Catatan Popular

Rabu, 24 Oktober 2012

TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 1 : (BAH 5) INTI IMAN DAN PENGERTIANNYA

Muqadimmah : Islam inti Iman

Al-Iman merupakan satu persoalan yang sangat penting dalam kehidupan setiap manusia. Ianya mencakupi seluruh kegiatan manusia dan menjadi faktor penentu bagi kejayaan seseorang di dunia dan di akhirat, sama ada ia mu'min atau tidak, samaada ia ke syurga atau ke neraka sebagai tempat kembalinya.
Iman adalah inti kepada Islam. Tidak ada tujuan lain diturunkan al-Qur'an dan kerasulan Rasulullah s.a.w selain dari untuk menyeru manusia beriman. Di dalam al-Qur'an diterangkan bahawa di atas keimanan itulah timbulnya kebenaran, 'ilmu, hidayah, nur dan pandangan hati. Sebaliknya bila tidak beriman, maka timbullah dalam diri seseorang itu perkara­perkara negatif, di antaranya kufur, jahil, zalim, syirik , munafiq dan fasiq. Hakikat perbezaan ini dijelaskan oleh al-Qur'an yang mafhumnya seperti berikut:
"Dan tidak sama (di antara) orang yang buta dan orang yang dapat melihat: Dan tidak (juga sama) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal salih dengan orang-orang yang durhaka. Sedikit sekali orang-orang yang mengambii peringatan" (Al-Mu'min: 58)
Bagi orang-orang yang beriman, al-Qur'an menegaskan yang mafhumnya:
“Maka orang-orang yang beriman kepada-Nya, menolong-Nya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al Quran) merekalah orang yang beruntung.” (Al-A'raf: 157) 
“Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) serta orang­ orang membenarkannya mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.”(Az-Zumar: 33)
“Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat yang tidak akan terungkai. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dan mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). " (Al-Baqarah: 256-257)
Bagi orang-orang yang tidak beriman, Allah menjelaskan yang mafhumnya:  
“Dan barangsiapa yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”  (Al-Qasas: 50)
"Katakanlah apakah tidak kami beritahukan kepada kamu tentang orang-orang yang paling rugi 'amatannya. Iaitu orang yang telah mensia-siakan amalannya dan kehidupannya di dunia ini. Sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik­baiknya. Mereka itu ialah orang-orang yang kufur terhadap ayat­ ayat Allah dan perjumpaan dengan-Nya maka hapuslah amalan­amalan mereka pada Hari giyamat. Demikianlah balasan mereka itu Jahannam, disebabkan kekafiran mereka menjadikan ayat­ ayat Ku dan rasul-rasui Ku sebagai olok-olok." (Al-Kahf 103-106 )
"Orang-orang yang kafir amal mereka itu adalah seperti fatamorgana di tanah yang datar (padang pasir), orang yang kehausan menyangka air, setelah datang ke sana didapati tidak ada apa-apa.” (An-Nur: 39)
"Mereka itu tidak lain hanya mengikuti persangkaan, sedangkan persangkaan itu tidak ada gunanya terhadap kebenaran.” (An-Najm: 28)
   

Pengertian Iman

Kalimah iman berasal dari akar kata al-amn yang bererti amen; iaitu ketiadaan rasa takut. Pecahan kalimah al-amn pule terdiri dari kalimah­kalimah al-amen, al-amanah dan al-amin, kesemuanya mengandungi makna induk, iaitu; Keamanan dari takut den bimbang den teraman dari dusta den tipuan. Ia juga menanggung makna kedamaian den ketenangan jiwa. 
Dari kalimah al-amn ini lahirlah kalimah al-iman yang mengandungi beberapa makna. Di antaranya kalimah iman membawa erti; mengi'tiraf, mengakui den membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya. Iman dalam pengertian bahasa ini mengandungi makna-makna: ketenangan, rasa penuh percaya, tiada keresahan den kegelisahan jiwa, kesihatan 'aqal serta amen damai dari takut den bimbang. 
Dari segi istilah syara', pengertian iman ialah: Membenarkan dengan hati secara putus (jazam) akan segala yang dibawa atau didatangkan oleh Rasulullah s.a.w dan thabit secara putus (qat'i) yang diketahui kedatangannya itu adalah secara darurah. 
Membenarkan dengan hati bererti meyakini, mengakui serta menerima dengan kerelaan akan kebenaran tersebut, dan keyakinan tersebut tempatnya adalah dalam hati. keyakinan ini pula adalah di atas dasar 'ilmu yang yakin, bukan di atas dasar syak atau keraguan. Ini adalah kerana membenarkan sesuatu secara zan atau sangkaan adalah tidak termasuk dalam istilah iman.

Tiada ulasan: