Roh Ibadat
Keterangan:
“Bab ini tersangat penting bagi semua muslimin, murid dan salik kerana ia berkaitan dengan Ibu Ibadah. Maka perkara ini tidak boleh diambil mudah atau diperkecilkan atau tidak dihiraukan maka akibatnya semua ibadahnya menjadi rosak dan tidak diterima oleh Allah Taala. Segala perbuatan ibadah ketaatan, pengabdian dan segala amal-amal kebajikan akan menjadi sia-sia belaka tetapi apa yang didapati hanya penat lelah dan sangkaan yang salah kerana menganggap diterima ibadahnya.
Maka maksud Roh Ibadat dari Habib Abdullah Alwi Al-Haddad ialah menghadirkan diri
dihadirat Allah Taala. Maksud menghadirkan diri adalah berhadapan dan menumpukan
perhatian kepada Allah dimana bukan saja berhadapan dengan hati tetapi dengan jiwa dan raga dimana terbagi didalam 3 bahagian seperti berikut:
Ketaatan, Pengabdian dan Amal Kebajikan:
1. Ketaatan; Dilaksanakan dalam menuruti segala perintah dan menjauhi segala larangan
dari Allah Taala seperti; sholat, puasa, zakat dan haji. Ini yang katakan ketaatan dan
beruntunglah bagi sesiapa yang dapat melaksanakannya dengan baik.
2. Pengabdian; Dilaksanakan dalam penghambaan terhadap Allah Taala. Iaitu melayani
segala suruhan dan menjauhi segala larangan Tuan (Tuhan)nya itulah kerja sihamba. Kalau tidak dapat melayan kehendak Tuan, bukan hamba namanya.
3. Amal Kebajikan; Dilaksanakan dalam perkara-perkara sunnah yang dibawa dan
ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw, para sahabat beliau dan para salaf seperti, sholat
sunnat, puasa sunnat, berzikir, berdoa, membaca AlQuran dan segala perkara yang
berhubungan diantara manusia dan manusia.
Beruntunglah bagi sesiapa yang dapat melaksanakan dengan baik dan dengan sempurna akan ketiga-tiga perkara diatas dan amat rugilah bagi sesiapa yang tidak melaksanakan atau melaksanakan dengan tidak baik dan dengan tidak sempurna.
Ketahuilah; ketiga-tiga perkara itu wajib disertakan dengan kehadiran diri (hati) jika
menginginkan keridhaan dari Allah Taala.
Langkah-langkah yang mudah untuk menghadirkan diri didalam ketaatan, pengabdian dan amal kebajikan seperti berikut;
Untuk ketaatan yang paling penting ialah KEHADIRAN DIRI (HATI) dimana tanpanya maka perlaksanaan ketaatan ditolak dan tidak berguna. Ambillah langkah-langkah seperti;
b) Memohon keizinan dariNya supaya dapat melaksanakan perintah suruhannya dengan baik sebelum sholat.
c) Berabdab dengan baik dan menyakinkan diri kamu akan berhadapan kepada
wajahNya. Seperti kamu berhadapan dengan seorang raja dunia atau orang mulia
samada bersangkut pada dunia ataupun akhirat. Maka berhadapan denganNya
haruslah lebih-lebih lagi.
d) Menanamkan keyakinan bahwa Dia melihat (memperhatikan perbuatan kamu yang zahir batin) dan mendengar segala apa yang keluar dari lidah dan hati kamu.
e) Tanamkan keyakinan bahwa Allah Melihat dan Mendengar (sekiranya kamu lemah didalam menghadapkan hati dan wajah kamu).
f) Mengangkat takbir dengan penuh khusyu’ disertakan dengan menzahirkan kaabah (bagi sesiapa yang lemah keyakinannya bahwa Allah Melihat dan Mendengar) dengan perasaan merendahkan diri kepada Kebesaran dan KeagunganNya.
g) Hendaklah memahami takbiratul ihram akan maknanya yang sebenar.
h) Memahami makna surah-surah yang dibaca dan wajib memahami makna surah
fatihah.
i) Membaca tahiyat awal dan akhir dengan penuh kesedaran dan memberi salam kepada Nabi Muhammad saw dengan seikhlas-ikhlasnya dengan menghadapkan hati kamu ke maqamnya.
j) Semasa rukun sujud hendaklah bermohon padanya dan membuat pengakuan
kepadaNya dengan ikhlas.
k) Memberi salam dengan merasai akan terpisahnya diri kamu dan kembali ke dunia. Begitulah langkah-langkah yang sederhana yang harus diterapkan semasa mendirikan ketaatan didalam sholat bagi setiap muslimin.
Jangan sekali-kali kamu tidak menghadirkan hati dan jiwa raga kepadaNya kerana perbuatan kamu itu akan mengundang akan KemarahanNya dan boleh mendapat bencana di dunia ini kemudian diakhirat kelak dikeranakan kamu tidak beradab bila berhadapan denganNya tetapiboleh beradab dengan makhluknya terutama manusia.
Sekiranya fikiran kamu melayang sebentar maka lekas-lekas menanamkan keyakinan bahwa Dia Maha Melihat dan Maha Mendengar”.
Ketahuilah, bahwa roh semua ibadat dan maksudnya, ialah menghadirkan diri
dihadirat Allah swt. Barangsiapa yang mengerjakan ibadat yang kosong dari
menghadirkan diri, maka ibadat itu sia-sia dan tiada berguna. Perumpaan orang
yang tiada menghadirkan diri dihadirat Allah Taala didalam peribadatannya,
samalah seperti seorang yang menghadiahkan kepada seorang Maharaja barang yang
rosak, ataupun sebuat peti yang kosong tiada berisi apa-apa. Bukankah
sepatutnya orang ini mendapat siksa dan tidak diberi balasan terhadap
hadiahnya?
Keterangan:
“Bab ini tersangat penting bagi semua muslimin, murid dan salik kerana ia berkaitan dengan Ibu Ibadah. Maka perkara ini tidak boleh diambil mudah atau diperkecilkan atau tidak dihiraukan maka akibatnya semua ibadahnya menjadi rosak dan tidak diterima oleh Allah Taala. Segala perbuatan ibadah ketaatan, pengabdian dan segala amal-amal kebajikan akan menjadi sia-sia belaka tetapi apa yang didapati hanya penat lelah dan sangkaan yang salah kerana menganggap diterima ibadahnya.
Maka maksud Roh Ibadat dari Habib Abdullah Alwi Al-Haddad ialah menghadirkan diri
dihadirat Allah Taala. Maksud menghadirkan diri adalah berhadapan dan menumpukan
perhatian kepada Allah dimana bukan saja berhadapan dengan hati tetapi dengan jiwa dan raga dimana terbagi didalam 3 bahagian seperti berikut:
Ketaatan, Pengabdian dan Amal Kebajikan:
1. Ketaatan; Dilaksanakan dalam menuruti segala perintah dan menjauhi segala larangan
dari Allah Taala seperti; sholat, puasa, zakat dan haji. Ini yang katakan ketaatan dan
beruntunglah bagi sesiapa yang dapat melaksanakannya dengan baik.
2. Pengabdian; Dilaksanakan dalam penghambaan terhadap Allah Taala. Iaitu melayani
segala suruhan dan menjauhi segala larangan Tuan (Tuhan)nya itulah kerja sihamba. Kalau tidak dapat melayan kehendak Tuan, bukan hamba namanya.
3. Amal Kebajikan; Dilaksanakan dalam perkara-perkara sunnah yang dibawa dan
ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw, para sahabat beliau dan para salaf seperti, sholat
sunnat, puasa sunnat, berzikir, berdoa, membaca AlQuran dan segala perkara yang
berhubungan diantara manusia dan manusia.
Beruntunglah bagi sesiapa yang dapat melaksanakan dengan baik dan dengan sempurna akan ketiga-tiga perkara diatas dan amat rugilah bagi sesiapa yang tidak melaksanakan atau melaksanakan dengan tidak baik dan dengan tidak sempurna.
Ketahuilah; ketiga-tiga perkara itu wajib disertakan dengan kehadiran diri (hati) jika
menginginkan keridhaan dari Allah Taala.
Langkah-langkah yang mudah untuk menghadirkan diri didalam ketaatan, pengabdian dan amal kebajikan seperti berikut;
Untuk ketaatan yang paling penting ialah KEHADIRAN DIRI (HATI) dimana tanpanya maka perlaksanaan ketaatan ditolak dan tidak berguna. Ambillah langkah-langkah seperti;
a) Faham akan segala rukun
sholat, dimana letaknya sah dan batalnya. Dimana wajib dan dimana sunnat dan
pelaksanaannya.
b) Memohon keizinan dariNya supaya dapat melaksanakan perintah suruhannya dengan baik sebelum sholat.
c) Berabdab dengan baik dan menyakinkan diri kamu akan berhadapan kepada
wajahNya. Seperti kamu berhadapan dengan seorang raja dunia atau orang mulia
samada bersangkut pada dunia ataupun akhirat. Maka berhadapan denganNya
haruslah lebih-lebih lagi.
d) Menanamkan keyakinan bahwa Dia melihat (memperhatikan perbuatan kamu yang zahir batin) dan mendengar segala apa yang keluar dari lidah dan hati kamu.
e) Tanamkan keyakinan bahwa Allah Melihat dan Mendengar (sekiranya kamu lemah didalam menghadapkan hati dan wajah kamu).
f) Mengangkat takbir dengan penuh khusyu’ disertakan dengan menzahirkan kaabah (bagi sesiapa yang lemah keyakinannya bahwa Allah Melihat dan Mendengar) dengan perasaan merendahkan diri kepada Kebesaran dan KeagunganNya.
g) Hendaklah memahami takbiratul ihram akan maknanya yang sebenar.
h) Memahami makna surah-surah yang dibaca dan wajib memahami makna surah
fatihah.
i) Membaca tahiyat awal dan akhir dengan penuh kesedaran dan memberi salam kepada Nabi Muhammad saw dengan seikhlas-ikhlasnya dengan menghadapkan hati kamu ke maqamnya.
j) Semasa rukun sujud hendaklah bermohon padanya dan membuat pengakuan
kepadaNya dengan ikhlas.
k) Memberi salam dengan merasai akan terpisahnya diri kamu dan kembali ke dunia. Begitulah langkah-langkah yang sederhana yang harus diterapkan semasa mendirikan ketaatan didalam sholat bagi setiap muslimin.
Jangan sekali-kali kamu tidak menghadirkan hati dan jiwa raga kepadaNya kerana perbuatan kamu itu akan mengundang akan KemarahanNya dan boleh mendapat bencana di dunia ini kemudian diakhirat kelak dikeranakan kamu tidak beradab bila berhadapan denganNya tetapiboleh beradab dengan makhluknya terutama manusia.
Sekiranya fikiran kamu melayang sebentar maka lekas-lekas menanamkan keyakinan bahwa Dia Maha Melihat dan Maha Mendengar”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan