(HADHRAT JALALUDDIN AR ROWI)
ALAM Qiyamat adalah alam
kemusnahan bagi sekelian
makhluk ciptaan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Ianya telah
berulang-ulang kali
dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa
Ta’ala di dalam kitab
suci Al-Quran. Ia merupakan hari yang
terakhir bagi manusia
mendiami Dunia ini. Huru-hara yang
sangat menggemparkan
akan berlaku menjelangnya hari
Qiyamat.
Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam juga sentiasa mengingatkan
kepada Para Sahabatnya
tentang kedahsyatan hari Qiyamat
dan supaya sentiasa
bersedia untuk menghadapinya dengan
kembali kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan
memperbaiki mutu amalan
Solih supaya apabila berlakunya
hari kebangkitan kelak,
manusia tidak akan mengalami
kerugian.
Di dalam Al-Quran, Alam
Qiyamat dijelaskan dengan
berbagai perkataan dan
ayat. Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
menjelaskan tanda-tanda
yang berkaitan tentang hampirnya
berlaku Hari Qiyamat.
Adapun Qiyamat itu
terbahagi kepada dua, Qiyamat
kecil dan Qiyamat besar.
Qiyamat kecil adalah kematian
yang menimpa seseorang
manakala Qiyamat besar pula
adalah kematian
menyeluruh yang melibatkan seluruh
manusia, jin dan Para
Malaikat.
Langit dan Bumi ini akandimusnahkan hanya
dengan satu
tiupan serunai
Sangkakala.Kedahsyatan yang berlaku pada
Hari Qiyamat itu nanti
sukar untuk digambarkan, namun hakikat
ini pasti berlaku kerana
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah pun
memberitahu kepada
Ummatnya tentang peristiwa-peristiwa
yang akan berlaku
menjelangnya Hari Qiyamat. Ia akan
berlaku pada hari
Jumaat, 10 haribulan Muharram tetapi
bilakah akan berlakunya
hari tersebut tidak ada sesiapa pun
yang tahu kerana ianya
ada dalam Ilmu Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.
Sebagai orang yang
beriman dengan kehidupan
Akhirat, seseorang itu
juga perlu yakin dengan Hari Qiyamat
dan Hari Kebangkitan
sesudah mati. Seseorang itu juga wajib
mempercayai akan alamat
tanda-tanda sebelum berlakunya
Hari Qiyamat kerana
dengan ini akan menimbulkan
kegentaran terhadap Hari
Perhisaban, perasaan insaf dan
segera bertaubat di
dalam hati.
Jika seseorang yang
menolak kepercayaannya
terhadap Hari Qiyamat
dan Hari Kebangkitan sesudah mati
di kehidupan Akhirat,
maka adalah jelas bahawa
keimanannya telah rosak
dan jika dia meninggalkan Dunia
sebelum dia bertaubat
dan memperbaiki keimanannya, maka
adalah dia mati dalam
keadaan Kafir, Na’uzu Billahi Min
Zalik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan