SYARAH
TO’KU LI
Dalam Kalam Hikmah ke 16 Imam Ibnu Athaillah Askandary menyatakan:
Ibn ‘AthaiLlah menyatakan apabila seseorang itu telah dianugerah maqam fana nescaya dia akan memandang haq Allah ke atas tiap-tiap sesuatu,sertaNya,dahuluNya dan kemudianNya tanpa hijab daripada Tuhannya.Sembilan kenyataan di atas adalah ungkapan-ungkapan untuk mentanzihkan ( atau mengkuduskan ) zat Allah,sifat-sifat kesempurnaanNya serta mentajalli Asma`Nya.
Sembilan pertanyaan Ibn ‘AtaiLlah pada hikmah ke 16 yang lalu telah dirumuskan oleh beliau,katanya :
Tegasnya sesuatu yang baharu pasti akan menemui ketiadaan,kebinasaan,fana` dan pasti pasti batal,yakni pada azalinya memang tiada dan pada akhirnya atau penghujungnya memang akan binasa.
Sehubungan ini Allah berfirman :
وقل جآء الحق وزهق الباطل ، ان الباطل كان زهوقا
Maksudnya : Dan katakanlah ( wahai Muhammad Rasulullah ! ) telah dating yang benar dan hilang lenyap yang palsu, sesungguhnya yang palsu itu pasti akan lenyap. ( Surah al-Isra` ayat 81 )
Dalam Kalam Hikmah ke 16 Imam Ibnu Athaillah Askandary menyatakan:
1 Bagaimana dapat digambarkan bahawa Allah itu terdinding oleh sesuatu,walhal Dia lah yang menjelmakan segala sesuatu
2 Bagaimana boleh digambarkan bahawa Allah itu terdinding oleh sesuatu walhal Dia menyerlah zahir ke atas segala sesuatu
3 Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah itu tersembunyi oleh sesuatu,walhal Dia berada dalam segala sesuatu
4 Bagaimana boleh direnungkan bahawa Allah itu ditutupi oleh sesuatu,walhal Dia terang dan jelas bagi tiap-tiap sesuatu
5 Bagaimana boleh tergambar dalam pemikiran bahawa Allah itu terhijab oleh sesuatu walhal Dia sudah ada sebelum wujud segala sesuatu
6 Bagaimana boleh terlintas dalam hati bahawa Allah itu terdinding oleh sesuatu walhal Dia lebih jelas daripada segala sesuatu
7 Bagaimana dapat terlukis dalam fikiran bahawa Allah itgu tertutup oleh sesuatu sedangkan Dia Maha Esa di mana tiada sesuatu pun menyertaiNya
8 Bagaimana boleh tergambar dalam fikiran bahawa Allah itu terhijab oleh sesuatu walhal Dia lebih hampir kepada kamu dari segala sesuatu
9 Bagaimana dapat digambarkan dalam hati bahawa Allah itu terhijab oleh sesuatu walhal seandainya tidak kerana Allah maka segala sesuatu tidak akan wujud.
Ibn ‘AthaiLlah menyatakan apabila seseorang itu telah dianugerah maqam fana nescaya dia akan memandang haq Allah ke atas tiap-tiap sesuatu,sertaNya,dahuluNya dan kemudianNya tanpa hijab daripada Tuhannya.Sembilan kenyataan di atas adalah ungkapan-ungkapan untuk mentanzihkan ( atau mengkuduskan ) zat Allah,sifat-sifat kesempurnaanNya serta mentajalli Asma`Nya.
- Segala sesuatu tidak boleh mendindingkan Allah daripada makhlukNya lantaran Dial ah yang menzahirkan segala sesuatu daripada ketiadaan kepada kewujudan.Setelah kewujudan makhlukNya Allah telah melimpahkan rahmatNya,ilmuNya,IradatNya,QudratNya serta hikmahNya sehingga segala sesuatu menjadi cermin kewujudanNya yang Maha Mutlak.
- Dan apabila zuhur atau menyerlah hakikat segala sesuatu denganNya,maka bagamana mungkin hakikat yang menzahirkan dan menyerlahkan itu boleh terhijab ?
- Mana mungkin Allah SWT itu boleh ditutupi oleh segala sesuatu sedangkan Dia telah zahir dalam tiap-tiap sesuatu dengan kudratNya,keagungan sifatNya.Dialah Yang Maha Nyata ke atas segala makhlukNya.
- Dia tidak boleh didindingi oleh segala sesuatu lantaran Dialah punca terbit segala sesuatu itu dengan sangat zahirnya.
- Dialah Allah yang zahir sebelum wujud sesuatu yang lain sejak azali lantaran wujud segala sesuatu adalah perbuatanNya.Dia lah Yang Maha Awal tidak ada permulaan bagi adaNya.
- Dial ah Allah yang terlebih zahir daripada segala sesuatu yang lain lantaran tiada sah segala wujud yang lain itu tanpa bersandar kepada Allah Zat yang wajib wujud dan yang lain daripada Allah adalah harus wujud dan diwujudkan.
- Dialah Allah Yang Maha Esa tiada sesuatu pun menyertaiNya sejak azali.Wujud segala makhluk itu berpunca daripadaNya dan mereka tidak wujud dengan sendirinya.
- Dia lah Allah Maha menghampiri makhlukNya semestinya tidak ada dinding di antara Allah dengan makhlukNya itu.
- Sebagaimana firmanNya :
- ولقد خلقنا الانسان ونعلم ما توسوس به نفسه ونحن أقرب اليه من حبل الوريد
- Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya.Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri. ( S.Qaaf ,ayat 16 )
- Kewujudan segala sesuatu amat bergantung dan bersandar kepada Zat Allah Yang Wajib Wujud itu justeru itu kewujudan yang harus iaitu makhlukNya tidak boleh menghijab atau mendindingkan Kebesaran,Keagungan dan KesempurnaanNya daripada dihampiri dan dikenali oleh hamba-hambaNya yang dikurniai ma’rifah dan sirr.
Sembilan pertanyaan Ibn ‘AtaiLlah pada hikmah ke 16 yang lalu telah dirumuskan oleh beliau,katanya :
يا عجبا كيف يظهر الوجود في العدم ، أم كيف يثبت الحادث مع من له وصف القدم
Maksudnya : Wahai yang menakjubkan daku ! betapakah
zahirnya wujud itu di dalam ‘adam ( ketiadaan ) ( kerana sesungguhnya ketiadaan
itu kegelapan dan kewujudan itu nur cahaya dan keduanya berlawanan tidak boleh
berhimpun sama sekali ! ).Atau betapakah akan tetap sesuatu yang baharu di
samping zat yang memiliki sifat keazalian / kemahasediakalaan / qidam (
Sesungguhnya yang baharu atau yang hadith itu tidak boleh berdiri dengan sendirinyadan
tidak boleh wujud dengan dirinya sendiri )Tegasnya sesuatu yang baharu pasti akan menemui ketiadaan,kebinasaan,fana` dan pasti pasti batal,yakni pada azalinya memang tiada dan pada akhirnya atau penghujungnya memang akan binasa.
Sehubungan ini Allah berfirman :
وقل جآء الحق وزهق الباطل ، ان الباطل كان زهوقا
Maksudnya : Dan katakanlah ( wahai Muhammad Rasulullah ! ) telah dating yang benar dan hilang lenyap yang palsu, sesungguhnya yang palsu itu pasti akan lenyap. ( Surah al-Isra` ayat 81 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan