Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad,
aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah
bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan
amalan perbuatan mereka."
Rasulullah bersabda lagi, "Para
malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya,
solatnya, sedekahnya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti
suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat
dan mereka membawa ke langit ketujuh."
Malaikat yang diserahi ke langit berkata
kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal
perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya,
sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang
tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal
bukan kerana Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli agama
adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan
para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T
telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan
sampai selain kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang
soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua
aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T.
Mereka berhenti di hadapan Allah dan
memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan
ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga)
pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui
hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat
para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan