SYARAH TO’KU LI
Hikam Athaillah ke 19 :
Jangan sekali-kali anda memohon kepada Allah agar dikeluarkan daripada sesuatu keadaan supaya dengan itu anda mengharapkan dikurniakan suatu keadaan yang lainSeandainya dikehendaki Nya nescaya anda akan ditimpakan dengan keadaan tersebut tanpa anda dikeluarkan daripadanya.
Sewajarnya kita sedar bahawa ketentuan Allah itu kadang-kadang tidak menepati dengan kehendak kita sebagai makhlukNya.Justeru itu janganlah kita menuntut keluar daripada situasi yang ditetapkan Allah ke atas kita misalnya seseorang itu diletakkan pada status ahli ibadah dan mujahadah tetapi dia masih berdoa kepada Allah untuk keluar daripadanya dengan memohon untuk mencapai maqam ubudiyyah dan musyahadah.Doa dan permohonan itu jangan mengikut runtunan nafsu dan sentimen yang sempit.Tegasnya seseorang itu tidak boleh keluar daripada status berusaha dan berikhtiar ( al-asbab ) kepada status tajrid tanpa berusaha mencari penghidupan yang halal dan diredhai Allah.
Pemeliharaan adab dengan Allah SWT amat perlu dipertahankan.Seseorang Mu`min itu hendaklah redha dengan ketetapan Allah ke atas dirinya asalkan situasi yang dilaluinya itu selaras dengan neraca syari’ah.Islam menganjurkan konsep sabar sebagai kaedah pemeliharaan adab dengan Allah.Sabar menurut al-Imam al-Qusyairi sebagai menahan diri daripada sifat negatif seperti berputus asa ketika menghadapi musibat dan bala` yang merupakan ujian dan penapisan Allah ke atas hamba-hambaNya.Saidina Ali krw menyatakan bahawa sabar ialah mara ke hadapan ketika menempuh dugaan dan kesukaran.Nabi Allah Daud a.s. diriwayatkan oleh Allah SWT berdoa dengan kesabaran,firman Allah :
ربنا أفرغ
علينا صبرا وثبت أقدامنا وانصرنا علي القوم الكافرين
Maksudnya : Wahai Tuhan kami limpahkanlah kesabaran kepada kami,dan teguhkanlah langkah-langkah kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir. ( Surah al-Baqarah ayat 250 )
Mengapa kita dianjurkan oleh Islam agar menerima ketentuan-ketentuan Allah Yang Maha Bijaksana itu ?
- Lantaran kita dikehendaki akur dan menyerahdiri kepada ketentuan qadha` dan qadar Allah Yang Maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.Setelah itu kita akan menjadi tenang dan lapang dada dengan haq Allah ke atas diri kita sebagai hambaNya.
- Kita wajib melaksanakan haq ‘ubudiyyah atau haq kehambaan kita kepada Allah dengan kaedah meredhai terhadap segala ketentuanNya dengan melaksanakan ajaran dan peraturanNya.
- Kita hendaklah istiqamah pada ketentuan yang telah dikurniakan kepada kita tanpa perlu bersusah payah memikirkan perkara-perkara lain yang diluar ketentuan itu atau memikirkan apa yang kita idam-idamkan dan khayalkan.Sehubungan ini Allah berfirman :
ان الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا تتنزل عليهم الملآئكة ألا تخافوا ولا تحزنوا وأبشروا بالجنة التي كنتم توعدون
Apabila sesuatu keadaan yang menimpa kita bersalahan dengan ajaran Islam kita hendaklah berusaha keluar daripada keadaan tersebut dengan memohon kepada Allah dan berikhtiar bersungguh-sungguh.Tegasnya apabila kita telah redha dengan ketentuan Allah nescaya Dia akan mengurniakan faedah-faedah yang tidak terhitung dalam jangka masa yang ditetapkan olehNya.
Apabila seseorang telah dikurniakan maqam
tajrid nescaya Allah memudahkan al-asbab baginya.Kedudukan seperti itu adalah
haq Allah bukan boleh didakwa oleh seseorang sebagaimana Allah memilih nabi dan
rasulNya dengan pilihan dan ketentuanNya.Demikian Allah memilih para waliNya
juga dengan ketetapanNya bukan boleh ditentukan oleh sang wali itu.Firman Allah
:
ألآ ان
أوليآء الله لا خوف عليهم ولا هم يحزنون ا لذبن آمنوا وكانوا يتقون لهم البشري في
الحياة الدنيا وفي الأخرة لا تبديل لكلمات الله ذلك هو الفوز العظيم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan