Catatan Popular

Jumaat, 23 November 2012

RISALATUL MURID (11): SEMBAHAYNG TAHAJJUD DI TENGAH MALAM (HABIB ABDULLAH AL HADDAD)

Sembahyang Tahajjud Di Tengahmalam

Adakan waktu untuk kita bangun bertahajjud ditengahmalam, sebab malam itu adalah waktu seorang hamba berkhalwat dengan tuannya. Oleh itu hendaklah kita memperbanyak tadharru’dan istighfar ditengahmalam. Jangan lupa bermunajat kepada Tuhan kita dengan bahasa yang merendah diri dan berserah diri dengan hati yang penuh yakin tentang kelemahan dan ketidakupayaandiri. Awas, jangan sekali-kali diabaikan bangun ditengahmalam. Jangan sampaiwaktu berjaga malam itu tiba melainkan kamu segera bangun serta berzikir kepada Allah swt.

Keterangan:
“Alhamdulillah
Setiap malam tanpa henti dan tanpa jemu, diturunkan rahmat dariNya dan Dia memberi, membahagikan dan menurunkan pada sesiapa yang menginginkan bantuan, perlingungan, pertolongan, keselamatan, kesejahteraan, keampunan dan keridhaanNya hanya duduk dipermaidani yang sudah dibentangkan olehNya dengan menundukkan muka, merendahkan suara kepada Kebesaran dan KeagunganNya dengan di iringi kesedaran sifat Kasih SayangNya, sambil meluahkan segala ketidakmampuan dan kelemahan diri untuk menjalankan kewajipan-kewajipan ketaatan dan menjauhkan diri dari segala perkara maksiat danlaranganNya dengan tidak menceburkan diri dalam perbuatan bida’ah dan juga berserah diri kepadaNya. Dimanakah boleh dapat pemberian yang sebesar begini? Pada hal, Dia yang menunggu, kita yang lalai.

Dia hendak membahagi, kita tidak mahu menerima. Kita yang buta mata hati dan berdetik soalan dari hati, Kenapa? Nak buat apa? Aku penat! Akumengantuk. Besok nak kerja. Besok ada rancangan dengan famili.
Besok ada meeting besar,Besok meeting penentuan, mungkin aku boleh jadi kaya, Besok nak jumpa kawan. Sekarang aku bersama kawan-kawan. Sekarang aku bersama kaum kerabat dan banyak-banyak lagisoalan yang akan dikeluarkan oleh hawa nafsu. Mungkin itu yang akan tercetus dari lubuk hati kamu. Semua perkara yang jahat adab ini dapat dengan mudah lakukan. Macam adaloceng (alarm) memberitahu akan urusan-urusan yang wajib ditepati. Daifnya kita. Lemahnya diri dan tebal punya bodoh. Mudah-mudahan tidak.


Sebenarnya kita dihadang olehNya (tak dapat melihat hakikatnya)! Dengan tidak ada kefahaman itu maka kita diberatkan lagi oleh hawa nafsu dan syaitan. Maka dengan itu wahai setiap murid, adakan masa (mengetepikan masa) untuk bangun bertahajjud ditengahmalam untuk duduk dipermaidani yang telah dibentangkan dan beribadahlah, mengakulah dirimu menghendaki bantuan, perlindungan dan pertolongan dan merayulah kepadaNya sekuat tenaga dan berserah diri kepadaNya, bukan dengan cara berpekik-pekik, jangan salah faham. Asyik salah faham yang diikuti, tak paham, tak nak Tanya. Bodoh lagi, bila nak keluar dari tong kebodohan! Asyik malu nak tanya konon, sebenarnya rasa sudah pandai. Masyallah.Nauzubillah. Jangan abaikan dirimu terlena oleh peluhkan hawa (bukan pelukan dunia) yang mengaysikkan.

Jangan waktu malam datang kamu masih dipembaringan atau dilalaikan oleh makhluknya. Bangunlah dan berzikirlah kepadaNya”.

Tiada ulasan: