Memperbanyak Yang Dianjurkan & Menjauhi Yang Dilarang
“Setiap orang yang menceburkan dirinya mempelajari ilmu tasauf (ilmu batin) adalah sebagaiseorang murid yang masih didalam perjalanan untuk mengetahui dan mengamalkanpengetahuannya untuk mendapakant kehampiran dengan Allah Taala. Maka panduan dangarisan seterusnya oleh Imam Abdullah Bin Alwi AlHaddad untuk setiap murid supaya dapat mengukuhkan lagi perjalanan mereka sebagai berikut:
1. Hendaknya menjadi orang yang paling jauh dari segala rupa maksiat dan perkara-perkarayang dilarang bermaksud; Hendaklah setiap murid mengenal pasti segala rupa maksiat yangsedang berlaku dan mungkin akan berlaku dan tidak bersama dengan mereka yang melakukanmaksiat juga yang bershubhat dalam melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah taala dan RasulNya. Untuk mengetahui samada maksiat atau pun larangan yang dilakukanmereka atau akan dilakukan hendaklah mengambil apa saja tindakkan dan perbuatan mereka(dari segi percakapan, pergerakkan badan, mata dan sebagainya) dan melandaskan kesemua tindakan dan perbuatan itu dengan Ilmu Pengetahuan Syariat (Syara’). Ini yang dimaksudkan segala rupa maksiat dan larangan. Bila seseorang murid dapat berbuat demikian, Insyallah akan mendapat pertolongan dari Allah dan RasulNya. Setelah mendapat jawapan hendaklah tanpa lengah-lengah mengambil tindakkan untuk meninggalkan tempat mereka, kerana dengan melambatkan atau melengahkan tindakkan itu akan mengundang tindakkan dari Hawa ataupun Nafsu untuk menyerang kamu dengan langkah mereka yang selanjutnya. Fahamkan ini kerana hawa nafsu akan mengunakan istilah; “Siapa cepat dia selamat. Siapa lambatterikatlah dia”.
2. Menjaga segala yang difardukan (perkara-perkara yang diwajibkan atas setiap muslim)jangan sampai terlepas akan hak-hak Allah Taala. Kerana setiap waktu ada hak-hak sepertisholat lima waktu yang sangat-sangat penting dan wajib bagi setiap muslim untuk melaksanakan sebagai batas permisahan seseorang yang pengamal ajaran islam atau yangberada didalam golongan musyrik ataupun fasiq. Hak waktu (sholat) merupakan tiang islam sekiranya seseorang yang beragama islam tidak melaksanakan kewajipan yang telah ditetapkan oleh syariat Allah maka dia sebenarnya tidak beriman pada Allah dan RasulNya secara hakikat. Kerana seluruh para Ulama dari dahulu hingga sekarang dan akan datang telah mengariskan bahwa tidak ada alasan yang boleh diberikan seseorang yang beriman pada Allah dan RasulNya melainkan tidak siuman (gila atau hilang ingatan) atau kematian. Hanya dua alasan ini yang dibenarkan oleh Allah dan RasulNya sahaja. Sekiranya tidak mahu mendirikan sholat maka hendaklah menjadi orang gila ataupun seorang yang hilang ingatan, baru digugurkan kewajipan bersholat. Begitu juga pada kefardhuan-kefardhuan lain yang telah ditetapkan didalam hukum syariat dimana dapat dirujuk pada kitab fiqih.
3. Memperbanyakan perlaksanaan perkara-perkara yang dianjurkan oleh Agama Islam. Selain kewajipan pada hak-hak waktu, setiap murid harus mengerjakan perkara-perkara yang boleh mendekatkan dirinya pada Allah dengan bersholat sunnat, membaca alquran, berzikir, bermunajat, bertafakur, muhasabah diri dan lain-lain. Perkara ini adalah yang bersangkutan dengan dirinya sahaja maka perkara lain yang harus dilakukan murid seperti contoh; hadir kelas agama, berziarah kepada kedua ibubapa (sekiranya tinggal berasingan), berziarah pada guru, berziarah pada alim ulama, berziarah kekuburan pada hari Jumaat, berziarah kepada kaum kerabat (yang melaksanakan perintah agama), bersholat jemaah dimasjid, bersholatjemaah dirumah bersama keluarga, senantiasa menasihati keluarga terdekat, dan banyak lagi.
Asalkan perkara itu tidak ada unsur haram, syubhat dan bidaah. Bila perkara ini dapat
diterapkan akan membawa kepada kedekatan pada Allah dan akan membuat dirinya jatuh
minat untuk mengerjakan perkara-perkara kebaktian dan amal kebajikan.
Dengan pelaksanaan perkara-perkara yang disebutkan diatas maka murid akan berbeza
dengan kelakuan, perbuatan dan perangai manusia ramai (manusia lain) dimana mereka
didalam alam khayalan dan dunia yang menjadi buruan mereka. Disinilah letaknya
keistimewaan murid yang senantiasa berada dijalan Allah dan selalu melonjak-lonjak
keinginan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah Taala. Maka cara ini akan membuat murid minat dan suka untuk mengasingkan dirinya daripada segala perkara yang boleh menghalang dirinya untuk beribadat kepada Allah swt dalam apa bentuk rupa pun”.
Seorang murid harus tidak menyia-yiakan nafasnya, sangat berkira dengan masanya, tidak akan membiarkan masa itu berlalu, samada sedikit ataupun banyak, melainkan dihabiskannya dalam membuat kerja-kerja yang akan mendekatkannya kepada Tuhan, iaitu amal dan bakti yang akan mendatangkan manfaat untuk akhiratnya.
Keterangan:
“Maksud ayat diatas seperti berikut;
1. Janganlah kamu menyia-yiakan nafas yang telah diberikan oleh Tuhan kerana Dia
memberinya berlandaskan sebab (ada tujuan) dan bukan percuma. Dia padang mashyar kelak akan dihadapkan pada Tuhan dan akan ditanya tentang nafas yang telah diberikan olehNya dengan soalan ‘apa yang telah kamu lakukan (gunakan) nafas yang diberikan olehKu’. AllahTaala menjadikan kamu dari tidak ada kepada ada. Maka diberikan nafas supaya kamu dapat hidup dan senantiasa bersyukur padaNya dan tujuan yang sebenarnya adalah untuk kamu mengabdi kepadaNya. Itulah KEHIDUPAN DIDUNIA.
2. Jangan sekali-kali kamu membiarkan waktu (masa) berlalu begitu saja. Jangan sekali-kali berada didalam keadaan lalai kepadaNya. Biarpun kita bersama keluarga, semasa bekerja,semasa berniaga dan lain-lain. Isikan (selitkan) waktu itu untuk sentiasa mengingatiNya, dimana bila mengingatNya, maka akan datang kesyukuran yang dipanjatkan kepadaNya. Isikan masa kamu dalam membuat perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kamu kepada Tuhan dengan jalan beramal dan mengerjakan kebaktian yang ada manfaat (ada kebaikan dan kelebihannya) untuk dibawa keakhirat”.
Seorang murid harus mengatur suatu masa khas untuk setiap amal dan ibadatnya, ditunaikan segala amal dan ibadat itu pada masanya yang tertentu, tidak dicuaikan atau ditinggalkan sesuatupun daripadanya samada dalam masa susah atau masa senang. Hendaklah ia memperbanyak membaca alQuran alKarim dengan mentadabburkan (meneliti) makna-makna dan mentartilkan lafaz-lafaznya.
Keterangan:
“Langkah seterusnya yang harus diamalkan seperti berikut;
1. Salah satu cara mudah untuk setiap murid senantiasa berada didalam pengabdian kepada Allah adalah menguruskan masa khas dengan bijak supaya dapat menjalankan amal ibadahnya. Tidak kira samada murid itu bekerja, berniaga atau pun tidak, hendaklah pandai mengaturkan waktunya pada pagi, petang dan malam untuk melaksanakan amal ibadah. Allah Taala memberi kamu 24 jam sehari. Dari 24 jam itu berapa jam yang kamu boleh berikan kepada Allah? Hanya untuk bersama denganNya. Ini juga adalah salah satu tanda kesyukuran seorang hamba kepada Tuannya. Yang dimaksudkan disini bukan pelaksanaan diatas perkara kefardhuan (wajib). Masa khas adalah diluar waktu fardhu kerana terletaknya terima kasih kepadaNya. Kefardhuan adalah perkara yang diperintahkan olehNya tetapi masa khas adalah dari seorang hamba ikhlas untuk TuhanNya.
2. Sesudah mengariskan masa khas setiap hari. Seterusnya harus bersifat amanah dan tidak cuai (lalai) didalam menunaikan masa khas itu samada dimasa susah ataupun senang, dimasa kuat ataupun penat. Sekiranya gagal melaksanakan masa khas bererti tidak amanah terhadap Tuhanmu. Disinilah kekuatan pengorbanan yang sebenar dapat diukur setiap orang. Adakah daya pengorbanan pada diri untukNya atau tidak? Kalau tidak, mengapa perkara-perkara yang lain dapat dikerjakan? Seperti bekerja, berniaga, berkumpul dengan kawan-kawan,bersama dengan sanak famili, duduk depan TV, mendengar lagu-lagu dan lain-lain. Mengapa?
Tanyalah pada diri sendiri, jawapannya ada pada diri.
3. Sekiranya dapat melakukan masa khas ini pada masa yang ditetapkan dalam keadaan susahdan penat, masyallah, pertolongan dariNya akan sentiasa diberikan olehNya. Pasti.
4. Memperbanyakan membaca AlQuran dengan meneliti maknanya. Bukan lagunya. Kamu bukan nak masuk pertandingan bukan? Jadikan bacaan AlQuran sebagai rutin harian keranadapat membantu menguatkan hati”.
Ketika membaca itu, hendaklah merasakan kebesaran Zat Tuhan yang seolah-olah sedang
berkata-kata kepadaNya, sedang dia membaca bicara itu. Janganlah membaca alQuran,
sebagaimana yang dibaca oleh orang-orang yang alpa dan lalai. Mereka membaca alQuran dengan lidah yang fasih dan suara yang merdu, akan tetapi hatinya kosong dari khusyu’ ada ta’zhim. Mereka membaca alQuran dari awal hingga akhir, sedang mereka tiada faham satu pun dari maksud dan maknanya dan mereka tiada tahu kerana apa alQuran itu diturunkan. Jikamereka tahu, niscaya mereka akan mengamalkan segala kandungannya. Sesungguhnya ilmu ituakan berguna apabila diamalkan. Orang yang berilmu tetapi tiada mengamalkan ilmunya,niscaya tiada beza antaranya dengan orang yang jahil, melainkan dalam suatu segi saja; iaitu Allah Taala akan menjadikan hujjah (bukti) atas dirinya di Hari Kiamat. Dengan ukuran ini, maka si jahil itu akan lebih bernasib baik dari si alim yang tiada beramal di Hari Kiamat. Sebab itu ada pepatah mengatakan; “Setiap ilmu yang tiada membawa manfaat ke atas dirimu, makalebih baik engkau kembali jahil saja”.
“Bab anjuran untuk memperbanyakkan membaca alQuran; dengan pencapaian zauk (perasaan) kebesaran Zat Tuhan ketika membaca hendaklah menyakinkan pada dirinya sedang berkata-kata dengan Kalam Allah, melalui Kalam Allah. Perasaan ini tidak akan dapat dengan cepat melainkan dengan diistiqamah amalan membaca alQuran secara rutin danistiqamah. Insyallah dengan keyakinan yang tipis akan menjadi tebal didalam proses kesabaran dan disertai juga dengan berdoa kepadaNya. Dilarang bagi kamu membaca alQuran seperti orang-orang yang lalai dan didalam keadaan lupa. Bermaksud; sekiranya kamu menyakini yang diri kamu berkata-kata melalui KalamNya selagi gus denganNya, mana mungkin berada didalam keadaan orang yang lalai dan lupa. Mungkin akan terfikir
bagaimana mungkin seseorang dapat mencapai keyakinan yang begitu tinggi sebegitu? Benar, kita adalah manusia yang diciptakan oleh Allah Taala yang penuh dengan dosa dan noda.Yang sentiasa lupa dan lalai, walaupun hati kita menginginkan untuk kedekatan denganNya.
Fahamkan, yang penting disini adalah pelaksanaan yang dianjurkan olehNya iaitu dapat
menjalankan apa yang disuruh olehnya dengan niatan untuk dekat kepadaNya. Walaupun hati kita lalai dan lupa pada tahap awal pelaksanaan tetapi hakikat sudah dekat denganNya bilamana tangan mencapai alQuran dan membaca KalamNya dengan KalamNya. Itulah kehampiran yang kita tidak dapat melihat! Soal menyakini adalah diatas kemurahan kurniaNya, bila Dia hendak memberikanNya, asalkan kerja jalan. Insyallah.
Janganlah kamu membaca alQuran dengan lidah yang fasih (lancar) dan suara yang merdu (suara yang sedap aja) tetapi hati kosong dari khusyu’ dan ta’zhim (perasaan membesarkan apa yang dianjurkan olehNya). Jagalah hati kamu jangan sampai kosong dari khusyu’. Ini boleh digantikan dengan cara berpegang pada niat yang kuat iaitu hanya melaksanakan apa yang disuruh olehNya, inilah selemah-lemah niat yang boleh disandarkan pada peringkat permulaan.
Mari bangun membaca alQuran didalam keadaan faham akan maksud, makna dan
perintahNya. Kerana itulah alQuran diturunkan kepada umat Muhammad saw. Caranya ialah dengan membaca alQuran dengan membaca tafsiran supaya kita dapat faham akan maksud, makna dan apa yang diperintahNya. Dengan cara begini akan capai tahap suka mengamalkan isi kandungan, suruhan dan tegahan dariNya. Kerana ilmu pengetahuan tidak akan bergunaapabila tidak diamalkan.
Hanya orang yang benar-benar berilmu akan mengamalkan ilmu pengetahuannya dan itu akan membezakan dirinya dengan orang jahil (orang yang bodoh). Apa itu orang yang bodoh dari segi makna sebenarnya? Orang yang bodoh adalah orang yang tidak ada perasaan takut pada Allah Taala. Jadikanlah diri sebagai manusia yang bernasib baik dengan mengamalkan ilmu dan jangan letakkan diri lebih hina dari orang yang jahil kerana tidak mahu mengamal ilmu pengetahuan. Jangan menceburkan diri kepada ilmu yang tidak mendatangkan faedah,maka tidak, lebih baik berada jahil seperti semula. Ambilah langkah-langkah ini setapak demi setapak, insyallah lambat laun akan capai ke-tempat yang di-idam-idamkan”.
Seorang murid harus menjadi orang yang paling jauh dari segala rupa maksiat
dan perkaraperkara yang dilarang, disamping menjadi orang yang sangat menjaga
yang fardhu dan perkara-perkara yang dianjurkan. Seterusnya hendaklah kamu
menjadi orang yang amat memelihara segala amal yang boleh mendekatkan dirinya kepada
Allah Taala, amat cenderung untuk membuat bakti dan kebajikan. Sebab seseorang
murid itu tidak akan berbeza dengan manusia ramai, melainkan dengan sifat-sifat
keistimewaannya; seperti berada dijalan Allah, selalu membuat taat terhadapNya,
serta mengasingkan diri dari segala perkara yang bakal menghalangnya untuk
beribadat kepada Allah swt.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan