Di antara bukti keaslian sumber tasawuf Islam ialah golongan ahli Suffah
yang mempunyai kesan dan pengaruh yang kuat kepada kehidupan rohaniah Islam
umumnya dan gerakan tasawuf khususnya, sehingga setengah dari penyelidik telah
menghubungkan asal punca istilah ‘tasawuf’ dan ‘sufi’ dengan golongan ahli
Suffah.
Sebab golongan ini diberi gelaran ahli Suffah ialah kerana kemiskinan dan kefakiran mereka yang terdiri dari kaum Muhajirin dan juga Ansar. Mereka datang menemui Rasulullah di Madinah, tanpa keluarga dan harta lalu dibuatkan tempat atau (suffah) di belakang Masjid Madinah. Di tempat inilah mereka menumpukan diri kepada Allah, beriktikaf dan beribadah, bersungguh melatih jiwa mereka untuk zuhud dan kesajaan cara hidup, mengenepikan segala hiasan hidup dunia dengan memberikan penumpuan dalam bidang ilmu. Golongan mereka adalah ramai. Bilangan mereka pernah dicatitkan melebihi 300 orang.
Di antaranya ialah Abu Hurairah r.a., Khabab bin
al-Harith, Salman al-Farisi, Abu Sa’id al-Khadri, Abu Barzah al-Aslami, Suhayb
bin Sa nan, Ammar bin Yasir, Abdullah bin Mas’ud, Sa’d bin Ali Waqqas, Uqbah
bin Amir, Wabisah bin Ma’bad al-Juhani, Abu Dharr al-Ghiffari, Tamim al-Dari
dan lain-lain.
Golongan ini telah diabadikan di dalam al-Quran
melalui beberapa ayat seperti ayat 274 dalam surah al-Baqarah, ayat 28 Surah
al-Khaf dan ayat 52 dalam Surah al-An’am. Rasulullah s.a.w. mengasihi mereka,
belas kasihan serta mengumpulinya. Rasulullah makan bersama-sama dan
menggalakkan para sahabat menyedari dan mengenali kelebihan mereka. Jika
Rasulullah berada bersama mereka dalam suatu majlis baginda tidak akan bangun
sebelum mereka bangun meminta diri. Jika berjabat tangan baginda tidak menarik
tangannya sebelum mereka melepaskan tangannya terlebih dahulu. Setiap sedekah
yang diserahkan atau hadiah yang diberikan kepada Rasulullah mereka tidak
dilupakan untuk sama-sama mendapat habuannya.
Ahli bait mengikuti jejak Rasulullah s.a.w. dan
melayani mereka sebagaimana Rasulullah s.a.w. telah melayaninya seperti Saidina
al-Abbad, ‘Uqayl, al-Hassan dan al-Husayn. Menurut al-Hassan bin Ali dan
Abdullah bin Ja’afar bahawa mencintai mereka termasuk dalam kesempurnaan agama,
dan bergaul dengan mereka adalah tanda kemuliaan. Mereka ini sentiasa mendekati
golongan ini untuk mengambil sinar panduan dari akhlak dan adab kesopanan,
serta juga ilmunya.
Abu Hurairah merupakan sahabat dari ahli Suffah
yang paling terkanan. Beliaulah yang menjadi perantaraan antara Rasulullah
dengan ahli Suffah. Kitab-kitab tasawwuf banyak menceritakan tentang
kezuhudannya, dan kesahajaan cara hidupnya, dan kefakirannya, dan banyak
dihiasi dengan kata-katanya yang menunjukkan bahawa aliran hidup kerohanian itu
adalah berpunca dari Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya, terutamanya dari
golongan ahli Suffah.
Sikap Rasulullah s.a.w. dan tindakannya yang
sedemikian itu, juga diikuti oleh ahli-ahli Bait serta para sahabatnya adalah
membuktikan keharusan adanya suatu golongan yang menyerahkan seluruh dirinya
untuk mengabdi kepada Allah, menjalani hidup kerohanian secara lebih khusus dan
tulen, yang tergambar dalam dua fenomenanya yang paling jelas, kezuhudan hidup
di dunia dan penumpuannya hanya untuk beribadah, membaca, memahami dan
mempelajari kitab al-Quran.
Pernah beberapa orang daripada mereka mengadu
kepada Rasulullah s.a.w. kerana perutnya sudah lama tidak merasa buah kurma
sedangkan bangkai pula adalah haram di sisi agama. Baginda menjelaskan bahawa
kurma adalah makanan orang Madinah. Mereka telah menghulurkan kepada kami, dan
kami telah menghulurkan pula kepada kamu. Demi yang jiwa Muhammad berada dalam
genggamannya, bahawa sejak sebulan dua ini tidak kelihatan asap kebakaran roti
dari rumah Rasulullah s.a.w.
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. seolah-olah
menyatakan rasa simpatinya, dan simpatinya, dan Rasulullah tidak dapat pula
menyampaikan hajat dari aduannya. Namun demikian Rasulullah s.a.w. tidak menyuruh
mereka keluar dari masjid untuk bekerja atau berniaga.
Hadith ini tidak bertentangan dengan apa yang
diriwayatkan dari Saidina Umar r.a. yang melihat sekumpulan orang di Masjid
lalu diperintahkannya supaya bekerja, kerana para sahabat termasuklah Saidinan
Umar sendiri tidak menentang sikap dan tindakan Rasulullah s.a.w. Oleh kerana
itu tindakan Umar r.a. itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan wajar manakala
diketahuinya tidak mengikut jejak golongan ahli Suffah, tetapi kerana tujuan
lain, seperti kerana kemalasan, lari dari tanggungjawab, mengharapkan orang
ramai dan lain-lain yang seumpamanya.
Kesimpulannya
bahawa tasawuf Islam adalah bersumberkan dan berteraskan Islam sendiri. Lahir
bersama-sama kelahiran Islam. Tegasnya tasawwuf Islam bertunggakan al-Quran,
Sunnah Rasulullah s.a.w. dan kata-kata serta perjalanan para sahabat Rasulullah
terutama dari golongan ahli Suffah, seterusnya dari perjalanan hidup golongan
yang mengikut jejak langkah Rasul dan sahabat dalam maqam Ihsan yang berterusan
sepanjang zaman, bukanlah seperti yang ditonjol-tonjolkan atau dida’yahkan dari
sumber orientalis dengan segala kebolehan dan keupayaan yang mengatakan dari
sumber India, Parsi, Kristian dan Yunani.
Pendapat yang
menyatakan bahawa ia berasal dari perkataan al-Suffah iaitu bahagian belakang
dari Masjid Rasulullah s.a.w. di Madinah. Di sinilah tempat kediaman para
mukmin yang fakir dan hidup terlalu zuhud, tidak mempunyai keluarga jauh sekali
rumah kediaman. Ada yang menganggarkan bilangan ahli Suffah di dalam masjid ini
kira-kira 400 orang. Terkadang mereka ini juga terpaksa bekerja mencari rezeki,
tetapi pekerjaannya tidak sekali-sekali mengabaikan atau melalaikan tugas
mereka untuk menunaikan kewajipan yang dirasakan lebih penting dan lebih berhak
dicintai oleh Allah. Golongan inilah yang telah dicatitkan kisahnya oleh Allah
di dalam al-Quran: Bagi mereka yang fakir yang terhalang dari pergi berjuang ke
medan perang Fi-Sabilillah, kerana tidak termampu dan terdaya untuk pergi
mengembara di bumi.
Pendapat ini membayangkan
usaha untuk mengembalikan gejala-gejala ketasawufan ke zaman rasulullah s.a.w.
dan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah mengakui akan cara dan
perjalanan hidup ahli Suffah, seperti kekafiran, pengasingan diri, tajarrud dan
tawakkal sebagaimana yang dibayangkan oleh seorang tokoh sufi al-Syahrawardi:
Mereka telah berkumpul di Masjid Madinah. Seperti golongan sufi, mereka
berhimpun dan berkumpul sejak zaman dulu hingga sekarang di bilik-bilik atau di
surau-surau, jarang berusaha dan bekerja atau berniaga. Rasulullah s.a.w.
sendiri menggalakkan kaum muslimin supaya meringankan beban dan perasaan
mereka, dengan cara makan bersama-sama, mengumpuli dan mencampuri mereka.
Di antara bukti
keaslian sumber tasawuf Islam ialah golongan ahli Suffah yang mempunyai kesan
dan pengaruh yang kuat kepada kehidupan rohaniah Islam umumnya dan gerakan
tasawuf khususnya, sehingga setengah dari penyelidik telah menghubungkan asal
punca istilah ‘tasawuf’ dan ‘sufi’ dengan golongan ahli Suffah.
Sebab golongan ini
diberi gelaran ahli Suffah ialah kerana kemiskinan dan kekafiran mereka yang
terdiri dari kaum Muhajirin dan juga Ansar. Mereka datang menemui Rasulullah di
Madinah, tanpa keluarga dan harta lalu dibuatkan tempat atau (suffah) di
belakang Masjid Madinah. Di tempat inilah mereka menumpukan diri kepada Allah,
beriktikaf dan beribadah, bersungguh melatih jiwa mereka untuk zuhud dan
kesajaan cara hidup, mengenepikan segala hiasan hidup dunia dengan memberikan
penumpuan dalam bidang ilmu. Golongan mereka adalah ramai. Bilangan mereka
pernah dicatitkan melebihi 300 orang.
Di antaranya ialah
Abu Hurairah r.a., Khabab bin al-Harith, Salman al-Farisi, Abu Sa’id al-Khadri,
Abu Barzah al-Aslami, Suhayb bin Sa nan, Ammar bin Yasir, Abdullah bin Mas’ud,
Sa’d bin Ali Waqqas, Uqbah bin Amir, Wabisah bin Ma’bad al-Juhani, Abu Dharr
al-Ghiffari, Tamim al-Dari dan lain-lain.
Golongan ini telah
diabadikan di dalam al-Quran melalui beberapa ayat seperti ayat 274 dalam surah
al-Baqarah, ayat 28 Surah al-Khaf dan ayat 52 dalam Surah al-An’am. Rasulullah s.a.w. mengasihi mereka, belas
kasihan serta mengumpulinya. Rasulullah makan bersama-sama dan menggalakkan
para sahabat menyedari dan mengenali kelebihan mereka. Jika Rasulullah berada
bersama mereka dalam suatu majlis baginda tidak akan bangun sebelum mereka
bangun meminta diri. Jika berjabat tangan baginda tidak menarik tangannya
sebelum mereka melepaskan tangannya terlebih dahulu. Setiap sedekah yang
diserahkan atau hadiah yang diberikan kepada Rasulullah mereka tidak dilupakan
untuk sama-sama mendapat habuannya.
Ahli bait mengikuti jejak Rasulullah s.a.w. dan
melayani mereka sebagaimana Rasulullah s.a.w. telah melayaninya seperti Saidina
al-Abbad, ‘Uqayl, al-Hassan dan al-Husayn. Menurut al-Hassan bin Ali dan Abdullah
bin Ja’afar bahawa mencintai mereka termasuk dalam kesempurnaan agama, dan
bergaul dengan mereka adalah tanda kemuliaan. Mereka ini sentiasa mendekati
golongan ini untuk mengambil sinar panduan dari akhlak dan adab kesopanan,
serta juga ilmunya.
Abu Hurairah merupakan sahabat dari ahli Suffah
yang paling terkanan. Beliaulah yang menjadi perantaraan antara Rasulullah
dengan ahli Suffah. Kitab-kitab tasawwuf banyak menceritakan tentang
kezuhudannya, dan kesahajaan cara hidupnya, dan kefakirannya, dan banyak
dihiasi dengan kata-katanya yang menunjukkan bahawa aliran hidup kerohanian itu
adalah berpunca dari Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya, terutamanya dari
golongan ahli Suffah.
Sikap Rasulullah s.a.w. dan tindakannya yang
sedemikian itu, juga diikuti oleh ahli-ahli Bait serta para sahabatnya adalah
membuktikan keharusan adanya suatu golongan yang menyerahkan seluruh dirinya
untuk mengabdi kepada Allah, menjalani hidup kerohanian secara lebih khusus dan
tulen, yang tergambar dalam dua fenomenanya yang paling jelas, kezuhudan hidup
di dunia dan penumpuannya hanya untuk beribadah, membaca, memahami dan
mempelajari kitab al-Quran.
Pernah beberapa orang daripada mereka mengadu
kepada Rasulullah s.a.w. kerana perutnya sudah lama tidak merasa buah kurma
sedangkan bangkai pula adalah haram di sisi agama. Baginda menjelaskan bahawa
kurma adalah makanan orang Madinah. Mereka telah menghulurkan kepada kami, dan
kami telah menghulurkan pula kepada kamu. Demi yang jiwa Muhammad berada dalam
genggamannya, bahawa sejak sebulan dua ini tidak kelihatan asap kebakaran roti
dari rumah Rasulullah s.a.w.
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. seolah-olah
menyatakan rasa simpatinya, dan simpatinya, dan Rasulullah tidak dapat pula
menyampaikan hajat dari aduannya. Namun demikian Rasulullah s.a.w. tidak
menyuruh mereka keluar dari masjid untuk bekerja atau berniaga.
Hadith ini tidak bertentangan dengan apa yang
diriwayatkan dari Saidina Umar r.a. yang melihat sekumpulan orang di Masjid
lalu diperintahkannya supaya bekerja, kerana para sahabat termasuklah Saidinan
Umar sendiri tidak menentang sikap dan tindakan Rasulullah s.a.w. Oleh kerana
itu tindakan Umar r.a. itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan wajar manakala
diketahuinya tidak mengikut jejak golongan ahli Suffah, tetapi kerana tujuan
lain, seperti kerana kemalasan, lari dari tanggungjawab, mengharapkan orang
ramai dan lain-lain yang seumpamanya.
Kesimpulannya
bahawa tasawuf Islam adalah bersumberkan dan berteraskan Islam sendiri. Lahir
bersama-sama kelahiran Islam. Tegasnya tasawwuf Islam bertunggakan al-Quran,
Sunnah Rasulullah s.a.w. dan kata-kata serta perjalanan para sahabat Rasulullah
terutama dari golongan ahli Suffah, seterusnya dari perjalanan hidup golongan
yang mengikut jejak langkah Rasul dan sahabat dalam maqam Ihsan yang berterusan
sepanjang zaman, bukanlah seperti yang ditonjol-tonjolkan atau dida’yahkan dari
sumber orientalis dengan segala kebolehan dan keupayaan yang mengatakan dari
sumber India, Parsi, Kristian dan Yunani.
Sifat-Sifat Kerohanian Ahli Suffah
Daripada apa yang telah dinyatakan dalam kebanyakan kitab, konsep tasawuf
dalam Islam mengandungi beberapa pendekatan yang bertujuan untuk menghampirkan
diri kepada Allah. Di antaranya ialah pendekatan spiritual yang
menekankan kebersihan jiwa raga seluruhnya daripada segala rupa bentuk
kekotoran atau unsur-unsur riya’, sombong dan takabbur, pendekatan yang
menumpukan perhatian kepada konsep keindahan akhlak dan budi pekerti.
Konsep tasawuf juga mengandungi
pendekatan fizikal yang dikombinasikan dengan pendekatan spiritual sebagai
usaha sama untuk membentuk kekuatan pada diri seseorang.
Abdullah bin Ali At-Thusi[1] telah
menghuraikan tentang siapakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ahli tasawuf
di mana terdapat lima unsur yang diutarakan iaitu:
Pertama: Al-Ilmu:
Iaitu ilmu yang berpandukan kepada
akidah dan syariat Islamiyyah yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah,
yang dapat menggerakkan perasaan hati untuk betaut dengan Ilahi agar mereka
dapat menilai kebenaran dan kebatilan.
Kedua: Al-Amal
Iaitu mempraktikkan atau
melaksanakan ilmu tersebut dengan amalan-amalan yang berpandukan kepada sunnah
Rasulullah s.a.w. tanpa terkeluar sedikitpun dari batas sempadan yang
digariskan oleh syariat.
Ketiga: Al-Tahkiq
Iaitu beramal dengan ilmu yang
disuruh oleh Allah S.W.T. dengan melahirkan sifat yang tegas dan mewujudkan
perasaan nikmat terhadap amalan yang dilakukan.
Keempat: Al-Wajd
Iaitu melahirkan perasaan cinta dan
sukacita terhadap ketegasan diri dan keteguhan jiwa yang tersemat di celah-celah
dinding hati sanubari dan jiwa nurani.
Kelima: Al-Fana’
Iaitu tenggelam di dalam lautan
musyahadah dan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. tanpa timbul sedikitpun
perasaan ragu dan syak wasangka.
Nilai-Nilai Kerohanian Dan
Unsur-Unsur Tasawuf Yang Dinisbahkan Kepada Ahli Suffah.
1. Zuhud
Kehidupan zuhud adalah suatu
kehidupan yang ingin mencari keredhaan Ilahi dengan memilih konsep
kesederhanaan di dalam kehidupan sebagai suatu alternatif dan meninggalkan
segala rupa bentuk kemewahan duniawi yang menghiasi warna kehidupan.
Kehidupan zuhud
dapat mencetuskan sifat-sifat kemanisan semasa melakukan ibadat kepada Allah
S.W.T. dan dapat menambahkan lagi kelazatan iman dalam kehidupan.
Di dalam sepotong hadis Rasulullah
s.a.w. telah member penjelasan tentang siapakah yang yang dikatakan orang yang
zuhud di jalan Allah.
Maksudnya:
“Orang yang
zuhud di dunia itu bukanlah mereka yang mengharamkan yang halal dan bukan pula
mereka membuang segala harta benda, tetapi yang dimaksudkan dengan zuhud di
dunia bahawa tidaklah apa yang kamu miliki itu lebih kamu yakin terhadap apa
yang ada pada Allah dan pahala musibah yang menimpa kamu lebih kamu sukai
sekiranya dikekalkan kepada kamu.”
Di antara tujuan Islam menganjurkan kepada kehidupan zuhud kepada umat
Islam ialah:
·
Optimis Hanya Kepada Allah
Pergantungan hidup manusia mestilah
hanya kepada Allah semata-mata walau di dalam apa jua keadaan sekalipun sama
ada dalam keadaan susah ataupun senang dan tidak kira pula di mana mereka
berada, sama ada dalam pondok yang usang atau di dalam mahligai yang indah,
mereka hendaklah bergantung kepada Allah.
Firman Allah:
Maksudnya:
“ Katakanlah:
"Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni
dosa-dosa[1314] semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (Az-Zumar:53)
·
Sederhana Dalam Kehidupan
Konsep kezuhudan telah menganjurkan
cara kehidupan yang sederhana yang tidak melampaui batas-batas sempadan yang
telah digariskan oleh syariat. Ianya berkaitan dengan erti sebenar kehidupan.
Abu Hurairah
r.a. telah meriwayatkan sepotong hadis dan Rasulullah s.a.w. bahawa
Maksudnya:
“Bukanlah
kekayaan itu diukur dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenar
ialah kaya jiwa”.
·
Menerima Apa Yang Ada
Kehidupan zuhud mengajar umat Islam
erti kehidupan yang sebenar, mengajar mereka erti memadai dengan apa yang ada,
erti mencakupi dengan apa yang yang dikurniakan oleh Allah dan tidak meminta-minta
dari orang lain untuk menagih simpati atau belas kasihan.
Firman Allah:
Maksudnya:
“Dan orang-orang
yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula)
kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian".
·
Bencikan Dunia Cintakan Akhirat
Apa yang dimaksudkan dengan bencikan dunia bukan bererti membuang
terus segala harta benda atau segala kekayaan ataupun segala kemewahan hidup,
tetapi apa yang dimaksudkan dengan bencikan dunia ialah terlalu ghairah
memperbanyakkan timbunan harta kekayaan sehingga lupa kepada tanggungjawab diri
dan lupa untuk berjuang di jalan Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Janganlah kamu berlumba mengumpulkan harta kekayaan
nanti kamu cinta kepada dunia”. (Riwayat
At-Turmizi)
2. Takwa
Takwa ertinya takut kepada Allah di dalam apa jua keadaan sekalipun dan
meletakkan perasaan hati sentiasa tunduk dan akur terhadap tuntuan Allah.
Firman Allah:
Maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman,
bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah
sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”.
3. Takut
Ertinya melahirkan perasaan gerun di lubuk hati terhadap kebesaran Ilahi.
Di kalangan hamba-hamba Allah terdapat segolongan daripada mereka yang
benar-benar takut kepada Allah yang mana mereka merupakan golongan ulama’.
Firman Allah:
Maksudnya:
“Dan
demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan
binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara
hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[1258]. Sesungguhnya
Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”.
(Fatir:28)
Perasaan takut dan gentar ketika
menghadapi sesuatu perkara merupakan suatu ujian terhadap keaguangan iman
seseorang yang menandakan watak keikhlasan; itu telah menguasai darah dagingnya
untuk menerus beramal dan berada dalam keadaan tersebut. Perasaan takut dan
gementar itu hanya wujud dalam hati mereka yang tidak mempunyai sifat-sifat
sombong dan bangga diri.
4. Sabar
Kesabaran ialah melahirkan
perasaaan tenang dalam hati sanubari ketika menghadapi penderitaan atau
kesusahan dan perasaan tersebut dapat dilihat melalui watak dan aksi kehidupan
yang dilalui. Kesabaran sangat diperlukan di dalam setiap aspek kehidupan
individu muslim, lebih-lebih lagi ketika menghadirkan diri untuk beribadat
kepada Allah supaya setiap amalan yang dilakukan itu tidak terlalu gelojoh bagi
mencapai suatu darjat yang tinggi atau maqam yang lebih tinggi.
Firman Allah taala:
“Hai orang-orang
yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu[99], Sesungguhnya
Allah beserta orang-orang yang sabar”.
(Al-Baqarah:
153)
Kesimpulan
Setiap ahli Suffah yang ingin mendapatkan kurniaan dari
Ilahi mestilah mengemukakan dalam diari kehidupannya manhaj rohani yang
bertujuan untuk memperkuatkan lagi keimanannya dan memperteguhkan lagi konsepsi
iman mereka supaya putus akibat datangnya unsur-unsur jahiliyyah.
Manhaj rohani itu akan bertindak
menghalang mana-mana unsur yang tidak sesuai dengan keimanan masuk ke dalam
tubuh badan, ia akan menapis segala apa jua bentuk atau pemikiran yan tiada
kaitan dengan syarat Ilahi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan