Catatan Popular

Khamis, 29 November 2012

TOKOH SUFI KLASIK MUHAMMAD BIN WAASI’ (8) : LIMA PERKARA MEMATIKAN HATI



Muhammad bin Wasi’ berkata: ‘5 perkara mematikan hati: dosa dan terus melakukan dosa, berdamping dengan orang mati.’ 


Ditanya kepadanya: ‘Siapa mereka?’ Jawabnya: ‘Setiap orang kaya yang melampaui batas, pemerintah yang zalim., membanyakkan sibuk urusan wanita dan bercerita tentang mereka serta bergaul dengan ahli keluarga.’

Muhammad bin Wasi’ bin Jabir al-Azdi, ialah seorang faqih, warak, zuhud dari penduduk Basrah. Dikemukakan kepadanya jawatan qadhi Basrah tetapi beliau menolaknya. Di antara ahli hadith yang kepercayaan. 

Di antara ucapannya: ‘Saya tidak ingin dari dunia melainkan 3 perkara: Sahabat yang membetulkan diriku jika aku terpesong, solat berjemaah yang mengingatkan aku dari lalai dan mendapat kelebihannya, makanan asasi yang tidak membabitkan hak orang lain dan Allah tidak bertanya tentangnya.’

Tiada ulasan: