Catatan Popular

Jumaat, 9 November 2012

SILSILAH KE 16 : IMAM TARIQAT HADHRAT SAYYID SHAH BAHAUDDIN NAQSHBAND , BUKHARA, UZBEKISTAN, 717-791 H (DALAM TAREKAT NAQSYABANDIYAH)

LAHIR 14 Muharram,  717 H./1317M Desa Qoshrul ‘Arifan, Bukhara

BELIAU adalah Imam Tariqat, Pewaris Rantaian Emas Silsilah ‘Aliyah, Mahaguru Para Asfiya, Sultan Para Auliya, Pewaris Para Anbiya, Guru
Sekelian Para Guru, Pembimbing Sekelian Para Pembimbing, Syaikh Sekelian Para Masyaikh, Pir Sekelian Para Piran, Khwajah Sekelian Para Khwajahgan, Syaikh di Timur di Barat di Utara dan di Selatan, Penyinar Agama dan Kebenaran, Khalifah Allah dan Khalifah Rasulullah di muka alam, Ghautsul Akbar, Mujaddidul A’zam, Shah Muhammad Bahauddin Bin Muhammad Naqshband Al-Bukhari Al-Uwaisi, semoga Rahmat Allah sentiasa terlimpah ke atasnya dan semoga disucikan segala rahsianya.
 
Beliau dilahirkan dan dikebumikan di Qasrul ‘Arifan, Bukhara. Lahirnya pada bulan Muharram 721 Hijrah dan ada riwayat yang menyatakan kelahirannya pada bulan Muharram 717 Hijrah bersamaan 1317 Masihi. Beliau menerima pendidikan awal Tasawwuf dan rahsia Tariqat dari gurunya Hadhrat Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah 'alaih dan memperolehi nisbat batin secara zahir dari Hadhrat Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih namun secara hakikatnya beliau memperolehi nisbat batin dan menghasilkan Faidhz secara Uwaisi dari Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih yang telah mendahuluinya selama 200 tahun.
Beliau adalah cahaya petunjuk kepada lautan ilmu yang tak bertepi, pensuci Ruh dan Nafas sekelian Ummat Muhammadiyah, pewaris bagi rahsia kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH, karamahnya umpama mukjizat yang dapat menghidupkan kembali Hati dan Ruh yang mati, pembimbing Ruh-ruh yang hidup kembali ke pangkal jalan sehingga Para Raja sanggup berdiri di depan pintu rumahnya dan dengan cahaya petunjuknya mereka yang baik menjadi lebih baik, mereka yang lebih baik menjadi yang terbaik dan menukarkan segala yang jahat menjadi baik.
Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih telah menerima perkhabaran baik tentang kelahiran dan penzahiran beliau semenjak sebelum kelahirannya. Setelah kelahirannya beliau telah dikabulkan sebagai anak murid Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih malah menganggapnya sebagai anak sendiri dan bagi menyempurnakan Tarbiyahnya, Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih telah mewasiatkan kepada Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih untuk mengasuh dan mendidiknya.
Ketika beliau berusia 18 tahun setelah menguasai Ilmu Syari’ah, datuknya telah membawa beliau ke sebuah perkampungan di Sammas untuk berkhidmat dan bersuhbah dengan Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As-Sammasi
Rahmatullah ‘alaih atas permintaan Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As- Sammasi Rahmatullah ‘alaih sendiri. Semenjak awal Suhbahnya dengan Syeikh dia telah menerima limpahan Rahmat dan Faidhz yang tak terkira banyaknya dan memperolehi semangat yang tinggi menuju keikhlasan dalam melakukan amalan Ibadah.
Beliau telah diperintahkan oleh Hadhrat Khwajah Khwajahgan Syeikh ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih untuk beramal dengan ‘Azimah dan meninggalkan Rukhsah. Kerana itulah beliau telah memilih dan mengutamakan amalan Zikir Khafi yang bersifat tersembunyi sebagai amalan tunjang dalam Tariqatnya kerana fadhilatnya yang tujuh puluh kali lebih baik dari amalan Zikir Jihri yang mengeraskan suara.


PERMULAAN PETUNJUKNYA DAN PETUNJUK PERMULAANNYA


HADHRAT Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah menceritakan berkenaan zaman remajanya ketika mana Syeikhnya iaitu Hadhrat Khwajah Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih:
“Daku bangkit tidur seawal pagi tiga jam sebelum Solah Fajar, mengambil wudhu dan setelah melakukan Solah Sunnah daku akan bersujud memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan doa berikut:
“Ya Tuhanku, kurniakanlah daku dengan kekuatan untuk memikul segala kesusahan dan kesakitan demi CintaMu.”
Kemudian daku pun bersolah Fajar dengan Syeikh. Pada suatu hari, ketika beliau hendak keluar, beliau telah memandang ke arahku dan berkata, seolah-olah dia telah berada bersama-samaku ketika aku melakukan doa tersebut seraya berkata,
“Wahai anakku, kau perlu menukarkan permohonan doa yang kau lakukan, sebaliknya berdoalah,
“Ya Allah, limpahkanlah KeredhaanMu kepada hamba yang lemah ini. Allah tidak suka hamba-hambaNya berada dalam kesusahan. Meskipun Allah dengan HikmahNya memberikan sedikit kesusah-payahan kepada hamba-hambaNya untuk menguji mereka, seseorang hamba tidak sepatutnya meminta untuk berada dalam kesusahan. Ianya tidak akan menjadi suatu penghormatan di sisi Allah.”
Setelah Hadhrat Syaikh Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih meninggal dunia, datukku telah membawaku ke Samarkand. Di sana daku telah dipertemukan dengan seorang yang ‘Alim lagi Salih. Daku meminta restu dan doa keberkatan darinya dan Alhamdulillah keberkatannya telah pun daku perolehi. Kemudian datukku membawaku ke Bukhara dan mengahwinkan daku dengan seorang wanita di sana.
Rahmatullah ‘alaih atas permintaan Hadhrat Khwajah Sayyid Muhammad Baba As- Sammasi Rahmatullah ‘alaih sendiri. Semenjak awal Suhbahnya dengan Syeikh dia telah menerima limpahan Rahmat dan Faidhz yang tak terkira banyaknya dan memperolehi semangat yang tinggi menuju keikhlasan dalam melakukan amalan Ibadah.
Beliau telah diperintahkan oleh Hadhrat Khwajah Khwajahgan Syeikh ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih untuk beramal dengan ‘Azimah dan meninggalkan Rukhsah. Kerana itulah beliau telah memilih dan mengutamakan amalan Zikir Khafi yang bersifat tersembunyi sebagai amalan tunjang dalam Tariqatnya kerana fadhilatnya yang tujuh puluh kali lebih baik dari amalan Zikir Jihri yang mengeraskan suara.
HADHRAT Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah menceritakan berkenaan zaman remajanya ketika mana Syeikhnya iaitu Hadhrat Khwajah Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih:
“Daku bangkit tidur seawal pagi tiga jam sebelum Solah Fajar, mengambil wudhu dan setelah melakukan Solah Sunnah daku akan bersujud memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan doa berikut:
“Ya Tuhanku, kurniakanlah daku dengan kekuatan untuk memikul segala kesusahan dan kesakitan demi CintaMu.”
Kemudian daku pun bersolah Fajar dengan Syeikh. Pada suatu hari, ketika beliau hendak keluar, beliau telah memandang ke arahku dan berkata, seolah-olah dia telah berada bersama-samaku ketika aku melakukan doa tersebut seraya berkata,
Wahai anakku, kau perlu menukarkan permohonan doa yang kau lakukan, sebaliknya berdoalah,
“Ya Allah, limpahkanlah KeredhaanMu kepada hamba yang lemah ini. Allah tidak suka hamba-hambaNya berada dalam kesusahan. Meskipun Allah dengan HikmahNya memberikan sedikit kesusah-payahan kepada hamba-hambaNya untuk menguji mereka, seseorang hamba tidak sepatutnya meminta untuk berada dalam kesusahan. Ianya tidak akan menjadi suatu penghormatan di sisi Allah.”
Setelah Hadhrat Syaikh Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih meninggal dunia, datukku telah membawaku ke Samarkand. Di sana daku telah dipertemukan dengan seorang yang ‘Alim lagi Salih. Daku meminta restu dan doa keberkatan darinya dan Alhamdulillah keberkatannya telah pun daku perolehi. Kemudian datukku membawaku ke Bukhara dan mengahwinkan daku dengan seorang wanita di sana.
Pada suatu hari, dengan inayah Allah, daku mendapat kiriman sebuah kopiah kerajaan yang biasa dipakai di jabatan kerajaan. Setelah mendapat kopiah itu, kehidupanku menjadi semakin baik dan keinginanku untuk bersahabat dengan Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih semakin bergejolak dalam hatiku.Daku tinggal di Qasrul ‘Arifan yang mana merupakan suatu pemeliharaan yang khusus dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepadaku kerana daku berada dekat dengan Hadhrat Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih. Daku mendapat khabar bahawa Hadhrat Khwajah Muhammad Baba Sammasi Rahmatullah ‘alaih telah berpesan kepada Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih supaya mengajar dan mendidikku dengan baik.
Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah ‘alaih telah berjanji akan memenuhi amanah itu dengan menegaskan bahawa jika pesan amanah itu tidak dilaksanakan, maka dirinya bukanlah seorang laki-laki yang sebenar, dan ternyata janjinya itu dipenuhinya.
Daku pun berkhidmat kepadanya dan beliau memberitahuku bahawa Hadhrat Syaikh Muhammad Baba As-Samasi Rahmatullah ‘alaih telah memberitahunya semenjak sekian lama bahawa,
“Daku takkan merasa gembira denganmu jika kamu tidak mendidiknya dengan baik.”
Suatu hari daku sedang duduk dengan seorang rakan sambil bermuraqabah dan pintu-pintu langit terbuka dan gambaran Musyahadah yang hebat hadir kepadaku dan daku mendengar satu suara berkata,
“Apakah tidak cukup bagimu bagi meninggalkan mereka yang lain dan datang Kehadhrat Kami secara berseorangan?”
Suara ini telah menyebabkan daku menjadi tidak tentu arah sehingga menyebabkan daku keluar dari rumah. Daku lari ke sebuah sungai di mana daku pun terjun ke dalamnya. Daku membasuh pakaianku dan bersolah dua rakaat dengan cara yang daku tidak pernah mengalaminya, merasakan seolah-olah daku sedang bersolah di hadapan Hadhrat Zat Yang Maha Suci.
Segala-galanya telah dibukakan pada hatiku dalam keadaan Kasyaf. Seluruh Alam Maya lenyap dan daku tidak menyedari kepada sesuatu yang lain selain bersolah dengan KehadiranNya.
Daku telah ditanya pada permulaan Jazbahku,

Mengapakah engkau hendak menuruti jalan ini?”

Daku menjawab,

“Supaya apa sahaja yang ku katakan dan apa sahaja yang ku kehendaki, itulah yang akan terjadi.

Daku telah dijawab,

“Itu takkan terjadi, apa sahaja yang Kami katakana dan apa sahaja yang Kami kehendaki, itulah yang akan terjadi.”

Daku pun berkata,

“Aku tak dapat melakukannya, aku mesti diizinkan untuk berkata dan melakukan apa sahaja yang aku kehendaki ataupun aku tidak mahu jalan ini.”

Kemudian daku pun menerima jawapan,
“Tidak, adalah apa sahaja yang Kami mahu ianya diperkatakan dan apa sahaja yang Kami mahu ianya dilakukan, itulah yang mesti diperkatakan dan dilakukan.”
Dan daku berkata sekali lagi,

“Apa sahaja yang ku katakan dan apa sahaja yang ku lakukan, itulah yang
mesti terjadi.”
Kemudian daku telah ditinggalkan keseorangan selama limabelas hari sehingga daku telah diselubungi dengan tekanan yang amat hebat. Lalu daku terdengar satu suara berkata,
“Wahai Bahauddin, apa sahaja yang kau berkehendak, akan Kami kurniakan.”

Daku berasa amat gembira. Daku berkata,

“Daku mahu diberikan suatu jalan Tariqat yang akan membimbing sesiapa sahaja yang menurutinya terus kepada Hadhrat Zat Yang Maha Suci.”

Dan daku telah mengalami Musyahadah yang maha hebat dan daku terdengar suara berkata,

“Dikau telah dikurniakan dengan apa yang telah dikau mohonkan.”

HADHRAT Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah meriwayatkan kisahnya berkata,
“Suatu ketika sewaktu daku berada dalam keadaan Jazbah dan hilang fikiran, daku pergi ke sini dan ke sana tanpa menyedari apa yang sedang ku lakukan. Kakiku menjadi luka dan berdarah disebabkan oleh luka tersebut. Apabila tiba waktu malam, daku berasa diriku tertarik ke arah rumah Syeikhku, Hadhrat Sayyid Amir Kullal.”
Pada malam itu begitu gelap gelita tanpa kelihatan bulan mahupun bintang. Udara begitu sejuk dan daku tidak berpakaian melainkan dengan sehelai jubah kulit yang sudah tua dan lusuh. Apabila daku tiba di rumahnya, daku mendapati Syeikhku sedang duduk bersama dengan para sahabat dan pengikutnya.
Apabila dia melihat daku lalu dia pun memberitahu kepada para pengikutnya,

“Keluarkan dia, aku tidak mahu dia berada di dalam rumahku.”
Mereka pun membawa daku keluar dan daku mendapati keakuanku sedang cuba untuk menguasaiku dan ia sedang menakluki hati dan perasaanku, cuba meracuni kepercayaanku terhadap Syeikhku. Pada waktu itu daku hanya bergantung dengan Pemeliharaan dan RahmatNya yang Suci dalam menanggung rasa kehinaan dalam mencari keredhaan Allah dan keredhaan Syeikhku.
Daku berkata pada diriku,
 
“Aku tidak akan membenarkan kau meracuni kepercayaanku terhadap
Syeikhku.”
Daku berasa begitu letih dan sedih yang mana daku telah meletakkan sifat kehinaan di pintu kebanggaan, meletakkan kepalaku di anjung pintu rumah guruku dan berjanji pada diriku bahawa daku tidak akan mengangkatnya sehinggalah dia menerimaku semula. Salji pun mulai turun dan kesejukan udara mulai menikam sehingga ke tulang menyebabkan daku menggigil dalam kegelapan malam.
Pada malam itu tiada langsung walau kehangatan bulan untuk menenteramkanku. Daku terus berada dalam keadaan demikian sehingga daku berasa kaku. Tetapi, rasa cinta yang berada di dalam hatiku iaitu cinta kehadhrat Yang Suci dan cintaku terhadap pintu kesucian Syeikhku tetap menghangatkan diriku. Fajar pun menjelang dan Syeikhku telah melangkah keluar dari pintu rumahnya tanpa melihat padaku secara Zahir. Dia meletakkan kakinya di atas kepalaku yang masih sedang berada di anjung pintunya.
Apabila dia terasa sedang memijak kepalaku, dia pun mengangkat kakinya,
membawaku masuk ke dalam rumahnya dan berkata kepadaku,
“Wahai anakku, dikau telah dipakaikan dengan pakaian kebahagiaan, dikau telah dipakaikan dengan pakaian cinta yang suci. Dikau telah dipakaikan dengan pakaian yang tidak pernah dipakaikan kepadaku dan tidak pernah dipakaikan kepada Syeikhku. Allah gembira denganmu, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam gembira denganmu, kesemua Para masyaikh dalam silsilah emas berasa gembira dengan kamu.”
Kemudian, dengan penuh teliti dan hati-hati dia mengesat luka di kakiku dan membasuh darah lukaku. Pada masa yang sama dia telah menuangkan ke dalam hatiku akan limpahan ilmu pengetahuan yang aku tidak pernah mengalaminya. Keadaan ini seterusnya telah membukakan kepadaku gambaran Musyahadah yang mana daku melihat diriku sedang memasuki gerbang rahsia dari kalimah
MUHAMMAD RASULULLAH. Daku melihat bahawa diriku sedang memasuki
gerbang rahsia kalimah tersebut yang mana ianya merupakan Haqiqatul
Muhammadiyah. Ianya terus membawaku memasuki gerbang rahsia kalimah LA
ILAHA ILLA ALLAH yang merupakan rahsia Wahdaniyah.

Keadaan ini seterusnya membawa daku untuk memasuki gerbang rahsia Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah yang dinyatakan menerusi rahsia Ahadiyat. Keadaan tersebut tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, tetapi hanya dapat diketahui menerusi rasa yang diperolehi menerusi pengalaman di dalam hati.”

Menurut riwayat Para Masyaikh Silsilah Naqshbandiyah di dalam kitab Bahjatus Saniyah, semenjak zaman Hadhrat Khwajah Mahmud Anjir Faghnawi Rahmatullah ‘alaih sehingga ke zaman Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih mereka telah menghimpunkan amalan Zikir Khafi dan Zikir Jihri, tetapi kepada para murid yang baru, Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih telah memberikan permulaan Zikir Jihri.
Perkara ini telah membuatkan Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih selalu bangkit dari Halqah Zikir lalu pergi berzikir bersendirian di dalam biliknya. Hal keadaan beliau yang selalu bangkit ketika majlis Zikir Jihri sedang bermula telah menyebabkan rasa tidak senang hati di kalangan para murid Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih, lalu mereka melapurkan hal peristiwa ini kepadanya. Akan tetapi Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih hanya mendiamkan diri bahkan terus memberikan penumpuan Tawajjuhnya kepada Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih dan perasaan kasih sayangnya semakin bertambah dari sehari ke sehari.
Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih juga tetap memberikan khidmatnya kepada Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih seperti biasa tanpa mengenepikan sebarang adab bahkan senantiasa tunduk kepada kehendak dan kemahuan Syeikhnya, Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih.
Pada suatu hari Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih telah mengumpulkan kesemua muridnya yang kecil mahupun dewasa dalam suatu jemaah yang besar di perkampungan Sukhar, sejumlah lebih kurang lima ratus orang termasuklah mereka yang menta’mirkan Masjid dan Khanqah lalu berkata,
“Wahai saudara-saudaraku, kamu semua mempunyai sangkaan yang buruk terhadap anakku Bahauddin dan segala sangkaan kamu adalah salah. Kamu semua tidak mengenalinya, bahawa hal keadaannya sentiasa mendapat pandangan yang khusus dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dan pandangan hamba-hamba Allah adalah menuruti pandangan yang Haq dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Rahsia hal yang telah Allah kurniakan kepadanya tidak pernah dikurniakan kepada sesiapa pun jua sebelum ini bahkan aku juga tidak mengetahuinya.”
Lalu Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih memandang kepada Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih seraya berkata,
“Wahai anakku Bahauddin, segala wasiat yang telah disampaikan oleh Hadhrat Khwajah Muhammad Baba Sammasi Rahmatullah ‘alaih kepadaku bahawa sepertimana daku memberikan didikan tunjuk ajar dan Tarbiyah kepadamu, maka hendaknya begitu jugalah engkau memberikan Tarbiyah kepada anakku Bahauddin dan jangan mengurangkannya walau sedikit pun. Aku telah pun melaksanakannya kesemua wasiatnya.”
Selanjutnya Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih telah berkata kepada Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih,
“Daku telah menyusukanmu dengan putting tetekku sehingga kering, kini Ruhaniahmu ibarat seekor anak ayam yang telah keluar dari kulit telurnya, namun kesungguhanmu seumpama seekor ayam yang perkasa. Kini daku memberikan keizinan kepadamu, di mana sahaja yang kamu terhidu haruman yang sampai ke otakmu, hendaklah engkau menuntutnya meskipun dari Turki mahupun Tajik, dan tuntutlah menurut kemampuanmu tanpa mengurangkannya sedikitpun.”
Setelah peristiwa itu Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih telah bersuhbah dengan Hadhrat Maulana ‘Arif Ad-Dikarani Rahmatullah ‘alaih selama tujuh tahun dan kemudian telah bersuhbah dengan Hadhrat Maulana Qutsum Syaikh Rahmatullah ‘alaih selama beberapa tahun.
Beliau telah menukilkan pengalaman beliau yang selanjutnya seperti berikut,
“Pada suatu malam daku telah bermimpi bertemu dengan Hakim ‘Ata Rahmatullah ‘alaih yang merupakan salah seorang dari kalangan Wali-wali besar orang Turki. Beliau telah menyuruh seorang Darwish memberikan bimbingannya kepadaku. Apabila daku tersedar dari tidur, rupa wajah Darwish itu masih kekal terpelihara di dalam bayangan fikiranku”.
Daku mempunyai seorang nenek yang Salih. Daku telah menceritakan kisah mimpiku kepadanya lalu beliau berkata,

“Wahai anakku, kamu akan memperolehi bahagian limpahan Faidhz dari Masyaikh orang Turki.”
Maka semenjak itu daku pun mencari-cari Syeikh orang Turki dan gambaran wjah Darwish tersebut sentiasa ada dalam fikiranku sehinggalah pada suatu hari daku telah bertemu dengan Darwish itu di sebuah pasar di kota Bukhara. Daku mengenalinya sepertimana yang telah ku lihat di dalam mimpiku dan daku pun bertanyakan namanya dan beliau pun memberitahu bahawa nama beliau adalah Khalil. Walaubagaimanapun dalam pertemuan ini daku berasa agak sukar dan tidak berghairah untuk bersuhbah dengannya. Dia pulang ke rumahnya sedangkan daku berasa gelisah, ragu dan bimbang. Aku berasa harus pergi meninggalkannya namun terasa berat untuk pergi.
Ketika masuk waktu Maghrib, seorang lelaki yang tidak daku kenali telah datang kepadaku dan berkata bahawa Darwish Khalil sedang memanggilku. Daku berasa hairan, bagaimana orang itu menemuiku? Daku berasa begitu gembira dan dengan segera daku mengambil sedikit buah tangan lalu mengikuti orang itu dengan perasaan yang sungguh seronok dan penuh keyakinan, daku pun hadir untuk berkhidmat padanya.
Ketika menemuinya, daku hendak memberitahu tentang mimpiku kepadanya. Lalu Darwish Khalil pun berkata,
“Apa yang ada di dalam hatimu telah Zahir di hadapan kami dan kamu tidak perlu menceritakannya. Kamu tidak perlu mengkhabarkan tentang mimpimu kerana daku sudah pun mengetahuinya.”
Ucapannya ini telah memberikan kesan yang terhunjam ke lubuk hatiku dan kemudian telah terbit rasa keinginan yang membuak dalam diriku untuk bersuhbah dengannya. Sepanjang daku bersuhbah dengan beliau, telah terzahir berbagai hal-hal peristiwa yang ajaib, rahsia pengetahuan yang Ghaib telah terbuka pada hatiku. Dia sentiasa memandang padaku, memujiku dan menaikkan darjatku.
Pada suatu ketika beliau terpaksa bersafar lalu beliau pun pergi. Kemudian setelah beberapa lama telah sampai kepadaku perkhabaran tentang Darwish Khalil bahawa penduduk di Transoxiana telah mengangkatnya sebagi Raja mereka. Daku ingin meneruskan Suhbah dengannya.
Beberapa hari pun berlalu yang mana telah bermula dalam diriku sehinggalah pada zaman kesultanannya, daku telah pergi menuju ke negeri kesultanannya dan dalam hatiku telah tumbuh rasa cinta yang semakin bertambah dan dengan perhatiannya, tatkala kesudahan permulaanku itu, beliau telah mengangkatku ke darjat ilmu pengetahuan yang lebih tinggi.
Ketika zaman kesultanannya daku telah dikurniakan kemuliaan dengan kesempatan untuk berkhidmat dan bersuhbah dengannya. Ketika bersama dengannya, berbagai hal Musyahadah perkara yang besar-besar berlaku ke atas diriku. Dengan kebaikan dan kasih sayangnya, beliau telah mengajar daku bagaimana Adab-adab untuk berkhidmat kepada seseorang Syeikh.
Di bawah asuhannya daku telah berjaya menempuh penjelajahan Suluk pada jalan ini dan daku telah bersuhbah dengannya dalam Tariqat ini selama enam tahun dengan memelihara adab-adab kesultanan ketika hadir bersamanya dan ketika daku dalam khalwat, daku sentiasa memelihara perhubungan hati dengannya.
Beliau selalu berkata di hadapan para pegawai khas kesultanannya bahawa,
“Barangsiapa yang berkhidmat untuk keredhaan Tuhan, dia akan mencapai martabat yang tinggi di kalangan makhluk.” Daku mengetahui apakah yang dimaksudkan dan apakah yang dikehendaki menerusi perkataannya itu.”
Hadhrat Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih telah berkata,

“Pada permulaan perjalananku atas Tariqat ini, daku telah bertemu dengan seorang pencinta Allah dan dia berkata kepadaku, “Nampaknya seolah-olah kamu adalah dari kami.” Daku berkata kepadanya, “

”Aku harap kau adalah dari kami dan aku berharap untuk menjadi rakanmu”

Kemudian dia bertanya kepadaku,

“Bagaimana engkau melayani dirimu?”

Daku berkata kepadanya,

“Jika aku memperolehi sesuatu, aku bersyukur kepada Allah dan jika tidak, aku akan bersabar.”

Dia tersenyum dan berkata,
“Ini adalah mudah. Jalan bagimu adalah dengan membebankan keakuanmu dan mengujinya. Jika ia ketiadaan makanan selama seminggu, kamu mesti sanggup menjaganya dari mengingkarimu.”
Daku amat gembira dengan jawapannya dan daku meminta sokongan darinya. Dia telah mengarahkanku agar membantu orang yang memerlukan dan berkhidmat kepada mereka yang lemah dan memberi dorongan kepada hati yang telah pecah. Dia mengarahkanku agar tetap merendahkan diri dan berasa hina diri dan berfikiran terbuka. Daku memelihara arahannya dan daku telah mengamalkannya dalam kehidupanku buat beberapa lama.
Kemudian dia telah mengarahkanku untuk memelihara binatang, menyembuhkan penyakit mereka, membersihkan luka-luka mereka dan membantu mereka dalam usaha mencari rezeki. Daku tetap atas jalan itu sehinggalah daku telah sampai pada suatu keadaan yang mana jika daku terjumpa dengan seekor binatang berada di jalanan, daku akan berhenti dan memberikan jalan untuknya.
Dia telah mengarahkanku agar memelihara anjing-anjing persatuan ini dengan penuh kebenaran dan kerendahan diri, dan meminta bantuan sokongan dari mereka. Dia berkata kepadaku,
“Oleh kerana kau telah berkhidmat kepada salah seorang dari mereka, kau akan mecapai suatu kebahagiaan yang besar.”
Daku mengambil arahan itu dengan harapan daku dapat mencari seekor anjing dan dengan memberikan khidmat dan kepadanyalah daku akan memperolehi kebahagiaan itu. Pada suatu hari daku sedang berada dalam sekumpulan dari mereka dan daku telah merasa suatu hal keadaan yang amat bahagia dalam diriku.
Daku pun mulai menangis di hadapannya sehingga ia menjatuhkan dirinya ke belakang dan mengangkat kedua tapak kaki depannya ke arah langit. Daku terdengar suatu suara yang amat sedih keluar darinya dan daku juga mengangkatkan tanganku sepertimana melakukan doa dan mula mengucapkan Amin sebagai memberikan sokongan kepadanya sehingga dia menjadi diam. Apa yang terbuka kepada diriku sesudah itu adalah gambaran Musyahadah yang telah membawaku kepada suatu hal keadaan yang mana daku merasakan bahawa diriku adalah sebahagian dari sekelian manusia dan sebahagian dari setiap ciptaan di atas muka bumi ini.”
Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Rahmatullah ‘alaih berkata,

“Pada masa permulaan daku mengalami Ghalabah Zauq dan Syauq, daku telah berjalan dari Bukhara menuju ke Nasaf untuk pergi berkhidmat dan bersuhbah dengan Syeikhku, Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih demi menghasilkan limpahan Faidhz darinya. Apabila daku hampir tiba di tempat perhentian orang Musafir di Jughrati, maka di situ daku telah didatangi oleh Hadhrat Khidhzr ‘Alaihissalam yang merupakan dirinya sebagai orang tua yang menaiki kuda. Di tangannya ada sebatang tongkat dan beliau memakai topi yang lusuh, lalu datang menghampiriku”.

Beliau memukulku dengan kayu tongkatnya sambil berkata dalam bahasa Turki,

“Kamu nampak kuda?”

Daku hanya mendiamkan diri dan beliau berkali-kali datang di hadapanku cuba mempengaruhiku, lalu daku pun berkata kepadanya,

“Daku mengenalimu, kamu adalah Khidhzr.”

Beliau terus mengekori di belakangku dan berkata kepadaku,

“Wahai kamu, berhentilah seketika agar kami dan kamu dapat bersuhbah
untuk beberapa waktu.”
Daku tidak memberikan sebarang tumpuan mahupun Tawajjuh kepada kata- katanya. Apabila daku tiba ke tempat Syeikhku, Hadhrat Sayyid Amir Kulal untuk hadir berkhidmat padanya, lalu beliau melihat padaku seraya berkata,
“Kamu bertemu Khidhzr ‘Alaihissalam dalam perjalananmu ke sini namun
kamu tidak memberikan perhatianmu kepadanya?”
Daku pun menjawab,

“Ya, kerana daku telah memberikan Tawajjuhku terhadap tuan, maka kerana
itulah daku tidak dapat memberikan sebarang Tawajjuh terhadapnya.”

 
PERJALANAN AHWALNYA DAN AHWAL PERJALANANNYA
                                         
HADHRAT Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah meriwayatkan hal ehwal kisahnya ketika permulaan menjalani perjalanan Tariqat seperti berikut,
“Pada permulaan Ahwal dan Ghalabah serta Jazbah dan dalam keadaanku yang tidak tetap pendirian, daku sering berkeliaran pada waktu malam dari satu tempat ke satu tempat di Bukhara untuk mengunjungi semua kawasan perkuburan untuk mengambil pelajaran dari mereka yang telah mati”.
Pada suatu malam, daku telah sampai ke tiga buah kubur yang diberkati. Mulanya daku menziarahi Kubur Hadhrat Syeikh Muhammad ‘Abdul Wasi’ Qaddasallahu Sirrahu dan apabila daku tiba, terlihat olehku akan cahaya lampu yang minyaknya hampir habis tetapi sumbunya masih panjang dan perlu digoyang- goyangkan sedikit supaya kena rata pada minyak bagi menambahkan lagi terang cahaya sinarnya.
Setelah menghadiahkan Al-Fatihah untuknya, dari situ daku menerima isyarat supaya pergi ke Kubur Hadhrat Khwajah Mahmud Anjir Faghnawi Qaddasallahu Sirrahu untuk menghadiahkan Al-Fatihah untuknya. Tatkala sampai di situ, daku dapati terdapat lampu seperti di kuburan tadi.
Tiba-tiba daku mendapati dua orang yang tidak pernah daku kenali sedang menanti kedatanganku dengan seekor kuda. Mereka mendatangiku dan menyelitkan dua bilah pedang ke pinggangku dan menaikkan daku ke atas kuda lalu membawaku ke Kubur Hadhrat Khwajah Syeikh Mazdakhin Qaddasallahu Sirrahu pada ketika hampir lewat malam. Di situ juga terdapat lampu seperti yang ada di dua kuburan sebelumnya. Daku pun turun dari kuda dan membetulkan sumbu lampu Kuburnya lalu duduk menghadap Qiblat sambil bermuraqabah menghubungkan hatiku dengan hati Syeikh tersebut.
Semasa bermuraqabah daku berasa sedang berada di Alam Ghaib dan dibukakan gambaran Musyahadah kepadaku, yang mana daku melihat dinding yang berada di arah Qiblat telah terbelah dan muncul sebuah takhta tempat duduk yang besar seumpama mimbar yang di atasnya seorang lelaki Buzurg yang tampan dan tegap sedang duduk di atasnya dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Terdapat kain tabir purdah berwarna hijau di hadapannya.
Di sekitar takhta mimbar tersebut terdapat satu jemaah yang sedang hadir dan dari jemaah tersebut daku dapat mengenali seorang darinya iaitu Syeikhku Hadhrat Muhammad Baba Sammasi Qaddasallahu Sirrahu. Maka tahulah diriku bahawa mereka kesemuanya sudah meninggal dunia.
Daku berasa agak ketakutan melihat Buzurg tersebut dan dalam masa yang sama daku berasa cinta dan kasih sayang terhadapnya. Akan tetapi, timbul pertanyaan dalam hatiku bahawa siapakah orang Buzurg ini dengan orang-orang yang di sekelilingnya dan jemaah apakah yang sedang hadir itu?
Seorang dari mereka lalu berkata,
“Dia adalah Syeikh yang telah mengasuhmu atas perjalanan Ruhaniah. Dia telah melihat kepada Ruhmu sewaktu ianya masih dalam keadaan zarah di hadapan HadhratNya. Dikau sedang menjalani latihan di bawah pengawasannya. Adapun orang Buzurg itu adalah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu dan jemaah yang menyertainya adalah Para Khalifahnya yang memelihara rahsia rantaian emas.”
Lalu diperkenalkan kepadaku seorang demi seorang dari mereka dengan berkata,
“Ini ialah Khwajah Muhammad Siddiq Rahmatullah ‘Alaih dan ini Khwajah Auliya Kabir Rahmatullah ‘Alaih dan ini Khwajah ‘Arif Riwagari Rahmatullah ‘Alaih dan ini Khwajah Mahmud Anjir Faghnawi Rahmatullah ‘Alaih dan ini Khwajah ‘Azizan ‘Ali Ramitani Rahmatullah ‘Alaih.”
Dan tatkala sampai kepada Hadhrat Khwajah Muhammad Baba Sammasi Rahmatullah ‘Alaih, orang itu berkata,

“Engkau pernah melihatnya ketika dia masih hidup. Dia adalah Syeikhmu
dan dia pernah memberikan satu kopiah kepadamu, kenalkah kamu kepadanya?”

Daku pun menjawab,
“Ya, kenal.” Bahawa daku mengenali Hadhrat Khwajah Muhammad Baba Sammasi Rahmatullah ‘Alaih, lalu kenanganku kembali ingat kepada kisah kopiah yang sudah daku lupakan semenjak sekian lama dan daku pun tidak tahu di mana ia berada.”.
Selanjutnya orang itu berkata,

“Kopiah itu kini berada di rumahmu. Berkat kopiah itu, Allah telah
menyelamatkan kamu dari cubaan bala yang besar di Dunia.”
Sejurus kemudian, Para Jemaah yang hadir itu telah memberitahu kepadaku,
“Sekarang dengarkanlah baik-baik kerana Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu akan memberikan pesanan kepadamu yang mana amat penting bagi dirimu dalam perjalanan Suluk Tariqat menuju Haq Ta’ala.”
Daku pun memohon untuk bersalaman dengan Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu, dan permintaanku itu telah dipenuhi. Mereka pun menyingkapkan kain tabir hijau yang ada di hadapannya itu dan daku pun bersalaman dengannya.
Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu telah memberikan daku dua nasihat bimbingan yang mana setiap satunya amat penting ketika permulaan, pertengahan dan penghujung dalam perjalanan Suluk.
Perkara pertama yang disampaikan oleh Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Qaddasallahu Sirrahu kepadaku adalah berkenaan sumbu lampu pelita yang telah dilihat olehnya ketika berada di Kubur tadi adalah mengisyaratkan kepada wujudnya kemampuan dan kesediaan di dalam diriku, namun kesediaan itu perlu digerakkan supaya pelita itu dapat terang bercahaya bagi menzahirkan segala rahsia dan menyuruhku beramal menurut kemampuan kerana ianya akan menghasilkan kepada pencapaian maksud.
Perkara kedua yang disampaikannya adalah penekanan supaya dalam setiap hal keadaan hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan amalan Syari’at dan Istiqamah dalam perlaksanaannya, beramal dengan ‘Azimah dan Sunnah serta meninggalkan Rukhsah dan Bida’ah, sentiasa menjadikan Hadits-hadits Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan contoh tauladannya sebagai Qiblah petunjuk, mempelajari serta meneliti riwayat kehidupan serta tingkah laku Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum dan juga kisah perjuangan mereka yang mulia.
Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih juga telah memberikan nasihat kepadaku agar mengajak manusia dengan bersungguh- sungguh supaya menuruti tuntunan Al-Quran serta membacanya siang dan malam, mendirikan kesemua Solat Fardhu dan Nawafil. Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih juga telah menasihatkan agar jangan menganggap remeh sebarang perkara yang datang dari petunjuk Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam meskipun dalam perkara yang kecil sekalipun, baik dalam perkara Ibadah mahupun amalan kebajikan.
Setelah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih selesai memberikan kata-kata petunjuk dan nasihatnya kepada Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘Alaih, seorang dari Khalifah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih pun berkata kepada Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘Alaih,
“Jika kamu inginkan bukti kepastian tentang kebenaran hal peristiwa ini, maka esok pergilah berjumpa dengan Hadhrat Maulana Shamsuddin Al-Ambikuti yang akan mengadili antara dua orang dan katakanlah padanya bahawa apa yang dikatakan oleh orang Turki dalam dakwaannya terhadap Saqa si tukang air itu adalah benar dan katakan padanya bahawa sedangkan kamu sedang berusaha menolong Saqa si tukang air dan ianya adalah suatu kesilapan. Perbetulkan dirimu dan bantulah orang Turki itu dan sekiranya Saqa si tukang air itu mengingkari dakwaan orang Turki itu maka katakanlah kepada Saqa si tukang air itu bahawa, aku mempunyai dua bukti, iaitu ucapkanlah Wahai Saqa! Sesungguhnya Saqa si tukang air itu mengerti maksud kalimat itu bahawa dirinya sedang berada dalam kehausan, dan bukti yang kedua ialah bahawa Saqa si tukang air itu telah berzina dengan seorang perempuan yang bukan muhrimnya lalu perempuan itu hamil, kemudian kamu menggugurkan kandungannya dan kamu menguburkan bayi itu di sebuah tempat di bawah sepohon kurma.”
Selanjutnya khalifah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih pun menerangkan,
“Setelah kamu menyampaikan khabar ini kepada Hadhrat Maulana Shamsuddin, pada keesokan pagi harinya hendaklah kamu mengambil tiga biji anggur kering lalu pergilah ke Nasaf melalui jalan Rigastan Merv untuk berkhidmat kepada Syeikhmu, Hadhrat Sayyid Amir Kulal. Di tengah perjalanan nanti kamu akan bertemu dengan seorang Syeikh Tua yang akan memberikan kepadamu sepotong roti yang panas. Hendaklah kamu mengambilnya dan jangan bercakap- cakap apa pun dengannya. Kemudian teruskanlah perjalananmu dan kamu akan bertemu dengan sebuah Kafilah dan seorang dari mereka akan mencegatmu sambil menunggang kuda. Berikanlah nasihat kepadanya kerana dia akan bertaubat di tanganmu dan menjadi pengikutmu. Pakailah kopiah Qalansuwa ‘Azizan yang telah diberikan kepadamu oleh Syeikhmu dan berikannya kepada Hadhrat Sayyid Amir Kulal.”
Kemudian mereka menggoyang-goyangkan tubuh badanku supaya sedar kembali, lalu daku pun segera kembali pulang ke rumah. Pada keesokan harinya, daku pun bertanya kepada keluargaku tentang kopiah Qalansuwa ‘Azizan itu. Lalu mereka berkata bahawa kopiah tersebut tetap berada pada tempatnya semenjak sekian lama tanpa pernah terusik.
Mereka pun membawakan kopiah itu kepadaku dan sebaik saja daku melihat kopiah tersebut, maka hal keadaanku mulai berubah, dengan hati yang bergetar dan jantung yang berdebar daku mulai menangis dengan bercucuran air mata agak sebegitu lama.
Ketika masuk waktu Solat Subuh daku pun pergi ke Masjid Maulana Shamsuddin di Ambikata dalam daerah Bukhara untuk mendirikan Solat Subuh bersamanya. Sesudah mendirikan Solat, daku pun mengkhabarkan kepada Maulana Shamsuddin segala hal peristiwa yang berlaku serta bukti-bukti yang amat menghairankannya sepertimana yang telah dipesankan kepadanya.
Pada waktu itu, Saqa si tukang air sedang berada dengan Maulana Shamsuddin dan dia memang mengingkari kebenaran kata-kata orang Turki itu, lalu daku pun berkata kepada Saqa si tukang air,
“Daku ada dua bukti, yang pertamanya bahawa engkau Saqa si tukang air, sedang berada dalam kehausan.”
Kemudian Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘Alaih pun menerangkan buktinya yang kedua dengan menceritakan kisah bahawa Saqa si tukang air itu telah melakukan zina dengan seorang perempuan sehingga dia menjadi hamil kemudian menggugurkan bayi kandungan itu dan telah menguburkannya. Setelah daku menyatakan dua bukti tersebut, dia menerima bukti yang pertama tetapi menolak bukti yang kedua dengan membantah melakukan zina. Lalu daku meminta Maulana Shamsuddin dan para jemaah masjid yang hadir agar pergi kepada sepohon pokok kurma yang berada berdekatan dengan masjid. Mereka pun pergi bersama-sama dan benar-benar mendapati seorang bayi telah dikuburkan di sana. Saqa si tukang air itu pun terdiam lalu mula menangis dan memohon maaf atas segala perlakuannya. Maulana Shamsuddin dan para jemaah masjid itu pun amat terharu menyaksikan peristiwa itu, lalu kesemuanya pun turut menangis.
Pada keesokan harinya pada waktu Isyraq, daku pun mengambil tiga biji kismis anggur kering lalu mengambil jalan Rigastan Merv untuk menuju ke Nasaf. Berita tentang pemergianku ke sana telah diketahui oleh Maulana Shamsuddin lalu beliau memanggilku dan memberikan sepenuh Tawajjuhnya terhadapku seraya berkata,
“Daku dapati dalam dirimu telah terbit suatu kesakitan, dan penyembuhan dari kesakitan itu ada pada tangan kami. Kamu telah menempuh jalan yang berliku dengan susah payah untuk sampai kepada Allah, tinggallah di sini supaya daku dapat memberikan Tarbiyah kepadamu.”
Sebagai menjawab permintaannya itu, maka telah keluar pengucapan dari lidahku,
“Wahai Tuan Syeikh, daku adalah anak orang lain. Sekalipun tuan mentarbiyahku dengan menyusukan puting tetek tuan ke mulutku, daku tidak akan dapat menerimannya melainkan dari orang yang telah ku berikan hidupku kepadanya dan yang telah ku ambil Bai’ah darinya.”
Mendengarkan perkataanku ini, Maulana Shamsuddin pun terdiam lalu mengizinkan daku pergi. Daku pun memperkemaskan ikatan pinggang lalu berangkat pergi. Tatkala tiba di suatu tempat, daku telah bertemu dengan seorang Syeikh lelaki tua. Dia memberiku sepotong roti panas lalu daku pun mengambilnya dan tidak bercakap walau sepatah sepatah perkataan pun dengannya. Kemudian daku pun berangkat dari situ dan sewaktu dalam perjalanan, daku telah bertemu dengan sebuah Kafilah.
Orang-orang dalam Kafilah itu telah bertanya kepadaku,

“Kamu datang dari mana?”

Daku pun menjawab,

“Dari Anbakut.”

Mereka bertanya ,

“Bilakah kamu mula berangkat dari sana?”

Daku menjawab,

“Ketika waktu Isyraq terbit matahari pagi.”

Ketika daku sedang bertemu mereka, matahari telah mulai tinggi pada waktu Dhuha. Mereka agak kehairanan dan tercengang sambil berkata,
“Kami bertolak awal malam tadi dari sana. Jaraknya yang agak jauh semestinya mengambil masa perjalanan yang panjang, sedangkan kau bertolak awal pagi dan telah pun sampai ke sini”
Apabila daku mula bergerak hendak meninggalkan mereka, tiba-tiba seorang dari mereka yang tidak ku kenali datang menghadangiku dengan menunggang kuda. Beliau mengucapkan Salam dan daku menjawabnya lalu dia bertanya kepadaku,
“Siapakah kamu? Aku berasa agak takut apabila melihatmu.”

Daku pun berkata,

“Aku adalah orang yang Taubatmu berada di tanganku
Mendengarkan ini, dia pun bingkas turun dari kudanya dengan penuh hormat dan rendah diri lalu mengucapkan Taubat. Ketika itu disampingnya terdapat banyak botol-botol arak lalu semua botol-botol itu telah dilemparkannya. Dia telah menemaniku sehinggalah daku sampai kepada Syeikhku, Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih.
Setelah daku sampai, terus ku serahkan kopiah Qalansuwa ‘Azizan ke hadapannya. Hadhrat Sayyid Amir Kulal Rahmatullah ‘alaih terdiam lalu memberikan Tawajjuhnya buat beberapa ketika, lalu berkata,
“Ini adalah kopiah Hadhrat Khwajah ‘Azizan ‘Ali Ramitani Quddisa Sirrahu. Daku telah diberitahu pada malam tadi yang kamu akan datang membawanya kepadaku dan daku telah diarahkan untuk menyimpannya dalam sepuluh helai lapisan kain tutupan.”
Kemudian dia telah memberi kopiah itu kepadaku dan daku pun menerima kopiah yang penuh berkat itu. Kemudian dia telah mengarahkan daku masuk ke dalam bilik khalwatnya dan telah mengajarku tentang Zikir Khafi Nafi Itsbat di dalam hati dan mengarahkan daku agar sentiasa berzikir dengannya pada waktu siang dan malam.
Mengingatkan kembali kepada nasihat dan perintah yang telah disampaikan oleh Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih agar sentiasa beramal dengan ‘Azimah dan meninggalkan Rukhsah, maka daku pun berzikir dengan Zikir Khafi yang merupakan bentuk tingkatan Zikir yang tertinggi.
Setelah menerima Talqin Zikir itu, maka dakupun mula bergaul dengan Para ‘Alim ‘Ulama dan menghadiri majlis ilmu untuk mempelajari ‘Ilmu Syari’at dan Hadits-Hadits Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, mempelajari tentang perilaku Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum.
Daku telah mengamalkan apa yang telah di perintahkan kepadaku dan ternyata keadaan ini telah membawa perubahan besar dan manafaat kebaikan dalam hidupku. Semua ucapan pengajaran yang telah disampaikan oleh Hadhrat Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih masih lagi terngiang-ngiang di telingaku dan hasil susah payahku sudah pun ku perolehi pada waktunya. Ruhnya sentiasa mendampingiku dan memberikan pengajaran kepadaku.”
Demikianlah perhubungan Ruhaniyah Hadhrat Shah Bahauddin dengan Hadhrat Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaihima menerusi pertalian Nisbat secara Uwaisiyah.


PERKATAAN HIKMAHNYA DAN HIKMAH PERKATAANNYA
                                                                 
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,
“Suatu hari daku sedang berada di perkarangan tamanku di Qasrul ‘Arifan dengan memakai kopiah Qalansuwa ‘Azizan dan terdapat para pengikutku di sekelilingku. Tiba-tiba daku mengalami tarikan Jazbah dari Tuhan dengan RahmatNya dan daku merasakan bahawa diriku sedang dipakaikan dengan pakaian dan dihiasi dengan Sifat-SifatNya. Daku menggeletar dalam keadaan yang tidak pernah daku alami sebelum ini sehingga daku berasa tidak mampu untuk berdiri. Daku menghadapkan diriku ke arah Qiblat dan daku mengalami Musyahadah yang mana daku melihat Fana dengan hakikatnya yang sebenar”.
Daku mendapati diriku telah benar-benar Fana dan daku tidak melihat sebarang kewujudan melainkan Tuhanku. Kemudian daku melihat diriku keluar dari Kehadiran Yang Maha Suci yang terpancar menerusi cermin MUHAMMAD RASULULLAH dalam rupa bintang yang bersinar dalam lautan cahaya yang tanpa permulaan dan penghujung. Kehidupan jasmaniku tamat dan daku hanya melihat makna LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASUL ALLAH.
Hal ini terus membawaku kepada pengertian makna bagi Nama ZatALLAH , dan seterusnya membawaku kepada Zat yang Ghaib Mutlak, yang merupakan Zat bagi namaHUWA. Apabila daku memasuki lautan tersebut hatiku berhenti berdenyut dan seluruh kehidupanku tamat, meletakkan diriku dalam keadaan mati. Ruhku meninggalkan tubuhku dan kesemua yang berada di sampingku menyangka bahawa daku sudah mati dan mereka pun menangis.
Kemudian, setelah enam jam berlalu daku telah diperintahkan untuk kembali kepada jasadku. Daku mendapati Ruhku secara perlahan-lahan masuk kembali ke dalam tubuhku dan Musyahadah itu pun tamat. Menafikan kewujudan diri dan mengingkari segala kemahuan Nafsu adalah merupakan keutamaan Tariqat ini.
Dalam hal ini daku telah menerokai setiap tingkatan wujud, yang mana telah menjadikan daku sebagai sebahagian dari sekelian ciptaan dan telah terbina suatu keyakinan dalam diriku bahawa semua orang adalah lebih baik dariku. Daku melihat bahawa setiap orang memberikan manafaat dan hanya daku yang tidak memberikan sebarang manafaat.
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata lagi,

Pada suatu hari, daku telah mengalami suatu hal keadaan yang menghairankan. Daku mendengar suara Ketuhanan berkata,

“Mintalah apa sahaja yang kau suka dari Kami.”

Maka daku pun berkata dengan kerendahan diri,

“Wahai Allah, kurniakanlah daku dengan setitis dari lautan Rahmat dan
KeberkatanMu”

Suara itu menjawab,

Engkau hanya meminta setitis dari keluasan Rahmat Kami?”
Hal ini membuatkan daku berasa seolah-olah ditampar pada wajahku dan rasa kesakitannya terasa di pipiku selama beberapa hari. Kemudian, pada suatu hari daku berkata,
“Wahai Allah, kurniakanlah daku dari lautan Rahmat dan KeberkatanMu kekuasaan untuk memikulnya.”
Pada waktu itu pandangan Musyahadah telah dibukakan padaku yang mana daku telah didudukkan atas sebuah singgahsana dan singgahsana itu berada di atas sebuah lautan Rahmat, dan suatu suara berkata kepadaku,
“Lautan Rahmat ini adalah untukmu, berikanlah ia kepada hamba-hambaku.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata lagi,
“Daku menerima rahsia dari setiap sudut, khasnya dari Hadhrat Uwais Al- Qarani Rahmatullah ‘alaih yang mana telah menggalakkan daku agar melepaskan diri dari sebarang urusan Duniawi dan menghubungkan diriku secara khusus dengan urusan Keruhanian. Daku telah melaksanakannya dengan berpegang teguh pada Syara’ dan menurut arahan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sehingga daku pun mulalah menyebarkan ‘Ilmu Ghaib dan kurniaan rahsia dari Zat Yang Esa, yang belum pernah dikurniakan kepada sesiapa pun.”
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih pernah berkata,
“Ketika zamanku mula-mula menempuh Manzil perhentian dan Maqamat, daku telah mengalami hal keadaan yang serupa dengan hal yang telah dialami oleh Hadhrat Mansur Al-Halaj Rahmatullah ‘alaih dan hampir-hampir terkeluar kenyataan dari lidahku sepertimana perkataan yang telah terbit dari lidah Hadhrat Mansur Al-Halaj Rahmatullah ‘alaih. Di sana hanya ada sebuah rumah dan daku telah dua kali membawa diriku ke rumah tersebut dan berkata pada diriku bahawa tempatmu adalah pada rumah ini. Akan tetapi, dengan Kurniaan Fadhzal Ilahi daku telah berjaya menempuh Manzil perhentian ini. Jika pada masa itu terdapat walau seorang pun dari Khalifah Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Rahmatullah ‘alaih di atas muka bumi ini, nescaya sudah pasti Mansur tidak akan berdiam dalam rumah itu.”
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Kewalian adalah suatu nikmat yang besar. Seseorang Wali hendaklah memahami bahawa dirinya adalah Wali supaya dia dapat mengerjakan Syukur. Wali adalah Mahfuz terpelihara. Dengan ‘Inayah Ilahi hal seseorang Wali tidak pernah terlepas dariNya dan dia terpelihara dari sebarang kejahatan manusia. Hendaklah jangan bergantung kepada perkara Khawariq yang mencarik adat dan pada zahirnya sebarang keramat. Urusan Mu’amalah yang sebenarnya adalah pada Istiqamah. Para Auliya ada mengatakan bahawa,
 “Hendaklah menuntut Istiqamah, jangan menuntut Karamah, kerana sesungguhnya Tuhan kamu menuntut darimu Istiqamah dan Nafsumu menuntut darimu Karamah.”
Dan Para ‘Alim ‘Ulama Agama pula ada mengatakan bahawa,
“Jika seseorang Wali itu melalui sebuah taman dan dari setiap dedaunan pokok itu keluar suara yang berkata, “Wahai Wali Allah,” maka pada saat itu sekalipun janganlah sesekali memberikan sebarang tumpuan Tawajjuh terhadapnya samada secara Zahir mahupun Batin, bahkan dalam setiap saat dia hendaklah berusaha membawa sifat kehambaan dan merendahkan hati dengan merasakan kekurangan pada diri. Pada diri Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ianya merupakan suatu sifat yang sangat sempurna yang mana walaupun kenikmatan dan kemuliaan Tuhan melimpah-ruah ke atasnya, dengan kadar itu juga Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah dilebihkan dalam sifat kehambaan, kerendahan diri dan hati serta perasaan miskin”
Sesungguhnya keadaan inilah yang menyebabkan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Apakah daku tidak mahu menjadi hamba Tuhan yang bersyukur?”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,

“Rahmatan Lil ‘Alamin Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda, “Nasib ummatku dari Neraka Jahannam adalah sepertimana nasib Hadhrat Baginda Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam dari api Namrud.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,
“Jalan Tariqat kami adalah sangat luarbiasa dan merupakan ‘Urwatil Wutsqa (Pegangan Kukuh), dengan berpegang teguh secara sempurna dan menuruti Sunnah Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in. Mereka telah membawa daku ke jalan ini dengan Kekurniaan. Dari awal hingga ke akhir daku hanya menyaksikan Kekurniaan Allah bukan kerana amalan. Menerusi jalan Tariqat kami, dengan amal yang sedikit, pintu-pintu Rahmat akan terbuka dengan menuruti jejak langkah Sunnah Baginda Rasulullah Sallahllu ‘Alaihi Wasallam.”
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,
“Barangsiapa yang mengenal Ma’rifat Allah, tidak akan tersembunyi atasnya walau sesuatu, yakni seseorang ‘Arif, apabila memberikan tumpuan Tawajjuhnya terhadap sesuatu, maka ianya akan terzahir padanya.”
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Selama 40 tahun daku telah melihat ke dalam cermin diri tentang kewujudan kami. Cermin ini tidak pernah melakukan kesalahan sama sekali, yakni apa yang dilihat oleh Para Auliya Allah, mereka melihatnya menerusi cahaya Nur Firasat dari Allah Ta’ala.”
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Walaupun Solat, Puasa, Riyadhah dan Mujahadah merupakan perantaraan untuk mencapai Hadhrat Haq Ta’ala Wa Taqaddas tetapi di sisi kami, tanpa meninggalkan ikhtiar dan merasakan bahawa amalan diri sendiri adalah kurang, urusan Mu’amalah tidak akan menjadi betul.”
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,

“Barangsiapa yang memalingkan lehernya dari Tariqat kami, ianya menandakan terdapat kerosakan pada Agamanya.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih juga telah berkata,
“Tariqat kami adalah Suhbat yakni sentiasa bersama kerana menerusi Khalwat akan terhasil Syuhrat kemasyhuran dan dalam Syuhrat kemasyhuran itu terdapat Afat bala musibah. Kebaikan ada dalam Jam’iyat dan Jam’iyat terhasil menerusi Suhbat dan Suhbat adalah dengan menafikan antara satu sama lain.”
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih juga berkata,
“Dalam Tariqat kami juga, seseorang Salik itu tidaklah dituntut untuk mengetahui di manakah maqam kedudukannya supaya pengetahuan tersebut tidak menjadi Hijab dalam perjalanannya. Seseorang Pir itu hendaklah mempunyai khabar tentang hal keadaan yang telah berlaku dan yang akan berlaku pada seseorang penuntutnya supaya dia dapat memberikan Tarbiyah yang sesuai untuknya. Antara syarat bagi urusan menuntut ialah apabila dia telah menetapkan untuk bersahabat dengan mana-mana Rakan Haq Subhanahu Wa Ta’ala, hendaklah dia menyedari akan hal keadaannya dan pada masa itu hendaklah mempertimbangkan perkara- perkara yang telah lepas. Jika di dapati sebarang kekurangan dan pertambahan kesempurnaan di dalam dirinya, maka dengan lidah perkataannya hendaklah dia berikhtiar memilih ucapan-ucapan yang baik dan hendaklah menganggap bahawa bersuhbat dengannya adalah Fardhu ‘Ain ke atas dirimu.”
Dalam sebuah perhimpunan Para ‘Alim ‘Ulama di Baghdad, Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah ditanya tentang perbezaan perkataan yang telah diucapkan oleh keempat-empat orang Khalifah Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Beliau menjawab,
“Suatu ketika, As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah berada di sebelumnya,”dan ‘Umar Al-Faruq Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,
“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah berada di belakangnya,” dan

‘Utsman Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,

“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah berada di sampingnya,” dan ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata,
“Daku tidak melihat sesuatu melainkan bahawa Allah berada di dalamnya.” Perbezaan dalam ucapan-ucapan ini adalah berdasarkan kepada keadaan masa ianya diucapkan dan bukanlah kerana perbezaan dalam keyakinan mahupun kefahaman.”
Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata,

“Apa yang ada di sebalik pengertian Hadits Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, “Sebahagian daripada Iman ialah mengalihkan sesuatu yang
memudharatkan dari jalan.”
Apa yang dimaksudkan dengan sesuatu yang memudharatkan ialah keakuan Nafs dan apa yang dimaksudkan dengan jalan ialah Jalan Allah sepertimana Dia telah berkata kepada Hadhrat Abu Yazid Bistami,
“Tinggalkan Nafsmu dan datanglah kepada Kami.”

Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah
berkata,
“Jalan untuk mencapai Ma’rifat Allah Ta’ala yang Para ‘Arif telah menghasilkan Ma’rifat menerusinya dan diharamkan kepada selain mereka, ada tiga jalan iaitu yang pertama Muraqabah, yang bermaksud melupakan pandangan terhadap makhluk dengan sebab pandangan yang sentiasa terhadap Khaliq”.
Sentiasa bermuraqabah adalah suatu perkara yang sangat penting yang sepertimana haknya sangat sedikit orang yang mampu menghasilkannya dan daku telah mengetahui jalan untuk menghasilkannya, ianya adalah dengan melawan kehendak Nafs dan menuruti Sunnah.
Yang kedua Musyahadah yang bermaksud penyaksian Warid yang bersifat ghaib, yang turun dalam hati seseorang Salik meskipun ianya cepat berlalu dan tidak tetap lama, kerana itulah ianya tidak dapat dicapai pemahamannya bahkan ianya adalah sifat yang menjadi Hal bagi kami. Ianya dapat dikenalpasti menerusi
Qabadhzdan Basat yakni sewaktu hal keadaan Qabadhz kami meyaksikan Musyahadah Sifat Jalal dan sewaktu hal keadaan Basat kami menyaksikan Musyahadah Sifat Jamal.
Yang ketiga Muhasabah yang bermaksud, apa sahaja yang telah berlaku pada kita, hendaklah kita menghitungnya pada setiap jam iaitu bagaimanakah kita melaluinya? Jika kita melihat bahawa terdapatnya kerugian maka hendaklah kita melakukan Baz Gasht dan hendaklah kita berikhtiar untuk kembali semula kepada amalan kita. Jika kita melihat bahawa terdapatnya perkara kebaikan maka hendaklah kita bersyukur dan hendaklah kita berhenti sebentar pada hal keadaan tersebut dan hendaklah berusaha melakukan amalan ini.”
                                                                                    






Tiada ulasan: