Catatan Popular

Rabu, 21 November 2012

RISALATUL MURID (7): BENCANA LISAN (HABIB ABDULLAH AL HADDAD TOKOH TAREKAT BA’ALAWI)

Bencana Lisan

Setiap murid murid harus bersungguh sungguh dalam memelihara lisan (lidah) mereka kerana bentuk lisan itu kecil akan tetapi bencananya sangat berat sekali.

Keterangan:

“Langkah seterusnya bagi murid-murid hendaknya menjaga lidah yang zahir dan lidah yang batin daripada mengeluarkan kata-kata yang hina, kata-kata yang mendatangkan dosa dan kata-kata yang tidak mendatangkan faedah.

Ikutilah langkah panduan seterusnya;

1. Kita mempunyai dua lidah. Yang Zahir terletak dimulut dan Yang Batin letaknya didalam hati. Setiap kali didalam permulaan percakapan baik pada zahir mahupun batin, hendaklah kita berfikir dahulu samada percakapan itu baik atau tidak disisi Allah.
Adakah percakapan itu akan menjatuhkan maruah pada orang yang ditujukan percakapan? Perlukah untuk bercakap dan untuk apa dan apa faedahnya?

2. Tahanlah lidah daripada bercakap bohong (hanya ingin menunjukkan diri yang betul dan benar, menutup perkara yang sebenar dan lain-lain), tahan lidah dari mengumpat (bercerita pasal orang lain terutama kesalahan orang lain).

3. Hindarilah segala percakapan yang dilarang oleh agama.

4. Menjaga diri dari mengeluarkan percakapan yang cabul dan kotor.

5. Jalan sekali-kali melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dengan diri sendiri (jangan suka memasang telinga pada perbualan orang lain) walaupun perbuatan itu tidak haram, namun akan mengeraskan hati dan mensia-siakan waktu tanpa faedah.

6. Jangan mengerakkan lidah kecuali membaca AlQuran, Berzikir, Berdoa, Menyampaikan nasihat kepada saudara yang Muslim, Menyuruh berbuat ma’ruf (baik) dan mencegah berbuatmunkar (jahat).

7. Menyuruh sesuatu hajat keduniaan yang akan membantunya untuk kepentingan akhiratnya.

8. Hindarilah lidah menjadi ‘munafiq’; sekiranya susah untuk menjadi orang yang menjaga amanah, lebih baik ‘DIAM’.
Nabi saw pernah bersabda; “Setiap percakapan anak Adam dikira atasnya, kecuali berzikir kepada Allah ataupun menyuruh berbuat ma’ruf (baik) dan melarang berbuat munkar (jahat)

Tiada ulasan: