Catatan Popular

Rabu, 31 Oktober 2012

TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 1 : (BAH 9) : PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

6.1     Menentang Hikmat Syari'at
Firman Allah yang mafhumnya:
"Wewenangan menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah."  (Al-An’am: 57)
"Ingatlah, menciptakan dan memerintah adalah wewenangan Allah sendiri." (Al-A’raf: 54)
"Dan tidak sekali-kali Tuhanmu pelupa." (Maryam: 64)           
Ayat-ayat tadi menjelaskan bahawa tidak ada sedikit pun perbuatan Allah yang terkeluar dari landasan hikmat. Bertolak dari sini, perbuatan menolak atau menentang sebahagian dari syari'at Allah bererti menolak dan menentang perbuatan Allah secara keseluruhannya.
Meyakini bahawa syari'at, perundangan, hukum dan hudud yang telah disyari'atkan Allah tidak mengandungi sebarang hikmah adalah perbuatan kufur terhadap Allah.

6.2     Menghukum Dengan yang Lain dari Hukum Allah

Firman Allah yang mafhumnya:
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syarfat dari urusan din itu, maka ikutilah syari'at itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." (Al-Jatsiyah: 18)
  "Barangsiapa yang tidak menghukum. menurut apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah            orang-orang yang kafir. " (Al-Ma’idah: 44)
Orang-orang yang tidak menghukum dengan hukum-hukum Allah, mereka menjadi kafir yang nyata apabila tindakan mereka itu memenuhi salah satu dari dua sudut berikut:
1.      Menghukum dengan hukuman yang lain dari hukum Allah serta beri'tiqad atau meyakini bahawa hukum yang dilaksanakan itu lebih baik dari hukuman Allah. 
2.  Menghukum dengan hukuman yang lain dari hukum Allah serta beri'tiqad atau meyakini bahawa hukuman yang dilaksanakannya itu sama darjatnya dengan hukum Allah dengan tidak ada perbezaan antara satu sama lain.
  
6.3     Mempersendakan Muslim kerana Islamnya dan Memusuhinya kerana berpegang teguh kepada Islam

Mempersendakan seseorang muslim kerana Islamnya adalah perbuatan kufur, kerana pada hakikatnya perbuatan ini adalah mempersendakan Islam itu sendiri dan mempersendakan Islam bererti mencela Allah yang telah mensyari'atkan Islam.
Allah telah menerangkan inilah sifat dan amalan orang-orang kafir terhadap orang-orang mu'min. Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang berdusta adalah mereka yang dahulunya mentertawakan orang-orang yang beriman, dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengerdip mata mereka dan apabila orang-orang yang berdusta itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira dan apabila mereka melihat orang-orang mu'min, mereka mengatakan: ‘Sesungguhnya mereka itu benar­ benar orang yang sesat,’ padahal orang-orang yang berdusta itu tidak dikirim sebagai penjaga bagi orang-orang mu'min.” (Al-Mutaffifin: 29-33)
Berdasarkan kepada ayat ini sesiapa sahaja di kalangan manusia yang mempersendakan seseorang muslim kerana kuatnya berpegang dengan amalan Islam serta berjuang untuk menegakkan seluruh sistemnya, maka ia adalah kafir yang nyata. Ini adalah kerana ia tidak lagi mempersendakan muslim itu sebagai seorang individu, tetapi sebenamya ia mempersenda­kan Islam yang didukungi oleh individu tadi. Mempersendakan Islam atau mana-mana dari sudut ajarannya samalah dengan mempersendakan kebi­jaksanaan Allah dalam menetapkan Islam sebagai al-Din yang diredai-Nya.
Demikian juga memusuhi seorang mu'min kerana behau berpegang teguh kepada ajaran dan tuntutan Islam adalah perbuatan kufur. Permusuhan tersebut adalah kufur kerana pada hakikatnya perbuatan itu adalah memusuhi dan mencabar Allah. Ianya bererti melakukan halangan dan rintangan pada jalan Allah.
Mel akukan halangan dan rintangan pada jalan Allah dalam semua bentuk adalah kufur terhadap Allah; kerana menurut yang sewajibnya seorang muslim haruslah merasa gembira apabila din Allah tersebar dan kalimah Allah itu tegak tinggi. Tetapi tidak demikian keadaannya bagi orang-orang kafir.

6.4     Bekerjasama dan Menolong Musuh Islam

Hakikat perjuangan orang-orang yang beriman dan orang-orang kafir dinyatakan oleh Allah sebagai berikut
"Orang-orang yang beriman berjuang (berperang) pada jalan Allah dan orang-orang kafir berjuang (berperang) pada jalan taghut." (An-Nisaa’: 76
Ayat ini menjelaskan bahawa orang-orang yang beriman berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumf. Sedangkan orang-orang kafir berjuang untuk menegakkan kekufuran dan kemungkaran di atas mukabumi. Oleh itu orang-orang kafir akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menentang perjuangan orang-orang yang beriman. Allah memberi peringatan dan amaran kepada orang-orang yang beriman dengan firman yang mafhumnya:
"Dan orang-orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi wali (pemimpin dan pembantu) bagi sebahagian yang lain; kalau kamu (orang-orang yang beriman) tidak berbuat begitu (totong menolong satu sama lain) terjadilah fttnah dan kerosakan yang besar." (Al-Anfal: 73)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasara menjadi wali (pemimpin), sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain. Barang siapa di kalangan kamu yang mengambil mereka menjadi pemimpin, maka orang tersebut termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim." (Al-Maidah: 51
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil menjadi wali (pemimpin) orang-orang yang menjadikan din kamu main-main dan olok-olok, iaitu orang-orang yang diberikan Kitab sebelum daripada kamu dan juga orang-orang yang tidak beriman. Takutlah kepada Allah sekiranya kamu benar-benar beriman." (Al-Ma’idah: 57)
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang­ orang mu'min. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)." (An-Nisa’: 144)
Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bekerjasama dan menolong orang­orang yang memerangi Islam tidak dibenarkan sama sekali oleh syari'at. Larangan ini samada dalam bentuk memberi bantuan kepada musuh ketika mereka memerangi orang-orang yang beriman ataupun terlibat di dalam pasukan mereka dalam memerangi orang-orang yang beriman. Segala bentuk bantuan, baik dalam bentuk kasih sayang, sokongan, pertolongan dan seumpamanya adalah ditolak oleh Islam.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita tentang orang-orang mu'min), kerana rasa kasihsayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu." (Al-Mumtahanah: 1)
Sesiapa yang berbuat demikian dengan i'tiqad bahawa menolong orang­orang kafir itu lebih mulia dari membela orang-orang yang beriman, maka dia telah keluar dari kumpulan orang-orang yang beriman dan termasuk dalam golongan orang-orang yang kafir.

6.5     Merelakan Berleluasanya Kemungkaran

Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:
"Tidak seorang pun nabi yang diutuskan sebelumku metainkan terdapat di kalangan umatnya pengikut dan sahabat-sahabat yang menjalankan sunnahnya dan menurut perintahnya. Kemudian golongan pengikut dan sahabat ini digantikan oleh orang yang terkemudian dari mereka. Golongan ini memperkatakan sesuatu    yang tidak diperintahkan untuk dilakukan. Siapa yang meme­rangi mereka dengan kekuatan, beliau adalah orang yang mu'min, siapa yang memerangi mereka dengan lidahnya, beliau adalah orang yang mu'min dan siapa yang memerangi mereka    dengan hatinya, beliau adalah orang yang mu'min. Setelah yang    demikian itu iman (tidak lagi dianggap wujud) sekalipun sebesar biji sawi." (Muslim)
Barangsiapa dari kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, apabila tiada kuasa maka dengan lidahnya, apabila tidak kuasa dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Muslim)
Hadith-hadith di atas membuktikan bahawa sebahagian dari tuntutan iman itu ialah mengingkari kemungkaran melalui cara-cara yang telah disebutkan di atas tadi; iaitu dengan tangan atau kekuatan, kemudian dengan lidah dan akhir sekah dengan hati. Mengingkari kemungkaran dengan tangan bererti menghapuskan kemungkaran itu dengan kekuatan, manakala mengingkari kemungkaran dengan lidah pula adalah dengan menentang kemungkaran dengan ucapan atau penulisan, mengingkari kemungkaran dengan hati membawa erti merasa benci dan memusuhi kemungkaran dan juga pelaku mungkar itu sendiri. Difahamkan daripada hadith ini bahawa mereka yang tidak mengingkari kemungkaran dan pelakunya walaupun dengan hati, maka tidak lagi dia dianggap sebagai mu'min, kerana Rasulullah s.a.w menyatakan:
"Setelah yang demikian itu iman (tidak lagi dianggap wujud) sekalipun sebesar biji sawi."
Hadith ini bahawa mereka yang tidak mengingkari kemungkaran dan pelakunya walaupun dengan hati, maka tidak lagi dia dianggap sebagai mu'min, kerana Rasulullah s.a.w menyatakan:
"Setelah yang demikian itu iman (tidak lagi dianggap wujud) sekalipun sebesar biji sawi."
Ibn Taimiyyah berpendapat jika telah hilang rasa membenci kepada yang mungkar dari dalam hati seseorang muslim, itulah tanda murtad terhadap Islam. Orang yang murtad adalah orang yang menyekutukan Allah atau orang yang benci kepada Rasulullah s.a.w dan kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan tidak mengingkari dengan hati, apa yang diingkari oleh Rasulullah s.a.w.
Hati yang boleh dikatakan redha terhadap kemungkaran sekiranya ia tidak membencinya sedikit pun. Apabila pengi'tirafan terhadap kemungkaran itu tercantum dengan perasaan redha, kasih dan patuh terhadapnya, maka telah terhimpunlah dua jenayah di dalamnya, iaitu; kufur dan melakukan halangan pada jalan Allah.

Tiada ulasan: