Dan sanya telah menyebut
Muaalif (Sheikh Sheikh Ibni Athoillah As Kanddari RA.) akan segala maqam yang
tiga iaitu
Dan segala orang yang Muhaqqiq itu dengan Nurul Haq memandang mereka itu akan Haq Taala dan tiada memandang mereka itu akan suatu (yang) lain daripada(kecuali) Haq Taala.
Perbincangan di atas, adalah sebagai lanjutan daripada Kalam-kalam hikmah sebelum ini yang memperihalkan akan tiga martabat atau Maqam Kepercayaan dan Keyakinan seseorang akan Wujud Allah Taala. Bandingan yang mudah tentang ketiga-tiga Maqam ini ialah seperti berikut; (Bandingan ini adalah sekadar untuk menghampirkan kefahaman semata-mata dan Allah itu Maha suci daripada segala bandingan).
Apabila kita diberitahu oleh seseorang yang adanya kaabah di Mekah dengan gambaran binaannya, maka percayalah kita akan perkhabaran itu. Kepercayaan kita itu adalah berdasarkan kepada keyakinan cerita yang diberitahu oleh orang itu tanpa melihat akan bentuk dan rupa binaan kaabah itu. Ianya hanya bersifat sebagai ilmu atau pengetahuan semata-mata Kepercayaan dan keyakinan ini diibaratkan sebagai Ilmu Yakin yang didapati dengan Su'a U'l Basyirah.
Seterusnya apabila kita berkesempatan untuk melihat dengan sendirinya rupa bentuk binaan kaabah itu melalui gambar-gambar, maka kepercayaan dan keyakinan kita kepada benarnya ilmu atau pengetahuan mengenai kaabah itu akan bertambah mantap dan kita tidak perlu lagi kepada cerita atau gambaran untuk memperihalkan benarnya rupa bentuk kaabah itu. Kepercayaan dan keyakinan yang lebih teguh dengan penglihatan dengan mata sendiri ini dinamakan sebagai Ainul Yakin yang didapati dengan Nurul Ilmu iaitu rahsia(penyingkapan) sifat ilmu yang diyakini sebelum ini dengan terbukanya pandangan terhadap sesautu yang diyakini.
Selanjutnya apabila kita berkemampuan untuk pergi ke Mekah dan tawaf kaabah itu serta dapat melihat dengan dekat serta dapat menyentuh binaan itu, maka di kala itu, ilmu yang diyakini, dan penglihatan yang diyakini dengan melihat gambar itu akan menjadi lebih teguh dan tahqiq lagi. Di kala ini, tidak akan terlintas lagi dalam fikiran kita kepada butiran ilmu-ilmu yang diyakini sebelum ini, malah kita tidak perlu lagi kepada gambar-gambar kaabah kerana binaan kaabah itu sudah berada tersergam di hadapan kita. Inilah perihal Haqqul Yakin yang didapati dengan Nurul Haq. Fana dan hilang segala dalil dan wasitah dengan ketakjuban memandang kepada kehebatan kaabah itu.
Kupasan To’pulau Manis tentang Ilmu Yakin, Ainul Yakin dan Haqqul Yakin
Dan barangsiapa menilik ia dengan Nurul Ilmu,maka dilihatnya bahawasanya 'adam(kosong) tiada wujud bagi yang hadis(baru) (apabila dihadapkan dengan Allah yang) bersifat (dengan) Qadim.
Dan barangsiapa yang menilik ia dengan Nurul Haq, maka qhaib ia hingga daripada dirinya. Maka tiada dilihatnya serta Allah sesuatu . Dan demikian itu kesudah-sudahan sucinya iaitu (nyata) yang maujud yang sebenarNya(Allah) dan barang(sesuatu) yang lain daripadaNya(Allah) 'Adam(tiada) sebenarnya.
Maka Su'a U'l Basyirah itu permulaan Nur iaitu awal syuhud dalam bidayah (pemulaan) pada Mazhar(nyata zhohir) Aqal yang menunjuk kepada Haq Taala dan dalam memandang ia akan hampir Haq Taala daripadanya.
Maka apabila tarqi (memanjat naik) kepada Ainul Basyirah , maka memandang ia akab 'adam(tiada) yang masuk di bawah Ihathoh al-Haq iaitu Maqam Fana daripada wujud dalam hadirat syuhud.
Maka apabila telah mati segala sifat kejadiannya, maka berpakaian atasnya dengan pakaian Baqa dan didatangkan(disingkapkan kenyataan) Haq Taala akan dia dengan Hakikat HaqNya, maka Fanalah ia daripada wujud (diri)nya dan 'Adamnya(tiadanya) dan memandanglah ia Haq Taala seperti yang telah ada pada azali; tiada sertaNya lain daripadaNya(Allah).
Perbezaan antara Fana dan Baqa secara ringkasnya adalah seperti berikut;
Maqam Fana ialah tiada sedarkan diri bila kedatangan Nur Musyahadah dan hanya mabuk dengan memandang kepada Allah jua, tetapi apabila ia sedar kembali atau siuman dari tidak menyedari diri(fana), maka hatinya tiada kekal dengan Allah.
Maqam Baqa ialah maqam yang menyedari diri umpama orang-orang biasa, sedangkan hatinya dalam keadaan syuhud serta keadaannya sentiasa kekal dengan Allah sekalipun ia bergaul dengan orang ramai, berkira bicara dan bercakap dengan orang ramai ataupun berfikir pada sesuatu benda. Pendek kata Maqam Baqa ialah maqam orang yang kekal dalam kesedaran dua Alam iaitu sedar Alam lahir di samping musyahadah ke alam batin. Hatinya sentiasa kekal (baqa) dengan Allah dan melihat sesuatu di Alam zhohir ini seperti bayangan kepada hakikat yang ada pada masa azali yang tidak sesuatu pun melainkan Allah jua yang Wujud.
- Maka Su'a u 'l Basyirah iaitu Nurul Aqal dan
- Ainul Basyirah iaitu Nurul Ilmu dan
- Haqqul Basyirah iaitu Nurul Haq.
Maka yang awal
itu (Nurul Aqal) maqam Ilmu Yakin dan
Yang Kedua itu (Nurul Ilmu) itu maqam Ainul Yakin dan
Yang Ketiga itu (Nurul Haq) itu maqam Haqqul Yakin dan barang (hal-ahwal) yang telah menjagakan (menyedarkan) mereka itu atasNya (Allah) daripada;

- Fana dalam Af'al (lakuan dan perbuatan Allah) dan
- dalam Sifat (Fana sifat) dan
- dalam Zat (Fana Zat).
Bermula segala orang yang berakal itu
dengan Nurul Aqli mereka itu memandang mereka itu
kepada diri mereka itu dan memandang kepada Tuhan mereka itu dengan ilmunya dan
meliputinya
Dan segala ulama itu dengan Nurul Ilmu mereka itu
memandang kepada diri mereka itu 'Adam (kosong) dalam Wujud Tuhan mereka, Dan segala orang yang Muhaqqiq itu dengan Nurul Haq memandang mereka itu akan Haq Taala dan tiada memandang mereka itu akan suatu (yang) lain daripada(kecuali) Haq Taala.
Perbincangan di atas, adalah sebagai lanjutan daripada Kalam-kalam hikmah sebelum ini yang memperihalkan akan tiga martabat atau Maqam Kepercayaan dan Keyakinan seseorang akan Wujud Allah Taala. Bandingan yang mudah tentang ketiga-tiga Maqam ini ialah seperti berikut; (Bandingan ini adalah sekadar untuk menghampirkan kefahaman semata-mata dan Allah itu Maha suci daripada segala bandingan).
Apabila kita diberitahu oleh seseorang yang adanya kaabah di Mekah dengan gambaran binaannya, maka percayalah kita akan perkhabaran itu. Kepercayaan kita itu adalah berdasarkan kepada keyakinan cerita yang diberitahu oleh orang itu tanpa melihat akan bentuk dan rupa binaan kaabah itu. Ianya hanya bersifat sebagai ilmu atau pengetahuan semata-mata Kepercayaan dan keyakinan ini diibaratkan sebagai Ilmu Yakin yang didapati dengan Su'a U'l Basyirah.
Seterusnya apabila kita berkesempatan untuk melihat dengan sendirinya rupa bentuk binaan kaabah itu melalui gambar-gambar, maka kepercayaan dan keyakinan kita kepada benarnya ilmu atau pengetahuan mengenai kaabah itu akan bertambah mantap dan kita tidak perlu lagi kepada cerita atau gambaran untuk memperihalkan benarnya rupa bentuk kaabah itu. Kepercayaan dan keyakinan yang lebih teguh dengan penglihatan dengan mata sendiri ini dinamakan sebagai Ainul Yakin yang didapati dengan Nurul Ilmu iaitu rahsia(penyingkapan) sifat ilmu yang diyakini sebelum ini dengan terbukanya pandangan terhadap sesautu yang diyakini.
Selanjutnya apabila kita berkemampuan untuk pergi ke Mekah dan tawaf kaabah itu serta dapat melihat dengan dekat serta dapat menyentuh binaan itu, maka di kala itu, ilmu yang diyakini, dan penglihatan yang diyakini dengan melihat gambar itu akan menjadi lebih teguh dan tahqiq lagi. Di kala ini, tidak akan terlintas lagi dalam fikiran kita kepada butiran ilmu-ilmu yang diyakini sebelum ini, malah kita tidak perlu lagi kepada gambar-gambar kaabah kerana binaan kaabah itu sudah berada tersergam di hadapan kita. Inilah perihal Haqqul Yakin yang didapati dengan Nurul Haq. Fana dan hilang segala dalil dan wasitah dengan ketakjuban memandang kepada kehebatan kaabah itu.
Kupasan To’pulau Manis tentang Ilmu Yakin, Ainul Yakin dan Haqqul Yakin
Dan barangsiapa menilik ia dengan Nurul Ilmu,maka dilihatnya bahawasanya 'adam(kosong) tiada wujud bagi yang hadis(baru) (apabila dihadapkan dengan Allah yang) bersifat (dengan) Qadim.
Dan barangsiapa yang menilik ia dengan Nurul Haq, maka qhaib ia hingga daripada dirinya. Maka tiada dilihatnya serta Allah sesuatu . Dan demikian itu kesudah-sudahan sucinya iaitu (nyata) yang maujud yang sebenarNya(Allah) dan barang(sesuatu) yang lain daripadaNya(Allah) 'Adam(tiada) sebenarnya.
Maka Su'a U'l Basyirah itu permulaan Nur iaitu awal syuhud dalam bidayah (pemulaan) pada Mazhar(nyata zhohir) Aqal yang menunjuk kepada Haq Taala dan dalam memandang ia akan hampir Haq Taala daripadanya.
Maka apabila tarqi (memanjat naik) kepada Ainul Basyirah , maka memandang ia akab 'adam(tiada) yang masuk di bawah Ihathoh al-Haq iaitu Maqam Fana daripada wujud dalam hadirat syuhud.
Maka apabila telah mati segala sifat kejadiannya, maka berpakaian atasnya dengan pakaian Baqa dan didatangkan(disingkapkan kenyataan) Haq Taala akan dia dengan Hakikat HaqNya, maka Fanalah ia daripada wujud (diri)nya dan 'Adamnya(tiadanya) dan memandanglah ia Haq Taala seperti yang telah ada pada azali; tiada sertaNya lain daripadaNya(Allah).
Perbezaan antara Fana dan Baqa secara ringkasnya adalah seperti berikut;
Maqam Fana ialah tiada sedarkan diri bila kedatangan Nur Musyahadah dan hanya mabuk dengan memandang kepada Allah jua, tetapi apabila ia sedar kembali atau siuman dari tidak menyedari diri(fana), maka hatinya tiada kekal dengan Allah.
Maqam Baqa ialah maqam yang menyedari diri umpama orang-orang biasa, sedangkan hatinya dalam keadaan syuhud serta keadaannya sentiasa kekal dengan Allah sekalipun ia bergaul dengan orang ramai, berkira bicara dan bercakap dengan orang ramai ataupun berfikir pada sesuatu benda. Pendek kata Maqam Baqa ialah maqam orang yang kekal dalam kesedaran dua Alam iaitu sedar Alam lahir di samping musyahadah ke alam batin. Hatinya sentiasa kekal (baqa) dengan Allah dan melihat sesuatu di Alam zhohir ini seperti bayangan kepada hakikat yang ada pada masa azali yang tidak sesuatu pun melainkan Allah jua yang Wujud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan