Iman dan
Hakikatnya
Oleh itu penggunaan kalimah iman di dalam al-Qur'an merangkumi dua pengertian asasi:
Iman
yang digambarkan oleh a1-Qur'an adalah hakikat, ia tidak terpisah dari realiti kehidupan manusia. Iman bukan semata-mata
peras atau sesuatu yang hanya tersembunyi di dalam jiwa sahaja. Tetapi iman
adalah hakikat yang tidak terpisah dengan semua kegiatan den kecergasan hidup.
Iman adalah hakikat yang mesti terjelma, tergambar dalam semua lapangan dan
bidang. Iman yang hanya terpendam dalam jiwa lebih merupakan dakwaan tak
terbukti. Ini adalah kerana sesuatu hakikat yang telah terukir dalam diri sudah
pasti akan mencorakkan gerak laku 'amah dalam hidup. Oleh itu penggunaan kalimah iman di dalam al-Qur'an merangkumi dua pengertian asasi:
3.1 Iman dengan Pengertian Membenarkan
Dalil-dalil
yang menunjukkan penggunaan iman sebagai tasdiq adalah seperti berikut, firman
Allah yang mafhumnya:
"Allah berfirman: Tidakkah kamu
membenarkan?. Jawab (Nabi Ibrahim): Bahkan, (aku membenarkan) tetapi supaya
hatiku tenang." (Al-Baqarah: 260)
"Aku beriman bahawasanya tiada ilah
melainkan Allah yang telah diimani oleh Bani Isra'il, dan aku termasuk dalam
golongan orang-orang Islam.” (Yunus: 17)
Rasul s.a.w telah menyimpulkan pengertian ini dalam
hadithnya yang mafhumnya:
"Yang
dikatakan iman itu ialah dengan engkau beriman ke a Allah, malaikat-Nya,
kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari giyamah dan engkau beriman bahawa qadar
baik dan jahat adalah daripada Allah.” (Bukhari )
3.2
Iman dengan Pengertian Amal atau Beriltizam dengan Amal
Di antara ayat al-Qur'an
yang menunj an penggunaan imah iman dengan pengertian amal ialah firman Allah
sewaktu menjawab soalan orang-orang Islam yang bertany : “Apakah kesudahan saudara-saudara kami yang telah mati
sedangkan mereka salat tidak berkiblatkan Ka'bah?” Hal ini berlaku setelah kiblat dipindahkan dari Baitul
Maqdis ke Ka'bah di Makkah. Untuk menjawab persoalan itu, Allah berFirman yang
mafhumnya:
“Dan Kami tidak menjadikan kiblat kamu
sekarang melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa
yang berlaku belot, dan sesungguhya (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat
kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan Allah tidak
akan mensia-siakan iman kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang kepada manusia.” (Al-Baqarah: 143)
Para 'ulama' telah mengatakan bahawa kalimah "iman
kamu" dalam ayat ini bererti "salat kamu". Dengan itu
ayat ini bererti: Dan Allah tidak akan mensia-siakan salat kamu yang terdahulu
sewaktu kamu berkiblat kepada Baitul Maqdis kerana Allah yang memerintahkan
kamu berbuat demikian ketika itu.
Rasulullah s.a.w jugs telah menunjukkan penggunaan
kalimah iman dalam pengertian amal. Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:
"Iman itu terbahagi kepada Iebih enam
puluh bahagian; yang paling tinggi ialah mengucap syahadah dan yang paling
rendah ialah membuang benda-benda yang boleh menyakitkan orang di jalan” (Muslim)
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w telah menamakan
semua amal Islam sebagai iman; mulai dari syahadah hinggalah kepada amal yang
paling kecil, iaitu membuang sesuatu yang boleh menyakitkan orang ramai di
jalan. Selain daripada itu terdapat banyak ayat al-Qur'an yang telah menghimpunkan
kedua-dua pengertian ini sewaktu Allah menerangkan sifat-sifat para mu'min.
Firman Allah yang
mafhumnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyaLah mereka
yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu,
mereka berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka; mereka itulah
orang yang benar (dalam dakwaan mereka).”(Al-Hujurat:
15)
Dengan itu
jelaslah bahawa iman seperti yang termaktub di dalam al qur'an dan al-Sunnah
mempunyai dua pengertian:
1.
Membenarkan khabar Allah
dan khabar Rasulullah s.a.w.
2.
Beriltizam teguh dengan
perintah-perintah yang telah diperintahkan Allah kepada mereka yang membenarkan
perkhabaran Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan