Muqaddimah
Al-Qur'an menjelaskan hakikat ini yang mafhumnya:
Setiap manusia mempunyai kepercayaannya masing-masing. Kepercayaan-
kepercayaan itu pula mempunyai sumber-sumbemya. Manusia menyandarkan
kepercayaannya kepada sumber-sumber tersebut. Sumber-sumber tersebut menjadi
rujukan dalam manusia menetapkan jalan kehidupan mereka. Daripada kepercayaan
ini yang berlandaskan kepada sesuatu sumber tertentu, maka terbitlah sikap dan
tindakan-tindakan manusia dalam kehidupan ini.
Bagi kaum muslimin kepercayaan
mereka ialah 'aqidah Islam dan sumbernya bersifat rabbani. Sistem kepercayaan
yang berdasarkan kepada sumber rabbani yang sahih inilah yang membezakan di
antara Islam dengan sistem-sistem keagamaan dan ideologi-ideologi yang ada di
dunia. Pegangan dan sumber ini jugalah yang membezakan di antara orang-orang
yang beriman dengan golongan-golongan kafir. Malahan identiti dan keperibadian
muslim yang sebenar adalah terletak kepada sejauh mana ia membezakan dirinya
daripada golongan-golongan kafir dengan hanya berpegang kepada sumber yang
sahih ini.
Keistimewaan manusia di atas
makhluk yang lain ialah manusia dianugerahkan aqal. Akal merupakan daya yang kuat bagi manusia memikir
dan menilai serta memilih. Dengan kekuatan akal manusia dapat mencapai
berbagai-bagai kemajuan dalam kehidupan mereka. Tetapi pada hakikat yang
sebenar, kemampuan akal ada batasnya dan tahap pencapaian serta penerokaannya
ada penghujungnya.
Akal
manusia dapat menjangkau sesuatu yang ada di sekelilingnya tetapi terbatas
dalam menentukan apa yang ada pada dirinya sendiri. Demikian juga akal manusia
dapat menggambarkan hasil dan kesudahan terhadap sesuatu yang diusahakan oleh
tangannya tetapi terbatas dalam menggambarkan kesudahan terhadap dirinya
sendiri kerana ia sendiri dicipta oleh suatu kuasa yang ia tidak terdaya
menggambarkan zat-Nya.
Pada tahap kebuntuan akal dan
terhentinya keupayaan jangkauannya, Islam menetapkan bahawa manusia dan wahyu
adalah satu fenomena yang tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain.
Malah di dalam Islam, sejarah wahyu adalah sebaya dengan sejarah manusia
sendiri. Al-Qur'an menjelaskan hakikat ini yang mafhumnya:
"Kami berfirman: '"Turunlah kamu dari syurga
ini. Kemudian jika datang hidayahKu kepada kamu, maka barangsiapa yang
mengikuti hidayahKu, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak
(pula) mereka bersedih hati." (Al-Baqarah: 38)
Allah
menjelaskan juga bahawa hubungan manusia dari berbagai umat dan zaman melalui
rasul-rasul-Nya. Dasar hubungan mereka adalah sama, iaitu dengan wahyu Allah
kepada rasul-rasul tersebut.
Firman
Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Kami
telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada
Nuh dan nabi-nabi kemudiannya, dan Kami telah memben:kan wahyu (pula) kepada
Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, 'Isa, Ayyub, Harun dan
Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud. Dan (Kami telah mengutus)
rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu,
dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah
telah berbicara kepada Musa dengan langsung. (Mereka Kami utuskan) selaku
rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar tidak ada alasan
bagi manusia membantah Allah sesudah diutuskan rasul-rasul itu. Dan Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana." (A1-Nisa': 163-165)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan