1. Bekerjalah untuk dunia sekadar kekalnya engkau dalamnya dan
beramallah untuk akhirat dengan kadar kekalnya engkau dalamnya.
2. Memuji Allah merupakan zikir dan
ucapan kesyukuran dan tiada suatu zikir dan ucapan kesyukuran selainnya
3. Telah dikatakan : akan datang
kepada manusia suatu masa yang mana mati padanya hati-hati dan hanya batang
tubuh sahaja yang hidup
4. Manusia merasa redha dengan
tujuan yang dia tidak dapat mencapainya dan mengejar dunia yang mana tujuannya
tidak dapat dicapai.
5. Zuhudlah hidup di dunia dan tidurlah
6. Berhati-hatilah dengan kecintaan kepada kedudukan, maka
sesungguhnya zuhud pada mengejar kedudukan merupakan zuhud yang paling payah di
dunia
7. Tidak menyuruh seorang pemerintah dengan kebaikan melainkan dia
merupakan seorang lelaki yang alim dengan apa yang disuruh dan alim dengan apa
yang ditegah, mengawasi segala apa yang disuruh, mengawasi apa yang ditegah
serta adil pada apa yang disurh dan adil pada apa yang dilarang
8. Aku menuntut ilmu yang mana aku tidak mempunyai apa-apa niat
sebelumnya dan kemudiannya Allah menganugerahkan kepadaku niat.
9. Apabila engkau melihat seseorang lelaki melakukan perbuatan yang
mana telah menyalahi padanya dan engkau akan melihat orang lain serta engkau
bukannya cuba menegahnya
10. Bukanlah dikatakan menuntut ilmu
itu hanya belajar dari pulan daripada pulan yang lain tetapi ilmu itu merupakan
apa yang menimbulkan perasaan takut kepada Allah
11. Fitnah dalam percakapan adalah
lebih bahaya daripada fitnah ahli keluarga dan harta serta anak-anak. Bagaimana
engkau tidak menggeruninya.
12. Telah berkata Basyar bin
al-Harith : telah ditanya Sufian ath-Thauri : Adakah boleh berlaku seorang
lelaki yang zuhud sedangkan dia mempunyai harta?
Jawab beliau : Ya! jika dia ditimpa
bala dia bersabar dan apabila dia dikurniakan harta dia bersyukur
13. Apabila seseorang hamba itu
zuhud di dunia maka Allah akan menganugerahkan hikmat dalam hatinya,
melancarkan lidahnya, menampakkannya keburukan dunia dan penyakit dunia serta
ubatnya.
14. Engkau mesti bersifat zuhud
supaya Allah menampakkan kepada engkau keburukan dunia.Engkau mestilah bersifat
warak agar Allah memudahkan kepada engkau ketika hisab. Tinggallah apa yang
meraguimu kepada apa yang tidak meraguimu. Hilangkanlah perasaan syak dengan
keyakinan agar ia menyelamatkan agama engkau.
15. Zuhud di dunia adalah zuhud pada
manusia dan awal zuhud pada manusia itu terhasil apabila engkau zuhud pada
dirimu sendiri.
16. Hiasilah ilmu itu dengan dirimu
dan jangan hiasi dirimu dengan ilmu.
17. Amalan yang buruk itu adalah
penyakit dan ulama' itu merupakan ubatnya. Jika ulama' rosak maka siapa lagi
yang mampu mengubati penyakit itu?
18. Orang alim itu merupakan doktor agama dan wang itu merupakan
penyakit agama. Apabila doktor sendiri dijangkiti penyakit maka bilakah dia
mampu merawat orang lain?
19. Sesungguhnya menuntut ilmu itu
adalah bertujuan untuk taqawa kepada Allah. Maka untuk itulah ilmu mempunyai
kelebihan. Jika tidak terhasil maka ilmu itu adalah sebagaimana perkara yang
lain.
20. Adalah dikatakan : Permulaan
ilmu adalah diam, Kedua : Mendengar serta Menghafaznya, Ketiga : Beramal
dengannya, Keempat : Menyebar dan mengajarnya.
21. Tidak terhenti menuntut ilmu itu
selagimana ada orang yang mengajar kita.
22. Tiada amalan selepas amalan fardhu
yang lebih baik daripada menuntut ilmu.
23. Umpama orang alim itu seperti
doktor yang mana dia tidak meletakkan ubat melainkan pada tempat sakit.
24. Apabila adanya sahabat engkau datang menziarahi engkau maka jangan
kamu bertanya kepadanya : Adakah engaku sudah makan? atau : Bolehkah aku
menyediakan untuk engkau makanan?. Tetapi
hendaklah engkau menghidangkan makanan samada dia akan makan atau jika tidak
maka angkatlah makanan itu.
25. Ambillah dunia untuk badan
engkau dan ambillah akhirat untuk hati engkau.
26. Sebaik-baik dunia engkau
selagimana tidak memberi mudharat kepadamu dan sebaik-baik apa yang dibalakan
ke atasmu adalah apa yang terkeluar daripada apa yang ada pada
tanganmu(milikmu).
27. Apabila engkau mengenali dirimu
maka tidak akan memberi kesan apa yang ditohmah kepadamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan