WEJANGAN KE 1 : GHAUS AL AZAM SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI
Wahai anak, nasihatilah dirimu sendiri kemudian nasihatilah
orang lain. Atas tanggunganmulah kekhususan dirimu, janganlah kamu melampaui
menasihati orang lain sedangkan di dalam dirimu masih ada sisa yang perlu untuk
diperbaiki.
Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujulah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan. Apabila kamu demikian maka akan berlimpah apa yang ditakdirkan dari kurnia dan anugerah-Nya sesuatu yang tidak baik kamu meminta dan mencita-citakannya.
Wahai anak, hendaklah kamu bertaqwa, hendaklah kamu memegangi batas-batas syara', menyelisihi hawa nafsu, syaitan dan teman-teman yang jahat. Seorang mukmin dalam memerangi hal itu kepalanya tidak terbuka dari topi baja, pedangnya tidak disarungkan dan punggung kudanya tidak lepas pelananya.
Wahai anak, dalam khalwatmu kamu memerlukan kewarakan yang mengeluarkan kamu dari maksiat-maksiat, ketergelinciran dan pengawasan yang mengingatkan kamu akan pandangan Allah swt kepadamu. kamu sangat memerlukan hal ini bersamamu di dalam khalwatmu, kemudian kamu memerlukan kepada peperangan hawa nafsu dan syaitan.
Wahai anak, tinggalkanlah hawa nafsu dari kamu, jadilah tanah di bawah tapak kaki kaum itu, debu di muka mereka.
Wahai anak , janganlah kamu bersama dengan hawa nafsu, tidak dengan dunia dan tidak dengan akhirat dan jangan kamu ikuti selain Allah, kerana kamu telah tiba di gudang yang tidak rosak selamanya.
Wahai anak, apabila penyakit datang kepadamu, maka hadapilah penyakit itu dengan penuh kesabaran dan tenanglah sehingga datang ubat. Apabila datang ubat maka hadapilah dengan rasa syukur.
Wahai anak, janganlah cita-citamu itu pada apa yang
kamu makan dan kamu minum, apa yang kamu pakai dan kamu nikah, apa yang kamu
diami dan apa yang kamu kumpulkan.
Maka hendaklah cita-citamu adalah Tuhanmu dan apa yang di sisi-Nya.
Maka hendaklah cita-citamu adalah Tuhanmu dan apa yang di sisi-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan