(HADHRAT
JALALUDDIN AR ROWI)
HIDUP
DAN MATI
HIDUP bererti hayat dan
mati bererti maut. Allah
Subhanahu Wa Ta’ala yang
menciptakan kehidupan dan
Allah Subhanahu Wa
Ta’ala jugalah yang menciptakan
kematian. Dialah Zat
yang menghidupkan dan memberikan
kehidupan dan Dialah
juga Zat yang tidak mati dan
mematikan segala yang
telah dihidupkanNya.
Allah Subhanahu Wa
Ta’ala berfirman dalam Surah
Ali Imran ayat 156,
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti
orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang
mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila
mereka Mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka
berperang: "Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah
mereka tidak mati dan tidak dibunuh," akibat (dari
Perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah
menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam hati
mereka. Dan Allah menghidupkan dan mematikan dan Allah
melihat apa yang kamu kerjakan.
FirmanNya lagi dalam
surah Al-A’raf ayat 158,
Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan
Allah kepadamu semua, Yaitu Allah yang mempunyai
kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak
disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan,
Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi
yang Ummi yang beriman kepada Allah dan kepada
kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia,
supaya kamu mendapat petunjuk".
Dalam Surah Al-Mukminun
ayat 80, Allah Subhanahu
Wa Ta’ala berfirman yang
bermaksud,
Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah
yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Maka apakah
kamu tidak menggunakan akalmu untuk memahaminya?
Firman Allah Subhanahu
Wa Ta’ala lagi dalam Surah
Al-Hijr ayat 23 yang
bermaksud,
Dan sesungguhnya benar-benar Kamilah yang
menghidupkan dan mematikan dan Kami (pulalah) yang
mewarisi.
Kehidupan di Dunia Allah
Ta’ala jadikan sebagai
laluan untuk menuju
kehidupan Barzakh Qubur dan
seterusnya kehidupan
Akhirat yang panjang. Untuk
menghayati maksud
sebenar manusia dihantar ke Dunia,
seseorang itu hendaklah
kembali kepada pedoman Allah dan
Rasul iaitu menerusi
petunjuk Al-Quran dan Al-Hadits dan
mengamalkannya di dalam
kehidupan sepertimana Sunnah
yang telah diajarkan
oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam. Jika seseorang itu
mengambil petunjuk
selain dari petunjuk Allah dan Rasul,
ianya tidak akan
membawanya ke arah kejayaan yang hakiki.
Sebagai seorang yang
Muslim dan Mukmin lagi Muhsin,
seseorang itu perlu
sentiasa hidup dalam menghayati
Kebesaran Allah dan
Kemuliaan Sunnah Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Sunnah adalah cara kehidupan
Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dalam setiap
hal dan keadaan sebagai
persediaan kita menghadapi maut
kerana sesungguhnya
setiap yang hidup pasti akan mati.
Firman Allah Subhanahu
Wa Ta’ala dalam Surah Ali
Imran ayat 185 yang
bermaksud,
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan
sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan
pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah
beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah
kesenangan yang memperdayakan.
Allah menjadikan
kehidupan Dunia ini sebagai
tempat ujian sepertimana
firmanNya dalam Surah Al-Mulk
ayat 1 dan 2 yang
bermaksud,
Maha Suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan, dan
Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Yang menjadikan mati dan
hidup, supaya Dia menguji
kamu, siapa di antara
kamu yang lebih baik amalnya dan
Dia Maha Perkasa lagi
Maha Pengampun,
Allah Subhanahu Wa
Ta’ala berpesan kepada orangorang
yang beriman dalam Surah
Ali Imran ayat 102 yang
bermaksud,
Wahai orang-orang yang
beriman, bertakwalah kepada
Allah sebenar-benar
takwa kepada-Nya; dan janganlah
sekali-kali kamu mati
melainkan dalam keadaan beragama
Islam.
Selanjutnya Allah
Subhanahu Wa Ta’ala berfirman
dalam Surah Al-Baqarah
ayat 28 yang bermaksud,
Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya
mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu
dimatikan dan dihidupkanNya kembali, kemudian
kepadaNyalah kamu dikembalikan?
Seterusnya Allah
Subhanahu Wa Ta’ala berfirman
pada Surah Al-Baqarah ayat
56 yang bermaksud,
Setelah itu Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati,
supaya kamu bersyukur.
Yang dimaksud dengan
mati di sini menurut sebagian
Mufassirin ialah mati
yang sebenarnya, dan menurut
sebagian yang lain
ialah, pengsan akibat sambaran halilintar.
Terdapat juga golongan
yang menafikan kewujudan
Alam Barzakh kerana
menganggap jasad yang telah
dikebumikan akan hancur
menjadi tanah semula. Mereka
menafikan tentang hari
kebangkitan sesudah mati. Mereka
tidak menyedari
kewujudan Ruh dalam diri mereka dan
menafikan segala yang
bersifat Ruhaniah atau mungkin saja
kerana mereka takut
untuk menghadapi Hari Perhisaban di
Padang Mahsyar dalam
kehidpan di Akhirat kelak.
Kebanyakan manusia itu
membantah peraturan yang telah
ditetapkan oleh Allah
Subhanahu Wa Ta’ala kepada mereka.
Kebanyakan manusia juga
mengingkari tentang kehidupan
sesudah mati di mana
semua manusia akan dibangkitkan
dari kubur mereka
masing-masing pada Hari Qiyamat kelak.
Di kalangan manusia ada
yang meyakini kebenaran Hari
Kebangkitan dari kubur
dan kebanyakan manusia
meraguinya. Allah
Subhanahu Wa Ta’ala berfirman di dalam
Surah Al-Hajj pada ayat
5 yang bermaksud,
Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang
kebangkitan (dari kubur), Maka (ketahuilah) sesungguhnya
Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari
setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari
segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak
sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami
tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai
waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan
kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur)
kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu
ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang
dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya Dia tidak
mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah
diketahuinya. dan kamu Lihat bumi ini kering, kemudian
apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi
itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam
tumbuh-tumbuhan yang indah.
Bermula dari bangun
tidur sehingga ke masuk tidur,
dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki seharusnya
dihiasi dengan amalan
Sunnah. Untuk kehidupan di Dunia
seseorang itu amat
memerlukan ilmu pengetahuan. Ilmu
Duniawi untuk urusan
Dunia dan Ilmu Agama untuk urusan
Dunia dan Akhirat. Ilmu
Duniawi ini ada berbagai macam
untuk kita mengetahui
tentang hakikat segala macam benda
dan perkara. Barangsiapa
yang melihat bukti-bukti
Kebesaran Allah dalam
ilmu-ilmu Duniawi tersebut, maka
dia akan beroleh
petunjuk dan sebaliknya jika dia menafikan
kewujudan Tuhan,
penghasilan ilmunya akan buntu tanpa
jawapan.
Bagi mengurus kehidupan
di Dunia seseorang itu
perlu menggunakan segala
kebijaksaannya untuk
memperolehi rezeki,
mendapatkan tempat perlindungan,
kenderaan dan pengangkutan
serta isteri dan anak-anak
kerana kesemuanya itu
merupakan keperluan asas bagi
jasmani dan emosi.
Rezeki boleh dicari menerusi perniagaan,
pertanian, bekerja dan
sebagainya manakala untuk
keperluan emosi, dia
boleh berkahwin dengan mana-mana
wanita yang halal untuk
dinikahi bagi menghasilkan zuriatzuriat
yang akan menyejukkan
matanya.
Segala aturan kehidupan
dan panduan untuk
menempuh kehidupan di
Dunia telah Allah Subhanahu Wa
Ta’ala berikan menerusi
Kitab SuciNya Al-Quran dan
menerusi kehidupan amali
Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Segala
larangan dan tegahan
juga ada dinyatakan di dalamnya
selain perintah dan
hukum-hakam.
Maka hendaklah seseorang
Salik itu sentiasa membaca
Kitab Al-Quran dan
fahamkan isi kandungannya untuk
diamalkan di dalam
kehidupan. Di samping itu sentiasa
beramal dengan amalan
Sunnah Nabi dan berusaha
menghidupkan amalan
Sunnah Nabi dalam keluarga dan
masyarakat. Kehidupan
Dunia adalah singkat bagi setiap
yang bernyawa kerana
setiap yang bernyawa pasti akan mati
dan mati adalah sesuatu
yang pasti bagi setiap yang
bernyawa. Setelah
menjalani kehidupan Dunia dari bayi
menjadi kanak-kanak lalu
menjadi budak kemudian menjadi
remaja lalu menjadi
‘aqil dan baligh seterusnya menjadi
seorang yang dewasa.
Setelah cukup tempoh dewasa, dia
akan menjadi tua dan
menanti saat kematian datang
menjemput.
Hendaklah kita sentiasa
berusaha memperbaiki mutu
amalan kita yang zahir
dan yang batin dengan penuh
keikhlasan dan Istiqamah
demi mengharapkan
KeredhaanNya. Perjalanan
peringkat kehidupan manusia
adalah kejadian yang
telah diciptakan oleh Allah Subhanahu
Wa Ta’ala dan Dialah
juga yang mengurniakan nyawa dalam
kehidupan dan bahawa
sesungguhnya setiap yang bernyawa
pasti akan mati.
Kematian adalah Haq yang
mana setiap yang hidup
pasti akan menempuhinya
kecuali Zat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala Yang Maha Hidup
lagi Kekal Abadi. Kematian juga
merupakan suatu kejadian
yang telah ditetapkan oleh Allah
dan Dialah yang
menjadikannya sebagai suatu peringatan
kepada manusia bahawa
kehidupan di Dunia ini adalah
bersifat sementara,
main-main, senda gurau dan tipu daya
belaka.
Setiap yang hidup akan
mati dan evolusi akan silih
berganti. Musim berubah
dan keturunan manusia
berkembang biak dan
bercambah kerana alam adalah bersifat
baharu dan sentiasa
berubah-ubah. Ajal kematian adalah
pintu untuk menempuh
Alam Barzakh dan saat serta
waktunya telahpun
menjadi suatu ketetapan dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan
seorang pun tidak dapat
melarikan diri darinya.
Untuk mendapatkan kehidupan
yang baik serta
dalam pemeliharaan
Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala
maka hendaklah seseorang
manusia beriman dan taat
kepada Allah Tuhan
Penciptanya dan mengambil petunjuk
dari kehidupan Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam. Maka hendaklah
sentiasa berpegang
kepada ajaran-ajaran dari Al-Quran dan
As-Sunnah.
Allah Subhanahu Wa
Ta’ala berfirman dalam Surah
Al-Jumu’ah ayat 8 yang
bermaksud,
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari
daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan
menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada
(Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu
Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".
Di dalam Surah An-Nisa
ayat 78, Allah Subhanahu
Wa Ta’ala berfirman yang
bermaksud,
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan
kamu, meskipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi
kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka
mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau
mereka
ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini
(datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah:
"Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa
orangorang
itu (orang munafik) Hampir-hampir tidak memahami
pembicaraan sedikitpun?
Kemenangan dalam
peperangan atau rezki. Pelajaran
dan nasihat-nasihat yang
diberikan. Pada ayat 145 Surah Ali
Imran, Allah Subhanahu
Wa Ta’ala berfirman yang
bermaksud,
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan
izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan
waktunya. barang siapa menghendaki pahala Dunia,
niscaya Kami berikan kepadanya pahala Dunia itu, dan
barang siapa menghendaki pahala Akhirat, Kami berikan
(pula) kepadanya pahala Akhirat itu. dan Kami akan
memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah
An-Nahl ayat 61 yang bermaksud,
Jikalau Allah menghukum
manusia karena kezalimannya,
niscaya tidak akan
ditinggalkanNya di muka bumi
sesuatupun dari makhluk
yang melata, tetapi Allah
menangguhkan mereka
sampai kepada waktu yang
ditentukan. Maka apabila
telah tiba waktunya (yang
ditentukan) bagi mereka,
tidaklah mereka dapat
mengundurkannya barang
sesaatpun dan tidak (pula)
mendahulukannya.
Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda yang mafhumnya,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan Malaikat ke dalam lubanglubang
kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik
Ruhnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga
sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan
Malaikat yang lain masuk menarik Ruh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan Malaikat yang lain masuk dan menarik
Ruhnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi
satu kumpulan Malaikat masuk dan menarik Ruh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu.”
Seterusnya Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda yang
mafhumnya,
“Jika orang yang nazak itu orang yang
beriman,
maka Malaikat Jibrail ‘Alaihissalam akan menebarkan
sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila
orang yang beriman itu melihat Syurga, maka dia akan
lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah
kerana sangat rindunya pada Syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail ‘Alaihissalam. Jika
orang yang nazak itu orang Munafik, maka Jibrail
‘Alaihissalam akan menebarkan sayap di sebelah kiri.
Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya
di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat
orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat Neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.”
Dinyatakan dalam Hadits
bahawa apabila Allah
Subhanahu Wa Ta’ala
mengkehendaki seorang Mukmin itu
dicabut nyawanya maka
datanglah Malaikat Maut. Apabila
Malaikat Maut hendak
mencabut Ruh orang Mukmin itu
dari arah mulut maka
keluarlah zikir dari mulut orang
Mukmin itu dengan
berkata,
“Tidak ada jalan bagimu mencabut rohongan ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala”.
Setelah Malaikat Maut mendengar penjelasan itu
maka dia pun kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang
Mukmin itu.
Lalu Allah Subhanahu Wa
Ta’ala berfirman
yang bermaksud,
“Wahai Malaikat Maut, kamu cabutlah Ruhnya dari
arah lain.”
Sebaik sahaja Malaikat
Maut mendapat perintah Allah
Subhanahu Wa Ta’ala,
maka Malaikat Maut pun cuba
mencabut Ruh orang
Mukmin dari arah tangan. Tapi
keluarlah sedekah dari
arah tangan orang Mukmin itu,
keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluarlah
penulisan ilmu. Maka
berkata tangan,
“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut Ruh
orang Mukmin dari arah ini kerana tangan ini telah
mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anakanak
yatim dan angan ini menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh kerana Malaikat Maut gagal untuk mencabut
Ruh Orang Mukmin dari arah tangan maka Malaikat Maut
cuba pula dari arah kaki. Malangnya Malaikat Maut juga
gagal melakukannya sebab kaki berkata,
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki
ini sentiasa berulang alik mengerjakan Solat dengan
berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlismajlis
ilmu.”
Apabila gagal Malaikat
Maut mencabut Ruh orang
Mukmin dari arah kaki,
maka Malaikat Maut cuba pula dari
arah telinga. Sebaik
sahaja Malaikat Maut menghampiri
telinga maka telinga pun
berkata,
“Tidak ada jalan bagimu
dari arah ini kerana telinga
ini sentiasa mendengar
bacaan Al-Quran dan zikir.”
Akhir sekali Malaikat
Maut cuba mencabut Ruh orang
Mukmin dari arah mata
tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka
berkatalah mata,
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab
mata ini
sentiasa melihat
beberapa Mushaf dan kitab-kitab dan
mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah.”
Setelah gagal, maka
Malaikat Maut kembali kepada
Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Kemudian Allah
SubhanahuWa Ta’ala berfirman yang bermaksud,
“Wahai MalaikatKu, tulis AsmaKu di telapak
tanganmu dan tunjukkan kepada Ruh orang yang beriman
itu.”
Sebaik sahaja mendapat
perintah dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala,
maka Malaikat maut menghampiri
Ruh orang beriman itu
dan menunjukkan Asma Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, maka
keluarlah Ruh tersebut
dari arah mulut dengan tenang.
Menurut Hadits yang
diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan
Ibnu Abi Dunya
Rahmatullah ‘alaihima bahawa Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam telah bersabda,
“Secerdik cerdik manusia adalah yang terbanyak
ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak
persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka
itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka
pergi ke Alam Baqa dengan membawa kemuliaan Dunia
serta kemuliaan Akhirat.”
Ibnu Abi Dunya
Rahmatullah ‘alaih telah
meriwayatkan sebuah
Hadits bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda,
“Perbanyakkanlah mengingat kematian kerana yang
sedemikian itu akan menghapuskan dosa dan
menyebabkan timbulnya kezuhudan di Dunia.”
Imam Tabrani dan Imam
Baihaqi Rahmatullah
‘alaihima telah
meriwayatkan sebuah Hadits bahawa
Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Cukuplah kematian itu sebagai penasihat.”
Imam At-Tirmizi
Rahmatullah ‘alaih telah
meriwayatkan sebuah
Hadits bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda,
“Perbanyakkanlah mengingat sesuatu yang
melenyapkan segala macam kelazatan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan