(HADHRAT JALALUDDIN
AR ROWI)
Hadhrat Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Rahmatullah ‘alaih bahawa Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu adalah dari pancaran Nur Ahadiyat Allah Subhanahu Wa Ta’ala apabila telah bersatu Sifat Jalal dan Sifat Jamal Allah, maka Sifat Jamal menguasai Sifat Jalal dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan daripada dua sifat tersebut Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dari tiada kepada ada.
Beliau menjelaskan bahawa yang dijadikan itu adalah makhluk juga dan bukannya sambungan daripada Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana jika berlaku yang sedemikian maka akan wujud dua perkara yang Qadim yakni sedia ada dan itu merupakan suatu kesyirikan. Menurut beliau lagi bahawa selepas Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjadikan Nur Muhammad atau Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, maka Dia menilik kepada Nur tersebut dengan tilikan Mahabbah yakni dengan penuh cinta dan kasih sayang sehingga Nur tersebut menjadi malu sehingga mengeluarkan peluh. Dari peluh yang terbit dari Nur itulah dijadikan Ruh-Ruh sekelian Para Nabi dan Para Wali dan Ruh sekelian orang Mukmin yang Solih. Dari Ruh sekelian orang Mukmin yang Solih itu Dia menjadikan pula Ruh sekelian orang Mukmin yang Fasiq. Daripada Ruh sekelian orang Mukmin yang Fasiq itu Dia menjadikan Ruh sekelian Mukmin yang Munafiq dan dari Ruh sekelian Mukmin yang Munafiq itu Dia menjadikan Ruh sekelian mereka yang kafir. Dari Ruh sekelian insan itu, maka Dia menjadikan Ruh sekelian Malaikat dan daripada Ruh sekelian Malaikat itu
Dia menjadikan Ruh sekelian Jin dan dari Ruh sekelian Jin itu Dia menjadikan pula Ruh sekelian Syaitan dan daripada Ruh Syaitan itu Dia menjadikan pula Ruh sekelian binatang. Daripada Ruh sekelian binatang itu Dia menjadikan Ruh sekelian tumbuhtumbuhan. Setengahnya mempunyai martabat yang melebihi yang lainnya. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala menilik pula dengan tilikan Haibah terhadap sekelian Ruh-Ruh tersebut yakni dengan tilikan kehebatanNya, maka hancurlah ia, setengahnya menjadi air, setengahnya menjadi api yang menghanguskan air lantas mengeluarkan asap hingga naik ke angkasa lalu Dia menjadikan dari asap-asap tersebut tujuh petala langit. Setelah itu ada bakinya yang tinggal, daripadanya dijadikan matahari, bulan dan bintang-bintang. Di dalam kitab Kashful Ghaibiyyah karangan Hadhrat ‘Allamah Syeikh Zainal ‘Abidin Al-Fattani Rahmatullah ‘alaih, beliau menukilkan berdasarkan kitab Daqaiqul Akhbar Fi Zikril Jannah Wan Nar karangan Hadhrat Imam ‘Abdur Rahim bin Ahmad Al-Qadhi Rahmatullah ‘alaih dan dari kitab Durarul Hisan karangan Hadhrat ‘Allamah Jalalluddin As-Sayuti Rahmatullah ‘alaih dan kitab Masyariqul Anwar karangan Syeikh H Hadhrat assan Al-‘Adawi tentang bab awal berkenaan dengan penciptaan Ruhul A’zam iaitu Ruh teragung Nabi kita Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, telah menukilkan seperti berikut: Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
“Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah Ta’ala telah menjadikan sebuah pohon kayu yang terdapat empat dahan. Maka Dia menamakannya sebagai Syajaratul Muttaqin (Pokok orang-orang yang bertaqwa) dan pada setengah riwayat dinamakan Syajaratul Yaqin (Pokok Keyakinan).
Kemudian Dia telah menjadikan Nur Muhammad di dalam sebuah hijab daripada permata yang sangat putih seakan menyerupai burung merak dan Dia meletakkannya Nur itu di atas pokok tersebut. Maka Nur itu pun mengucapkan Tasbih di atas pohon tersebut selama tujuh puluh ribu tahun. Kemudian Allah menjadikan cermin kemaluan, lalu dihantarkan kehadapan Nur tersebut. Tatkala Nur itu menilik di dalam cermin melihat akan rupanya yang terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka Nur itu berasa malu di hadapan Allah Ta’ala lalu ia mengeluarkan peluh.
Nur tersebut mengeluarkan enam titik peluh, pada titik peluh yang pertama Allah Ta’ala menjadikan Ruh Hadhrat Abu Bakar Radhiyallahu ‘Anhu dan dari titik peluh yang kedua Dia menjadikan Ruh Hadhrat ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu dan dari titik peluh yang ketiga Dia menjadikan Ruh Hadhrat ‘Utsman Radhiyallahu ‘Anhu dan dari titik peluh yang keempat Dia menjadikan Ruh Hadhrat ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhu dan dari titik peluh yang kelima itu Dia menjadikan pohon bunga mawar dan daripada titik peluh yang keenam itu Dia menjadikan padi. Kemudian Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu Allah Ta’ala menjadikan dalam bentuk burung merak lalu ia sujud sebanyak lima kali, maka difardhukan Solat lima waktu ke atas Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian ummatnya. Kemudian Allah juga menilik kepad Nur tersebut lalu ia menjadi malu sehingga berpeluh ia kerana malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan Malaikat, daripada peluh mukanya Allah menjadikan ‘Arash, Kursi, Lauh, Qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang dan segala apa yang ada di langit. Daripada peluh dadanya dijadikan Para Nabi dan Para Rasul, Para ‘Ulama, Para Syuhada dan Para Solihin.
Daripada peluh belakangnya dijadikan Baitul Makmur, Kaabah, Baitul Maqdis dan segala tempat masjid dalam Dunia. Disebutkan juga beberapa kejadian daripada peluhnya itu. Daripada peluh kedua keningnya, maka Allah menjadikan sekelian Ruh Mukminin dan Mukminat dari Ummat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Daripada peluh kedua telinganya Allah menjadikan Ruh-Ruh Yahudi, Nasrani, Majusi, golongan Mulhid, Kafir yang ingkar kebenaran dan Munafiqin. Daripada peluh dua kakinya, Allah menjadikan segala bumi dari Timur ke Barat dan apa yang ada di dalamnya. Kemudian Allah memerintahkan Nur itu supaya memandang ke hadapan. Di hadapannya ada Nur, di kanan dan kiri serta di belakangnya juga ada Nur.
Mereka itu adalah Nur Abu Bakar, Nur ‘Umar, Nur ‘Utsman dan Nur ‘Ali Kemudian Nur-Nur itu mengucapkan Tasbih selama tujuh puluh ribu tahun. Ruh Para Nabi terbit dari peluh Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan dijadikan segala Ruh Ummat NabiNabi itu daripada peluh Nur Ruh Nabi-Nabi mereka. Kemudian diriwayatkan bahawa Allah Ta’ala telah menjadikan sebuah kandil lampu daripada ‘Aqiq yang merah, kemudian Allah Ta’ala menjadikan rupa Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu seperti rupa Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di dunia ini, kemudian diletakkan dalam kandil lampu tersebut lalu Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berdiri seperti berdirinya di dalam Sembahyang. Kemudian berkeliling Ruh Segala Anbiya dan lannya di sekeliling kandil Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu sambil mengucapkan Tasbih dan Tahlil selama seratus ribu tahun. Kemudian Allah Ta’ala menyuruh sekelian Ruh menilik kepada Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu. Yang menilik kepada kepalanya menjadi Khalifah dan Sultan antara sekelian makhluk, yang menilik kepada dahinya menjadi Amir yang adil, yang menilik kepada dua matanya menjadi Hafiz Kalam Allah, yang melihat dua keningnya menjadi Tukang Lukis, yang melihat kepada dua telinganya menjadilah ia menuntut dengar dan menerima pengajaran, yang melihat kedua pipinya menjadilah ia orang yang berbuat baik dan berakal, yang melihat dua bibir mulutnya menjadilah ia orang-orang besar Raja, yang melihat hidungnya menjadi Hakim, Tabib dan penjual bau-bauan, yang melihat mulut menjadi orang yang berpuasa.
Demikianlah seterusnya, dengan melihat anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di Dunia nanti. Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang ‘Alim, mulia dan Mujtahid. Ruh-ruh yang tidak menilik sesuatu kepada Nur tersebut, jadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti Firaun dan yang sepertinya Dalam sebuah Hadits masyhur yang dinisbahkan kepada riwayat Imam Hadhrat Abdur Razzaq dengan sanadnya:
Dari Hadhrat Jabir bin ‘Abdullah Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,
“Ya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, demi bapaku dan ibuku menjadi tebusan Tuan, khabarkanlah daku berkenaan awal-awal sesuatu yang Allah Ta’ala telah ciptakan sebelum sesuatu?”
Bersabda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Ya Jabir, sesungguhnya Allah Ta’ala menciptakan sebelum sesuatu Nur Nabimu daripada NurNya, maka jadilah Nur tersebut berkisar dengan QudratNya sekira-kira yang dikehendaki Allah Ta’ala, padahal pada waktu itu tiada lagi Lauh, tiada Qalam dan tiada Syurga dan tiada Neraka dan tiada Malaikat dan tiada langit dan tiada bumi dan tiada matahari dan tiada bulan dan tiada Jin dan tiada Manusia. Maka bila Allah Ta’ala hendak menjadikan sekelian makhluk, Dia membahagikan Nur itu kepada empat bahagian, daripada juzuk yang pertama Dia menjadikan Qalam, daripada yang kedua Dia menjadikan Lauh, daripada yang ketika Dia menjadikan ‘Arash, kemudian Dia membahagikan pula juzuk yang keempat itu kepada empat bahagian. Maka daripada juzuk yang pertama Dia menjadikan Malaikat penanggung ‘Arash, daripada juzuk yang kedua Dia menjadikan Kursi, daripada juzuk yang ketiga Dia menjadikan Malaikat yang baki. Kemudian Allah Ta’ala membahagikan lagi juzuk yang keempat itu kepada empat bahagian, yang pertamaya dijadikan langitlangit, yang keduanya bumi-bumi, yang ketiganya Syurga dan Neraka. Kemudian yang keempatnya dibahagikan kepada empat bahagian, yang pertamanya dijadikanNya Nur pandangan mata Muslimin, daripada bahagian kedua Dia menjadikan cahaya hati mereka iaitu Ma’rifat terhadap Allah Ta’ala, daripada juzuk yang ketiga dijadikanNya Nur kejinakan mereka dengan Tuhan iaitu Nur LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH.”
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 15 yang bermaksud,
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al-Kitab yang kamu sembunyikan dan mereka banyak membiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu Nur dari Allah dan kitab yang menjelaskan.
Menurut Hadhrat Imam Jalalluddin As-Sayuti Rahmatullah ‘alaih, Nur dari Allah itu bermaksud Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan inilah merupakan pandangan yang sebenar-benarnya kerana ianya merupakan pegangan sekelian Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in dan sekelian Para Tabi’in dan Tabi’it Tabi’in dan sekelian Para Imam Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyatakan menerusi firmanNya di dalam Al-Quran pada Surah An-Nur ayat 35 yang bermaksud,
Allah Pemberi cahaya kepada langit dan bumi. perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, yaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur sesuatu dan tidak pula di sebelah Baratnya, yang minyaknya saja Hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaanperumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.
Yang dimaksud lubang yang tidak tembus (misykat) ialah suatu lobang di dinding rumah yang tidak tembus sampai kesebelahnya, biasanya digunakan untuk tempat lampu, atau barang-barang lain. Pohon zaitun itu tumbuh di puncak bukit ia dapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit maupun di waktu matahari akan terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik. Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah cahaya yang meliputi segala sesuatu dan dariNyalah punca segala sesuatu. CahayaNya meliputi sekelian lapis langit yang kita ketahui mahupun yang tidak ketahui.
Perumpamaan yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala berikan tentang Nur CahayaNya di dalam ayat tersebut adalah bersifat abstrak yang perlu difahami dengan penuh mendalam.
Cahaya Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu menerbitkan Cahaya SifatSifatNya dan dari Cahaya Sifat-SifatNya itu maka terbitlah segala Cahaya Bayangan Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala diibaratkan seumpama minyak Zaitun yang amat diberkati. Ia tumbuh di puncak bukit, tidak di Timur dan tidak pula di Barat bukit bagi mendapatkan cahaya mentari sepanjang hari. Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala tidak tertakluk dengan arah Timur mahupun Barat kerana Allah adalah Zat Yang Maha Tinggi lagi Maha Memberkati. Sifat-Sifat dan Bayangan Sifat-SifatNya juga tidak tertentu pada Timur mahupun Barat bahkan meliputi segala sesuatu sepertimana sifat-sifat pohon Zaitun. Minyak dari pohon Zaitun ini sahaja pun sudah bersinar, berkilau seperti cahaya meskipun api belum menyentuhnya. Pohon Zaitun itu menghasilkan beratus ribu buah bagi menghasilkan minyak. Dari pohon menjadi buah dan seterusnya menjadi minyak melalui tiga peringkat maka begitulah dari Cahaya Zat Haqq Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menerbitkan Cahaya Sifat-SifatNya yang tak terkira banyaknya dan dari Cahaya Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala tersebut telah menerbitkan pula segala Cahaya Bayangan Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Cahaya Bayangan Sifat ZatNya itu pun sudah cukup untuk Dia memperlihatkan Cahaya ZatNya. Apabila minyak Zaitun itu dinyalakan dengan api maka bertambah teranglah cahaya dari minyak Zaitun itu. Api adalah makhluk Allah dari Alam Khalaq dan darinyalah dijadikan Jin, Iblis dan Syaitan. Pada diri manusia juga ada unsur api iaitu Syaitan yang berjalan dalam urat darah dan Iblis yang sentiasa cuba menakluk hati sehingga mensyirikkan Allah dan mengingkari PerintahNya serta Jin yang menggoda hawa nafsu untuk melakukan kemaksiatan dan kerosakan. Hanya Para Nabi sahaya yang tidak dapat ditakluki oleh Iblis, Jin dan Syaitan ini kerana Para Nabi sentiasa mendapat limpahan kurnia dari Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka berjaya menundukkan sekelian Iblis, Jin dan Syaitan yang di dalam diri mereka mahupun yang berada di luar diri mereka dari kalangan Jin dan Manusia. Unsur api dalam diri mereka telah disucikan. Hanya api yang terang dapat menyalakan minyak Zaitun itu dan apabila api itu menyentuh minyak, maka bernyalalah ia dengan menerbitkan cahaya yang jauh lebih terang benderang dari api yang sebelumnya.
Di antara minyak dan api itu perlu ada sumbu sebagai pengantara di antara keduanya. Begitulah juga keadaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, kedua-duanya adalah Nur dan apabila Nur Allah Subhanahu Wa Ta’ala bertemu dengan Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, maka terhasillah Nur yang meliputi seluruh langit dan bumi. Namun pertemuan di antara Nur Allah dan Nur Muhammad adalah dengan perantaraan Jibril ‘Alaihissalam yang turun ke Alam Khalaq di bawah ‘Arash sehingga ke langit Dunia demi membawakan wahyu dari Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala ke Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Hubungan ketiga-tiganya menghasilkan cahaya yang meliputi seluruh Alam Semesta. Kemudian, nyalaan dari pelita minyak Zaitun itu diletakkan di dalam bekas kaca yang menyebabkannya tambah bersinar seumpama bintang yang berkilau bak mutiara. Cahaya Zat, Sifat dan Bayangan Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu telah diletakkan di dalam Af’alNya yakni segala tindakan dan perbuatanNya, lalu dari Cahaya Zat, Sifat dan Af’alNya itu telah menerbitkan segala Asma yakni NamaNamaNya Yang Mulia. Bayangan Sifat Allah itu kelihatan seolah-olah SifatNya namun kedua-duanya adalah berbeza. Kita dapat melihat Cahaya Allah menerusi Nama-NamaNya itu. Sesungguhnya Allah memiliki Nama-Nama yang terbaik berjumlah 99 sepertimana yang masyhur di dalam Hadits. Kita diibaratkan hanya melihat dari sebalik dinding kaca akan cahaya lampu minyak Zaitun. Seluruh Alam Maya adalah Cahaya dari Asma Allah dan kita hanya melihat Cahaya Zat, Sifat, Bayangan Sifat dan Af’alNya seumpama dari sebalik dinding kaca yang bercahaya-cahaya iaitu menerusi Tajalli AsmaNya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan membimbing sesiapa juga yang Dia kehendaki kepada cahaya Nur tersebut. Sesiapa juga boleh menerima limpahan cahaya tersebut asalkan dia beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Jibril ‘Alaihissalam. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu menunjuki siapa yang dikehendakiNya lagi Maha Mengetahui terhadap segala sesuatu.
Seterusnya di dalam Surah Al-Ahzab ayat 6, 7 dan 8 Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman,
Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiridan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam kitab Allah daripada orang-orang mukmim dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik kepada saudara-saudaramu (seagama), adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab Allah.
Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan ‘Isa Putera Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka Perjanjian yang teguh.
Agar Dia menanyakan kepada orang-orang yang benar tentang kebenaran mereka dan Dia menyediakan bagi orang-orang kafir siksa yang pedih. Maksudnya, orang-orang mukmin itu mencintai Nabi mereka lebih dari mencintai diri mereka sendiri dalam segala urusan. Yang dimaksudkan dengan berbuat baik disini ialah Berwasiat yang tidak lebih dari sepertiga harta. Perjanjian yang teguh ialah kesanggupan menyampaikan Agama kepada umatnya masingmasing. Pada hari Qiyamat Allah akan menanyakan kepada Rasul-rasul sampai di mana usaha mereka menyampaikan ajaran-ajaran Allah kepada umatnya dan sampai di mana umatnya melaksanakan ajaran Allah itu. Orang-orang Mukmin itu mencintai Nabi mereka lebih dari mencintai diri mereka sendiri dalam segala urusan. Yang dimaksud dengan berbuat baik disini ialah Berwasiat yang tidak lebih dari sepertiga harta. Perjanjian yang teguh ialah kesanggupan menyampaikan agama kepada umatnya masing-masing.
Pada hari kiamat Allah akan menanyakan kepada Rasul-rasul sampai di mana usaha mereka menyampaikan ajaran-ajaran Allah kepada umatnya dan sampai di mana umatnya melaksanakan ajaran Allah itu. Pada menerangkan ayat ke 7 dari Surah Al-Ahzab itu Hadhrat Imam Jalalluddin As-Sayuti Rahmatullah ‘alaih telah meriwayatkan di dalam Al-Khasais Al-Kubra bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang mafhumnya bermaksud, “Aku adalah yang pertama dijadikan dan yang terakhir diutuskan.
” Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyatakan bahawa Dia telah mengambil perjanjian dari Sekelian Para Nabi di Alam Arwah dan yang pertama sekali adalah dari Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, kemudian Hadhrat Nuh, Hadhrat Ibrahim, Hadhrat Musa dan Hadhrat ‘Isa ‘Alaihimus Solatu Wassalam.
Dalam sebuah Hadits Hassan Sahih Gharib yang diriwayatkan oleh Hadhrat Imam At-Tarmizi: Dari Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, Para Sahabat telah bertanya,
“Wahai Rasulullah, semenjak bilakah telah ditetapkan bagimu Nubuwwah?”
Baginda bersabda,
“Semenjak Adam di antara Ruh dan Jasad.”
Hadits ini juga telah diriwayatkan ole Hadhrat h Al-Ghumari, Al-Hakim, Abu Na’im, Al-Baihaqi Rahimahumullah dan mereka telah mensahihkannya. Dalam Hadits yang semakna menerusi riwayat yang lain iaitu: Dari Hadhrat Abu ‘Umar, Para Sahabat telah bertanya kepada Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Bilakah diwajibkan padamu Kenabian?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Adalah aku Nabi padahal Adam di antara Ruh dan Jasad.”
Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah yang termurni dari sekelian Ruh dan merupakan ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang pertama dan juga merupakan asal usul seluruh makhluk sepertimana sabdaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
“Ana Minallahi Wal Mukminuna Minni.”
Terjemahan: Aku adalah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan orang-orang yang beriman itu adalah dari aku.
Yang dimaksudkan dengan orang-orang yang beriman itu adalah Para Nabi dan Rasul, Para Sahabat, Tabi’in, Tabi’it Tabi’in dan orang-orang sesudah mereka yang menuruti ajaran Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan baik. Ruh-ruh manusia yang beriman dan yang tidak beriman adalah dari pancaran Ruh Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kerana itulah Hadhrat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di gelar sebagai Rahmatan Lil ‘Alamin yakni Rahmat bagi seluruh alam.
Ruh Hadhrat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah dari Ruh Allah. Ruh orang beriman adalah dari Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan ini bermakna Ruh mereka juga adalah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ruh setiap orang beriman adalah dari pancaran Ruh Allah dan Ruh Muhammad. Ruh orang-orang yang tidak beriman juga adalah dari sumber yang sama tetapi mereka telah dipesongkan keimanan mereka dari ‘Aqidah yang benar oleh Syaitan sehingga menyebabkan mereka menolak dan mendustakan kebenaran.
Menurut Hadhrat Ibnu ‘Arabi Rahmatullah ‘alaih, asal usul wujud ini ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala jadikan kejadian Makhluk. Makhluk pertama yang dijadikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala ialah Haqiqat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang di dalam Al-Quran disebutkan sebagai Qalam ataupun Al-‘Aqlul Awwal menurut istilah golongan Ahli Falsafah. Kemudian Allah menciptakan Al-Lauhul Mahfuz yang bererti tempat menerima kesan Qalam lagi terpelihara atau disebut Nafs Al-Kulliyah yang mana kesan dari tindakan Qalam atau ‘Aqal itu tadi akan terpancar pada Lauh atau Nafs Al-Kulliyah ini. Lauh diwujudkan sebagai tempat menerima tindakan Qalam maka begitulah perkaitannya dengan Nafs yang diwujudkan sebagai tempat menerima tindakan ‘Aqal. Kemudian Allah menciptakan Al-Haba iaitu Debu Semesta yang mengandungi Panjang, Lebar dan Dalam, yang mana bentuk-bentuk yang berjisim akan terzahir mengambil tempat yakni ianya akan menjadi tempat terzahirnya Alam Tabi’I. Panjangnya dari ‘Aqal dan Lebarnya dari Nafs, dan Dalam adalah ruang yang menghala ke tengah. Oleh kerana itu wujudlah tiga ukuran tersebut. Menerusi tindakan Qalam pada Lauh itu maka keluarlah dua jenis wujud pada tanggapan akal iaitu Tabi’I Semesta. Tabi’i berada di antara Nafs dan Al-Haba. Pada Tabi’I Semesta ini terdiri dari empat sifat iaitu Panas, Sejuk, Kering dan Lembab. Jisim Al-Kulliyah yakni bentuk berjisim pertama yang terbentuk di Alam Tabi’I adalah bentuk Bulat yang dinamakan Falak ‘Arash.
Kemudian Allah menjadikan Falak Kursi yang berada di dalam lingkungan bulatan Falak ‘Arash. Falak Kursi ini berada dalam ruang Falak ‘Arash seperti sebentuk cincin yang terletak di tanah lapang yang luas. Allah Subhanahu Wa Ta’ala menempatkan Para MalaikatNya pada Falak ‘Arash dan Falak Kursi ini yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kemudian, di dalam ruang Falak Kursi Allah menciptakan Falak Atlas yang mana keadaannya seperti sebentuk cincin di tanah lapang yang luas. Pada Falak Atlas ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan Al-Buruj iaitu gugusan bintang-bintang. Gugusan bintang-bintang berada dalam lingkungan Falak Atlas yang terbahagi pada dua belas bahagian dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah meletakkan dua belas Malaikat yang berbeza-beza bentuknya. Falak Atlas ini tidak bersifat kekal.
Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjadikan sebuah lagi Falak yang bersifat kekal iaitu Falak Ar-Ridhwan yang merupakan Falak Syurga. Setelah Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyiapkan Falak yang tetap dan kekal itu, maka Dia pun menjadikan empat unsur atau disebut Anasir yang empat iaitu Angin, Api, Air dan Tanah di dalam Falak Atlas. Maka diciptakanlah Matahari, Planet ‘Utarid, Zuhrah, termasuk Bumi dan Bulan serta Planet Marikh, Musytari dan Zuhal yang kesemuanya mengambil bentuk Bulat. Demikian menurut pendapat Ibnu ‘Arabi, Wallahu A’lam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan