Catatan Popular

Rabu, 25 November 2020

RAHSIA ILMU KAUM MUQARRABIN : BAB 20 KARAMAH DAN SIHIR

Habib Muhammad Bin Abdullah Alaydrus Bin Abu Bakar As-Sakran

Karamah Dan Sihir

Berbagai peristiwa aneh (khowariq) mirip (seakan) keramat yang muncul dari orang-orang yang perlakunya tidak sesuai dengan akhlak kaum sholihin, suka mengaku-ngaku dan mengucapkan kata-kata mungkar yang tidak pernah diucapkan kaum sholihin terdahulu, sesungguhnya hanyalah fitnah dan ujian, sama sekali tidak menunjukkan kesholehan seseorang. Orang yang cerdas dan memiliki pemahaman mengetahui dari mana kejadian aneh (khowariq) itu berasal. Kadang-kala peristiwa aneh itu berasal dari syaitan sebagaimana yang dilakukan oleh para ahli sihir. Mereka membantu syaitan, menghadirkan Jin dan Syaitan dengan berbagai cara khusus dan sesuai dengan sifat Syaitan dan Jin. Kemudian syaitan memberitahukan perkara-perkara ghaib kepada mereka.

Keterangan:
Khowariq adalah satu peristiwa aneh seakan-akan keramat yang muncul daripada akhlak peribadi orang-orang yang tidak sesuai dengan akhlak peribadi kaum sholihin ataupun kegiatan tingkah-laku yang tidak sepatutnya ada pada orang-orang yang memiliki peristiwa aneh itu. Mereka yang memiliki khowariq ini suka mengaku-ngaku dan mengucapkan kata-kata mungkar (kata-kata yang tertolak) iaitu mengucapkan kata-kata yang kotor lagi hina, suka bercakap-cakap batil yang tidak mendatangkan faedah bagi dirinya dan orang lain terutamanya yang bersangkutan dengan keinginan dunia yang membawa pada pengharapan kepada orang lain. Perkara ini juga termasuk kepada orang-orang suka memberi pengharapan (janji-janji kosong) kepada orang lain kerana mereka juga mempunyai perasaan seperti orang yang memiliki peristiwa aneh, konon-kononnya kasyf. Apalagi diperkuatkan oleh sahabat-sahabat sekelilingnya yang diperbodohkan oleh sahabat-sahabat mereka. Kasihan masih tidak nampak. Perkara sebegini tidak pernah diucapkan apatah lagi dilakukan oleh kaum sholihin terdahulu. Ketahuilah sesungguhnya ia adalah fitnah dan ujian, sama sekali tidak menunjukkan kesholehan seseorang disisi Allah Taala. Hanya orang yang cerdas akal dan memiliki kefahaman iaitu mengetahui dari mana kejadian aneh (khowariq) itu berasal. Kadang-kadang peristiwa aneh itu berasal dari syaitan sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sihir. Mereka adalah orang-orang yang sesat dan terkeluar dari Agama Islam, pembantu syaitan, menghadirkan jin dan syaitan dengan berbagai cara khusus dan sesuai dengan sifat syaitan dan jin. Orang-orang yang sesat ini mengabdikan diri kepada jin dan syaitan kemudian dibalas oleh jin dan syaitan atas keabdian mereka dengan memberitahu perkara-perkara ghaib kepada mereka”.

Kejadian aneh ini kadang-kala juga dinisbatkan kepada ahli silap mata. Ilmu silap mata ini seakan dengan ilmu sihir dan terlarang dalam agama. Orang-orang yang tidak beragama mempelajari ilmu ini dengan jalan melaparkan diri dan menjauhi berbagai perkara yang mubah, seperti daging dan sejenisnya. Dengan cara ini mereka memperolehi kemampuan semacam kasyf, kemudian terjadilah fitnah dan bencana dialam ini yang digunakan Allah menguji hamba-hambaNya sesuai kehendakNya. Berbagai kasyf dan khowariq yang seakan dengan karamah kaum sholihin ini kadang-kala muncul dari para rahib dan kaum musyrikin India. Kasyf dan khowariq ini tidak hanya boleh diperoleh melalui agama, tetapi juga boleh dengan cara yang telah ku sebutkan diatas. Kadang-kala boleh juga didapat oleh seseorang yang melaparkan diri dalam suatu ruangan gelap. Sebab, melaparkan diri dan menyempitkan ruang gerak nafsu dapat membuat nafsu menjadi tajam dan bertugas dengan berkesan dalam banyak perkara. Meskipun khowariq dan kasyf ini jarang berlaku dan menakjubkan, tapi sama sekali tidak ada kaitannya dengan agama Allah dan sama sekali tidak bermanfaat, bahkan dapat membahayakan. Rasulullah saw bersabda; “Setiap yang baru adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan tempatnya dineraka” (HR Nasai)

Keterangan:
Kejadian peristiwa aneh ini kadang kala juga dikaitkan kepada ahli silap mata. Ilmu silap mata ini seakan-akan dengan ilmu sihir dan terlarang dalam agama. Bagi orang-orang Muslim dilarang sama sekali mempelajari ilmu ini dan bercampur gaul dengan orang-orang yang memilikinya. Orang-orang yang tidak beragama (tidak mempercayai Allah dan juga yang mencampur-adukkan keimanan mereka dengan kegiatan-kegiatan yang dilarang dalam agama semata-mata menginginkan apa yang dihajati. Tidak kira halal atau haram, asal dapat apa yang dihajat. Mereka yang tidak beragama sanggup mempelajari ilmu ini dengan cara melaparkan diri dan menjauhi berbagai perkara-perkara yang dibolehkan dalam agama seperti makan daging dan sejenisnya. Dengan cara ini mereka mendapat kemampuan semacam kasyf yang sebenarnya dibantu oleh jin dan syaitan kemudian terjadilah fitnah dan bencana dialam ini dimana Allah menguji hamba-hambaNya sesuai dengan kehendakNya. Maka datanglah orang-ramai mengunjunginya memohon bantuan kepadanya. Ketahuilah, ilmu sihir mereka digunakan pada dua keadaan sahaja“.

Pertama; Mencelakakan orang lain.
Kedua; Memberi perkhidmatannya kepada orang ramai.

Kedua-dua keadaan ini semata-mata adalah bermotifkan keduniaan (wang/duit), kemasyhuran (menginginkan namanya disebut orang-ramai sebagai ahli perubatan yang handal) dan juga gerun (orang-ramai takut kepadanya oleh kerana ilmu yang dimilikinya). Macam-macam kasyf dan khowariq yang mirip dengan karamah kaum sholihin muncul dari para rahib (pendeta-pendeta) dan kaum musyrikin India. Salah satu cara untuk mendapatkannya adalah dengan melaparkan diri dalam suatu ruangan yang gelap. Dengan melaparkan diri dan menyempitkan ruang gerak nafsu dapat membuat nafsu menjadi tajam dapat bertukas dengan berkesan dalam banyak perkara. Meskipun khowariq dan kasyf ini jarang berlaku dan menakjubkan, tapi sama sekali tidak ada kaitannya dengan agama Allah dan sama sekali tidak ada faedah bahkan dapat membahayakan diri yang memilikinya. Rasulullah saw telah bersabda: “

“Setiap yang baru adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan tempatnya dineraka”

HR Nasai

Apa saja perbuatan yang tidak dilakukan oleh para salaf adalah tertolak dan sesiapa yang mengamalkan tempatnya dineraka”.

Perbuatan melaparkan diri yang merupakan penyebab terkuat untuk memperoleh berbagai kasyf dan khowariq adalah terlarang. Dalilnya adalah sabda Rasulullah saw;

“Hati-hati jangan kamu berpuasa wishol, hati-hati janganlah kamu berpuasa wishol, hati-hati janganlah kamu berpuasa wishol”

HR Bukhari, Muslim, Ahmad, Malik dan Darimi

Bagaimana mungkin khowariq macam ini disamakan dengan karamah! Karamah itu muncul dari orang-orang yang baik dan kaum sholihin yang tekun mengerjakan sunnah dan banyak melakukan amal sholeh. Mereka adalah orang-orang yang siap menerima berbagai kurnia ilalhi dan;

Keterangan:
Ingatlah wahai para murid, khowariq atau semacamnya tidak boleh disamakan dengan karamah sama sekali! Karamah datang dari orang-orang yang baik sahaja dan kepada kaum sholihin yang selalu tekun mengerjakan sunnah dan banyak melakukan amal sholeh. Hanya mereka sahaja yang siap menerima berbagai kurnia dari Tuhan mereka”.

“Allah menghapuskan apa yang Ia kehendaki dan menetapkan (apa yang Ia kehendaki) dan disisiNyalah terdapat ummul kitab (lauhil mahfudz)”

QS Ar-Ra’d, 13:39

Fahamilah perbezaan keduanya. Banyak orang merasa bingung memikirkan bagaimana orang-orang itu boleh kasyf, padahal mereka tidak melaksanakan kewajiban-kewajiban agama, contohnya sholat dan lain-lain. Banyak orang mengalami kesulitan untuk menentukan kedudukan mereka. Mereka tidak tahu bagaimana harus menyikapi kasyf-kasyf macam ini. Ada pula yang meyakini bahawa setiap orang yang kasyf adalah wali: siapa pun orangnya. Mereka adalah orang-orang awam dizaman kita ini dan persangkaan mereka terhadap orang-orang itu keliru. Sebab, kasfy hanya akan muncul dari orang yang shidq dan orang-orang yang tidak meyakini cara-cara sesat yang telah kujelaskan kepadamu.

Keterangan:
Fahamilah perbezaan keduanya dengan kefahaman yang kukuh supaya tidak merasa was-was atau mudah terpedaya dengan mereka yang memiliki khowariq. Banyak orang awam yang merasa bingung memikirkan bagaimana orang-orang tersebut boleh memiliki kasyf? Padahal mereka tidak mengerjakan kewajiban-kewajiban didalam agama! Contohnya sholat dan lain-lain. Ramai yang mengalami kesulitan untuk menentukan kedudukan mereka, mereka tidak tahu cara-cara untuk membuka kebohongan seperti ini. Yang sedihnya, kebanyakkan orang meyakini bahawa setiap orang yang kasyf adalah wali tidak kira siapa orangnya. Ini tidak lain adalah kerana hakikat mereka adalah untuk berdamping dengan orang-orang yang disangkakan wali supaya mendapat serpihan dari mereka dengan tidak perlu mengerjakan kewajiban-kewajiban agama. Hanya dengan berdamping! Bolehkah diterima semudah itu? Hanya berpegang pada barakah sahaja. Tapi taubat tidak mahu dilafazkan, tidak mahu memohon keampunan dari Tuhan, dosa-dosa tetap dikerjakan dan melakukan perbuatan shubhat itu normal aje . . . “

Inilah orang-orang awam dizaman kita dan persangkaan mereka terhadap orang-orang itu sangat-sangat keliru. Ingatlah, kasyf hanya akan datang dan datang dari orang yang shidq (benar dan amanah) sahaja. Selagi seseorang tidak shidq (tidak benar dan amanah) akan muncul seakan-akan karamah itu adalah khorawiq. Dan orang-orang yang sesat sahaja yang akan meyakini (percaya) cara-cara sesat yang telah dijelaskan kerana yang sesat akan mencari yang sesat juga”.

Berbagai kasyf, dan berita-berita ghaib yang seakan karamah kaum sholihin ini telah merosak keadaan masyarakat zaman ini. Kasyf dan berita-berita ghaib ini telah memalingkan masyarakat dari Al-Quran, Sunnah Rasulullah saw dan amalan kaum sholihin terdahulu. Oleh kerana itu, wahai saudaraku yang sholeh, jangan tertipu oleh berbagai khowariq ini dan jangan bersimpati kepada pemiliknya, sebab khowariq ini kadang-kala muncul dari orang jahat yang suka menipu masyarakat. Kerana dangkalnya ilmu kaum awam, mereka mengira bahawa kesesatan yang ia lakukan adalah karamah. Kaum awam berprasangka baik kepada orang itu dan menganggap bahawa dengan mengikutinya, mereka telah melakukan perbuatan mulia.

Keterangan:
Terlalu banyak berita-berita ghaib yang seakan karamah kaum sholihin telah merusakkan keadaan masyarakat zaman ini. Mereka yang mencintai kasyf dan mencari kasyf dan memiliki berita-berita ghaib dan yang suka mendengar berita-berita ghaib ini telah memalingkan masyarakat ramai dari Al-Quran, Sunah Rasul saw dan amalan-amalan kaum sholihin terdahulu. Masyarakat terlalu terpengaruh dengan kejadian aneh dan berita-berita ghaib yang disampaikan oleh orang-orang sesat. Maka dengan itu, wahai saudaraku jangan sekali-kali bersimpati kepada mereka yang memiliki, mengamal dan mempelajarinya. Kalau ini dapat kamu lakukan, kamu akan dipandang mulia disisi Allah Taala. Inilah pesananku, khowariq adalah dari orang-orang jahat dan sesat yang suka menipu orang ramai. Orang ramai yang terpedaya dengan mereka tidak lain adalah cetek ilmu agamanya dan tidak mengenal TuhanNya lalu mengira kesesatan yang dilakukan oleh orang yang sesat itu sebagai karamah! Orang ramai kena tipu! kerana berprasangka baik kepada orang-orang sesat itu dan menganggap bahwa dengan mengikutinya, mereka telah melakukan perbuatan mulia”.

ya-itu dengan mengamati bagaimana kelurusan perilakunya, kebaikan kehidupan agama dan tarikatnya. Jika ini telah kamu lakukan, maka mudah bagimu untuk membezakan antara karamah orang-orang baik dan fitnah orang-orang jahat. Perhatikan pembahasan yang mendalam ini, insyallah kamu akan memperoleh manfaat.

Keterangan:
Sangat sulit untuk membezakan antara karamah para wali dan khowariq yang muncul dari orang-orang yang berperangai buruk dan ahli fitnah, hampir-hampir tidak dapat dibezakan. Tidak ada cara untuk membezakannya, kecuali dengan mempelajari peribadi akhlak orang yang memiliki khowariq tersebut. Inilah saja jalan yang dapat kamu bezakan. Tidak ada jalan lain. Periksa dan lihatlah bagaimana dengan kelurusan akhlaknya? Bagaimana dengan kehidupan agamanya? Dan bagaimana tarikatnya? Inilah jalan membezakan antara karamah orang-orang baik dan fitnah orang-orang jahat. Perhatikan pembahasan yang mendalam ini sekiranya kamu mahu perhatikannya dan insyallah kamu akan mendapat faedah dari Allah Taala”.

 

Tiada ulasan: