Iman itu ialah
tasdiq dan amal. Apabila wujud tasdiq baharulah ada amal, tiada amal tanpa
tasdiq. Tasdiq yang dimaksudkan di sini merangkumi seluruh aspek yang datangnya
dari Allah melalui Rasulullah s.a.w.
Tasdiq bererti menerima sepenuhnya apa yang terkandung di dalam dua kalimah syahadah. Ini bermakna membenarkan rububiyyah dan uluhiyyah Allah, dan membenarkan kerasulan Rasulullah s.a.w serta segala apa yang dibawanya.
Maudu' kepada amal terdiri dari dua sudut. Sudut pertama bersifat 'itiqadi dan sudut kedua bersifat ' amali atau pelaksan
4.1 Sudut I’tiqadi
ni bererti seseorang muslim itu mestilah meyakini bahawa semua perkara yang telah ditetapkan sebagai wajib oleh Allah melalui Rasul-Nya adalah wajib dilaksanakan. Menafikan wajibnya amal-amal seperti salat, zakat, haji, puasa, berjihad di jalan Allah adalah perbuatan ingkar. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipan amal-amal ini maka ia telah kufur.
4.2 Sudut Amali

Melaksanakan
amal-amal yang telah diwajibkan oleh Allah merupakan maudu' amal yang kedua.
Ini bererti seseorang mu'min itu bukan sematamata meyakini kewajipan-kewajipan
yang telah disyari'atkan oleh Allah, tetapi ia mempraktikkan keyakinannya
melalui tindakan dan perbuatan.
Dari sini jelaslah
bahawa secara umum dalam hal ini, telah nyata bahawa amal itu ialah tuntutan
iman. Amal yang wajib itu mesti dii'tiqadkan sebagai wajib dan yang sunat itu
sunat dan yang haram itu haram. Setelah i'tiqad ini baharulah dilaksanakan
segala amal-amal tersebut menurut kedudukannya: iaitu yang wajib dilaksanakan,
yang haram ditinggalkan dan yang sunat diusahakan sedaya upaya bagi
menyempumakannya.
Sesiapa yang
beri'tiqad yang wajib itu haram atau yang haram itu wajib beliau telah menjadi
kafir. Malah sesiapa yang mempersendakan perkara sunat dengan niat untuk
menghina Rasulullah s.a.w dan amalannya, maka ia telah jatuh menjadi kafir. Na
'uzubillah!.
Oleh itu dapatlah
diaimpulkan bahawa iman itu adalah tasdiq dengan hati dan ikrar dengan lidah.
Setelah itu syarat kesempumaan iman pula adalah beramal dengan segala yang
telah ditetapkan oleh Allah dalam syari'atNya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan