Catatan Popular

Isnin, 29 Oktober 2012

KITAB AL R1SALATUL LIDUNIYYAH (7) : HAKIKAT ILMU LADUNI DAN JALAN MENDAPATKANNYA (IMAM AL GHAZALI)

TULISAN IMAM AL GHAZALI

Ketahuilah bahawa "ILMU LADUNI" itu adalah penyerapan Nur Ilham yang terjadi selepas penyempurnaan (JIWA) sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Demi satu jiwa serta Yang Menyempurnakannya" (Surah Al-Syams:7).

Perkembalian (kepada asal) ini adalah dengan tiga cara:

1. Mempelajari semua ilmu dan mengambil sebahagian yang lebih besar dari kebanyakannya. (Penjelasannya: ialah dengan mempelajari dasar-dasar semua ilmu, kemudian kebanyakan dari ilmu-ilmu ini hendaklah diketahui pula sebahagian yang lebih besar dari kandungan. Katakanlah lebih daripada 50%).

"Siapa yang beramal dengan apa yang telah diketahuinya, Allah akan mempusakakan Ilmu mengenai apa yang belum diketahuinya".

 Bersabda lagi Nabi SAW. yang bermaksud:

"Siapa yang menyerahkan dirinya untuk Allah (beramal) selama 40 pagi, Allah Taala melahirkan mutiara-mutiara hikmah dari Qalbu ke atas lidahnya".

Syarat-syarat berfikir ini kami paparkan dalam suatu risalah yang lain kerana keterangan mengenai berfikir, cara dan hakikatnya adalah suatu yang samar, memerlukan penerangan yang agak lanjut dan penjelasan dengan pertolongan Allah Taala.
Sekarang kami akhiri risalah ini, kerana apa yang tersebut di dalamnya rasanya memadai untuk orang yang sesuai dengannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesiapa yang Allah tidak kurniakan kepadanya Nur, nescaya tidak ada baginya sebarang Nur". (Surah An-Nur:40)

Dan Allah yang menjadi Wali orang-orang Mukmin, Selawat dan Salam ke atas Sayyidina Muhammad dan Ahli Keluargnya dan Sahabatnya. Cukuplah Allah yang menjadi Wakil. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Besar. Bermula segala puji-pujian itu bagi Allah Seru Sekelian Alam.
Selesailah tanggungjawab Suluk menyebarkan Risalah ini kepada umum pada hari Jumaat 5 Mac 1999 bersamaan dengan 16 Zulkaedah 1419. Semoga Allah memberkatinya dan melimpahkan rahmat kasih sayangnya di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: