Catatan Popular

Rabu, 24 Oktober 2012

PENYAKIT HATI ....PADA ALLAH DAN MANUSIA


Untuk mendapatkan hakikat (amalan batin) kita mesti melatih roh kita supaya taat pada Allah. Jasad batin (roh) kita semasa masih di alam roh lagi, yakni sebelum dimasukkan ke dalam sangkarnya jasad lahir yang memang sudah kenal
Allah dalam firman-Nya: Allah bertanya pada roh): Bukankah Aku Tuhanmu. Roh menjawab: Ya kami akui, Engkaulah Tuhan kami.(Al ‘Araaf 172)
Roh-roh kita sebelum masuk ke badan kita sudah kenal Allah, malah sudah mempersaksikan ketuhanan Allah dan sudah mengaku kehambaan pada Allah. Tetapi bila dilahirkan ke dunia, roh dikurung dalam jasad lahir bersama-sama musuhnya nafsu dan syaitan. Tentang nafsu
Allah berfirman: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan. (YUSUF: 53)
Sabda Rasulullah SAW: Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambang engkau. (Riwayat Al Baihaqi)
Manakala tentang syaitan,
Allah berfirman: Sesungguhnya syaitan itu terhadap munusia musuh yang sangat nyata. (Surah Yusuf 5)
Berhadapan dengan dua musuh batin ini, roh kita jadi lemah (rosak atau hilang rasa kehambaan) walaupun dia sudah kenal Allah, tahu wujud dan Maha Perkasanya Allah, tetapi dia (roh) tidak boleh mentaati perintah Allah. Bujukan dan tarikan syaitan dan nafsu lebih kuat dan berpengaruh. Roh kita sudah derhaka pada Tuhan, seakan-akan sudah tidak kenal Tuhan. Roh kita terbelenggu da- lam jasad, dikongkong oleh nafsu dan syaitan itu. Roh kita sudah tidak takut dan tidak malu lagi pada Tuhan. Roh kita tidak rindu dan tidak cinta lagi pada Tuhan, tidak merasa hina, rendah diri dan bersifat ketuanan.
Roh kita sangatlah sombong, degil, hasad, tamak, berdendam, bakhil, gila dunia, kuat makan, kaki tidur dan lain-lain seumpama yang menyerupai kehendak nafsu yang terkutuk itu. Roh kita sudah dikuasai oleh jasad lahir yang beku ini (bersifat seperti tanah kera- na dicipta dari tanah). Umpama burung, roh terkurung dalam sangkar. Kerana sangkar itu kuat maka burung terpaksa ber- kurung di dalamnya yang sempit dan menyeksakan. Sebaliknya kalau burung lebih kuat dari sangkar, burung akan pecahkan sangkar dan dapat terbang bebas ke seluruh alam.
Demikian kalau roh kita lebih kuat dari nafsu dan syaitan, roh dapat menundukkan nafsu dan syaitan. Waktu itu bukan jasad lahir lagi yang menguasai roh tetapi roh yang menguasai jasad lahir. Roh akan bebas melakukan kehendaknya men- taati perintah Allah SWT. Roh akan terbang bebas ke mana-mana dan dapat mengesan perkara-perkara ghaib. Inilah yang berlaku pada roh para Nabi, Rasul dan wali-wali Allah. Roh tidak lagi dibelenggu dalam jasad lahir oleh nafsu dan syaitan tetapi sudah bebas, sudah dapat menundukkan nafsu dan syaitan di bawah kehendaknya, sudah melihat alam rohani, alam malakut dan alam jin. Jasad lahir tidak bererti apa-apa lagi kerana sudah diperalatkan oleh roh untuk menyembah Allah sepanjang masa. Berbeza dengan jasad lahir, roh bukan dibuat daripada tanah tetapi dari nur (cahaya) yang berupa sama seperti malaikat dan jin. Sebab itu roh yang dapat bebas dari kongkongan nafsu dan syaitan akan bergerak bebas seperti cahaya, tembus di setiap ruang dan bidang. Pandangan roh ialah pandangan tembus yang dapat membaca hati dan batin manusia.
Kerana itu bersabda Rasulullah SAW: Takutilah firasat (pandang tembus) orang Mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah. (Riwayat Al Tarmizi)
Inilah rahsia diri kita yang mesti kita sedari. Bila kita sedar hakikat kejadian kita ini, barulah akan berlaku seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Barangsiapa yang kenal dirinya, maka dia pasti kenal Tuhunnya.
Untuk meningkat ke darjat yang mulia itu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh, berjuang dan berkorban. Siapa sahaja boleh berjaya kalau dapat memenuhi syarat dan cara yang telah ditetapkan iaitu dengan mendidik roh kita kembali mengenal dan mencintai Allah SWT. Caranya ialah mujahadah(berperang) dengan nafsu dan syaitan.
Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama Allah) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertakwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu mendapat kemenangan. (Ali Imran: ‘200)
Antara nafsu yang mesti diperangi ialah sifat me- mentingkan diri sendiri, tamak, gila dunia, kedudu kan dan kehormatan diri. Itu semua ialah pengha- lang yang cukup kuat untuk kita mendapat hakikat (amalanbatin) juga sebagai hijab yang menghalang kita dari mendapat sifat kerohanian sebab ia merasakan diri sebagai tuan.Supaya diyakini, di sini ada satu kisah benar pengalaman seorang wali bernama Yazid Bustami: Satu hari datang pada Yazid Bustami seorang temannya untuk mengadu: “Saya telah berpuasa setiap hari dan bersembahyang setiap malam selama 30 tahun tetapi tidak juga memperolehi keringanan batin seperti yang engkau ceritakan.”
Yazid Bustami pun memintas, “Kalaupun engkau bersembahyang dan berpuasa selama 300 tahun, engkau pasti tidak dapat menemukannya.”
“Kenapa?” Tanya temannya.
Jawab Yazid, “Sifatmu yang mementingkan diri sendiri dan tamak menjadi penghalang dan hijab antara engkau dengan Allah.”
Teman itu lantas bertanya, “Katakanlah pada ku apakah ubatnya?”
“Ada ubatnya,” kata Yazid, “tetapi engkau tidak akan sanggup melakukannya.
Setelah dipaksa oleh temannya Yazid pun berkata: “Pergilah ke kedai gunting yang terdekat dan guntinglah janggutmu. Bukalah sendiri bajumu kecuali ikat pinggang yang melingkari pinggangmu. Ambillah karung yang biasa di isi makanan kuda, isilah buah kenari dan gantungkanlah karung itu di lehermu. Kemudian pergilah ke pasar sambil menangis, laungkanlah begini: “setiap kanak-kanak yang memukul batang leherku akan dapat sebiji kenari!”
Selanjutnya pergilah ke tempat persidangan kadi, hakim dan ahli hukum, katakanlah kepada mereka: “Selamatkanlah jiwaku.”
Teman itu berkata, “Sungguh aku tidak sanggup berbuat begitu. Berilah cara pengubatan yang lain.” Yazid berkata, “Yang aku ceritakan tadi adalah cara pengubatan pendahuluan yang sangat perlu di- lakukan untuk mengubati penyakitmu. Tapi sebagai- mana yang aku katakan tadi, engkau tidak dapat di- sembuhkan lagi.”
Yazid Bustami seorang wali Allah yang mukasyafah dapat membaca hati (rahsia batin) temannya yang berjuang untuk nama, pangkat dan sanjungan manusia. Sebab itu beliau (Yazid) perintahkan sahabat itu bermujahadah dengan nafsunya itu dengan cara menghina diri di pasar dan mengaku jahat di hadapan kadi dan hakim. Perintah itu memang berat, tetapi pada Yazid tiada jalan lain lagi. Itulah cara mujahadatunnafsi yang mesti. Begitulah pentingnya mujahadatunnafsi kepada siapa sahaja yang ingin meningkatkan kerohaniannya. Selagi nafsu itu tidak dapat dipatahkan, selama itulah roh tidak akan suci dan bersih. Dan kalau roh tidak bersih, Allah tidak akan memasukkan taufik ke dalam hati yang kotor. Sebab benda yang berharga Allah akan letak di tempat yang mulia. Roh umpama wadah. Kalau ia kotor taufik tidak akan masuk. Kalau tiada taufik, roh kita akan terhi- jab dan kita tidak akan dapat meningkatkan keroha- nian (amalan batin) ke taraf kerohanian yang ting- gi. Dan tanpa kerohanian, hati (roh) tidak akan sela- mat dari penyakit-penyakit mazmumah. Firman Allah: Hari Qiamat ialah hari di mana anak dan harta tidak dapat memberi manfaat kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera. (Asy-Syuara’: 88-89)
Amalan lahir seperti sembahyang, puasa, walau- pun dilakukan sepanjang hari dan setiap malam sembahyang tahajjud (seperti cerita di atas), berjihad, berkorban, belajar, menutup aurat dan lain-lain, tidak akan dapat menjamin selamatnya hati. Apa yang menjamin selamatnya hati ialah mujahadatunnafsi. Inilah amalan batin yang wajib kita lakukan. Suatu hari di dalam kuliahnya, seorang ulama sufi, Bisyulhafi bercerita kepada muridnya bahawa, beristeri ramai itu tidak menafikan zuhud. Salah seorang muridnya yang mengetaui bahawa gurunya tidak pernah berkahwin, lalu bertanya: “Tuan, kalau begitu kenapa tuan tidak berkah- win? Bukankah menyalahi sunnah?”
Bisyulhafi pun menjawab, “Aku tidak sempat melakukan sunnah itu kerana sibuk. Sibuk melakukan perkara yang lebih fardhu yang belum selesai iaitu mujahadatunnafsi.”
Begitu pandangan ahli sufi tentang pentingnya mujahadatunnafsi. Mereka tidak pernah rehat memer- hatikan perjalanan nafsu dan syaitan, supaya nafsu dan syaitan itu sentiasa dapat diperangi dan dikalah- kan untuk menghambakan diri pada Allah SWT. Dan kita, kalau mahu berjumpa Allah dengan selamat, itulah juga jalannya. Tanpa jalan ini, kita dapat juga berjumpa Allah (kerana kita semua akan mati) tetapi dalam keadan susah-payah dan hina-dina, wal‘iyazubillah.
Jalan keselamatan itu ialah melakukan mujahada- tunnafsi. Kita mesti bermujahadah atas semua maz- mumah (penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu) setiap kali ia menyerang kita. Penyakit hati ini ialah semua sifat batin yang bertentangan dengan amalan batin yang dibahagikan kepada dua iaitu:
1. Penyakit hati PADA Allah.
2. Penyakit hati PADA manusia.


Antara penyakit hati pada Allah:
• Tidak khusyuk beribadah
• Lalai dari mengingati Allah
• Tidak yakin dengan Allah
• Tidak ikhlas dengan Allah
• Tidak takut pada ancaman Allah
• Tidak harap pada rahmat Allah
• Tidak redha akan takdir Allah
• Tidak puas dengan pemberian Allah
• Tidak sabar atas ujian Allah
• Tidak syukur atas nikmat Allah Tidak terasa diawasi Allah
• Tidak terasa hebatnya Allah
• Tidak rindu dan cinta dengan Allah
• Tidak tawakal pada Allah
• Tidak rindu pada syurga dan tidak takut pada neraka
• Gila dunia, buang masa dengan sia-sia
• Penakut (takut pada selain Allah) Ujub
• Riak
• Gila puji dan kemasyhuran


Manakala penyakit hati (mazmumah) pada manusia:
• Benci membenci
• Rasa gembira kalau dia mendapat celaka dan rasa sedih kalau dia berjaya
• Mehdoakan kejatuhannya
• Tidak mahu minta maaf dan tidak memaaf- kan kesalahannya
• Hasad dengki
• Dendam
• Bakhil
• Buruk sangka
• Tidak bertolak ansur Tidak bertimbang rasa Tidak tolong-menolong Tamak
• Degil dan keras hati Mementingkan diri sendiri Sombong
• Tidak sabar dengan ragam manusia
• Memandang hina kepada seseorang
• Riak
• Ujub
• Rasa diri bersih

Terhadap semua penyakit ini kita wajib melaku kan mujahdatunnafsi.
Firman Allah: Wahai orang-orang beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agamu Allah) dun sabarlah kumu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kumu (dalam barisan perjuangan) dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu mendapat kemenangan.
(Ali Imran: 200)

                                                        

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam. saudara
terima kasih bagi artikel ini tetapi saranan saya agar saudara menukarkan penggunaan kata sendi "pada" digantikan dengan "kepada".

contoh:

1. Penyakit hati kepada Allah.
2. Penyakit hati kepada manusia.

boleh juga digunakan perkataan "terhadap",ini penting kerana kedua-dua perkataan memberikan maksud berlainan.Harap maklum.