Catatan Popular

Rabu, 24 Oktober 2012

TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 1 : (BAH 4) PENGERTIAN KALIMAH SYAHADAH

Pengertian Kalimah Syahadah

Syahadah membawa erti: pengetahuan, penerangan, pengkhabaran dan pernyataan. Sebab itu orang yang bersyahadah dipanggil bersaksi, kerana dia mengkhabarkan atau memberitahu apa yang diketahui olehnya. 
Kalimah syahadah juga mengandungi pengertian ikrar, ftiraf, ftiqad; iaitu pengakuan, pengi'tirafan dan kepercayaan. Seseorang yang bersyahadah memang mempercayai akan kebenaran dan apa yang diperkhabarkannya.
Persaksian: "La ilaha illa Allah"-"tiada ilah melainkan Allah" merupakan bahagian pertama dari kalimah pengakuan keimanan, ia bermaksud tiada sesuatu pun yang layak ditujukan pengabdian melainkan Allah. 
Dalam kata-kata "la ilaha illa Allah" ini terdapat penafian dan penegasan atau ithbat. Yang dinafikan itu ialah tiap-tiap sesuatu daripada hakikat ketuhanan atau kedudukan sebagai tuhan yang lain daripada Allah. Adapun kata-kata illa Allah pula mengithbatkan hakikat ketuhanan Tuhan Yang Maha Esa lagi Tunggal, iaitu Allah. Perkataan ilah membawa beberapa pengertian yang saling melengkapi:

 Ilah Sebagai Tempat Tumpuan atau Matlamat Pengabdian

Dengan syahadah seseorang muslim itu mengakui bahawa tiada apa pun yang berhak disembah selain Allah. Allah sahajalah tempat peng'abdiannya dan tiada sesuatu yang lain. Firman Allah yang mafhumnya:
“Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan supaya kamu mendapat kemenangan.” (A1-Hajj: 77)
“Katakanlah: solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Semesta 'Alam. ” (Al-An'am: 162) 
“Dan tiada mereka diperintahkan kecuali menyembah (menta'ati) Ilah yang Esa yang tiada Rah melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya.” (At-Taubah: 31) 
Pengertian Allah sebagai tumpuan dan matlamat peng'abdian ialah seseorang muslim itu mestilah membentuk hidupnya agar berterusan berada di dalam 'ubudiyyah kepada Allah. Segala khidmat di dalam hidupnya adalah ditujukan untuk menta'ati perintah Allah. Dengan ini ia bererti bahawa seseorang muslim itu mesti menolak segala perkhidmatan yang bertentangan dengan kehendak Allah.

 

 Ilah Sebagai Tempat Perlindungan

Dengan syahadah seseorang muslim itu meyakini bahawa tidak ada sesiapa pun yang mampu memberi perlindungan selain daxipada Allah. Segala perlindungan yang diberikan oleh mana jua makhluq adalah bersifat sementara dan bergantung kepada keizinan-Nya. Allah bebas menarik keizinan-Nya pada bila-bila ketika yang dikehendaki-Nya. 
Firman Allah yang mafhumnya:
“Katakanlah: Aku berlindung pada Rabb manusia, Raja manusia, Ilah manusia.”  (An-Nas: 1-3)
“Dialah Rab timur dan barat, tiada Ilah melainkan Dia. Maka terimalah Dia sebagai pelindung.” (Al-Muzzammil: 9) 
Bersesuaian dengan hakikat ini timbullah keyakinan bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi manfa'at atau mudarat kepada manusia. 
Firman Allah yang mafhumnya:
“Katakanlah: Mengapa kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi.mu mudarat mahupun manfa'at?. Padahal Allah Yang Maha Mendengar Iagi Maha Mengetahui.” (Al-Ma’idah: 76)
Hasil dari keyakinan ini maka seseorang muslim itu akan membebaskan dirinya dari segala pautan ketakutan dan pengharapan yang lain dari Allah. 
Akibatnya luputlah rasa gentar terhadap sesiapa sahaja dari kalangan rnakhluk dalam ia melaksanakan perintah Allah. 
Seorang muslim yang menjadikan Allah sebagai Tempat Perlindungannya sentiasa menjadikan Allah sebagai sumber Pembantunya. Firman Allah yang mafhumnya:
"Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Aku sempurnakan ni'mat-Ku atas kamu dan supaya kamu mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 150) 
Dengan kalimah syahadah ini, seseorang muslim akan hanya menjadikan Allah sebagai tempat pergantungannya. Keimanan kepada Allah menjadikan jiwanya tenang dan bebaslah dirinya dari rasa keluh kesah dan perasaan takut. Akan tergolonglah ia di kalangan orang-orang yang disebut oleh Allah yang mafhumnya:
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada ketakutan pada mereka dan tidak pula mereka bersusah hati.” (Yunus: 62) 

 

Ilah Sebagai Tumpuan Kecintaan

Pengertian yang terkandung di dalam kalimah syahadah juga menuntut bahawa Allah adalah tumpuan kecintaan. Ini dijelaskan di dalam firman Allah yang mafhumnya: 
“Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri­ isteri dan kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan­ Nya. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasiq” (At-Taubah: 24) 
"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan  selain Allah; mereka menyintainya sebagai-mana mereka menyintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.” (Al-Baqarah: 165)
Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan merasakan kemanisan iman, Iaitu apabila Allah dan RasuI-Nya lebih dicintainya dari segala sesuatu. Apabila seseorang mengasihi seseorang lain kerana Allah. Dan apabila ia benci untuk kembali kufur sebagaimana bencinya ia sekiranya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Bukhari, Muslim)

 

 Ilah sebagai Pemberi Rezeki

Di sini syahadah menjelaskan satu hakikat yang nyata, iaitu Allah sahajalah yang memberi rezeki. Makhluq hanyalah sebagai pembawa dan penyampainya sahaja, bukan sumber dan tidak berupaya untuk menambah atau menguranginya walau sedikit pun. Firman Allah yang mafhumnya: 
“Hai manusia, ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu. Apakah ada pencipta setain Allah yang dapat memberi kamu rezeki dari Langit dan bumi?. Tiada Ilah selain Dia. Maka di manakah 'aqalmu?.” (Al-Fatir: 3) 
Yang dimaksudkan rezeki ialah segala apa yang didapati oleh manusia di-dunia ini, sama ada berupa benda, masa, kemudahan dan juga perkara-perkara seperti kesihatan dan keamanan, pendeknya segala ni'mat yang diberikan Allah. Firman Allah yang mafhumnya:
"Katakanlah: Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?.” (Al-Mulk: 30)
“Katakanlah: Bagaimana keadaan kamu jika Allah mencabut pendengaran kamu, dan penglihatan kamu serta menutup hati kamu ('aqal), apakah ada ilah selain Allah yang berkuasa mengembalikan kepada kamu?.” (Al-An’am: 46)
Seseorang muslim yang benar-benar memahami pengertian Ilah yang terkandung di dalam syahadah akan melepaskan dirinya dari sebarang pergantungan kepada selain dari Allah dalam mendapatkan rezekinya. Ia yakin bahawa segala sumber rezeki adalah dari Allah. 

 

 Ilah sebagai Sumber Perundangan

Persaksian: "Muhammad Rasul Allah" merupakan bahagian keduanya yang membawa pengertian bahawa pengabdian ini mestilah dilakukan berlandaskan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. 
Syahadah dengan Rasul bererti penerimaan terhadap kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dengan mengimani kerasulan Rasulullah s.a.w bahawa seseorang itu telah mengimani nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain, sekelian malaikat, semua kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah, Hari qiyamah serta juga qada' dan qadar, yang semuanya diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Demikian juga beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, bererti seseorang itu telah menerima segala Rukun Islam dan Rukun Iman yang dibawa olehnya dan juga seluruh daripada apa yang ada di dalam al-Qur'an dan hadithnya.
Seorang muslim yang dikatakan telah beriman ialah seorang yang benar­benar dapat rnemahami serta menghayati bukan sahaja di segi kata­sebutnya bahkan juga dari bisikan hatinya akan pengertian risalah yang dibawa oleh kalimah ini. Ini ialah kerana kesemua rukun-rukun Islam dan rukun-rukun Iman itu berasaskan kepada kalimah ini, dan punca segala ajaran ini adalah dari Allah melalui Rasul-Nya.

Tiada ulasan: