Catatan Popular

Rabu, 21 November 2012

PANDANGAN MATA, AKAL, NAFSU DAN MATA HATI

PANDANGAN ANDA TERHADAP DUNIA TAK AKAN SAMA SELEPAS INI, SETELAH SELESAI MEMBACANYA.

 Sebenarnya, manusia memandang apa sahaja di dunia dgn 4 jenis pandangan:


•   Pandangan Mata
Sifatnya selalu menipu. Contohnya, menerusi pandangan mata, kita melihat rel kereta api semakin jauh semakin menirus. Tetapi itu sebenarnya salah. Realitinya, rel itu tetap sama lurus. Ya, begitulah, ramai manusia yang tertipu dgn pandangan mata.

•   Pandangan Akal
Sifatnya boleh tersalah. Zaman dahulu manusia percaya bentuk bumi adalah mendatar. Dunia ni ada hujungnya, yg mana jika sesiapa belayar sampai ke hujung dunia, dia akan terjatuh di penjuru itu. Akal bersifat terbatas, maka begitulah pandangannya, juga terbatas.

•   Pandangan Nafsu
Sifatnya melulu dan selalu terbabas. Tak ada yg dilihat oleh nafsu melainkan peluang dan ruang utk melampiaskan kejahatannya. Sesuatu yg sudah cantik pd pandangan org lain dipandang sebagai buruk krn tak mengikut selera nafsunya.

•   Pandangan Mata Hati
Ini adalah pandangan yg paling tepat dan hakiki. Hati pd asalnya adalah bersih dan baik. Apa saja yg dilihatnya akan sentiasa memberi kebaikan dgn syarat kebersihan dan kesucian hati itu terjaga.

Tiada ulasan: