Di
antara perbuatan yang mencemari kemurnian
tauhid
ialah berjumpa dengan bomoh, dukun, pawang,
penilik
nasib atau sesiapa jua yang mendakwa mengetahui
ilmu-ilmu
ghaib.
Berjumpa
dengan orang yang mendakwa
mengetahui ilmu ghaib dapat mencemari
kemurnian tauhid
kerana pengetahuan tentang ilmu ghaib
hanya milik Allah
Subhanahu wa Ta‘ala. Apa yang dimaksudkan dengan ilmu
ghaib ialah pengetahuan yang tidak dapat
diperolehi
melalui deria manusia, seperti khabar yang
akan datang,
isi hati manusia dan peristiwa yang
tersembunyi.
Pengetahuan tentang ilmu-ilmu ini hanya
dimiliki oleh
Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana
firman-Nya:
Dan pada sisi Allah jualah anak
kunci
perbendaharaan segala yang
ghaib, tiada sesiapa
yang mengetahuinya melainkan
Dia-lah sahaja. [al-
An’aam 6:59]
Katakanlah: “Tiada sesiapapun di
langit dan
di bumi yang mengetahui perkara
yang ghaib
melainkan Allah!” [al-Naml 27:65]
Pengetahuan tentang ilmu ghaib juga tidak
diketahui oleh Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala menerangkan
hakikat ini:
Katakanlah (wahai Muhammad):
“Aku tidak
berkuasa mendatangkan manfaat
bagi diriku dan
tidak dapat menolak mudarat
kecuali apa yang
dikehendaki Allah.
Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara
yang ghaib, tentulah aku akan
mengumpulkan
dengan banyaknya benda-benda yang
mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak
ditimpa kesusahan.” [al-A’raaf
7:188]
Apa-apa
ilmu ghaib yang diketahui dan dikhabarkan
oleh
Rasulullah di dalam hadis-hadis baginda yang sahih
seperti kejadian pada akhir zaman,
kehidupan di alam
kubur, suasana Hari Akhirat dan
sebagainya, semua itu
adalah daripada apa yang dikhabarkan oleh
Allah kepada
baginda:
Tuhanlah sahaja yang mengetahui
segala
yang ghaib, maka Dia tidak
memberitahu perkara
ghaib yang diketahui-Nya itu
kepada sesiapapun;
melainkan kepada mana-mana Rasul
yang diredhai-
Nya (untuk mengetahui sebahagian
dari perkara
ghaib yang berkaitan dengan tugasnya). [al-Jin
72:26-27]
Oleh
itu sesiapa yang mendakwa dirinya
mengetahui ilmu ghaib, dia seorang
pendusta. Lebih dari
itu dia sebenarnya cuba menjadi sekutu
bagi Allah dengan
meletakkan dirinya sejajar dengan keilmuan
Allah
Subhanahu wa Ta‘ala.
Oleh kerana itulah Rasulullah shallallahu
'alaihi
wasallam melarang kita daripada mengunjungi orangorang
yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.
Seorang
sahabat, Muawiyah bin al-Hakam radhiallahu
'anh pernah
bertanya kepada Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam:
یَا رَسُولَ
اللَّھِ! أُمُورًا كُنَّا نَصْنَعُھَا فِي الْجَاھِلِیَّةِ
كُنَّا نَأْتِي الْكُھَّانَ. قَالَ: فَلاَ تَأْتُوا الْكُھَّانَ.
“Wahai Rasulullah! Ada perkara
yang kami
lakukan semasa zaman Jahiliyyah
(seperti)
mengunjungi orang yang mendakwa
mengetahui
ilmu ghaib.” Rasulullah
menjawab: “Jangan
mengunjungi orang yang mendakwa
mengetahui
ilmu ghaib.”
Dalam
hadis di atas, orang yang mendakwa
mengetahui
ilmu ghaib dikenali sebagai ( الْكُھَّانُ ). Perkataan
الْكُھَّانُ)
) atau ( كَھَنَةٌ ) adalah jamak daripada perkataan ( .(كَاھِنٌ
Al-Allamah Syam al-Haq Abadi menjelaskan:
Disebut
di dalam al-Lisan (oleh Ibn Manzur)
bahawa
ia adalah orang yang memperoleh khabar
daripada
alam sekelilingnya tentang hal-hal yang akan
berlaku
dan mendakwa mengetahui perkara-perkara
rahsia …… maka di antara mereka ialah
orang-orang yang
mendakwa memiliki jin yang mengikuti
mereka dan
menyampaikan khabar kepadanya dan di
antara mereka
ialah orang-orang yang mendakwa mengetahui
sesuatu
urusan berdasarkan pendahuluan sebab-sebab
yang
menunjuk ke arahnya melalui perkataan atau
perbuatan
atau
hal tertentu. Berkata Ibn Atsir, sabda baginda:
“Sesiapa
yang mengunjungi orang yang mendakwa
mengetahui
ilmu ghaib” merangkumi bomoh, tukang ramal
dan
penilik nasib.
Larangan
mengunjungi orang yang mendakwa
mengetahui
ilmu ghaib adalah larangan yang besar
sebagaimana hadis berikut daripada
Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam:
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَھُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَھُ صَلاَةٌ
أَرْبَعِینَ لَیْلَةً.
Sesiapa yang mengunjungi
orang yang
mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya
kepada dia sesuatu maka tidak
akan diterima
solatnya selama empat puluh
malam.
Perkataan ( عَرَّافًا ) yang disebut di dalam hadis di
atas memiliki maksud yang hampir sama
dengan ( (الْكُھَّانَ
yang
disebut dalam hadis sebelumnya. Muhammad bin
Shalih
al-Utsaimin menerangkan:
Dikatakan,
( العَرَّاف ) adalah ( الكَاھِن ), iaitu orang
yang
sering memberitahu tentang khabar yang akan
terjadi. Ada yang mengatakan ia adalah
nama umum
meliputi dukun, ahli nujum dan orang-orang
yang
mendakwa mengetahui ilmu ghaib.
Perhatikan semula hadis di atas, Rasulullah
tetap
melarang kita mengunjungi orang yang
mendakwa
Hadis
ini tidaklah bermaksud orang itu tidak perlu bersolat
selama 40 malam. Dia tetap wajib
mendirikan solat seperti biasa sebagai
kewajipan dirinya. Hanya dia tidak
menerima pahala daripada solat itu.
mengetahui ilmu ghaib atau bertanya sesuatu
kepadanya
sekalipun kita tidak mempercayai apa yang dikatakan
olehnya. Terdapat beberapa sebab di
sebalik larangan ini:
1. Pengetahuan tentang ilmu ghaib hanya
diketahui
oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Apabila
seseorang
itu mendakwa dirinya mampu mengetahui ilmu
ghaib, maka dia meletakkan dirinya sejajar
dengan
Allah.
2.
Apabila seorang muslim mengunjungi orang yang
mendakwa
mengetahui ilmu ghaib, bererti dia
mengiktiraf
orang tersebut sebagai mampu
mengetahui
hal ghaib. Sepatutnya seorang muslim
menolak
orang yang mendakwa mengetahui ilmu
ghaib
dan tidak mengunjunginya kecuali untuk
memberi nasihat akan kesalahan tindak
tanduknya.
3. Sekalipun pengunjung pada awalnya tidak
mempercayai khabar yang diberikan oleh
orang
yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, dia
kemudian akan mempercayai orang tersebut
jika
khabar yang diberikannya menjadi sesuatu
yang
benar-benar berlaku. Ini akhirnya akan
mengakibatkan pengunjung membenarkan apa
yang
dikhabarkan oleh orang tersebut.
Akhir sekali, jika seseorang itu membenarkan
khabar
orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, ia
membawa
natijah yang amat berat. Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam memberi amaran yang keras dalam hal
ini:
مَنْ أَتَى كَاھِنًا فَصَدَّقَھُ بِمَا یَقُولُ أَوْ أَتَى امْرَأَتَھُ
حَائِضًا أَوْ أَتَى امْرَأَتَھُ فِي دُبُرِھَا فَقَدْ بَرِئَ مِمَّا أُنْزِلَ
عَلَى مُحَمَّدٍ.
Sesiapa yang mengunjungi
orang yang
mendakwa mengetahui ilmu
ghaib lalu
membenarkannya atau
menyetubuhi isterinya yang
sedang haid atau menyetubuhi
isterinya dari
duburnya, maka dia telah
lepas (keluar) daripada
apa yang diturunkan ke atas
Muhammad (yakni
Islam).
Di
Malaysia, orang yang mendakwa mengetahui
ilmu
ghaib, atau ringkasnya bomoh15, terbahagi kepada
14 Sahih:
Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-
Albani
di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 3904 (Kitab al-Tibb,
Bab
berkenaan penilik nasib).
15
Bomoh itu sendiri terbahagi kepada dua jenis:
1.
Mereka yang hanya melibatkan diri dalam perubatan tradisional
dan
mengurut tanpa ada apa-apa kaitan dengan ilmu ghaib.
Perbincangan
dalam bab ini tidak melibatkan bomoh jenis
pertama ini.dua kategori:
Bomoh Kategori Pertama:
Bomoh kategori pertama adalah mereka yang
tidak
mengetahui apa-apa ilmu ghaib tetapi bijak
membuat
khabar
sehingga dipercayai oleh orang yang mengunjungi
mereka.
Khabar-khabar yang disampaikan oleh bomoh
dalam
kategori ini sudah ditentukan sejak awal lagi.
Berikut
lima contoh yang paling lazim berlaku:
1.
Jika orang yang mengunjunginya bertanya tentang
barang
berharga yang hilang, jawapan yang akan
diberikan
ialah: “Ia diambil oleh seseorang yang rapat
lagi
dipercayai.”
2.
Jika isteri bertanya tentang sikap suaminya yang
akhir-akhir
ini berubah, jawapan yang akan
diberikan
ialah: “Suami kamu sudah ada girlfriend yang
baru di hatinya.”
2. Mereka yang seperti jenis pertama, akan
tetapi terlibat sama
dengan perkara-perkara ilmu ghaib. Contohnya
di samping
memberi
perubatan tradisional, mereka mendakwa bahawa sakit
yang menimpa itu adalah buatan orang.
Perbincangan di atas
merujuk kepada bomoh jenis kedua ini.
3. Jika suami bertanya tentang sikap
isterinya yang
akhir-akhir
ini berubah, jawapan yang akan
diberikan ialah: “Isteri kamu telah
kembali dengan
boyfriend lamanya.”
4. Jika seseorang ingin mencari pasangan
hidup yang
sesuai yang masih belum ditemuinya,
jawapan
yang akan diberikan ialah: “Ada sial yang
menghalang
diri kamu daripada dilihat oleh orang
lain.” Ubatnya
ialah mandi bunga.
5. Jika seseorang menghadapi satu penyakit
aneh
atau mimpi yang bukan-bukan, jawapan yang
akan
diberikan ialah: “Ia adalah buatan orang
yang rapat lagi
dengki kepada kamu.”
Ada beberapa cara untuk mengenali bomoh
kategori pertama ini selain daripada
jawapan-jawapan di
atas yang bakal diberikannya:
1. Mereka akan memulakan “upacara” dengan
bacaan
al-Qur’an
dan zikir-zikir tertentu. Ini hanyalah
solekan
bagi memberi pengaruh palsu kepada
pengunjung
bahawa mereka sebenarnya membuat
“upacara”
yang selari dengan Islam.
2.
Mereka akan berlakon seolah-olah sedang berfikir
dalam penuh kekhusyukan. Dahi
dikerut-kerutkan
dan mata dipejamkan, sekali lagi untuk
memberi
pengaruh palsu kepada pengunjung bahawa
mereka sedang bersungguh-sungguh untuk
membantu.
3.
Khabar atau jawapan yang akan diberikan dengan
nada yang perlahan tetapi serius untuk
memberi
pengaruh kepada pengunjung bahawa mereka
juga
serius
dalam khabar atau jawapan tersebut. Ini
akan memberi keyakinan kepada pengunjung
bahawa apa yang dikhabarkan adalah benar.
4. Di akhir “upacara”, mereka tidak akan
meminta
apa-apa bayaran. Ini kononnya akan
menunjukkan
keikhlasan usaha mereka sehingga berjaya
mendapat simpati pengunjung. Pengunjung
akhirnya akan memberi sedikit bayaran
seperti
RM50 atau RM100. Akan tetapi jika diberi
bayaran
yang amat sedikit, seperti RM5, si-bomoh
akan
17
Dengan itu juga para pembaca sekalian perlu berhati-hati dengan
bomoh
yang berselindung di sebalik watak ustaz, syaikh, wali dan
sebagainya.menunjukkan
air muka yang kurang senang atau
mungkin
juga akan berkata-kata sesuatu umpama:
“Terima kasih nak (anak) atas duit lima
ringgit ni. Pak cik
memang
memerlukannya, lebih-lebih lagi sekarang harga
minyak
pun dah naik, harga sayur pun dah naik. Pak cik
sendiri
dah lama tak makan daging. Hari-hari
nasi dan
ikan masin sahaja.”
Bomoh Kategori Kedua:
Jika bomoh kategori pertama hanya memberi
khabar
berbentuk umum yang sudah disiapkan sejak awal,
bomoh
kategori kedua pula mampu memberi khabar
secara
tepat lagi terperinci. Ini dapat dilakukan dengan
bantuan
jin kafir atau jin fasiq yang mereka pelihara. Oleh
itu jika seorang muslim mengunjungi mereka
dengan
masalah-masalah yang sama di atas, bomoh
dalam
kategori ini akan mampu memberi jawapan
yang tepat lagi
terperinci hasil daripada pemberitahuan
jin peliharaannya.
Sebagai
contoh, jika bertanya tentang dompet yang
hilang, bomoh kategori ini akan menjawab:
“Ia diambil oleh rakan kerja yang duduk
dua
meja di sebelah kanan pada hari Khamis
yang lepas. Dia
seorang wanita berumur 24 tahun. Pada hari
itu dia
memakai
baju kebaya merah dengan tudung merah muda
yang diikat ke belakang kepala. Dia
mencuri dompet kamu
kerana dengki terhadap elaun tambahan yang
kamu
perolehi minggu lepas. Dia ingin melihat
kamu berada
dalam kesusahan untuk menggantikan semula
kad
pengenalan,
lesen memandu, kad ATM, kad kredit dan
sebagainya
yang terdapat dalam dompet.”
Demikian
khabar yang sebegitu terperinci yang
disampaikan oleh jin peliharaan bomoh.
Akan tetapi
ketahuilah bahawa khabar itu sendiri
terbahagi kepada dua
bahagian:
1. Khabar tentang ciri-ciri rakan kerja
yang duduk dua
meja
di sebelah. Khabar ini memang tepat dan
berjaya
memberi keyakinan kepada pengunjung
akan
khabar yang disampaikan oleh bomoh.
2. Khabar bahawa rakan kerja itulah yang
mencuri
dompet
kerana dengki dan ingin memberi
kesusahan
kepada pengunjung. Khabar ini adalah
dusta.
Bentuk
khabar sebegini yang disampaikan oleh jin
peliharaan bomoh sudah diberitahu oleh
Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam sejak lebih 1400 tahun yang
lalu. A’isyah radhiallahu 'anha pernah
bertanya kepada
Rasulullah:
یَا رَسُولَ اللَّھِ! إِنَّ الْكُھَّانَ كَانُوا یُحَدِّثُونَنَا بِالشَّيْءِ
فَنَجِدُهُ حَقا! قَالَ: تِلْكَ الْكَلِمَةُ الْحَقُّ یَخْطَفُھَا الْجِنِّيُّ
فَیَقْذِفُھَا فِي أُذُنِ وَلِیِّھِ وَیَزِیدُ فِیھَا مِائَةَ كَذْبَةٍ
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya
orang yang
mendakwa mengetahui ilmu ghaib
lazimnya
mengkhabarkan kami dengan
sesuatu, kemudian
kami dapati ia adalah benar!”
Rasulullah menjawab:
“Ia adalah kalimah (perkara)
benar yang diambil
oleh seorang jin lalu dibisikkan
kepada telinga
pengikutnya, kemudian dibuat
tambahan padanya
dengan seratus kedustaan.”
Terdapat
beberapa sebab jin sengaja membuat
dusta:
1. Supaya berlaku pertengkaran antara dua
orang
Muslim.
Perpecahan dan persengketaan antara
orang
Islam memang digemari oleh golongan jin
yang
kafir atau fasiq.
2.
Supaya pengunjung tersebut akan meminta bomoh
untuk membalas rakan kerjanya dengan
sesuatu
gangguan. Bomoh pada gilirannya akan
mengupah
jin peliharaannya untuk melakukan sesuatu
gangguan kepada rakan kerja itu. Upahan
yang
diberikan lazimnya adalah sembelihan
haiwan
seperti
ayam putih atau kambing putih.
3. Sebenarnya jin tidak memerlukan apa-apa
sembelihan haiwan. Mereka hanya
menghendaki
agar sembelihan dilakukan di atas nama
mereka
atau kerana mereka. Apabila bomoh dan
pengunjung melakukan sembelihan
sedemikian,
mereka telah melakukan kesalahan yang
besar di
sisi Allah. Inilah yang dikehendaki oleh
jin tersebut,
iaitu menyesatkan seorang muslim dan
menjerumuskannya ke dalam kesalahan agama.
Menyembelih di atas nama selain Allah Subhanahu
wa Ta‘ala merupakan satu kesalahan yang besar.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
لَعَنَ اللَّھُ مَنْ لَعَنَ وَالِدَهُ وَلَعَنَ اللَّھُ مَنْ ذَبَحَ لِغَیْرِ
اللَّھِ وَلَعَنَ اللَّھُ مَنْ آوَى مُحْدِثًا وَلَعَنَ اللَّھُ مَنْ غَیَّرَ مَنَارَ
الأَرْضِ.
Allah melaknat orang yang
melaknat
ibubapanya, Allah melaknat orang
yang
menyembelih kerana selain Allah,
Allah melaknat
orang yang melindungi seorang
ahli bid’ah dan Allah
melaknat orang yang mengubah
sempadan tanah.
Bomoh
kategori kedua dapat dikenali dengan
ketepatan khabar yang dikemukakan olehnya
terhadap
sesuatu masalah yang dihadapi oleh
pengunjung. Akan
tetapi kebenaran hanyalah sedikit demi
memperoleh
keyakinan pengunjung. Seterusnya adalah
dusta. Bomoh
kategori kedua lazimnya tidak akan meminta
bayaran
dalam
bentuk wang sahaja tetapi dilengkapi dengan
persediaan
dalam bentuk kebendaan seperti haiwan, telur
dan
sebagainya.
Hukum
mengunjungi bomoh kategori kedua ini
adalah
jauh lebih berat daripada bomoh kategori pertama.
Ini kerana mereka mendakwa mengetahui hal
ghaib
dengan
khabar-khabar dusta yang akhirnya memfitnah
orang
yang tidak bersalah. Lebih dari itu pemeliharaan dan
penggunaan jin akan menyebabkan bomoh dan
pengunjung terpaksa melakukan amalan yang
dilarang
oleh Islam.
Bagaimana Jika Menggunakan Jin Muslim?
Menyentuh tentang pemeliharaan dan
penggunaan
jin, sebahagian pihak ada yang berkata
ianya dibolehkan
jika jin tersebut adalah “jin muslim”.
Saya berkata, benar
bahawa terdapat jin yang muslim. Hal
ini dinyatakan di
dalam
al-Qur’an:
Katakanlah (wahai Muhammad), telah
diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya satu
rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku
bacakan), lalu mereka
(menyampaikan hal itu
kepada kaumnya dengan) berkata:
“Sesungguhnya kami telah
mendengar Al-
Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan
kandungannya sungguh menakjubkan! Kitab yang
memberi panduan ke jalan yang betul lalu kami
beriman kepadanya dan kami
tidak sekali-kali akan
mempersekutukan sesuatu makhluk
dengan Tuhan
kami.” [al-Jin 72:1-2]
Namun persoalannya adalah, bagaimana kita
dapat
mengetahui
jin tersebut adalah muslim yang shalih lagi
berada di atas jalan yang benar? Ini
kerana masyarakat jin
itu sendiri terbahagi kepada beberapa
aliran dan mazhab:
Dan bahawa sesungguhnya
(memang
maklum) ada di antara kita
golongan (jin) yang
shalih dan ada di antara kita
yang lain dari itu; kita
masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang
berlainan. [al-Jin
72:11]
Terdapat
beberapa petunjuk yang dapat digunakan
sebagai
ukuran membezakan jin muslim yang shalih lagi
berada di atas jalan yang benar:
1. Jin tersebut akan mengakui bahawa dia
tidak
mengetahui perkara ghaib dan apa-apa
manfaat
atau
mudarat yang bakal berlaku. Masyarakat “jin
muslim”
yang diiktiraf oleh Allah Subhanahu wa
Ta‘ala mengakui:
Dan bahawa sesungguhnya kami
telah
berusaha mencari berita
langit, lalu kami
dapati langit itu penuh dengan pengawalpengawal
yang sangat kuat kawalannya, dan
(dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa
menduduki tempat-tempat
(perhentian) di
langit untuk mendengar
(percakapan
penduduknya); maka sekarang
sesiapa yang
cuba mendengar, akan mendapati
api yang
menyala yang menunggu
merejamnya.
Dan bahawa sesungguhnya kami
tidak
mengetahui adakah bala bencana
akan
menimpa penduduk bumi, atau
pun Tuhan
mereka hendak melimpahkan
kebaikan
kepada mereka. [al-Jin 72:8-10]
2. Jin tersebut akan menasihatkan agar
tidak
menggunakan apa-apa khidmatnya kerana ia
tidak
lain hanya akan menambah dosa dan
kesalahan:
Dan bahawasanya ada beberapa
orang lakilaki
di antara manusia meminta
perlindungan
kepada beberapa laki-laki di
antara jin, maka
jin-jin itu menambah bagi
mereka (manusia
tersebut) dosa dan kesalahan. [al-Jin 72:06]
3. Jin tersebut akan menasihatkan bahawa
kebanyakan daripada kalangannya lazim
berdusta
dengan percakapan yang indah susunannya
agar
dapat memperdayakan para pendengarnya:
Dan demikianlah Kami jadikan
bagi tiap-tiap
Nabi itu musuh dari
Syaitan-syaitan manusia
dan jin, setengahnya
membisikkan kepada
setengahnya yang lain
kata-kata dusta yang
indah-indah susunannya untuk memperdaya
pendengarnya. [al-An’aam
6:112]
Nah!
Jika jin berani berdusta dan memperdayakan
para Nabi, sudah tentu mereka akan lebih
berani
melakukannya terhadap manusia biasa.
4. Jin tersebut akan mengingatkan bahawa
menggunakan pertolongan mereka hanya akan
menempah tempat di dalam api neraka:
Dan (ingatlah) Hari (Kiamat
yang padanya)
Allah akan himpunkan mereka
semua, (lalu
berfirman): “Wahai sekalian
jin!
Sesungguhnya kamu telah
memiliki banyak
pengikut-pengikut dari
golongan manusia.”
Dan berkatalah pula
pengikut-pengikut
mereka dari golongan manusia:
“Wahai Tuhan
kami, sebahagian kami
(manusia) telah
bersenang-senang (mendapat
kemudahan)
dengan sebahagian yang lain
(jin-jin), dan
kami telah sampai kepada
masa kami (Hari
Kiamat) yang Engkau telah
tentukan bagi
kami.”
(Allah berfirman):
“Nerakalah tempat
kediaman kamu, kekal kamu di
dalamnya
kecuali apa yang dikehendaki
Allah.”
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai
Muhammad)
Maha Bijaksana, lagi Maha
Mengetahui. [al-
An’aam 6:128]
5. Jin tersebut akan menerangkan bahawa
menggunakan khidmat mereka hanyalah sesuatu
yang dikhususkan keizinannya oleh Allah
Subhanahu wa Ta‘ala kepada Nabi Sulaiman ‘alaihi
salam, tidak kepada manusia yang lain:
Dan Kami (Allah) kurniakan
kepada Nabi
Sulaiman kuasa menggunakan
angin untuk
perjalanannya: sepagi
perjalanannya adalah
menyamai perjalanan biasa
sebulan, dan
sepetang perjalanannya
adalah menyamai
perjalanan biasa sebulan;
dan Kami alirkan
baginya mata air dari
tembaga; dan (Kami
mudahkan) sebahagian dari
jin untuk bekerja
di hadapannya dengan izin
Tuhannya. Dan
sesiapa dari jin itu yang
menyeleweng dari
perintah Kami, Kami akan
merasakannya
(pukulan) dari azab api
neraka.
Demikianlah beberapa ciri atau ukuran bagi
menentukan “jin muslim” yang shalih lagi
berada di atas
jalan yang benar. Ringkasnya jin muslim
tidak akan
menawarkan apa-apa khidmat kepada bomoh
atau
manusia melainkan menasihatkan mereka,
paling kurang,
dengan lima ayat al-Qur’an yang telah
dikemukakan di
atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan