Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as
dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap
yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain
menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan
berkata:
'Wahai Tuhanku,
adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang
bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat
dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya
20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka
Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku
dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam
keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan
dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu,
sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka
mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas
perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat
mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan
Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada
Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah
SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap
dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,
terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan
lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon
dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang
bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang
selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti
kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan,
nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan
yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat
yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:
1-
Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2-
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3-
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4-
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5-
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang
lima waktu).
6-
Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua
hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan