Catatan Popular

Sabtu, 17 November 2012

RISALATUL MURID (2): CARA MEMELIHARA DORONGAN KEMAHAUAN RAHSIA KETUHAHAN (HABIB ABDULLAH AL HADDAD)

Bagaimana Cara Memelihara “Dorongan Kemahuan Rahsia
Ketuhanan

Setiap murid harus rajin berusaha untuk memperkukuh (menguatkan), memelihara dan
mengikuti ajakan dorongan kebatinan ini seperti berikut:

1. Memperkukuhkannya: Dengan memperbanyakkan Mengingati Allah Taala,
Merenung dan Meneliti segala Kekuasaan Allah Taala dan senantiasa berdampingan
dengan Para Wali Allah, Ulama Ulama, Para Guru Guru.

2. Memeliharanya: Menjauhkan diri dari bercampur gaul dengan orang orang yang
terlindung dari pandangan Allah Taala dan juga dengan meletakkan belakang segala
was was dan tipu daya syaitan.

3. Mengikuti: Berlumba lumba kembali / menuju ke jalan Allah, berlaku benar dalam
menghadapi segala PerintahNya, tidak bermalas malas, tidak menangguh-nanggguhkan
dan tidak melambat-lambatkannya. Apabila sampai saja masanya hendaklah
menunaikannya dan apabila merasa seruan bakti hendaklah tidak tunggu tunggu lagi.
Berhati hati dari ucapan besok atau lusa sebab yang demikian adalah dari hasutan
syaitan. Hendaklah terus mengerjakan segala amal baik dengan segera dengan tidak
menunggu-nunggu ataupun mencari keuzuran (mencari alasan alasan) kerana tidak ada
masa lapang, penat, kurang sihat ataupun belum sampai masa untuk beramal dan
sebagainya.

Berkata Abur-Rabi’ rhm: Tunjukkanlah dirimu ke jalan Allah kepada Allah dalam keadaan tempang dan cacat anggota dan jangan menunggu waktu sihat saja kerana menunggu waktu sihat adalah kerugian.


Keterangan:

“Maksud; Tunjukkan pada Allah Taala walaupun jasad kita penat, letih dan mempunyai
halangan halangan lain yang datang, kita tetap hadir pada hari yang telah kita khususkan
buat ‘Dia’ dimana kita dapat menimba ilmu untuk membersihkan dan mendekatkan diri
kepadaNya. Kita tetap menjalankan segala perintahnya dan menjaga larangannya.
Menjalankan wirid wirid harian dan lain lain”.

Keterangan:

“Jangan menunggu waktu sihat bermaksud; orang yang sihat tidak ada ujian dan cubaan dan dengan mudah dapat hadir tanpa memberikan alasan, melaksanakan amal bakti tetapi orang yang penat selepas kerja, letih, yang sakit dan ada saja halangan-halangan supaya dia tidak dapat hadir, melaksanakan amal bakti itu adalah ujian dan cubaan berat baginya. Sekiranya dia dapat mengatasi masalah ini maka Allah Taala akan “SENYUM” keatas dirinya kerana dia mempunyai Haqul Yakin bahwa kehadirannya akan membuat Allah Taala, senyum, Rasulullah saw, senyum, Para Malaikat yang ditugaskan menjaga majlis bakti, senyum, Para penduduk bumi, senyum, Para penduduk langit senyum. Masyallah, Subhanallah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar”.

Berkata Ibu Atha’ didalam kitabnya Al-Hikam: Melambat lambatkan suatu pekerjaan sehingga ada peluang menunjukkan kebodohan jiwanya.

Keterangan:

“Maksud; Mencari alasan demi alasan supaya tidak perlu hadir untuk melaksanakan amal
bakti dan menunda-nundakan peluang (untuk mencari alasan alasan) untuk diberi
menunjukkan dia lebih senang mendengar nasihat syaitan daripada seruan Allah Taala dan RasulNya”.

Tiada ulasan: