Catatan Popular

Sabtu, 3 November 2012

KITAB KEJADIAN INSAN (SIRI 3) : ALAM ARWAH

(HADHRAT JALALUDDIN AR ROWI)

ARWAH adalah kata jamak bagi Ruh. Haqiqat
Muhammadiyah itu tercipta dari Nur Zat Allah Subhanahu
Wa Ta’ala dan ianya terdiri dari Nur, Ruh, ‘Aqal dan Qalam.
Ianya diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala di Alam
Hahut Alam Amar lalu Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menerbitkan Ruh-Ruh orang beriman dari kalangan Para
Nabi, Para Rasul, Para Sahabat, Para Siddiqin, Para Syuhada
dan Para Solihin dan dipindahkan ke Alam Bahut di Alam
Amar. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerbitkan
dari Ruh-Ruh tersebut sekelian Ruh orang-orang yang
beriman dan tidak beriman lalu dikumpulkan kesemuanya
di Alam Lahut Alam Amar.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah
Al-Isra pada ayat 85 yang bermaksud,

Dan mereka bertanya kepadamu berkenaan Ruh;
Katakanlah, Ruh adalah dari urusan Amar Tuhanku. Dan
tidaklah kamu dikurniakan ilmu melainkan hanyalah
sedikit.

Pada hakikatnya kesemua Ruh tersebut adalah dari
pancaran Hakikat Muhammadiyah yang berasal dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Kerana itulah dikatakan bahawa dari
Allah kita datang dan kepada Allah kita akan dikembalikan.
Dari Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu Allah
Subhanahu Wa Ta’ala telah menciptakan semua Ruh di Alam
Amar dalam bentuk yang terbaik iaitu Ahsanu Taqwim yang
hakiki. Ianya merupakan nama bagi sekelian insan di Alam
Amar yang merupakan negeri asal bagi Insan.

Setelah empat ribu tahun Ruh diciptakan maka Allah
Subhanahu Wa Ta’ala pun menciptakan ‘Arash dari Cahaya
Zat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan begitulah
juga sekelian makhluk, kesemuanya tercipta dari Nur Zat
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kemudian sekelian
Ruh diturunkan ke Alam Khalaq yang lebih rendah iaitu
Asfala Safilin iaitu alam jasad tubuh badan.

Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani
Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih, Ruh
diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala di Alam Amar
dan berasal dari Alam Hahut iaitu Alam Hadhrat Zat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala lalu diturunkan ke Alam Bahut iaitu
Alam Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kemudian
diturunkan ke Alam Lahut iaitu Alam Bayangan Sifat-Sifat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala lalu diturunkan ke Alam Jabarut
iaitu Alam Arwah atau di sebut Alam Ruh dan seterusnya
diturunkan ke Alam Malakut iaitu Alam Para Malaikat. Dari
Alam Malakut, Ruh dipindahkan ke Alam Rahim Ibu di
mana Ruh akan bertemu jasadnya yang terbina dari Nafs dan
empat anasir iaitu tanah, air, api dan angin. Allah Subhanahu
Wa Ta’ala menciptakan jasad tubuh badan manusia dari
empat unsur-unsur tersebut yang terdapat di bumi dan
dikurniakannya dengan Nafs.

Setelah jasad tersedia di dalam Rahim maka Allah
Subhanahu Wa Ta’ala pun meniupkan Ruh kedalam jasad
sepertimana firmanNya:

Maka apabila aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan
telah meniup kan kedalamnya RuhKu, Maka tunduklah
kamu kepadanya dengan bersujud.

Yakni Allah telah tiupkan ke dalam jasad itu dari Ruh
ciptaanNya. Dimaksud dengan sujud di sini bukan
menyembah, tetapi sebagai penghormatan. Adapun sewaktu
di Alam Amar kesemua Ruh-Ruh telah dikumpulkan
termasuklah Ruh-Ruh Para Nabi, Para Rasul, Para Siddiqin,
Syuhada, Solihin, orang-orang beriman dan yang tak
beriman termasuklah Ruh Namrud, Firaun, Qarun, Abu
Jahal dan Abu Lahab yang mana kesemuanya akan menjadi
keturunan Bani Adam lalu Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah
mengambil penyaksian dari mereka dengan berfirman
seperti mana tersebut di dalam Al-Quran pada Surah Al-
A’raf ayat 172 yang bermaksud,

Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan
anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil
kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman: “A Lastu
Bi Rabbikum?”

(Apa bukankah Aku Tuhan Pemelihara
kamu?) Sidang Para Ruh pun menjawab: “Bala Syahidna”
(Bahkan kami bersaksi). Demikian, agar di Hari Qiyamat
kamu tidak mengatakan, sesungguhnya kami adalah orangorang
yang lengah terhadap perkara ini.

Sekelian Para Ruh itu bersaksi kepada Rabbaniyah
Allah Subhanahu Wa Ta’ala bahawa Dialah satu-satunya
Tuhan Yang Memelihara dan menyempurnakan segala
keperluan Ruh tanpa sebarang asbab, segala-galanya terus
dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesemua Ruh ini akan diuji
kebenaran penyaksian mereka di suatu alam yang penuh
dengan segala asbab iaitu Dunia Darul Asbab yang berada di
Alam Khalaq di bawah ‘Arash.

Sebelum Ruh itu diuji,terlebih dahulu dia diketemukan dengan
 pasangannya dariAlam Khalaq iaitu jasadnya yang Allah jadikan
dan sediakandi dalam rahim ibunya yang disebut sebagai Alam Arham.
Setelah Ruh di hantar ke Alam Khalaq untuk bertemu
dengan Jasadnya, mereka mula melupai akan penyaksian di
Alam Amar tersebut dan mula mengambil sesuatu yang lain
sebagai Tuhan. Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah
mengutuskan Para Nabi ‘Alaihimus Solatu Wassalam untuk
menyeru manusia supaya kembali kepada Allah Subhanahu
Wa Ta’ala namun tidak kesemuanya beriman kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Seorang Yahudi telah datang kepada Hadhrat Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
telah bertanyakan tentang Dzul Qarnain, Ashab Raqim dan
Ruh, maka turunlah Surah Al-Isra pada ayat 85 yang
bermaksud,

Dan mereka bertanya kepadamu berkenaan Ruh;
Katakanlah, Ruh adalah dari urusan Amar Tuhanku. Dan
tidaklah kamu dikurniakan ilmu melainkan hanyalah
sedikit.

Adapun pengetahuan tentang Ruh yang ada pada
kefahaman kita amatlah terhad dan sangat sedikit jika
dibandingkan dengan hakikat sebenar Ruh itu. Walaupun
demikian, Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menyatakan
bahawa Ruh itu adalah dari AmarNya yakni Ruh itu adalah
suatu Amar Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan itulah hakikat
sebenar Ruh. Wallahu A’lam. Insan beriman pertama yang
Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah jadikan dalam rupabentuk
manusia yang lengkap adalah Hadhrat Adam ‘Alaihissalam
dan Baginda digelar Abul Basyar yakni bapa bagi sekelian
manusia.
Perkataan Insan berasal dari kata Nis Yan yang bererti
Pelupa. Manusia pada fitrahnya adalah bersifat pelupa, tidak
berdaya untuk mengingat sesuatu untuk selama-lamanya.
Segala kegembiraan dan kesedihan akan terhenti apabila
manusia mula lupa terhadapnya. Begitulah juga dengan asal
usul kejadian insan, kebanyakan manusia lupa tentang asal
usul kejadian diri kecuali segelintir dari mereka yang benarbenar
berasa ingin kembali Kehadhrat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Lupa merupakan suatu kelemahan tabiat pada fitrah
manusia dan untuk mengubatinya Allah Subhanahu Wa
Ta’ala telah mengurniakan amalan Da’wah kepada Para Nabi
dan Rasul untuk menyeru manusia kembali kepada Allah
beserta amalan Zikirullah supaya mereka tidak lupa dan lalai
dari ingatan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana
Dialah Zat yang menjadikan segala sesuatu dan hakikat
segala ilmu pengetahuan ada dalam pengetahuanNya.
Ketika Allah Subhanahu Wa Ta’ala hendak
menjadikan Hadhrat Adam ‘Alaihissalam, Dia bermaksud
menjadikannya dan sebilangan anak cucunya sebagai
Khalifah di atas muka bumi. Allah Subhanahu Wa Ta’ala
telah menciptakan jasmani Hadhrat Adam ‘Alaihissalam
daripada unsur-unsur Alam Khalaq iaitu tanah kering yang
dicampurkan air lalu menjadi tanah liat, kemudian Dia
menjadikan rupabentuk Hadhrat Adam ‘Alaihissalam dalam
keadaan yang sebaik-baik rupabentuk dengan TanganNya
Yang Mulia.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah memerintahkan
Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam turun ke Alam Khalaq melewati
langit dunia sehingga ke bumi untuk mendapatkan tanahtanah
yang tertentu dari bahagian-bahagian bumi yang
tertentu untuk membentuk jasad Hadhrat Adam
‘Alaihissalam di dalam Syurga.

Kejadian Hadhrat Adam ‘Alaihissalam adalah tanpa
bapa dan ibu, langsung diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dengan TanganNya. Setelah siap sempurna jasad
dibentuk, lalu Allah Subhanahu Wa Ta’ala meniupkan Ruh
Adam ‘Alaihissalam ke dalam jasadnya.

Apabila jasad yang diciptakanNya telah benar-benar
bersedia untuk menerima kemasukan Ruh, ianya dinamakan
Taswiyah yakni Dia menyediakan Jasad untuk menerima
kemasukan Ruh dan ketika Ruh itu ditiupkan ke dalam jasad
ianya dinamakan Nafakh. Ruh Adam ‘Alaihissalam adalah
terbit dari Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu
ditiupkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada Jasad
Adam ‘Alaihissalam. Setelah Allah Subhanahu Wa Ta’ala
meniupkan RuhNya ke jasad Adam ‘Alaihissalam, lalu
hiduplah dia serta diajarkan oleh Allah Subhanahu Wa
Ta’ala akan segala nama-nama benda yang mana Para
Malaikat pun tidak mengetahuinya lantas Allah Subhanahu
Wa Ta’ala berfirman kepada sekelian Para Malaikat agar
sujud kepada Adam ‘Alaihissalam.

Adapun sujud ini bukanlah bererti menyembah
Hadhrat Adam ‘Alaihissalam akan tetapi ianya bererti
menghormati dan memuliakannya serta menunjukkan
ketaatan terhadap perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala
terhadap Hadhrat Adam dan keturunannya. Kesemua Para
Malaikat di langit dan di bumi tunduk sujud kepada
Hadhrat Adam ‘Alaihissalam kecuali Iblis La’natullah ‘Alaih
kerana ia enggan mengakui Kekhalifahan Hadhrat Adam
‘Alaihissalam dan keturunannya kerana Takabur dan
merasakan dirinya adalah jauh lebih mulia dari Hadhrat
Adam ‘Alaihissalam.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan
manusia sebagai KhalifahNya di dunia bagi menyatakan
KebesaranNya. Walaubagaimanapun manusia itu bersifat
pelupa, dia lupa asal usulnya, lupa Tuhannya dan lupa
tanggungjawabnya sebagai Khalifah Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

Hakikat ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala nyatakan di
dalam Al-Quran pada Surah Al-Baqarah ayat 30 - 34 yang
bermaksud,

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Para
Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di muka bumi."

Mereka berkata: "Mengapa Engkau
hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan
membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,
Padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau
dan mensucikan Engkau?"

Tuhan berfirman: "SesungguhnyaAku mengetahui apa yang tidak
kamu ketahui."

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (bendabenda)
seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada
Para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepadaKu
nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orangorang
yang benar!"

Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang
kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan
kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka
nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya
kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman:
"Bukankah sudah Aku katakan kepadamu, bahwa
sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan
mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu
sembunyikan?"

Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat:
"Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka
kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk
golongan orang-orang yang kafir.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Surah
Al-Hijr ayat 28 – 31 yang bermaksud,

Dan ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada Para
Malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang
manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur
hitam yang diberi bentuk,
Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan
telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, Maka
tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.

Maka bersujudlah Para Malaikat itu semuanya bersamasama,
Kecuali Iblis, ia enggan ikut besama-sama (malaikat) yang
sujud itu.
Yang dimaksudkan dengan sujud pada ayat ini
bukanlah bererti menyembah, tetapi sujud sebagai suatu
tanda penghormatan. Iblis asalnya bernama Azazil dan
bukanlah dari golongan Malaikat sebaliknya dari golongan
Jin yang dijadikan dari api yang panas. Dia telah mentaati
Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehingga telah ditinggikan
darjatnya menjadi ketua Para Malaikat. Iblis merasakan
dirinya lebih baik dari Hadhrat Adam ‘Alaihissalam kerana
dia diciptakan dari api manakala Hadhrat Adam
‘Alaihissalam diciptakan dari tanah. Iblis bersifat takabur,
sombong dan kafir kerana itu dinamakannya sebagai Syaitan
lalu dia berusaha menyesatkan Hadhrat Adam ‘Alaihissalam
namun Allah sentiasa memelihara keimanannya.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah
Al-A’raf pada ayat 11 dan 12 yang bermaksud,

Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu
Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada
Para Malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka
merekapun bersujud kecuali Iblis, dia tidak termasuk mereka
yang bersujud.

Allah berfirman:
"Apakah yang menghalangimu untuk
bersujud (kepada Adam) di waktu aku menyuruhmu?"
Menjawab Iblis “Aku lebih baik darinya, Engkau telah
menciptakanku dari api dan Engkau menciptakannya dari
tanah.”

Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjadikan makhlukmakhlukNya
secara berpasang-pasangan, lalu
diciptakanNya Hadhrat Hawa ‘Alaihassalam dari tulang
rusuk Hadhrat Adam ‘Alaihissalam sebagai pasangan
baginya. Allah mengurniakan pasangan Hadhrat Adam dan
Hadhrat Hawa ‘Alaihimassalam dengan segala nikmat
kehidupan di Syurga namun Allah Subhanahu Wa Ta’ala
telah menetapkan suatu batas di mana mereka tidak
dibenarkan mendekati sebuah pohon yang mana jika mereka
ingkar akan mengakibatkan mereka berdua termasuk dalam
golongan orang-orang yang zalim.

Dengan kehendak Allah Subhanahu Wa Ta’ala,
Syaitan berupaya menggelincirkan ketaatan mereka lalu
keduanya dikeluarkan dari Syurga dan diturunkan ke bumi
sepertimana maksud firmanNya di dalam Surah Al-Baqarah
ayat 35 – 38:
Dan Kami berfirman:

 "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan
isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya
yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan
janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu
Termasuk orang-orang yang zalim.

Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari surga itu dan
dikeluarkan dari keadaan semuladan Kami berfirman:
"Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang
lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan
kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan."
Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari
Tuhannya, Maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya
Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Kami berfirman:
 "Turunlah kamu semuanya dari surga itu!
kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, Maka barang
siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada
kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih
hati".

Pohon yang dilarang Allah mendekatinya tidak dapat
dipastikan, sebab Al Quran dan Hadist tidak
menerangkannya. ada yang menamakan pohon Khuldi
sebagaimana tersebut dalam Surah Thaha ayat 120,
Kemudian Syaitan membisikkan pikiran jahat kepadanya,
dengan berkata:
"Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada
kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?"

Pohon itu dinamakan Syajaratul Khuldi (pohon
kekekalan), karena menurut Syaitan, orang yang memakan
buahnya akan kekal, tidak akan mati, pohon yang dilarang
Allah mendekatinya tidak dapat dipastikan, sebab Al-Quran
dan Hadits tidak menerangkannya. ada yang menamakan
pohon Khuldi sebagaimana tersebut dalam surat Taha ayat
120, tapi itu adalah nama yang diberikan Syaitan.
Adam dan hawa dengan tipu daya syaitan memakan
buah pohon yang dilarang itu, yang mengakibatkan
keduanya keluar dari surga, dan Allah menyuruh mereka
turun ke dunia. yang dimaksud dengan syaitan di sini ialah
Iblis yang disebut dalam surat Al Baqarah ayat 34,

Dan ingatlah, ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat:
"Sujudlah kamu kepada Adam,"

Maka sujudlah merekakecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan
adalah ia Termasukgolongan orang-orang yang kafir.
Sujud di sini berarti menghormati dan memuliakan
Adam, bukanlah berarti sujud memperhambakan diri,
karena sujud memperhambakan diri itu hanyalah sematamata
kepada Allah. Maksud Keadaan semula ialah
kenikmatan, kemewahan dan kemuliaan hidup dalam surga.

Tentang beberapa kalimat (ajaran-ajaran) dari Tuhan
yang diterima oleh Adam sebahagian ahli tafsir
mengartikannya dengan kata-kata untuk bertaubat. Namun
kebanyakan manusia di kalangan anak cucu Adam itu
adalah orang-orang kafir yang mendustakan Ayat-Ayat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan melupakan tentang hakikat
asal-usul kejadiannya kerana tertipu dengan hasutan Syaitan
dan bisikan Hawa Nafsu.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman pada Surah Al-
Baqarah ayat 39 yang maksudnya,

Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan Ayat-
Ayat Kami, mereka itu penghuni Neraka, mereka kekal di
dalamnya.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah mengurniakan
Hadhrat Adam ‘Alaihissalam dengan ilmu pengetahuan dan
kebijaksanaan. Begitulah juga dengan sekelian anak cucu
Hadhrat Baginda Adam ‘Alaihissalam, mereka di kurniakan
dengan kebijaksanaan untuk mengetahui tentang berbagai
macam ilmu pengetahuan dan sesungguhnya segala ilmu
pengetahuan itu adalah dari Allah juga datangnya.
Sepertimana Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah
mengajarkan Hadhrat Adam ‘Alaihissalam dengan
pengetahuan dan kefahaman begitulah juga tindakan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala terhadap sekelian anak cucu Hadhrat
Adam ‘Alaihisalam.

 Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala
telah memerintahkan sekelian Para Malaikat untuk sujud
kepada Hadhrat Adam ‘Alaihissalam. Begitulah juga dengan
sekelian anak cucu Hadhrat Adam ‘Alaihissalam sehingga ke
Hari Qiyamat, Allah Ta’ala telah perintahkan Para Malaikat
itu untuk menunaikan segala keperluan dan hajat mereka
seperti petunjuk hidayah, rezeki, keselamatan, hujan, udara,
doa dan sebagainya, bagi melaksanakan tanggungjawab
menyempurnakan segala keperluan Hadhrat Adam
‘Alaihissalam dan anak cucunya.

Tiada ulasan: