SYARAH TO’KU LI
Dalam Kalam Hikmah ke 17 Imam Ibnu Athaillah Askandary menyatakan:
Tuan Syeikh To` Pulau Manis Trengganu menegaskan bahawa kejahilan itu adalah sifat yang berlawanan dengan ma’rifah.Sebesar-besar kejahilan ialah tidak mengenal diri ,sedangkan mengenal diri itu adalah jambatan yang kukuh untuk mengenal Allah.Sehubungan ini seseorang yang mengenal haq Tuhannya nescaya dia akan menyerahkan segala urusan kepada Tuhannya.Tentunya sesiapa yang telah menyerahkan segala urusannya kepada Tuhannya jadilah dia manusia yang tenteram,mutmainnah dan beruntunglah dia di dunia dan di akhirat.
Justeru itu seseorang yang terlebih kasih kepada ketentuan dan pilihannya daripada apa yang ditentukan dan dipilih oleh Allah ternyata sekali kejahilan dan kebebalannya.Seandainya dia sedar bahawa tiada baginya iradah atau kemahuan dan tidak wajar bagi dirinya kasih kepada yang lain daripada hak Allah Ta’ala di dalam menentu dan memilih.Tegasnya orang ‘arif bilLah terfanalah iradahnya,gugur ikhtiarnya kecuali ketentuan,iradah dan ketetapan Allah jua ! Dalam hal ini Allah SWT berfirman :
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman,lelaki dan perempuan,apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara – mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.Dan sesiapa yang tidak taat kepada hokum Allah dan rasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.( Surah al-Ahzab ayat 36 )
Rumusan-rumusan ringkas :
Dalam Kalam Hikmah ke 17 Imam Ibnu Athaillah Askandary menyatakan:
"Seseorang itu masih berada dalam kejahilan selagi dia berkehendak untuk melaksanakan sesuatu urusan pada waktu lain daripada masa yang sememangnya telah ditetapkan oleh Allah di dalamnya"
Tuan Syeikh To` Pulau Manis Trengganu menegaskan bahawa kejahilan itu adalah sifat yang berlawanan dengan ma’rifah.Sebesar-besar kejahilan ialah tidak mengenal diri ,sedangkan mengenal diri itu adalah jambatan yang kukuh untuk mengenal Allah.Sehubungan ini seseorang yang mengenal haq Tuhannya nescaya dia akan menyerahkan segala urusan kepada Tuhannya.Tentunya sesiapa yang telah menyerahkan segala urusannya kepada Tuhannya jadilah dia manusia yang tenteram,mutmainnah dan beruntunglah dia di dunia dan di akhirat.
Justeru itu seseorang yang terlebih kasih kepada ketentuan dan pilihannya daripada apa yang ditentukan dan dipilih oleh Allah ternyata sekali kejahilan dan kebebalannya.Seandainya dia sedar bahawa tiada baginya iradah atau kemahuan dan tidak wajar bagi dirinya kasih kepada yang lain daripada hak Allah Ta’ala di dalam menentu dan memilih.Tegasnya orang ‘arif bilLah terfanalah iradahnya,gugur ikhtiarnya kecuali ketentuan,iradah dan ketetapan Allah jua ! Dalam hal ini Allah SWT berfirman :
وما كان لمؤمن ولا مؤمنة اذا قضي الله ورسوله أمرا أن يكون لهم الخيرة من أمرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضلالا مبينا
Maksudnya : Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman,lelaki dan perempuan,apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara – mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.Dan sesiapa yang tidak taat kepada hokum Allah dan rasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.( Surah al-Ahzab ayat 36 )
Rumusan-rumusan ringkas :
- Apabila Allah menentukan sesuatu keadaan menimpa hambaNya yang tidak berlawanan dengan syariatNya lalu seseorang itu hendaklah berusaha memelihara adabnya dengan Allah yakni redha dengan keadaan tersebut serta bermuraqabah ( menginta-intai rahsia dan hikmah disebalik keadaan yang menimpa itu ).InsyaAllah akhirnya Allah memindahkan keadaannya yang sejajar dengan kehendak Allah.
- Tidak boleh seseorang hamba itu menetapkan bahawa ingin bertajrid (menumpukan perhatian kepada ibadah tanpa mempedulikan usaha ikhtiar atau al-asbab ) dan meninggalkan usaha menuntut ilmu.Tegasnya seseorang itu tidak menentukan ahwalnya kerana hak penentuan itu ditangan qudrat dan iradat Allah.Inilah hakikat ilmu disisi Allah dan inilah juga hakikat mengenal atau ma’rifah rububiyah Allah.
- Ketentuan masa atau waktu adalah hak mutlak Allah.Adalah menjadi adab al-‘ubudiyyah bagi pendokong sufiyah untuk menyerahkan ketentuan masa kepada iradat Allah dan adalah berdosa mempertikaikan hak Allah ini.
- Sesiapa yang telah sedar dan insaf hendaklah dia memperakui bahawa segala perbuatannya adalah dalam rangka yang diingini oleh hikmah Allah.Justeru itu hendaklah dia redha terhadap apa jua taqdir Allah.Dengan syuhud dan pemerhatian ini menjadi sama sahaja disisinya duka,suka,tinggi,rendah,mulia,hina,kaya,miskin.Beradablah dia dengan adab al-waqt ( masa ) yang menjauhkannya daripada kebinasaan. انتهي
Tiada ulasan:
Catat Ulasan