Habib Muhammad Bin Abdullah Alaydrus Bin Abu Bakar As-Sakran
Sikap
Terhadap Kaum Lemah
Sikap
tawadhu orang yang memiliki kedudukan terhadap orang-orang baik yang lemah –
contohnya menjenguk orang miskin yang sakit, menghantarkan jenazah orang asing
yang fakir, mengunjungi orang yang tidak dikenal masyarakat (khumul) – adalah
sikap mulia dalam bermu’amalah. Diriwayatkan bahawa Allah Taala mewahyukan
kepada umat-umat terdahulu dalam salah satu kitab yang Ia turunkan:
“Berjalanlah satu batu, jenguklah
orang sakit. Berjalanlah dua batu, hantarkan jenazah. Berjalanlah tiga batu,
penuhilah undangan. Berjalanlah empat batu, kunjungilah saudara kamu di jalan
Allah Taala”
Keterangan:
“Allah Taala telah mewahyukan kepada
umatNya terdahulu dengan menyuruh mereka mengerjakan kebaikan dengan berjalan 1
batu untuk menziarahi orang yang sakit, berjalan 2 batu mengiringi jenazah,
berjalan 3 batu untuk memenuhi undangan dan berjalan 4 batu untuk menziarahi
saudara kamu di jalan Allah Taala. Mengapakah Allah Taala berfirman begitu?
Tidak lain kerana Dia dengan sifat kasihNya menunjukkan kepada kamu cara-cara
untuk menghilangkan sifat kesombongan diri. Sikap tawadhu tidak dapat dimiliki
terhadap orang-orang yang baik melainkan dengan membiasakan diri menjenguk
orang miskin yang sakit, menghantarkan jenazah orang asing yang fakir,
mengunjungi orang yang tidak dikenali masyarakat, ini adalah sikap yang mulia
didalam bermu’amalah. Kerana apa?”
“Sebelum itu, kamu harus memahami makna
miskin and fakir! Apa itu miskin? Apa itu fakir? Apakah makna miskin dan fakir
pada zahir dan batin Tanyalah pada diri kamu sendiri! Soalan-soalan berikut:
“
1. Pernahkah kamu, senang menziarahi orang miskin
yang sakit?
2. Pernahkah kamu, senang mengiringi jenazah
orang asing yang fakir?
3. Pernahkah kamu, senang menziarahi orang yang
tidak dikenal masyarakat?
4. Pernahkah kamu, senang memenuhi undangan
seseorang?
5. Pernahkah kamu, senang menziarahi saudara kamu
di jalan Allah?
“Sekiranya jawapan diatas mengandungi
‘Tidak’, bererti kamu memiliki sifat sombong. Mari kita imbas kembali soalan
diatas; Mengapakah kamu tidak boleh melakukan perkara itu? Jawapannya seperti
berikut?”
1. Dalam hati tersemat kata-kata: kenapa harus
aku ziarah kepada orang miskin yang sakit? Apa faedahnya? Dia miskin, mungkin
menyusahkan diriku. Aku tidak kenal dia, jadi buat apa aku menziarahinya. Aku
sibuk dengan urusan dan pekerjaanku. Lagi pun sudah ada orang yang
menguruskannya.
2. Kenapa aku harus mengiringi jenazah orang yang
fakir? Aku tidak kenal dia! Dia fakir, jadi apa manfaatnya buat diriku! Kalau
dia orang fakir, tentu dia dikelilingi oleh orang fakir juga! Biar orang lain
uruskan! Aku sibuk! Lagi pun dah ada orang yang menguruskan.
3. Dia tidak dikenali oleh masyarakat, jadi buat
apa aku menziarahinya! Ada apa urusanku dengan dia? Aku sibuk dengan urusan dan
pekerjaanku! Dah ada orang lain yang menguruskan.
4. Buat apa aku hadir undangannya? Dia tidak
pernah nak menghadirkan diri bila aku mengundang! Baru dia rasa, apa yang aku
rasa!
5. Buat apa aku nak ziarah dia, dia asyik nak
nasihat aje. Macam dia bagus sangat!
“Tetapi kenapakah dengan mudah kamu dapat
melaksanakan perkara-perkara seperti berikut;”
1. Orang miskin itu seorang alim ulama dan kamu
kenal dirinya hatta tidak dikenal.
2. Rela mengiringi jenazah orang yang fakir
kerana dia seorang alim ulama dan kamu kenal dirinya.
3. Menziarahi seseorang yang dikenali masyarakat
yang ada manfaat buat diri kamu.
4. Senang untuk menghadirkan diri atas undangan
pada mereka yang kedudukannya seperti alim ulama dan apa saja yang mendatangkan
manfaat buat kamu.
5. Senang hati bila ziarah pada saudara kamu yang
bukan di jalan Allah kerana satu member, satu kaki, kerana tidak mahu mendengar
nasihat! Telinga tak sakit!, boleh berbual kosong dan bersenang-senang!
“Apakah tanda-tanda itu? Bukankah mengandungi
sesuatu hajat! Mengandungi sesuatu keinginan! Mengandungi sesuatu motif!
Bukankah perkara itu tidak ikhlas namanya? Jangan asyik nak bersandar (tolak)
pada Allah Taala dengan niat-niat begitu . . . Sekiranya kamu dapat
melaksanakan perkara diatas dengan senang dan diredhai oleh Allah maka
ketahuilah, kamu memiliki sifat tawadhu dan kamu bersikap seperti orang yang
mulia (baik) di dalam mua’amalah”.
Diriwayatkan
pula bahawa Sulaiman bin Dawud as jika memasuki Baitul Maqdis beliau
menghampiri kelompok (halaqoh) terdekat yang berisi kaum dhu’afa, pengemis dan
kaum miskin. Setelah itu beliau duduk bersama mereka dan berkata, “Seorang miskin duduk bersama orang-orang
miskin”.
Keterangan:
“Perhatikan kata-kata Nabi Sulaiman
as; “seorang miskin duduk bersama orang-orang miskin”. Mengapakah beliau as,
mengatakan begitu? Bukankah beliau seorang Raja yang kaya raya. Mengapakah
beliau duduk bersama pengemis dan kaum miskin? Apakah hikmahnya disebalik
perbuatan beliau as? Ketahuilah, Keimanan Nabi Sulaiman as, jauh berbeza dengan
keimanan pada diri kamu. Jangan kamu katakan; ‘dia seorang nabi, beliau di
dalam jagaan Allah’. Kalau kamu berkata begitu; kamu seorang yang bodoh dan
jahil! Mengapa dikatakan begitu? Bukankah orang bodoh dan jahil tidak dapat
melihat hikmah disebalik perbuatan beliau as!”
“Ketahuilah, didalam hati Nabi Sulaiman as,
tidak menerima dirinya sebagai Raja! Didalam hatinya berkata, dia seorang hamba
kepada Tuhannya! Dia seorang miskin, maka layaklah seorang miskin duduk dengan
orang miskin! Dia tidak mempunyai apa-apa, segala harta dan kekayaannya bukan
dia yang punya! Dengan kesedaran itu beliau mengerti dan faham siapa dirinya!
Sifat begini tidak ada pada diri kamu! Kamu suka mengaku-ngaku mempunyai hak
disekeliling yang kamu sangka memilikinya . . . Maka bila kamu merasa diri kamu
ada memiliki sebiji zarrah pada harta dan kekayaan, mana mungkin kamu boleh
duduk bersama orang miskin! Mustahil, selagi sifat ini masih melekat pada diri
kamu! Apa! Nak cuba buat! Perkara ini tidak boleh cuba-cuba brother! Lambat
laun terkeluar juga pekong di dada! Baru padan muka!”.
Diriwayatkan
bahawa Allah Taala berfirman kepada Musa as, “Hindarilah sikap sombong (kibr). Sekiranya seluruh makhlukKu menemuiKu
dengan sebiji atom kesombongan, Aku pasti akan memasukkan mereka ke dalam
neraka, meskipun kamu dan Ibrahim kekasihKu ada di antara mereka. Wahai Musa,
apakah engkau ingin Aku tidak melupakanmu?”
“Ya, wahai Tuhanku,’ jawab
Musa, “Cintailah kaum fakir miskin dan
dekatilah mereka. Berilah kabar gembira kepada kaum shiddiqin (orang-orang yang
shidq) dan peringatkanlah orang-orang yang berbuat dosa”.
Keterangan:
“Ini adalah satu peringatan buat kita
semua dimana Allah Taala telah berfirman kepada Musa as; “Jauhkan diri kamu
dari menyombong!”. Peringatan ini membawa satu ancaman buat kita dimana Allah
Taala telah berfirman; “sekiranya seluruh makhlukKu menemui Aku dengan sebiji
zarrah sifat kesombongan, Aku akan memasukkan kita ke dalam neraka, walaupun
kita ada bersama Ibrahim kekasihNya (janganlah kamu menyangka dengan mencintai
mereka khususnya Alim Ulama yang berketurunan Ahli-Bait, dengan cium sana, cium
sini sudah dapat jaminan lepas dari Neraka). Buanglah sifat angan-angan
sebegitu. Bukan begitu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya. . .
Mari, majukan diri kamu untuk mencari fakir miskin dengan mencintai dan
mendekati mereka dengan mempunyai perasaan sama dengan mereka, sama-sama
miskin. Buat apa dan untuk apa? Kerana Nabiku miskin aku pun miskin”.
“Betapa indah hadis Nabi saw tentang kasih
sayang: “
“Sesungguhnya sewaktu sholat aku ingin
memanjangkannya, tapi kudengar tangis seorang anak, aku lalu mengerjakan yang
wajib saja, sebab aku mengetahui betapa hiba hati seorang ibu terhadap anaknya”
HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ahmad & Darimi
“Lihatlah akan perbuatan Rasulullah saw,
dimana sewaktu beliau mengerjakan sholat dengan mengingin memanjangkan
sholatnya, beliau terdengar suara anak sedang menangis lalu beliau memendekkan
sholatnya dengan mengerjakan yang wajib saja. Bagaimana dengan perbuatan kamu?
Adakah kamu melakukan perbuatan yang sama dengan Nabimu? Kebanyakkan
murid-murid terbawa-bawa dengan hawanya kerana bila mendapat waktu yang baginya
sungguh baik dan menyenangkan hatinya untuk sholat kepada Allah dengan tenang.
Bagaimana demikian? Kerana murid berkenaan sangat sibuk dengan urusan dan
pekerjaan dunia hingga bila mendapat waktu yang sesuai, maka mereka menghendaki
tiada sesiapa yang dapat menganggunya. Adakah sikap begini baik? Sudah tentunya
tidak. Oleh kerana mereka (murid-murid) yang cenderung dengan kegiatan dunia
hingga mengabaikan dan melalaikan hak waktu bila saja ada kesempatan baru
hendak mengerjakan dengan sungguh-sungguh“.
“Bagaimana dengan mereka yang mengerjakan
semasa di dalam urusan dunia? Adakah mereka mengerjakan dengan tidak
bersungguh-sungguh? Kebanyakkan murid-murid salah faham didalam mengerjakan
ketaatan dengan tidak menginginkan gangguan kerana mereka melihat pada mereka
yang sudah sampai kemuncak pendakian tetapi lupa pada diri mereka yang baru
saja merangkak! Belum lagi berjalan . . . hingga mengabaikan panggilan
pertolongan yang memerlukan iaitu panggilan yang benar! Disinilah letaknya
kesungguhan seorang murid dilihat oleh Tuhan Yang Maha Pengasih dimana hambaNya
memahami dan mencontohi perbuatan kekasihNya”.
Oleh
kerana itu, hendaknya manusia itu bersikap bertolak ansur, mudah dan tidak
mengikuti hawanya.
Keterangan:
“Hendaknya kamu mempunyai sikap
bertolak ansur, mempunyai sikap mudah (sikap memahami ilmu pengetahuan agama
zahir dan batin) dan tidak mengikuti anjuran hawa yang membawa kepada
kebinasaan”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan