Catatan Popular

Rabu, 21 November 2012

RISALATUL MURID (6): MENCEGAH SELURUH ANGGOTA DARI MAKSIAT (HABIB ABDULLAH AL HADDAD -TOKOH SUFI BA’ALAWI)

Mencegah Seluruh Anggota Dari Maksiat

Panduan selanjutnya diharuskan setiap murid untuk berusaha mencegah dirinya dan seluruh anggota dari melakukan maksiat dan dosa. Setiap anggota harus digesa (diajak bersama) untuk mengerjakan ketaataan semata-mata kepada dan kerana Allah Taala dan tidak mengerakkan diri dan anggota untuk melakukan sesuatu melainkan perkara itu boleh dan mendatangkan manfaat pada dirinya di Hari Akhirat.

Keterangan:

“Dari panduan dan nasihat-nasihat yang lalu, dimana setiap salik dan murid harus mengikuti panduan dan nasihat itu sekiranya niat dan tujuan si salik dan murid itu benar, semata-mata inginkan Allah Taala.

Maka dari tajuk diatas itu tidak akan ada sesuatu yang boleh mencegah atau menghalang si salik dan murid yang sudah dan akan mengambil dan melaksanakan panduan dan nasihat dari Imam Habib Abdullah Bin Alwi AlHaddad.

Oleh kerana niat dan tujuan si salik itu benar maka dengan dorongan kemauan iaitu rahsia ketuhanan yang sudah dicampakkan kedalam hati si salik dan murid maka selaras (kena) pada niat dan tujuan si salik dan murid maka tumbuhlah pergerakkan dan perbuatan untuk membersihkan diri si salik dan murid dengan segera.

Sangat menyedikan perkara ini tidak akan boleh berlaku pada murid di mana dorongan kemauan_rahsia ketuhanan yang dilimpahkan pada mereka tidak selaras (tidak kena / tidak tepat) oleh kerana niat dan tujuan si salik dan murid itu tidak benar dan bohong belaka. Hanya mereka yang benar niatannya akan mengambil panduan dan garisan ini didalam menjalankan perlaksanaan tersebut. Benarlah kata Imam Habib Abdullah bahwa, dorongan kemauan_rahsia ketuhanan diberikan oleh Allah kepada yang dipilihNya tetapi hanya mereka sahaja yang tidak mahu menerima pemberian Allah Taala. Tidak mahu berusaha dengan sekuat tenaga, tidak mahu istiqamah dalam pelaksanaan. Asyik nak cepat aje. Lekas bosan, lekat penat, suka menangguhkan dan melambatkan.

Melihat dorongan batin itu satu perkara yang kecil yang tidak ada harga yang diberikan oleh Allah Taala. Alasan-alasan itu menunjukkan bahwa niatan dan tujuannya tidak benar yang berkuasa pada diri murid sebenarnya ialah Iblis dan Syaitan kerana mereka lebih senang mengikuti nasihat mereka daripada nasihat Imam Habib Abdullah AlHaddad. Maka yang sebenar benar si salik dan murid yang menjalankan panduan dan nasihat nasihat itulah yang dikatakan oleh Imam Habib Abdullah AlHaddad, hamba yang DIUTAMAKAN oleh Allah Taala. Untuk tidak mengajak diri dan anggota dari melakukan sesuatu yang tidak mendatang kemanfaatan didunia dan akhirat, lihatlah pada niat dan tujuan yang ditanamkan.
Hanya itulah jalan yang ada. Selain berdoa . . .”


Tiada ulasan: