya memiliki kedudukan yang tinggi
dan masyarakat mengakui kesholehan mereka, tetapi tidak ada keterangan didalam
diri mereka atau kitab-kitab karangan mereka yang menyebutkan bahawa mereka
suka mengaku-ngaku! Tidak ada seorang pun dari kaum salaf yang berani
mengatakan diri mereka suci dan tidak juga mereka melakukan idlal (membanggakan
amal) kepada Allah Taala. Merekalah yang benar-benar mengikuti jejak langkah
Nabi Muhammad saw. Maka dengan itu wahai para murid-murid yang budiman, jagalah
diri kamu daripada mengikuti mereka dengan membanggakan amalan-amalan kamu
dihadapan manusia dan kepada Allah Taala. Jangan berani mengaku-ngaku mengikuti
kaum salaf, kerana apa saja yang tidak benar sumbernya akan kelihatan juga!
Jangan sampai kamu diketawakan masyarakat disekeliling kamu. Jangan sampai kamu
dilaknat oleh para malaikat-malaikat“.
“Jangan terpedaya dengan ajaran
yang tidak jelas dan samar. Satu perkara yang kami dapati, kebanyakan
murid-murid suka sangat (masih) gembira dan rela dengan memperdengarkan
(menyebut-yebut) yang batil (ajaran dari tidak jelas dan samar) didalam
kehidupan mereka, hatta dihadapan guru mereka. Yang batil tetap batil, yang haq
tetap haq, mengapa masih mahu mengungkitkan ajaran yang tidak jelas atau samar
dalam majlis yang mulia dan bersih! Adakah kamu masih terikut-ikut dengan
ajaran yang menyimpang itu? Bertaubatlah dengan segera, buang terus, jauh-jauh
ajaran yang tidak mendapat keridhaan dari Allah dan RasulNya dan hapuskan wajah
guru-guru yang menyimpang dari benak fikiran kamu supaya kamu mendapat taufiq
hidayah dari Allah Yang Maha Mengetahui dan tidak dihalang oleh wajah-wajah yang
batil. Kaum sholihin seperti Zubaid Asy-Syami rhm, melakukan perbuatan
berkeliling kampung ditengah hujan sedang turun untuk mencari kaum yang lemah
untuk menawarkan bantuan. Lihatlah pula pada Ibrahim bin Adham rhm, semasa
kepalanya dipukul dengan cemeti oleh seorang tentera, dia (ibrahim) hanya
menundukkan kepalanya dan berkata; pukullah kepala yang sudah lama bermaksiat
kepada Allah! Begitu juga dengan Umar bin Khattab ra, mengucapkan salam didepan
pintu rumah janda-janda dengan menawarkan pertolongan. Sanggup membelikan
keperluan janda-janda dengan wangnya sendiri! Sebagai Amirul Mukminin, beliau
sanggup berkeliling rumah para wanita yang ditinggalkan suami kerana bertugas,
membacakan surat-surat dari suami mereka dan mengambil surat-surat dari isteri
mereka dan diserahkan kepada suami mereka. Akhlak apa yang mereka bawa ini?
Bagaimana mereka mempunyai akhlak sebegini tinggi? Bolehkah kamu mengikuti
Zubaid Asy-Syami rhm, berkeliling kampung didalam hujan hanya mahu mencari kaum
yang lemah (fakir miskin) untuk menawarkan bantuan. Adakah kamu
murid-murid menawarkan bantuan sekurang-kurangnya
sebulan sekali untuk mencari keridhaan Allah Taala? Bukan hari-hari! Kalau
tidak, buatlah. Kalau tidak faham tanyalah . . Ibrahim bin Adham rhm, bila
kepalanya dipukul orang, beliau hanya berdiam diri malah menyuruh mereka
meneruskan pukulan kerana pada pandangan mata hati Ibrahim, yang memukulnya
adalah Allah Taala. Bagaimana kamu yang mengaku sebagai murid-murid yang
mengaku ingin menuju kepada Allah Taala. Janganlah bohong! Asyik nak bohong aje
. . . Baru ditegur oleh manusia sudah melenting! Baru ditanya sahabat atau
kawan yang tidak faham sudah terbeliak mata! Tak percaya ke? Tuuu . . . mata
dah merahhh . . . Tuuu . . . mata dah nak terkeluar, bukankah itu tanda-tanda
permulaan penzahiran syaitan dalam diri kamu yang muncul! Macam Aladdin and the
Lamp! Kena cuit dan kena gosok, baru jin keluarrrr . . .
“
“Betullah! Aku ni macam Aladdin yang ada cerek Jin dahhh . . . Kena cuit sikit aje, meletup!!! Belum lagi ditegur oleh
Guru, Bila guru tegur dah merajuk, dah tak terima. Dah tak timbul lagi, macam
budak kecil! Betullah tu, budak kecil, kerana budak kecil itu namanya TOYOL.
Yang lagi teruk, adalah murid yang mudah memberi alasan. Apakah kamu ingat
dengan memberi alasan, kamu dapat tutup kesalahan kamu! Bertaubatlah! Depan
guru berani memberi alasan, apa lagi dihadapan Allah Taala yang kamu tidak
melihatnya. Lagi terror tu! Bagaimana pula dengan Amirul Mukminin Umar b
Khattab, sebagai seorang Amir, beliau berkeliling rumah kerumah memberikan
khidmat hingga sanggup mengetepikan kedudukan
sebagai Amirul Mukminin. Bukankah ini perbuatan
Nabi Muhammad saw!?”.
Ada juga yang mengatakan, bahawa dahulu, jika ada utusan-utusan
datang menemui Umar bin Khattab ra, beliau menanyakan keadaan penduduk kota
mereka, menanyakan harga-harga bahan keperluan hidup mereka, dan menanyakan
keadaan kenalan beliau di kota mereka. Dan diriwayatkan dari Ibrahim, bahawa
Umar juga menanyakan keadaan amir (pemimpin) mereka: apakah ia mahu menemui kaum
lemah yang berkunjung kepadanya, apakah ia mahu menjenguk orang sakit. Jika
dijawab: Ya, beliau bersyukur memuji Allah Taala. Dan jika jawabnya: Tidak,
beliau segera menulis surat kepada amir tersebut memerintahkannya untuk
menghadap.
Keterangan:
“Lihatlah perbuatan sunnah Nabi saw yang
dilaksanakan oleh Umar bin Khattab ra, beliau suka menanyakan keadaan
seseorang, sampai kepada bahan keperluan pun ditanya oleh beliau hingga
menanyakan kenalan beliau. Bukankah itu sunnah Rasulmu yang kamu mengaku cinta kepadanya!
Mungkinkah kamu cinta kepada dirinya, tetapi bukan pada sunnah-sunnahnya?
Begitu ke? Ape . . . Ohh . . . Ada alasan lagi rupanya. Begitu juga, Umar akan
suka menanyakan mereka (pengikut-pengikut) beliau adakah mereka menemui kaum
yang lemah dan menghulurkan bantuan! Adakah mereka menjenguk orang yang sakit?
Sekiranya pengikut beliau melakukan, beliau akan bersyukur dan memuji Allah
Taala. Sekiranya tidak! Beliau akan panggil pengikutnya dan SEKOLAHKAN DIA!”.
Beginilah keadaan kaum sholihin, mereka sabar dan rela hidup
dalam kehinaan demi menjaga usaha mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah
Taala dan memelihara maqam ubudiyah mereka. Sebab, secara yakin mereka
mengetahui, bahawa setiap kali mereka prihatin (inkisar) kedudukan mereka di
sisi Allah semakin tinggi, dan setiap kali mereka memuliakan diri, maka
kedudukan mereka di sisi Allah semakin rendah. Kaum pilihan Allah Taala selalu
menjaga maqam ubudiyah dengan menghinakan diri, prihatin (inkisar), bersabar
dan menanggung derita. Mereka berhati-hati supaya tidak sedikit pun mendekati
sifat dan sikap yang dikhususkan bagi Allah Taala, yaitu sikap sombong,
takabur, mengagungkan diri dan tinggi hati. Inilah salah satu rahsia agung kaum
ariffin. Barang siapa mengetahui dan mampu mengamalkannya, maka sesungguhnya ia
telah menemukan harta simpanan. Demikianlah sikap kaum sholihin terdahulu.
Fahamilah semua ini.
Keterangan:
“Perhatikan dan contohilah perilaku kaum sholihin,
ikutlah mereka didalam kesabaran, didalam kerelaan hidup dengan menerima
kehinaan demi menjaga usaha dan ikhtiar mereka untuk mendekatkan diri kepada
Allah Taala, juga menjaga maqam ubudiyah iaitu kedudukan sebagai seorang
pengabdi. Kepada siapa lagi yang kamu ingin mencontohi selain daripada mereka
(kaum sholihin). Nak contoh akhlak dan peribadi Nabi Muhammad saw! Jangan
mimpilah, akhlak dan peribadi kaum sholihin saja tidak mudah untuk kamu
laksanakan, inikan pula akhlak dan peribadi Nabi Muhammad saw! Jangan terlalu
mudah sangat terperdaya dengan asyik memandang yang tinggi. Yang tinggi sudah
lumrah bukan senang dapat dicapai! Tanpa pengorbanan banyak yang berlandaskan
keikhlasan! Bermain-mainlah ditepi bukit dulu . . .
Kaum sholihin yakin dengan ilmu pengetahuan,
mengambil berat akan kedudukan mereka di
sisi Allah Taala. Mereka sentiasa memperhatikan
gerakkan hawa didalam ketaatan mereka kepada Allah. Dengan sikap yang suka
kepada prihatin (inkisar) ini mereka menyelidik diri-diri mereka samada mereka
terjebak didalam perangkap hawa nafsu ataupun tidak! Bagaimana dengan kamu,
wahai murid-murid! Adakah kamu mempunyai prihatin (inkisar) seperti kaum
sholihin“?
“Kaum sholihin tidak senang dengan
kemuliaan yang dilemparkan masyarakat, begitu juga mereka tidak suka memuliakan
diri mereka sendiri, kerana mereka menyakini bahawa sekiranya mereka rela
menerima kemuliaan dari orang ramai atau berpunca dari diri sendiri, maka itu
adalah tanda kedudukan mereka disisi Allah semakin rendah dan menurun. Bilamana
tidak ada sikap prihatin ini, boleh membawa kepada kejauhan dari Allah Taala.
Itu yang ditakuti oleh kaum sholihin. Mereka rela dijauhkan oleh masyarakat,
asal jangan dijauhkan oleh Allah Taala, jangan sampai Allah berpaling
pandanganNya! Nah! Bagaimana dengan kedudukan kamu wahai murid-murid yang
dihormati, adakah kamu sentiasa prihatin didalam setiap langkah perbuatan kamu?
Kaum sholihin sentiasa menjaga maqam penghambaan mereka. Bagaimana dengan kamu?
Bersama-samalah dengan mereka langkah demi langkah. Jangan langkah satu, dua
aje, masuk langkah ketiga, tak ada langkah lagi! Dah pakai kerusi roda, lebih
cepat untuk sampai dahhh . . . Sesiapa yang dipilih oleh Allah Taala akan
selalu menjaga maqam ubudiyahnya (itulah tanda penerimaan Allah Taala atas amal
ketaatan) dengan menghinakan diri (orang lain baik, dia tidak baik), suka
menyelidiki amal perbuatan mereka seharian, bersabar atas ketentuan Allah Taala
dan menelan pahit derita yang dilimpahkan oleh Allah Taala sebagai nikmat
anugerah dariNya. Seperkara lagi, kaum sholihin sangat-sangat berhati-hati
supaya tidak ada sedikit pun sifat dan sikap yang dikhususkan bagi Allah Taala
iaitu sikap sombong, takabbur, mengagungkan diri dan tinggi hati. Inilah salah
satu rahsia agung kaum ariffin. Barangsiapa yang mengetahuinya dan menyakini
dan mampu mengamalkannya, maka beruntunglah hamba Allah itu sesungguhnya dia
telah mendapat harta simpanan. Demikianlah sikap perbuatan dan akhlak kaum
sholihin terdahulu. Fahamilah semua keterangan diatas itu pasti kamu akan
menemukan harta simpanan tersebut. Apa maksud harta simpanan itu? .
. . . . . “
Apa yang telah aku sampaikan ini cukup sebagai peringatan bagi
orang-orang yang berakal sihat. Seterusnya mereka sendirilah yang seharusnya
mengungkapkan rahsia ucapan ini dengan akal sihatnya, kerana perkara yang rumit
ini tidak mungkin dapat dihuraikan
Keterangan:
“Sudah ku sampaikan peringatan yang cukup buat
orang-orang yang mempunyai akal yang sihat dan hati yang hidup. Selanjutnya,
kamulah yang seharusnya mengungkapkan (membuka) rahsia ucapan ini, kerana
perkara yang rumit (tidak mudah) tidak mungkin dapat dihuraikan, melainkan atas
niat, amal dan ikhlas terhadap Allah Taala”.
Dikatakan dalam suatu syair;
“Sungguh, aku pasti sembunyikan mutiara-mutiara
ilmuku, supaya si bodoh tidak terfitnah ketika mengetahuinya”
“Kaum ariffin sememangnya suka sembunyikan ilmu mereka,
demi menjaga daripada sibodoh (yang suka mengaku-aku) ketika mengetahuinya
iaitu ketika menerima ilmu pengetahuan daripada si ariffin (yang tidak
melihatkan dirinya) tetapi salah faham apa yang dimaksudkan oleh si ariffin
itu. Itu sebabnya si ariffin tetap bagi dirinya dan sibodoh tetap dengan
kebodohannya kerana tidak mahu bertanya dan mempunyai sikap mengaku-aku)”.
Berbagai keadaan yang berlangsung di zaman kita, seperti
pengakuan dan idlal (membanggakan amal) kepada Allah Azza Wa Jalla, dapat
menimbulkan akibat sangat serius dan menakutkan bagi para pelakunya di sisi
Allah Taala. Seorang arif berkata, “Balasan bagi orang yang suka
mengaku-aku adalah ‘su-ul khotimah’. Telah diriwayatkan bahawa Umar
bin Khattab ra berkata, “Barangsiapa berkata: Aku adalah
seorang alim, maka dia adalah seorang yang bodoh. Dan barangsiapa berkata: Aku
adalah seorang yang taat, maka dia adalah orang durhaka. Dan barangsiapa
berkata: ‘Tempatku di syurga, maka tempatnya adalah neraka’.
Keterangan:
“Berbagai keadaan dan cara-cara yang sudah berlaku
dizaman kita ini, seperti pengakuan-pengakuan (banyak mengaku-ngaku tetapi tak
buat) dan membanggakan amal kepada Allah Azza Wa Jalla, boleh mendatangkan
keadaan yang bahaya dan menakutkan bagi pelaku perbuatan tersebut di sisi Allah
Taala. Balasan bagi orang yang suka mengaku-aku adalah ‘su-ul khotimah’
kesudahan yang buruk. Dan janganlah kamu terikut-ikut dengan mereka yang
berkata, aku adalah seorang alim, maka hakikatnya dia adalah seorang yang
bodoh, jangan terikut dengan kata-kata, tempatku disyurga, maka hakikatnya
tempatnya adalah dineraka”.
Semuga Allah Taala permudahkan aku dan kamu, supaya dapat
beramal seperti mana kaum sholihin dan mempunyai hikmah seperti kaum ariffin.
Amin, Ya Rabbal Alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan