Catatan Popular

Ahad, 4 November 2012

TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 11 : (BAH 1) LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMELIHARA IMAN KITA

Iman itu boleh bertambah dan berkurang. Malahan iman itu boleh dihinggapi penyakit. Firman Allah yang mafhumnya:  

"Di dalam hati mereka ada penyakit." (Al-Baqarah: 10)

Hakikat bertambahnya iman seseorang dinyatakan oleh al-gur'an sebagai berikut

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka." (Al-Anfal: 2) 

"Adapun orang-orang yang beriman maka surah ini menambah imannya." (At-Taubah: 124)

"Dan tatkala orang-orang mu'min melihat tentera-tentera Ahzab, mereka berkata: 'Inilah yang dyanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita'. Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan penyerahan." (A1-Ahzab: 22)

Oleh itu setiap mu'min hendaklah sentiasa berusaha agar imannya sentiasa bertambah dan berjaga-jaga daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesejahteraan imannya.
Beberapa langkah utama yang mesti dijaga oleh setiap mu'min untuk menjaga kesejahteraan imannya adalah seperti berikut:

1.     Menuntut 'Ilmu
Orang yang mencari 'ilmu untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan hidup untuk Hari Kemudian dan bemiat untuk mencari keredhaan Allah semata-mata, maka ia termasuk dalam golongan orang-orang yang bakal memperolehi keselamatan dan kejayaan. 
Imam al-Ghazzali menyatakan:
"Yang paling utama sekali adalah waktu kamu digunakan untuk menambah 'ilmu yang berguna dan bermanfa'at terhadap din, iaitu 'ilmu yang dapat menghantar kamu menuju ketaqwaan kepada Allah, membuka kesedaran kamu untuk menyaksikan segala keburukan yang terdapat di dalam dirimu. Memperdalamkan ma'rifat terhadap 'ibadah kepada Allah. Mengurangkan hasrat kamu yang berlebih-lebihan terhadap dunia dan menambah keterlibatan dirimu terhadap kehidupan di akhirat kelak.
'Ilmu ini dapat membuka lebar mata hatimu terhadap cacat cela segala macam 'aural perbuatanmu, sehingga kamu dapat menjaga jangan sampai berulang lagi perbuatan yang buruk, malah membuat kamu lebih berwaspada dan berhati-hati terhadap godaan-godaan syaitan dan tipu dayanya."

2.    Menta'ati Perintah Allah
Ta'at itu maksudnya ialah menurut atau patuh kepada peraturan­peraturan dan ketentuan-ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Perintah-perintah Allah itu terdiri dari 'aural-'aural yang wajib dan yang sunat.
'Aural-'aural yang wajib adalah merupakan 'aural pokok yang paling penting bagi menggerakkan setiap urusan serta membawa manusia ke jalan yang selamat dan bahagia. 'Aural-'aural yang sunat pula merupakan keuntungan yang memberikan dan mengangkat darjat kepada kejayaan dan kemuliaan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Allah berfiman: Siapa pun belum dapat disebut telah mendekat­kan diri kepadaKu kerana telah menunaikan semua perintah yang fardu sahaja, tetapi seorang hamba baru dapat disebut mendekat­kan (taqarrub) diri kepadaKu dengan mengerjakan perintah­perintah yang sunat sehingga akhimya Aku akan mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya maka Akulah telinga yang dengannya ia mendengar, mata yang dengannya ia melihat, lidah yang dengannya dia berkata-kata, tangan yang dengannya ia lakukan setiap usahanya dan kaki yang dengannya bagi tiap langkahnya."

Dalam menta'ati perintah Allah seseorang mu'min mestilah menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah difardhukan kepada­nya seperti solat, puasa di bulan Ramadan, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat.
Demi untuk memastikan keempat-empat fardhu ini hidup di dalam dirinya hendaklah ia menyeru manusia kepada pelaksanaannya serta melarang manusia dari mengabaikannya. Usaha ini dinamakan sebagai 'amru bil ma'ruf wa nahu 'anil mungkar. Oleh itu sekiranya tugas ini tidak dilaksanakan dengan sempuma, maka menjadi kewajipan kepadanya untuk melaksanakannya.
Di samping melakukan perkara-perkara yang fardhu, seorang mu'min itu hendaklah meningkatkan dirinya bagi melaksanakan amalan-amalan yang sunat. amalan-amalan yang sunat ini begitu luas ruang lingkupnya. Oleh itu perkara yang paling penting dalam melaksanakan amalan-amalan sunat ini hendaklah ia berdasarkan petunjuk-petunjuk dari surmah Rasulullah s.a.w.

3.     Menjauhi Maksiat
Seorang mu'min itu juga mestilah menjauhi dirinya dari maksiat. Memandang berat terhadap dosa-dosa besar, berwaspada terhadap dosa-dosa kecil dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhinya.
Imam al-Ghazzali memberi peringatan:

"Di dalam tuntutan din terdapat dua perkara yang sangat penting untuk diperhatikan : Pertama, meninggalkan dan menjauhi segala sesuatu yang dilarang dan diharamkan. Kedua, berbuat ta'at dan menunaikan segala perintah, ber'ibadah dan berbakti kepada Allah.

Di antara keduanya itu, menjauhi segala yang dilarang dan diharamkan itu adalah sesuatu hat yang terlalu berat; kerana keta'atan metaksanakan perintah-perintah Allah memang mampu dilaksanakan, tetapi meninggalkan dan menjauhi apa yang dilarang dan diharamkan itu, dada yang mampu kecuati orang­orang yang benar." 

Untuk menjadikan iman jauh dari pengaruh maksiat hendaklah seseorang muslim itu menjaga adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana kebiasaannya syaitan itu menyerang manusia dari pintu-pintu yang terlemah di dalam dirinya. Oleh itu hendaklah ia membentengi dirinya dari serangan­serangan syaitan

Tiada ulasan: