Habib Muhammad Bin Abdullah Alaydrus Bin Abu Bakar As-Sakran
Ibadah
Sosial / Kemasyarakatan
Di antara cara mendekatkan diri kepada Allah Taala yang paling dicintaiNya dan
telah diamalkan oleh para ulama dan ahli makrifat adalah perbuatan baik yang
manfaatnya luas, misalnya menyenangkan orang-orang yang dirundung kesedihan
(inkisar), memberi makan mereka yang lapar dan membahagiakan kaum fakir miskin.
Perbuatan baik ini memberikan kesan yang mengagumkan dalam hati.
Keterangan:
“Ketahuilah wahai murid-murid, salah satu cara untuk
kamu mendekatkan diri kepada Allah adalah berbuat baik yang boleh mendatangkan
manfaat (faedah) yang banyak seperti menyenangkan orang-orang yang dialami
kesedihan, memberi makan kepada mereka yang lapar dan membahagiakan kaum fakir miskin.
Perbuatan sebegini sangat dicintai Allah dan telah diamalkan oleh ulama dan
ahli makrifat yang dapat memberikan kesan yang kuat didalam hati kamu. Allah
Yang Maha Pengasih telah menunjukkan cara-cara untuk bersikap perihatin dan
memberi tumpuan kepada mereka yang telah disebutkan diatas. Sekiranya kamu
dapat
mengamalkan apa yang diamalkan oleh ulama dan ahli
makrifat, insyallah hati kamu akan dipenuhi dengan sikap kasih sayang terhadap
makhlukNya”.
Dikatakan bahwa Allah Taala
menurunkan wahyu kepada Zulkarnain as; “Setelah menciptakan akal, Aku
tidak menciptakan makhluk yang lebih Kucintai daripada kebaikan (ma’ruf). Aku
akan memberitahukan ciri-cirinya kepadamu. Jika kamu melihat seseorang yang
Kujadikan cinta pada kebajikan dan Kumudahkan untuk melakukannya serta
Kugerakkan hati manusia untuk mencarinya, maka cintailah dan jadikanlah orang
itu sebagai temanmu. Sebab, dia adalah makhluk yang paling Kucintai. Namun jika
kamu lihat seseorang yang Kujadikan benci pada kebajikan dan Kusulitkan untuk
melakukannya serta Kugerakkan hati manusia untuk menjauhinya, maka bencilah dan
abailah dia. Sebab, dia adalah makhluk yang paling Ku benci”.
Keterangan:
“Allah Taala telah memberitahu kepada Zulkarnain as
akan sifat-sifat makhluk yang Dia cintai. Maka dengan itu perhatikan siapakah
mereka yang dimaksudkan oleh Allah Taala. Setelah Allah Taala menciptakan Akal,
Dia tidak menciptakan makhluk yang lebih diCintaiNya melainkan KEBAIKAN
(ma’ruf). Nah, kamu sudah dapat mengetahui bahawa KEBAIKAN lah yang diangkat
oleh Allah Taala sebagai makhluk yang dicintaiNya. Perhatikanlah
disekelilingmu, sekiranya kamu mendapati seseorang yang suka melakukan
kebajikan (apa saja perbuatan yang mendatangkan manfaat baik dunia mahupun
akhirat) dimana Allah memudahkan dia supaya dapat melakukannya serta Allah
gerakkan hati manusia untuk mencarinya. Maka cintailah dan jadikanlah orang itu
sebagai teman kamu. Mudah-mudahan kamu dapat ringisan dari orang itu yang
mendapat kedudukkan sebagai makhuk yang dicintai Allah. Begitu juga sekiranya
kamu dapati disekelilingmu seseorang benci untuk melakukan kebajikan, dimana
Allah menyulitkan (menyusahkan/memberatkan) orang itu untuk melakukan kebaikan
serta Allah mengerakkan hati manusia untuk menjauhinya, Maka dengan itu abaikan
/ tinggalkan / jangan dijadikan teman, sebab orang itu adalah makhluk yang
paling dibenci oleh Allah Taala”.
Jika kamu ingin agar rahmat
Allah Azza wa Jalla turun kepadamu dan kasih sayangNya selalu meliputimu, maka
sayangi dan kasihilah makhlukNya.
Nabi saw bersabda;
“Orang-orang
yang menyayangi akan disayangi oleh Yang Maha Penyayang”
HR Abu Daud, Turmudzi & Ahmad
“Barangsiapa tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi”
HR Bukhari, Muslim, Abu Daud & Ahmad
Fahamilah hal ini!
Ketahuilah bahawa engkau akan dibalas sesuai perbuatanmu.
Keterangan:
“Bagi murid yang menginginkan supaya rahmat Allah
Azza wa Jalla turun kepada kamu dan mendapat kasih sayangNya yang selalu akan
menaungimu hendaklah kamu menyayangi dan mengasihi makhlukNya. Perhatikan sabda
Nabi saw di atas dan berhati-hatilah, jangan kamu mempunyai sifat tidak
penyayang, maka kamu tidak akan disayangi . . .Fahamilah perkara diatas dan
ketahuilah kamu akan dibalas sesuai dengan setiap perbuatan kamu . .
.”.
Sesungguhnya Allah Yang
Maha Tinggi (Agung) KemulianNya dan Maha Suci AsmaNya memiliki kasih sayang dan
rahmat yang sangat luas kepada makhlukNya. Orang yang berbahagia (sa’id) adalah
orang yang hatinya digerakkan untuk melakukan kebajikan sehingga ia mewarisi
kasih sayang Allah kepada makhlukNya. Sedangkan orang yang sengsara (syaqiy)
ialah orang yang hatinya digerakkan untuk berbuat buruk dan berlaku kejam
kepada makhluk. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kesengsaraan
hidup. Bukankah kamu pernah mendengar sabda Nabi saw;
“Adalah seorang pelacur Bani Israil melihat seekor anjing
menjulur-julurkan lidahnya kerana kehausan, kemudian ia memberinya minum. Allah
Taala lalu membalas kebaikannya dan mengampuni dosa-dosanya”
HR Bukhari, Muskim & Ahmad
Keterangan:
“Berbahagialah bagi murid-murid yang hatinya digerakkan
olehNya untuk melakukan kebajikan sehingga kamu dapat mewarisi (menyampaikan)
sifat kasih sayang Allah kepada makhlukNya. Subhanallah! Fahamilah keterangan
ini! Bagi murid-murid yang sengsara (sentiasa merasa berat untuk membuat
kebajikan, berat untuk mengamal dan berat untuk membersihkan sifat kotor kepada
sifat terpuji) adalah manusia yang digerakkan oleh Allah untuk berbuat buruk
dan berlaku kejam kepada makhluk dan diri sendiri. Berlindunglah kita semua
kepada Allah dari segala macam kesengsaraan hidup ini. Perhatikan sabda Nabi
saw diatas dimana, hanya dengan bersikap kasih sayang, Allah mengampun segala
dosa-dosa”.
Perhatikanlah kasih sayang
Allah ini. Wanita yang penuh dosa ini memperoleh rahmat hanya kerana mengasihi
makhluk yang hina (anjing). Lalu bagaimana menurutmu perlakuan Allah terhadap
orang-orang yang baik. Di antara mereka meskipun perilaku zahiriahnya tidak
menampakkan hal tersebut. Jika memang demikian keadaanya, maka bersikaplah
penuh kasih sayang, suka memaafkan dan berhati selamat (salamatis shodr). Jika
bukan demikian tabiatmu, maka jadikanlah sifat ini sebagai tabiat dan akhlakmu.
Jauhilah penyakit-penyakit hati dan dosa-dosa tersembunyi. Alangkah indahnya
ucapan orang saleh ini; “Wahai orang-orang yang memiliki
dosa-dosa tersembunyi, hati-hatilah kamu terhadap siksa tersembunyi”
Keterangan:
“Perhatikanlah kasih sayang Allah. Seorang pelacur
dapat memperolehi rahmat hanya kerana mengasihi makhluk yang hina iaitu anjing.
Bagaimana pendapat kamu wahai murid-murid, akan perbuatan Allah terhadap
orang-orang yang baik? Tidak kah kamu ingin mengambil kesempatan ini? Bukankah
itu matlamat kamu? Ada juga di antara mereka yang perilaku (perbuatan zahirnya)
tidak menunjukkan perkara itu. Jika memang demikian keadaannya, maka hendaklah
kamu bersikap penuh kasih sayang, suka memaafkan dan berhati baik (prasangka
baik). Sekiranya kamu tidak mempunyai perangai itu hendaklah kamu menjadikan
sifat ini sebagai tabiat dan akhlak perangai kamu dan jauhilah
penyakit-penyakit hati dan dosa-dosa tersembunyi kerana penyakit hati dan dosa
tersembunyi sangat-sangat merbahaya bagi diri kamu kerana kebanyakkan
murid-murid tidak menghiraukannya. Amatilah ucapan orang sholeh tersebut;
“orang-orang yang memiliki dosa-dosa tersembunyi maka terimalah siksa-siksa yang
tersembunyi dari Allah Taala”.
Sehubungan dengan hal ini,
orang-orang yang memiliki kedudukan khusus disisi Allah Jalla Jalaluh
mengetahui berbagai rahsia halus. Berbagai rahsia itu mereka manfaatkan untuk
mewujudkan cita-cita mereka, misalnya sewaktu ingin memperoleh kesembuhan bagi
orang yang sakit di antara mereka. Namun cara mereka sangat pelik, tidak setiap
orang mengetahuinya. Salah-satu rahsia yang telah dicuba oleh kaum ariffin
untuk menghadapi datangnya bencana, berbagai peristiwa menakutkan dan penyakit
adalah dengan memperbanyakkan sedekah kepada kaum dhu’afa. Begitu pula ketika
mereka jatuh ke tangan orang-orang zalim. Namun sebelum mengeluarkan sedekah,
mereka mempertimbangkannya lebih dahulu. Setiap sedekah yang mereka keluarkan
disesuaikan dengan besar kecilnya bencana yang terjadi. Amal yang mereka
kerjakan untuk persoalan ringan tidak sama dengan amal yang mereka kerjakan
untuk mengatasi persoalan yang berat. Untuk suatu tujuan yang besar, mereka
mengorbankan sesuatu yang besar pula. Seseorang yang mengetahui rahasia-rahsia
ini bererti telah memperolehi salah satu dari ilmu-ilmu kaum khusus.
“Dan bertakwalah kepada Allah; Allah akan mengajarmu”
QS Al-Baqarah, 2:282
Keterangan:
“Ingat dan perhatikan orang-orang yang mengetahui
berbagai rahsia halus. Carilah mereka. Jangan lepaskan mereka. Duduklah dengan
mereka dan mintalah nasihat dari mereka ini kerana mereka memiliki kedudukan
khusus disisi Allah. Jangan menjauhi diri dari mereka, kerana dengan menjauhi
diri dengan mereka hanya mengundangkan kerugian buat diri kamu. Salah satu
rahsia yang telah diamalkan oleh kaum ariffin untuk menghadapi datangnya
bencana adalah dengan sedekah kepada kamu dhu’afa (pengemis dan kaum miskin).
Kaum ariffin tidak mempunyai wang ringgit untuk disalurkan kepada mereka tetapi
mereka mengunakan umur dan waktu untuk kepentingan manusia yang menginginkan
nasihat dan tunjuk ajar“.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan