Catatan Popular

Isnin, 5 November 2012

KITAB KEJADIAN INSAN (SIRI 7) : ALAM BARZAKH QUBUR

(HADHRAT JALALUDDIN AR ROWI)
ALAM BARZAKH QUBUR

ALAM Barzakh adalah Alam Qubur atau kubur iaitu alam
sesudah mati. Banyak Hadits yang mengkhabarkan tentang
keperitan azab yang tersedia di Alam Barzakh. Kubur akan
menjadi tempat yang sempit bagi mereka yang munafiq,
kafir dan tidak beriman sebaliknya akan menjadi sebuah
taman dari taman-taman Syurga bagi orang-orang yang
beriman dan beramal soleh. Alam Kubur merupakan tahap
pertama kehidupan Akhirat dan sesiapa yang selamat dalam
kehidupan kubur, maka akan selamatlah dirinya dalam
kehidupan Akhirat yang seterusnya iaitu di Mahsyar, Mizan
dan Sirat.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah
‘Abasa pada ayat 18 hingga 22 yang bermaksud,

Dari apakah Allah telah menciptakannya? Dari setitis Mani
Allah telah menciptakannya lalu menentukan Qadar
baginya. Kemudian Dia memudahkan jalannya. Kemudian
Dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam Kubur.
Kemudian bila Dia menghendaki, Dia membangkitkannya
kembali.

Yang dimaksudkan dengan menentukan Qadar ialah
menentukan tahap-tahap kejadiannya, umurnya, rezekinya
dan nasibnya. Memudahkan jalan bermaksud memudahkan
kelahirannya atau memberi persediaan kepadanya untuk
menjalani jalan yang benar atau jalan yang sesat.
Di dalam Surah At-Takatsur yang terdiri dari 8 ayat,
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman yang maksudnya,
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sampai kamu
masuk ke dalam Kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan
mengetahui akibat perbuatanmu itu. Dan janganlah begitu,
kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu jika kamu
mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. Nescaya kamu
benar-benar akan melihat Neraka Jahim. Dan sesungguhnya
kamu benar-benar akan melihatnya dengan penglihatan
yang yakin. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari
itu tentang kenikmatan yang kamu megah-megahkan di
Dunia itu.

Bermegah-megahan bermaksud dalam soal banyak
harta, anak, pengikut, kemuliaan, dan seumpamanya telah
melalaikan kamu dari ketaatan. ‘Ainul Yaqin artinya melihat
dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan
keyakinan yang kuat. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dalam Surah Al-Haj ayat 7 yang bermaksud,

Dan sesungguhnya hari Qiyamat itu pasti datang, tidak ada
keraguan padanya, dan sesungguhnya Allah membangkitkan
semua orang yang ada di dalam Kubur.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al-
Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan
apa yang ada di dalam Kubur.
FirmanNya lagi dalam Surah Al-Infitar ayat 4 yang
bermaksud,

Dan apabila Kubur dibongkarkan.

FirmanNya dalam Surah Fatir ayat 22 yang
bermaksud,

Dan tidaklah sama orang-orang yang hidup dan orang-orang
yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran
kepada siapa yang dikehendakiNya dan kamu sekali-kali
tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam Kubur dapat
mendengar.

Maksudnya Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak dapat memberi
petunjuk kepada orang-orang Musyrikin yang telah mati
hatinya. FirmanNya dalam Surah Taubah ayat 84 yang
bermaksud,

Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan
(jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan
janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya.
Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan
RasulNya dan mereka mati dalam keadaan fasik.

FirmanNya dalam Surah Taha ayat 124 yang
bermaksud,

Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka
sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami
akan menghimpunkannya pada hari Qiyamat dalam
keadaan buta.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika mentafsirkan ayat yang
tersebut di atas bersabda,

“Iaitu siksa orang kafir di dalam kubur. Dan demi
Zat yang jiwaku berada pada genggaman KekuasaanNya,
bahawasanya Dia menguasakan 99 Tanin. Tahukah kamu
semua apakah Tanin itu? Tanin adalah 99 ular yang setiap
ular mempunyai sembilan kepala yang menyembur dan
menyakari orang kafir hingga Hari Qiyamat dan dia akan
digiring dari kuburnya dalam keadaan buta.”

Sekali peristiwa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tiba di Masjid.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam melihat sekumpulan manusia yang sedang
bersenda gurau dan bergelak ketawa lantas Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda,

“Jika sekiranya kamu senantiasa mengingat akan
maut maka sudah tentu tidak akan terjadi sedemikian ini.
Tiada suatu hari pun di mana Kubur tidak mengatakan
bahawa, “

Aku adalah tempat sesalan dan gundah gulana.
Aku adalah tempat pensunyian. Aku adalah rumah bagi
binatang-binatang melata.”

Apabila seorang Mukmindikebumikan maka Kubur
menyambutnya dengan baikdan berkata kepadanya,

“Selamat datang, alangkahbagusnya kau telah datang kepadaku.
 Di antara merekayang tinggal di permukaanku,
kaulah yang paling kucintai. Kini kau telah diserahkan
kepadaku, nescaya aku bertindak baik terhadapmu.”

 Kemudian Kubur diperluaskan sehingga sejauh matanya
memandang, terbukalah padanya pintu Syurga dari mana dia merasai
hawa dan keharuman Syurga. Sebaliknya apabila seorang
yang berdosa dikebumikan maka Kubur menyambutnya
dengan berkata,

 “Alangkah celakanya dan nahasnya kamu
datang kepadaku, apakah gunanya kamu datang
kepadaku? Di antara mereka yang tinggal di permukaanku,
kaulah yang paling aku benci. Kini kau telah diserahkan
kepada aku, maka akan kau lihat apa yang akan aku
perbuat denganmu nanti.”

Kemudian dia dihimpit olehKubur hingga tulang-tulang
rusuknya berceragah sepertijari-jari tangan berceragahan
apabila tergenggam di antarasatu dengan yang lain.
Kemudian sembilan puluh atausembilan puluh sembilan
 ekor ular dilepaskan ke atasnya.Ular-ular itu akan
menyiksanya sehingga ke HariQiyamat.”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

Jika seekor ular itu bertempik sekali ke arah bumi
maka kerana bisanya tidak akan tumbuh lagi rumputrumput
di bumi itu sehingga ke Hari Qiyamat.”

Diberitakan dalam sebuah Hadits bahawa sekali
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam berada dalam satu perjalanan, dengan tak
semena-mena unta yang dikenderai Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam enggan
ke muka seolah-olahnya ada sesuatu yang sedang berlaku di
situ.

Seorang Sahabat bertanya kepada Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,

“Kenapa berlaku sedemikan Ya Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam?”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab,

“Ada seorang yang sedang disiksa di dalam
Kuburnya. Suara siksa Kubur itu terdengar oleh unta ini,
itulah yang menyebabkan ia takut dan enggan ke muka.”

Dalam sebuah Hadits ada diberitakan bahawa
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah melalui dua buah Kubur lalu Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda,

“Ahli kedua-dua Kubur ini sedang disiksa.
Seorangnya disiksa kerana mengumpat dan seorang lagi
disiksa kerana dia tidak menjaga kebersihan ketika dia
beristinja membuang air kecil.”

Dalam sebuah Hadits Hassan yang diriwayatkan oleh
Imam Ahmad Ibnu Hambal Rahmatullah ‘alaih bahawa
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu
diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu
mendengar bunyi suara terompah kasut orang-orang yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan
tempat itu. Jika mayat itu seorang Muslim, maka solat yang
dilakukannya ketika beliau masih hidup di Dunia akan
diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah
kanannya, zakatnya diletakkan disebelah kirinya dan
amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim,
perkara kebajikan dan Ihsan diletakkan dihujung dua
kakinya.

Ia akan didatangi Malaikat dari arah kepala, maka
Solat itu berkata kepada Malaikat,
“Dari arahku tidak ada jalan masuk.”
Kemudian Malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka
Puasa berkata kepadanya,
“Dari arahku tidak ada jalan masuk.”

Kemudian Malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka Zakat
berkata kepadanya,

“Dari arahku tidak ada jalan masuk.”
Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal kebajikan,
“Di bahagianku tidak ada jalan masuk.”
Maka Malaikat berkata kepadanya,
“Duduklah kamu.”

Kepada mayat itu diperlihatkan matahari yang sudah mula
terbenam lalu Malaikat bertanya kepada mayat itu,

“Apakah pandangan kamu tentang seorang lelaki
(Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya d an bagaimana penyaksian kamu kepadanya?”
Maka berkata mayat itu,

“Tinggalkan aku sebentar, aku hendak bersolat.”
Maka berkata Malaikat,

“Sesungguhnya engkau boleh mengerjakan Solat
tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah
pandangan kamu tentang seorang lelaki (Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam)
yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan
bagaimanakah penyaksian kamu kepadanya?”

Maka berkata mayat itu,

“Lelaki itu ialah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu adalah Pesuruh Allah yang
membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.”

Maka Malaikat berkata kepada mayat itu,
“Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga
kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu
dibangkitkan semula di Akhirat, Insya Allah.” Kemudian
dibuka baginya satu pintu Syurga, maka dikatakan
padanya,

“Itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi
kamu dan kamu akan berada di dalamnya.” Maka
bertambah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan
kuburnya seluas tujuh puluh hasta dan disinari cahaya
baginya.”

Sebaik sahaja seseorang itu dikebumikan, Malaikat
Munkar dan Nakir akan datang mengajukan soalan-soalan
tentang keimanan kepada Ruh manusia di dalam kubur.
Yang pertama sekali adalah soalan,

“Man Rabbuka?” (Siapa Tuhan Pemelihara kamu?)
“Man Nabiyyuka?” (Siapa Nabi kamu?)
“Ma Dinuka?” (Apa Agama kamu?)
“Ma Imamuka? (Apa Pedoman kamu?)
“Man Ikhwanuka?” (Siapakah saudara-saudara
kamu?)

Maka sebagai seorang Islam yang beriman hendaklah
menjawab pertanyaan itu sebagai berikut:
Allah adalah Tuhan Pemeliharaku,
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah
Nabiku,
Islam adalah Agamaku,
Al-Quran adalah pedomanku dan
Seluruh kaum Muslimin adalah saudara-saudaraku.
Kemudian akan ditayangkan sebuah gambaran
seorang lelaki di hadapannya dan akan ditanyakan
kepadanya sama ada dia mengenali lelaki tersebut dan
apakah pandangannya terhadap orang tersebut yang mana
beliau adalah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Barangsiapa yang mengenali
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan mengamalkan ajaran serta Sunnah-Sunnahnya
nescaya dia akan dapat mengecam lelaki tersebut, iaitulah
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.

Barangsiapa yang tidak dapat mengecam
gambaran Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka tidak syak lagi bahawa dia
adalah orang yang tidak beriman dengan apa yang telah
disampaikan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Imam At-Tirmizi, Al-Hakim dan Ibnu Majah
Rahmatullah ‘alaihim telah meriwayatkan sebuah Hadits
dari Hadhrat ‘Utsman Ibnu ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu,
bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,

“Sesungguhnya Alam Qubur itu adalah tahap
pertama untuk Alam Akhirat. Bilamana seseorang telah
selamat dalam tahap yang pertama itu, maka untuk tahaptahap
selanjutnya akan lebih ringan. Tetapi kalau tidak
selamat dalam tahap pertama tersebut, maka untuk tahaptahap
selanjutnya akan lebih dahsyat.”

Setiap kali Hadhrat Sayyidina ‘Utsman Ibnu ‘Affan
Radhiyallahu ‘Anhu menziarahi perkuburan maka beliau
menangis teresak-esak sehingga membasahi janggutnya yang
mulia. Seorang bertanya kepada beliau,

“Tuan tidak pernah menangis tatkala Tuan
mendengar perkhabaran-perkhabaran tentang Syurga dan
Neraka sepertimana Tuan menangis ketika menziarahi
perkuburan ini.”

Hadhrat ‘Utsman Ibnu ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu
menjawab,

“Kubur ini adalah merupakan tempat persinggahan
yang pertama dalam perjalanan menuju ke Alam Akhirat.
Barangsiapa yang telah selamat di tempat persinggahan
yang pertama ini maka persinggahan-persinggahan yang
berikut akan dipermudahkan baginya. Sebaliknya,
barangsiapa yang gagal di tempat persinggahan yang
pertama ini maka dia akan mengalami berbagai kesulitan
di persinggahan-persinggahan yang berikutnya.”

Selanjutnya beliau berkata,

“Aku mendengar Baginda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam pernah bersabda;

“Tidak pernah aku menyaksikan sesuatu
pemandangan yang lebih menakutkan daripada kejadiankejadian
yang berlaku di dalam Kubur.”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu
‘Anhu telah meriwayatkan sebuah Hadits bahawa Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda,

“Seorang mayat akan disiksa dalam Kubur menurut
apa yang dijeritkan dalam tangisan keluarganya.”

Hadhrat Zaid Radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan
bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda mafhumnya,

“Aku khuatir kamu tidak akan mengebumikan
mayat-mayat lantaran gentar dan takut jika aku berdoa
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala supaya Dia
mempersaksikan kepada kamu akan keadaan dan azab
siksa Kubur. Setiap makhluk pernah mendengar suara
siksa Kubur kecuali makhluk-makhluk manusia dan jin.”

Dalam Hadits ada dijelaskan bahawa Ruh-Ruh itu
menduduki tempat-tempat yang tertentu dan ada yang
berterbangan bersama Para Malaikat, menduduki pada
tempat-tempat yang tertentu di langit, dalam kubur dan juga
di angkasa bersama dengan golongan-golongan yang
tertentu pula.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang
mafhumnya,

“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh Para Malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya iaitu orang-orang yang mati Syahid, orang-orang
yang mengerjakan Solat malam dalam bulan Ramadhan
dan orang-orang yang berpuasa di hari ‘Arafah.”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang
mafhumnya,

“Bahawasanya kubur itu merupakan satu taman dari
taman-taman Syurga dan merupakan lubang dari lubanglubang
Neraka.”

Hadhrat ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha memberitakan
bahawa selepas tiap-tiap Solah adalah Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
memohon perlindungan dari siksa Kubur. Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
selalu berdoa dengan doa berikut,

Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung
dengan Mu dari azab Neraka Jahannam, dan dari azab
siksa Qubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan
dari fitnah Dajal Al-Masih.”

Dari Hadhrat Mu’adz Ibnu Jabal Radhiyallahu ‘Anhu
meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda
yang mafhumnya,

“Tiada seseorang yang mengerjakan sesuatu amalan
yang lebih selamat baginya dari siksa Kubur daripada
Zikrullah.”

Menurut sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh
Ad-Dailami dalam Musnad Al-Firdaus, dari Hadhrat Mu’adz
Radhiyallahu ‘Anhu berkata bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda,

“Mengingati Para Nabi adalah sebahagian dari
Ibadah, dan mengingati Para Solihin adalah merupakan
Kaffarah, dan mengingati Maut adalah Sadaqah, dan
mengingati Qubur akan mendekatkan kamu kepada
Syurga.”

Dalam sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh
Hadhrat Imam Tabrani Rahmatullah ‘alaih, bahawa Hadhrat
‘Uqbah Ibni Amir Radhiyallahu ‘Anhu berkata, bahawa
Hadhrat baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda,

“Sesungguhnya Sedekah dapat menghindarkan dari
ahlinya akan kepanasan azab Qubur dan adapun
sesungguhnya orang beriman hanya dapat bernaung pada
Hari Qiyamat di bawah naungan Sedekahnya.”

Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq
Radhiyallahu ‘Anhu telah ditanya tentang ke mana Ruh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka beliau berkata,

“Ruh itu menuju ke tujuh tempat. Ruh Para Nabi
dan Rasul menuju ke Syurga ‘Adnin, Ruh Para ‘Ulama
menuju ke Syurga Firdaus, Ruh mereka yang berbahagia
menuju ke Syurga ‘Illiyyin, Ruh Para Syuhada
berterbangan seperti burung di Syurga mengikut
kehendak mereka, Ruh Para Mukmin yang berdosa akan
tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit
sampai Hari Qiyamat, Ruh anak-anak orang beriman akan
berada di gunung dari minyak Misik, Ruh orang-orang
kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka disiksa
berserta jasadnya hingga sampai Hari Qiyamat.”

Di dalam Hadits Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ada menyatakan
tempat kediaman Para Ruh di Alam Barzakh yakni sesudah
manusia itu mati sebagaimana berikut:

1. Ada Ruh yang bertempat dan berdiam di suatu
tempat yang tertinggi sekali yang dinamakan ‘Iliyyin
dan ada Ruh yang berkumpul dengan kelompok Para
Malaikat. Mereka adalah Ruh-Ruh Para Nabi
‘Alaihimus Solatu Wassalam. Namun di antara
golongan inipun terdapat juga perbezaannya dan ada
tingkatannya yang tersendiri, sebagaimana yang telah
pernah dilihat oleh Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
pada malam perjalanan Isra dan Mi’raj beliau.

2. Ada Ruh-Ruh yang bertempat tinggal dan berdiam di
tempat peristirehatan burung-burung yang bulunya
hijau menyedapkan pandangan, dan Ruh-Ruh itu
dapat berkeliaran di dalam Syurga sesuka hatinya.
Itulah Ruh-Ruh orang yang mati Syahid untuk
menegakkan Kalimah Allah yang luhur dan
mempertahankan ajaran Agama Islam.

3. Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di pintu Syurga iaitu
sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits
dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang
mafhumnya, “Daku melihat sahabatmu ditahan di
pintu Syurga.”

4. Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di dalam Kuburnya
sendiri sebagaimana yang tersebut dalam sebuah
Hadits yang meriwayatkan bahawa seorang yang
menyembunyikan pakaian rampasan perang lalu
orang tersbut mati Syahid. Orang ramai
menyangkakan bahawa Si Fulan tersebut pasti akan
mengalami kesenangan dan keenakan kerana dapat
ditentukan masuk Syurga. Tetapi Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam lalu bersabda, “Demi Zat yang jiwaku
dalam kekuasaanNya, bahawasanya pakaian yang
disembunyikan olehnya itu pasti akan menyala
menjadi api yang akan membakar dirinya di dalam
Kuburnya itu.”

5. Ada Ruh-Ruh yang berdiam di tepi sungai di pintu
Syurga sebagaimana disebutkan dalam sebuah Hadits
yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat Ibnu ‘Abbas
Radhiyallahu ‘anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
telah bersabda, “Para Syuhada itu ada di tepi sungai
di pintunya Syurga dan berada di dalam sebuah
kubah yang berwarna hijau. Mereka memperoleh
rezeki mereka dari Syurga pada waktu pagi dan
petang.”

6. Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di dalam bumi dan
tidak dapat naik ke atas langit sebab memang Ruh
yang hina sewajarnya menetap di dalam tanah sahaja.
Ruh yang sedemikian tidak dapat berkumpul dengan
Ruh-Ruh lain yang mulia dan terhormat yang ada di
atas langit. Hal ini seperti halnya tidak dapat
berkumpulnya antara manusia yang hina dan
manusia yang mulia dan terhormat sewaktu di Dunia.
Pada hakikatnya, sesudah mati Ruh manusia akan
berkumpul dengan golongannya sendiri, yakni yang
mulia berkumpul dengan yang mulia dan yang hina
berkumpul dengan yang hina dan rendah darjatnya.

7. Ada Ruh-Ruh yang berenang di sungai yang berair
darah dan menelan batu.
8. Ada Ruh-Ruh yang berdiam
di tempat yang panas
iaitu sebuah tungku api. Ini merupakan tempat bagi
Ruh-Ruh yang ahli zina, baik yang lelaki mahupun
yang perempuan.

Menurut Hadhrat Shah Waliyullah Muhaddits
Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Ruh orang-orang selepas mati
terbahagi kepada beberapa golongan seperti berikut:

1. Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat
tinggi yang memiliki pengaruh semesta. Mereka ini
adalah golongan Insan Kamil. Mereka ini ada urusan
yang bersifat semesta.

2. Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat
tinggi yang tertentu. Dalam golongan ini termasuklah
mereka yang mati Syahid di zaman dahulu dan lainlain
yang seperti mereka, seperti Hadhrat Sayyidina
Hamzah Radhiyallahu ‘Anhu dan sebagainya. Urusan
mereka bersifat semesta dalam pengkhususan yang
tertentu.

3. Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat
rendah. Mereka ini ada berbagai golongan seperti Para
Syuhada, Para ‘Abid dan mereka yang mencapai
peringkat Zauq dalam peringkat Fana yang awal.
Kegiatan mereka daripada jenis yang khusus, seperti
menolong orang yang tertindas, menyempurnakan
kerja-kerja tertentu yang memberi faedah kepada
orang ramai, mengelakkan kejahatan tertentu dan
memberi bantuan untuk mencapai kemenangan.

4. Ruh mereka yang bersatu dengan Jin. Mereka ini
adalah orang-orang yang mengamalkan pelbagai jenis
kejahatan. Akibatnya satu aspek timbul dari semua
kejahatan mereka itu dan mereka tenggelam di dalam
aspek yang satu itu. Golongan ini terbahagi kepada
banyak pecahan menurut besar atau kecilnya
pengaruh kejahatan itu. Mereka ini termasuklah
orang-orang yang merosakkan orang-orang lain dan
setengahnya membuat tindakan kezaliman dan
kejahatan.

5. Ruh mereka yang berhubung dengan Jin tetapi
perhubungan itu idak berapa erat. Mereka ini adalah
orang-orang yang mengamalkan satu kejahatan terus
menerus yang akibatnya Ruh mereka Fana dalam
kejahatan itu. Mereka ini ada berbagai-bagai jenis
menurut perbezaan kejahatan mereka itu.

6. Ruh mereka yang tenggelam dalam suatu jenis
kebaikan.

7. Ruh mereka yang Fana dan tenggelam dalam berbagai
jenis kebaikan sepertimana orang yang Fana dalam
berbagai jenis kejahatan.
8. Ruh mereka yang tidak Fana dalam sebarang
kebaikan atau kejahatan dan tidak terpengaruh secara
luar biasa oleh apa-apa kebaikan atau kejahatan.
Kebanyakan manusia adalah dari jenis ini.


Sebahagian Para Ahli Hukum telah menerangkan
tentang tempat kedudukan Ruh-ruh setelah mati seperti
berikut:

1. Ruh Para Anbiya berada di dalam Syurga ‘Adnin.
Mereka berada dalam liang yang selesa keadaan
tubuh mereka. Adapun tubuh mereka sentiasa
bersujud kepada Tuhan.

2. Ruh Para Syuhada berada di Syurga Firdaus dalam
bentuk seekor burung yang hijau di tengah-tengah
syurga itu. Mereka terbang sekehendak hati mereka
lalu hinggap pada sebuah kendil yang digantungkan
di ‘Arash.

3. Ruh anak-anak orang Islam berada dalam bentuk
seekor burung pipit dan berterbangan di dalam
Syurga.

4. Ruh anak-anak orang Musyrik berputar-putar di
Syurga dan tidak punya tempat yang khusus
sehinggalah ke Hari Qiyamat, lalu mereka melayani
Ruh Para Mukminin.

5. Ruh Para Mukminin yang berhutang dan menganiaya
akan digantung di angkasa. Mereka tidak sampai ke
Syurga dan tidak pula sampai ke langit sehinggalah
kerabatnya membayarkan hutangnya dan mengadili
penganiayaannya.

6. Ruh orang-orang Islam yang berdosa akan diazab
dalam Kubur beserta tubuh mereka.

7. Ruh orang-orang Kafir dan Munafik akan
dipenjarakan dalam Neraka Jahannam.

Tiada ulasan: