Habib Muhammad Bin Abdullah Alaydrus Bin Abu Bakar As-Sakran
Hati
Yang Hidup
Seseorang
yang hatinya hidup akan bersikap penuh kasih sayang, lemah lembut, lunak,
ramah, dekat dengan masyarakat, mencintai dan dicintai. Kamu akan melihat orang
yang berhati macam ini batinnya merasakan kenikmatan, suka menyendiri, tidak
suka omong kosong, menjauhi keburukan dan pertentangan. Berbahagialah dia,
kerana hatinya menjadi tempat jatuhnya pandangan Allah, perbendaharaan hikmah
dan gudang rahsia-rahsia (asror).
Diriwayatkan bahawa Allah Taala berfirman dalam beberapa kitab terdahulu;
“Sesungguhnya langit dan bumi tidak
mampu menampungKu dan terlalu sempit untuk menampungKu, hanya hati hambaKu yang
beriman dan tenang yang mampu menampungKu”
Keterangan:
“Ketahuilah sesiapa yang mempunyai
hati yang hidup akan sentiasa bersikap penuh kasih-sayang, lemah-lembut, jinak
(mudah mesra), ramah, dekat dengan masyarakat, mencintai dan dicintai.
Perhatikan tanda-tanda ini pada mereka, maka kamu dapat menjejaki dan dapat
bersama dengan mereka sebagai sahabat atau sebagainya. Bila kamu dapat
menjejaki dan mengikut mereka, kamu akan dapati hati mereka penuh dengan rasa
kenikmatan, suka menyendiri, tidak suka berbual kosong, menjauhi keburukan dan
segala apa yang bertentangan dengan perintah agama. Maka berbahagialah orang itu
kerana hatinya telah menjadi tempat jatuhnya pandangan Allah, diletakNya
perbendaraan hikmah dan gudang rahsia-rahsiaNya dan berbahagialah orang yang
dapat menjejaki dan mengikuti mereka, mudah-mudahan dengan terpercik kurnia
nikmat itu maka sesiapa dengan mereka pun termasuk kedalam golongan mereka yang
dibahagiakan. Mari kita mengenal pasti pergerakan hati yang hidup dan bagaimana
untuk mengikutinya dan bersama dengan mereka. Berikut adalah contoh-contoh
seperti;
1. Hati yang bersikap
penuh kasih sayang; adakah kamu memiliki hati yang penuh kasih sayang? Hati
yang ada kasih sayang akan sentiasa menyayangi makhluk Allah, Hati akan
sentiasa perihatin terhadap makhluk Allah. Hati yang suka kepada
berkasih-sayang dijalan Allah. Adakah hati ini tidak mempunyai sifat marah?
Hati begini akan marah juga, tetapi marahnya adalah seperti seorang ayah kepada
anaknya. Hati ini akan marah bila kebenaran tidak tegakkan. Hatinya marah dan
marahnya adalah kerana Allah.
2. Hati yang
lemah-lembut; adakah kamu memiliki hati yang lembut? Hati yang lembut adalah
hati yang mudah untuk mengerjakan kebaikan, mudah mengerjakan ketaatan, mudah
mendengar nasihat, mudah kepada segala yang menuju kepada kebaikan yang membawa
kepada manfaat yang diredhai oleh Allah dan RasulNya. Bukan lembut yang menuju
kepada kemaksiatan dan menderhaka kepada Allah.
3. Hati yang lunak;
adakah kamu memiliki hati yang lunak? Hati lunak, adalah hati yang mudah kepada
kejinakkan. Kejinakkan kepada kebenaran bukan kepada keburukan.
4. Hati yang ramah;
adakah kamu memiliki hati yang ramah? Hati yang ramah adalah hati yang mudah
bermesra dengan kebenaran dan kebaikan bukan mesra pada kemaksiatan dan
keburukkan. Suka kepada nasihat menasihati.
5. Hati yang dekat
dengan masyarakat; Hati yang dekat dengan masyarakat adalah hati yang mudah
dibawa kehadapan orang-ramai BILA diundang saja. Hati ini mudah untuk berkumpul
dimana ada kegiatan-kegiatan perhimpunan seperti majlis haul, majlis maulid,
majlis tahlil, majlis zikri dan segala majlis yang ada wujud kasih sayang,
mengeratkan silaturahim dan sebagainya.
6. Hati yang mencintai
dan dicintai; Hati begini adalah hati yang sudah mendapat ketenangan didalam
kehidupannya. Sifatnya suka mencintai kepada makhluk Allah dan mereka juga
mencintainya. Hati begini dipenuhi oleh sifat cinta yang besar terhadap makhluk
ciptaanNya.
Diriwayatkan bahwa Allah Taala berfirman dalam beberapa kitab terdahulu;
“Sesungguhnya langit dan bumi tidak mampu menampungKu dan terlalu sempit untuk
menampungKu, hanya hati hambaKu yang beriman dan tenang yang mampu menampungKu”.
Bermaksud, hanya mereka yang mengenal Allah sahaja yang dapat membawa
KeBesaranNya dan KeAgunganNya”.
Hati
yang hidup merupakan rahsia alam (sirrul ‘alam), sumber keajaiban dan wadah
rahsia-rahsia ilahiah (asrorul ilahiyah), didalamnya sering terjadi
peristiwa-peristiwa yang menakjubkan. Begitu pula dalam nafs, boleh terjadi
peristiwa-peristiwa serupa. Hanya saja terdapat perbezaan besar antara hati dan
nafs; keduanya saling bertentangan, semua yang datang dari hati baik, sedangkan
semua yang timbul dari nafs adalah buruk. Namun perilaku orang yang dikuasai
nafs kadang-kala nampak seperti perilaku orang yang memiliki hati. Orang yang
memiliki hati perbuatannya baik dan mulia. Sedangkan orang yang dikuasai nafs
perbuatannya buruk seperti syaitan, memiliki pengaruh nyata bagi timbulnya
berbagai bencana dan fitnah. Allah menjadikan bencana dan fitnah tersebut
sebagai ujian hambaNya sesuai kehendakNya.
Keterangan:
“Hanya mereka yang mempunyai hati yang
hidup adalah merupakan rahsia alam yang datangnya dari segala keajaiban
(pengenalan) dan tempat rahsia-rahsia ilahi. Kerana didalam hati itu selalu
terjadi perkara-perkara yang sangat menakjubkan. Bererti merekalah rahsia alam!
Begitu juga dengan nafsu, dimana boleh terjadi peristiwa-peristiwa yang serupa
hanya kamu harus membezakan antara perbuatan hati atau perbuatan nafsu. Sebab,
kedua perbuatan itu saling berlawan (bertentang). Semua yang datang dari hati
adalah baik, sedang semua yang timbul dari nafsu adalah buruk. Malangnya kamu
tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Dalam keadaan begini
akal selalu menunjukan jalan dan perbuatan kebaikan tetapi kamu lebih suka
mengikuti jalan dan perbuatan yang buruk. Itulah hakikat sebenarnya perbuatan
kamu. Tanyalah pada diri kamu dan jangan cuba menimbulkan alasan! Kerana setiap
alasan adalah perangkap yang kamu cuba pasang kepada Allah Taala. Tetapi
kadang-kala tabiat orang yang dikuasai oleh nafsu nampak seperti akhlak orang
yang memiliki hati yang hidup. Oleh kerana penampilannya, kerana gayanya,
kerana tunduknya, tetapi semua itu bohong. Kebohongan adalah keadaan gelap,
bila cahaya datang menyuluh pada kegelapan maka kelihatanlah (nampaklah) segala
yang buruk dan segala yang keji”.
“Contohnya bila seorang yang memiliki hati
yang hidup bila duduk bersebelahan dengan seorang yang mati hatinya, keadaanya
akan berubah. Dia merasa gelisah dan rasa tidak selesa yang jarang dialaminya.
Orang yang memiliki hati ini tidak memandang kepada orang disebelahannya dengan
pandangan yang tidak baik atau berprasangka tidak baik atau dengan sangkaan
buruk. Kerana mereka yang hidup hatinya tidak bermain dengan sangkaan buruk!
Berpandukan ilmu agama yang dipelajari dan diyakininya maka fahamilah dirinya
bahawa dia tidak dibenarkan duduk bersama dengan orang yang bersebelahan
dengannya kerana perasaan yang datang itu bukan dari nafsu mereka tetapi dari
hati yang mendapat arahan dari rahsia-rahsia ilahi. Adakah kamu memiliki hati
yang hidup sehingga boleh meninggalkan kenalan bila datang arahan seperti
diatas? Jangan agak-agak boleh! Cakap aje tak boleh! Kan senang, tak payah nak
cerita panjang-panjang! Kan!”
“Begitu juga dengan orang yang bertampilan
seperti orang yang memiliki hati yang hidup, dia menyangka orang yang
bersebelahannya adalah orang yang tidak memiliki hati yang hidup! Kerana dia
merasa tidak tenteram, tidak tenang dan rimas. Oleh kerana buta mata hatinya,
tidak dapat melihat keadaan sebenar pada dirinya yang mempunyai ‘hati yang
mati’ dan bertopeng maka dilemparkan sifat itu pada orang disebelahannya. Maka
dia melihat orang yang baik hati itu, dari atas sampai kebawah, kerana hendak
melihat dimana keburukan dan kesalahan yang mungkin dapat dilihatnya sehingga
dirinya tidak tenteram, tidak tenang dan rimas. Tetapi yang baik, tetap baik.
Allah melindungi yang baik kerana datang dari yang Maha Baik. Kesihankan? Dia
dengan rakus matanya mencari kesalahan dan keburukan orang disebelahnya tidak
nampak akan perbuatanNya yang memiliki ‘Hati yang Mati’. Ooiiii, tak nampak ke?
Siapa yang mati? Orang yang memiliki hati, perbuatanya, insyallah baik dan
mulia. Kerana apa? Maha Suci Allah, yang selalu melindungi hambaNya dimana
hambaNya sentiasa bersandar padaNya. “Sedangkan orang-orang yang dikuasi nafsu
mereka dengan perbuatan buruk, suka bertopeng dengan akhlak baik, dengan rela
hati melakukan perbuatan buruk yang sama dengan syaitan atau lebih dahsyat dari
syaitan (ini oleh kerana dah naik pangkat!), mencari dan berpegang pada benda
yang nyata dengan tidak menghiraukan bencana (siksaan dari Allah) dan mudah melakukan
fitnah asalkan hajat yang diidamkan tercapai. Berhati-hatilah, Allah Taala
menjadikan bencana dan fitnah sebagai ujian kepada seluruh hambaNya yang
memiliki hati yang hidup dan hambaNya yang memiliki hati yang mati. Sesuai
dengan kehendakNya. Maka berlindunglah kita semua dari bencanaNya yang dilemparkan olehNya kepada
semua hambaNya”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan