Catatan Popular

Sabtu, 20 Oktober 2012

TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 1 : (BAH 3) TAUHID RUBUBIYYAH DAN ULUHIYYAH ASAS KEIMANAN

Tauhid Rububiyah dan Uluhiyah adalah asas Keimanan  

Tauhid rububiyyah melahirkan keimanan kepada tauhid uluhiyyah. Tauhid uluhiyyah pula adalah pengesaan Allah dengan perbuatan 'abid. Perbuatan ini membezakan di antara muslim dan bukan muslim. 
Kedua-dua tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah adalah asas kepada keimanan seseorang 'abid. Ini adalah kerana keyakinan yang teguh terhadap tauhidullah menjadi satu simpulan yang kukuh di dalam jiwa seseorang. Simpulan yang kukuh inilah yang dinamakan iman.

Firman Allah yang mafhumnya:

“Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat yang tidak akan putus.” (Al-Baqarah: 255)  

Tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah menjadi asas keimanan kerana ia menetapkan beberapa asas utama dalam menentukan jalan kehidupan manusia di atas dunia ini. Asas-asas tersebut adalah:

 Hidup untuk tujuan ber'ibadah hanya kepada Allah 

Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku"   (Adz-Dzariyat: 56)

"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk belibadah kepada-Ku." (Az-Dzariyat: 56) 

 

 Menolak segala kepatuhan dan ketaatan kepada selain daripada Allah 


Firman Allah yang mafhumnya: 

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): 'Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.” (An-Nahl: 36)  

Taghut ialah semua yang disembah atau yang dipatuhi selain dari Allah. Allah menyintai keimanan dan benci kepada kekafiran para hamba-Nya. Oleh kerana itu Allah mengutus rasul-Nya untuk menggembirakan orang­orang yang beriman dan mengancam orang-orang yang kafir

Membina Kehidupan Dunia Menurut Peraturan-peraturan Allah

Firman Allah yang mafhumnya:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan agar kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah berumur lanjut dalam pemeli­haraanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka serta ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasihsayang serta ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka mendidik aku sewaktu kecil dahulu.” (AI-Isra': 23-24) 

“Dan sembahlah olehmu akan Allah, janganlah kamu memper­sekutukan-Nya dengan sesuatu. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa, karib kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan jauh, teman sejawat, ibnus sabil dan hamba sahayamu” (An-Nisa': 36)   

Perintah jangan menyembah selain Allah adalah satu perintah yang menyeluruh. Perintah ini bermula dari peng'abdian yang sepenuhnya kepada Allah hinggalah perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat dan seterusnya. Oleh kerana itu seorang yang benar-benar beriman akan membina kehidupannya, keluarganya dan masyarakatnya menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah.

 Menegakkan Masyarakat Manusia berlandaskan Tauhid kepada Allah

Tauhid uluhiyyah menggariskan dasar pembangunan sebuah masyarakat Islam. Finnan Allah yang mafhumnya:  

"Katakanlah : Marilah kubacakan apa yang diharamkan Allah atas kamu. Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah. Berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapamu. Janganlah kamu membunuh anak kamu kerana takutkan kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. Janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, baik yang nampak antaranya mahupun yang tersembunyi. Janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah metainkan dengan sebab-sebab yang benar. Demikianlah yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahaminya. Dan janganlah kamu mendekati arta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih manfa'at hingga ia dewasa. Dan sempumakanlah takaran dan timbangan dengan 'adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendakLah kamu berlaku 'adil walaupun ia adalah kerabatmu. Dan penuhilah janji Allah (perintah-perintah-Nya). Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu ingat. Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutitah dia; janganlah kamu mengikuti jalan jalan (yang lain), kerana jalan­jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya.” (Al-An'am: 151-153)

Tiada ulasan: