Habib Muhammad Bin Abdullah Alaydrus Bin Abu Bakar As-Sakran
Hari Yang Mati
Ketahuilah,
kematian hati kadang kala diakibatkan oleh sebab-sebab pembawaan (naluri), dan
terkadang oleh sebab-sebab yang lain. Adapun hati yang mati kerana sebab-sebab
pembawaan (naluri), adalah hati yang keras, tidak khusyuk, tidak memiliki rasa
kasih sayang. Manusia yang berhati macam ini memiliki fitrah yang buruk, tidak
mempunyai kesenangan batin, menyukai keramaian, tidak suka menyendiri, gemar
cakap kosong dan suka melakukan perbuatan sia-sia. Ia jauh dari Allah Taala,
tidak memiliki kecekapan dalam ilmu-ilmu agama, nasihat dan petunjuk
hampir-hampir tidak bermanfaat baginya, sebagaimana dikatakan; “Jika hati keras, nasihat akan sia-sia.
Sebagaimana tanah tandus. Hujan pun tak berguna”. Hati yang mati adalah
hati yang pemiliknya sering melakukan maksiat, sedikit berbuat taat.
Keterangan:
“Hati yang mati kadang kala disebabkan
oleh pembawaan iaitu sifat semula jadi yang datangnya dari Tuhan dan
sebab-sebab lain yang akan dihuraikan. Adapun hati yang mati kerana sebab-sebab
pembawaan (semula-jadi) sudah menjadi fitrah baginya. Hati yang mati adalah
hati yang keras, hati yang tidak khusyuk, hati yang tidak memiliki rasa kasih
sayang, hati yang mempunyai fitrah buruk, hati yang tidak ada kesenangan batin
(hati yang tenang), hati yang suka pada keramaian, hati yang tidak suka
menyendiri, hati yang suka berbual kosong, hati yang suka melakukan perbuatan
sia-sia, hati yang tidak mempunyai percakapan dalam ilmu-ilmu agama, hati yang
tidak suka mendengar nasihat, hati yang suka melakukan maksiat, hati yang rela
pada perbuatan shyubhat, hati yang sedikit buat taat, hati yang tidak suka
membuat taat, hati yang menolak petunjuk dari Allah Taala, hati yang jauh dari
Allah Taala dan sebagainya. Begitulah sikap bagi orang-orang yang mati hatinya.
Maka dengan itu selidikilah secara keseluruhan, bagaimana keadaan hati kamu? Adakah
kamu memiliki hati yang keras?
1. Adakah kamu memiliki hati yang tidak khusyuk?
Maksud hati yang tidak khusyuk adalah hati yang tidak dapat menumpukan
perhatian didalam ketaatan dan pengabdian terhadap Allah Taala. Hati yang tidak
khusyuk juga bermaksud hati yang tidak mempunyai pegangan yang kukuh. Bila
melakukan ketaatan dan pengabdian kepada Allah kadang-kala rela dan mudah
mengerjakannya, kadang-kala menolak kerelaan dari hatinya dan berat untuk
mengerjakan ketaatan dan pengabdian terhadap Allah Taala. Hati yang tidak
khusyuk boleh juga diertikan seperti terhoyong-hayang dibuai oleh angin hawa.
Dimana angin hawa tiup, disitulah dia akan ikut, seperti orang yang suka
mendengar percakapan seseorang. Ini semuanya diakibatkan tidak mempunyai
keyakinan didalam agama, tidak mempunyai ilmu pengetahuan (sebagai pendinding
buat diri dan agamanya, main ikut aje), Kecintaan terhadap dunia dan segala
kenikmatannya sangat tebal dan Kesandarannya pada manusia sangat-sangat
dihajati (diperlukan).
2. Adakah kamu memiliki hati yang tidak ada rasa
kasih sayang? Hati sebegini, sangat buruk dan keras kerana tidak ada sifat
kasih sayang dalam dirinya. Sesiapa yang memiliki Hati sebegini tidak ada sikap
kasihan ke atas mahkluk Allah dimuka bumiNya. Ia akan hanya berdamping pada makhluk
(manusia) Allah yang ada manfaat buat dirinya atau mendatangkan manfaat buatnya
(berguna buat dirinya), selepas hajat sudah dicapai maka makhluk (manusia) itu
akan ditendangnya jauh-jauh. Sekiranya, hajatnya tidak boleh tercapai kerana
tidak mendapat kerjasama dari makhluk (manusia) maka dia akan mencari jalan
untuk menjatuhkan sesiapa saja yang tidak mahu menolongnya supaya tercapai
hajatnya tidak kira dengan apa cara sekalipun. Hati ini sangat keji sekali
kerana sikap tidak berkasih sayang antara satu sama lain. Sekiranya dia berada
didalam kelompok orang-orang yang memiliki hati yang hidup tidak lain adalah
kerana mempunyai hajat, ingin menunjukkan pada kawan-kawan dan orang ramai
bahawa dia sangat suka, sangat senang mengikuti tauladan para salaf.
Sebenarnya, tidak! Dia sesungguhnya bertopeng. Nak tahu apa buktinya! Senang
aje, mana orang yang bertopeng itu sekarang! Alasannya sibuk, tidak, bukan
sibuk tetapi mengejar dunia dan mengikut hawa nafsunya!
3. Adakah kamu memiliki hati yang mempunyai
fitrah buruk? Seseorang yang sedaya upayanya mencuba mendekatkan dirinya pada
Tuhan, dengan cara belajar ilmu agama, mengerjakan segala perintah dan menjauhi
segala larangan sedaya yang boleh. Tetapi tidak dapat beristiqamah dengannya!
Sentiasa berada didalam tarikan hawa nafsu dan jauh daripada Tuhannya.
Malangnya dia selalu kecundang! Ini tidak lain adalah kerana sudah memiliki
fitrah yang sudah ditentukan buat dirinya. Maha Suci Allah, kami berlindung
kepadaMu daripada memiliki fitrah buruk. “Sekiranya kami ditakdirkan olehMu
memiliki fitrah yang buruk, maka kami mohon padaMu untuk mengubahnya kepada
fitrah yang baik, sesungguhnya tidak ada yang dapat menghalangiMu daripada
memberikan fitrah yang baik”.
4. Adakah kamu memiliki hati yang tidak ada
kesenangan batin (hati yang tenang / hati yang tidak tenteram)? Keadaan begini
hanya berlaku pada seseorang yang tidak benar pada niat dan tujuan didalam
mengakhiri perjalanannya hidupnya menuju kepada Allah. Sekiranya niat dan
tujuannya benar, keyakinannya benar, menjalani segala perintah Tuhannya benar,
menjauhi segala larangan benar, mana mungkin ia tidak mendapat hati yang tenang
/ hati yang tenteram? Melainkan niat dan tujuannya tidak benar, keyakinannya
tidak benar, tidak benar didalam menjalani perintah dan tidak benar dalam
menjauhi larangan Tuhannya! Keadaan hati sebegini terlalu banyak mengandungi
perasaan was-was! Hatinya berkata benar, Nafsunya berkata tidak benar!
5. Adakah kamu memiliki hati yang suka pada
keramaian? Misalnya; ingin mengikuti kelas agama, mesti ada seseorang
bersamanya atau akan menunggunya atau akan berada di kelas tersebut sehingga
terlewat menghadiri kelas agama! Adakah itu cinta namanya? Bila ditanya kenapa
lewat? Maka keluarlah dari mulutnya penuh dengan alasan-alasan atau menunjukkan
pada orang yang pada pandangannya yang membuatnya lambat menghadiri kelas.
Sebenarnya, siapa yang lambat? Siapa pula yang ingin melambatkan? Pada contoh
yang lain; bila ada keramaian tidak kira samada yang bersangkut-paut dengan
agama atau dunia, maka ia akan menanyakan pada teman-teman lain samada mereka
juga akan pergi atau tidak! Sekiranya tidak, dia pun akan mengambil keputusan
dengan berkata tidak juga, untuk menghadiri keramaian tersebut dimana mungkin
boleh mendatangkan manfaat buat dirinya baik dunia atau akhirat yang boleh
membawa kepada manfaat buat dirinya selagi tidak melanggar hukum syara’.
6. Adakah kamu memiliki hati yang tidak suka
seorang diri? Hati sebegini keadaannya tidak suka
pada kesendirian. Ia akan merasa gelisah dan mencari jalan untuk menghubungi
sesiapa yang boleh dihubungi untuk menghibur hatinya. Sekiranya tidak ketemukan
sesiapa yang boleh diajak bersama, maka ia akan berusaha untuk mengalirkan
kesepiannya dengan menonton tv, mendengar musik dan mengalamun! Ia merasa takut
pada keseorangan. Hatinya tidak bersama dengan Allah Taala.
7. Adakah kamu memiliki hati yang suka berbual
kosong? Apakah itu berbual kosong? Perbualan yang tidak mendatangkan manfaat
yang boleh membawa kepada manfaat! Rasanya tidak perlu untuk dihuraikan
perkataan ‘berbual kosong’ kerana ayat tersebut sudah jelas menunjuk kepada
‘berbual, adalah perbuatan kata-kata yang dikeluarkan dari mulut yang datang
dari ‘hati’ dan ‘kosong’ jelas menunjuk pada kata-kata yang dikeluarkan dari
hati, tidak mendatangkan faedah dan manfaat yang boleh membawa kepada manfaat.
Maka larangan dalam agama telah dijelaskan dan ayat dan ejaannya sungguh nyata
dimana tidak ada faedah langsung bagi sesiapa yang suka berbual kosong yang
menunjukkan hatinya memang kosong! Kosong dari apa? Kosong dari mengingati
Allah Taala dan RasulNya saw. Larangan ini sangat ditekankan pada murid-murid
yang mengikuti ilmu tasawuf atau ilmu batin. Tetapi kenapakah kita masih mudah
untuk ‘berbual kosong’? Nak kata tidak ke sekolah, tapi ke sekolah, nak kata
tidak tahu membaca, tapi selalu membaca, nak dikata tidak tahu mengeja, tahu
mengeja, jadi mengapakah perkara yang semudah ini dan seterang ini tidak dapat
diikuti? Contoh yang sangat nyata adalah murid-murid yang berada didalam kelas
agama, belum lagi kelas mula, perbualan kosong sudah dikeluarkan, sesudah kelas
tamat, perbualan kosong pun jalan serancaknya hatta didepan gurunya. Apakah
tanda itu? Bukankah itu menunjukkan sikap biadap dan menunjukkan dirinya tidak
ada adab, tidak tahu beradab, tidak mempunyai akhlak yang baik yang seharusnya
dijaga lebih-lebih lagi dihadapan guru. Kerana apa? Sebab gurulah yang
mengajarkan adab akhlak Nabi Muhammad saw yang harus setiap muslim mengikutinya
sekiranya ia menyakini Muhammad itu sebagai Nabi Allah, Nabi kesayangannya.
Berwaspadalah kamu, jangan menceburkan diri kamu didalamnya perbuatan yang
sia-sia. Perbuatan sia-sia hanya mengundang maksiat dan dosa. Jauhilah diri
kamu dari padanya sekuat tenaga, jangan malu untuk menyuarakan pada orang lain
kerana Allah.
8. Adakah kamu memiliki hati yang suka melakukan
perbuatan sia-sia? Apakah itu perbuatan sia-sia? Perbuatan sia-sia adalah
perbuatan yang tidak mendatangkan manfaat (kebaikan) yang boleh membawa kepada
akhirat tempat kembali sebenar. Melakukan perbuatan yang dilarang agama, perbuatan
yang tidak diredhai oleh Allah Taala. Sekiranya kita melakukan perbuatan yang
tidak ada kebaikan dan berfaedah, tidak disukai dan tidak diredhai oleh Allah,
jadi perbuatan itu sia-sia belaka, kosong! Bahkan membawa kita kepada perbuatan
yang haram, berdosa, syubhat dan lain-lain. Mengapakah boleh begitu? Kerana
tidak faham ilmu agama. Tidak yakin pada Allah Taala, Tidak yakin pada rezeki
Allah, Tidak yakin pada balasan Allah Taala, Banyak lalai, banyak mengabaikan
dan banyak lagi. Sekiranya kamu melakukan perbuatan tersebut, maka kamu
mempunyai hati yang suka melakukan perbuatan yang sia-sia.
9. Adakah kamu memiliki hati yang tidak mempunyai
percakapan dalam ilmu-ilmu agama? Adakah kamu tidak suka dan tidak senang
mengeluarkan percakapan yang mengandungi ilmu-ilmu agama kerana takut dikatakan
kawan-kawan atau orang luar, macam bagus sangat! Adakah kamu tidak senang
percakapan yang mengandungi nasihat-nasihat? Sekiranya ‘Ya’ maka ketahuilah,
bahawa kamu memiliki hati yang dikatakan.
10.
Adakah kamu memiliki
hati yang tidak suka mendengar nasihat? Misalnya, kamu menginginkan cara-cara
yang mudah dan berkesan untuk membersihkan akhlak (adab / tabiat buruk)
daripada guru agama. Sesudah dikhabarkan berita cara-cara yang berkesan yang
boleh membantu, maka ditanya oleh penasihat samada dia dapat menjalankan
nasihatnya, maka dikatakannya pada guru agamanya, dia memerlukan masa! Itulah
tanda dia tidak suka mendengar nasihat, kerana sekiranya dia ikhlas terhadap
soalannya dan ikhlas menjalankan
latihannya, insyallah akan berkesan. Tetapi kenapa tolak pada masa? Adakah masa
boleh menunggu? Sekiranya boleh, bererti dia masih lagi didalam kegelapan. Bila
dalam kegelapan, macam mana dapat melihat cahaya yang terang? Tapi nak cari
cahaya terang, bila cahaya terang datang, ditolaknya.
11.
Adakah kamu memiliki
hati yang suka melakukan maksiat? Melakukan perbuatan maksiat, apakah
maksudnya? Dengan perasaan senang dan dengan perasaan rela melakukan dosa,
melakukan perkara-perkara yang haram, melakukan perbuatan perbuatan yang keji
dan terkutuk oleh agama islam. Itulah yang dikatakan melakukan maksiat. Bila
seseorang suka melakukan maksiat, bagaimana hendak dapat keampunan dari Allah
Taala? Oleh kerana dek syok sangat melakukan perbuatan maksiat sampai tidak ada
waktu untuk melakukan ketaatan. Sekiranya dapat melakukan ketaatan, itu adalah
pura-pura, tidak takut dihadapan Tuhan (Allah), tidak takut pada dirinya yang
sebagai membawa maksiat yang ada didalam hatinya bersama untuk mengadap pada
Tuhan, mengadap motifnya (hajatnya) bukan mengadap dengan dirinya.
12.
Adakah kamu memiliki
hati yang rela (suka) pada perbuatan syubhat? Ini yang bahaya sekali, kenapa?
Iaitu sesuatu perbuatanya yang dibenci / ditolak, tetapi dibiarkan berlaku
seperti; mendengarkan/melakukan perbualan kosong, mendengarkan/melakukan
perbualan yang mengandungi fitnah, mendengarkan/melakukan perbualan mengumpat,
mendengarkan/melakukan perbualan yang menjauhkan hati daripada mengingati Allah
dan banyak lagi contoh-contoh. Ingat, apa saja yang kamu redha (suka/biarkan)
sesuatu perkara atau perbuatan yang mengandungi haram, berdosa dan syuhbat,
maka kamu memiliki hati yang rela pada perbuatan syubhat. Alasannya tidak
kuasa, tetapi yang sebenarnya takut pada manusia, tidak takut pada larangan
Allah.
13.
Adakah kamu memiliki
hati yang sedikit buat taat? Hati yang sedikit buat taat adalah terletak pada
mereka yang memiliki ilmu pengetahuan agama tetapi hanya melaksanakan sedikit
sahaja dari ilmu pengetahuan ini adalah tanda keimanan yang tipis. Disebabkan
kurang yakin dan masih lemah didalam ilmu tauhid.
14.
Adakah kamu memiliki
hati yang tidak suka membuat taat? Didalam anjuran agama islam kita dituntut
(disuruh) untuk mengerjakan ketaatan kepada Allah Taala dalam pengabdian
sebagai hambaNya. Hati yang tidak suka membuat taat, terletak pada mereka yang
menginginkan kedekatan kepada Allah yang timbul dari lidah bukan dari hati
kerana hatinya masih bercampur-baur dengan tarikan dunia iaitu manusia dan
segala ciptaanNya. Oleh kerana hatinya tidak dapat melihat segala isi kandungan
alam ini berpunca dari Allah Taala yang Maha Menciptakan tetapi yang dilihatnya
adalah apa yang dimiliki oleh makhlukNya (manusia). Kerana terlalu sibuk
mengerjakan dunia dan bersandar pada manusia, maka hilanglah keinginannya untuk
berbuat taat pada Allah sebab terlalu letih melayan kerenah mahkhluk Allah
(manusia). Ilmu pengetahuan sudah ada tetapi cita-cita terhadap dunia belum
tercapai, segala kesempitan hidup sedang dialami, sekiranya perkara ini sudah
selesai, baru ia dapat menjalankan ketaatan. Ketahuilah, itu sebenarnya bohong
belaka.
15.
Adakah kamu memiliki
hati yang menolak petunjuk dari Allah Taala? Apa saja perbuatan yang menuju
kepada kebaikan disisi Allah dan RasulNya tidak kamu lakukan adalah tanda hati
yang menolak petunjuk dari Allah Taala. Siapa yang berani menolak petunjuk
dariNya? Mungkin pada orang lain tetapi tidak pada diriku. Itulah ucapan
hatimu. Menolak petunjuk bererti menolak petunjuk yang ingin diletakkan dalam
hati supaya dengan petunjukNya dapat seseorang memperbaiki dirinya dan
mendekatkan dirinya dalam ketaatan sebagai seorang hambaNya. Sayangnya,
kebanyakkan orang tidak dapat memahami makna petunjuk yang datang dari Allah!
Mereka menunggu petunjuk dariNya sedangkan petunjuk ada didepan matanya! Kenapa
tidak dapat dilihat oleh matanya? Kerana matanya masih memandang selain
dariNya. Contoh; bila seseorang mengikuti kelas agama, maka petunjuk yang
disampaikan oleh seorang guru dan petunjuk itu telah diberikan terus kepada
kita, hanya kita lalai dan tidak mengenal rupa bentuk petunjuk itu. Adakah kamu
hendak melihat Allah datang didepan mata kamu dengan membawa sebuah kotak
berisi petunjuk untuk kamu? Gila!
16.
Adakah kamu memiliki
hati yang jauh dari Allah Taala? Hati yang jauh dari Allah Taala adalah sudah
dijelaskan yang terkandung dari no.1 hingga no.16, kesemua itu adalah
tanda hati yang jauh dari Allah dan jauh dari pandangan Allah. Seperti yang
dikatakan; nasihat tidak berguna bagi hati yang keras. Keras menunjukkan sikap
yang tidak boleh ditembus oleh sesuatupun, seperti tanah yang kering dan gersang,
hujan tidak berguna, walaupun hujan ingin menyuburkannya”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan