Catatan Popular

Rabu, 31 Oktober 2012

TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 1 : (BAH 8) : BATAS-BATAS IMAN DAN KUFUR

Hukum syara' telah menjelaskan bagi iman dan Islam itu ada pintu masuk dan juga pintu keluamya. Sesungguhnya ikrar dan mentasdiqkan dua kalimah syahadah itu menjadi kuncinya. Seseorang itu dianggap keluar daripada iman dan Islam apabila lahir daripadanya perkataan, perbuatan atau i'tiqad yang membatalkan ikrar dan tasdiq dari dua kalimah syahadah.
Oleh itu sesiapa yang bercakap atau melakukan perkara-perkara yang menunjukkan keingkarannya terhadap ikrar syahadah maka syahadahnya terbatal dan keluarlah dia dari Islam. Dalam sistem pemerintahan Islam, orang tersebut wajib dikenakan hukuman kerana melakukan jenayah murtad.
Iman dan kufur dibatasi oleh empat batas-batas utama. Setelah itu sesuatu ucapan atau perbuatan yang membawa maksud yang disengajakan untuk melanggar keempat-empat batas ini, maka ia akan mengeluarkan sese­orang itu dari iman ;dan Islam. Empat batas utama yang menjadikan terbatalnya iman seseorang itu adalah:
Mengingkari atau mencela sifat rububiyyah Allah.
Mengingkari atau mencela Asma' Allah dan sifat-sifat-Nya.
Mengingkari atau mencela sifat uluhiyyah Allah.
Mengingkari atau mencela Rasulullah s.a.w. kerasulannya dan apa yang dibawanya dalam nzpa hukum syari'at.
Keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan i'tiqad, perkataan dan perbuatan, di mana sesiapa yang melakukannya batallah imannya dan keluarlah ia dari Islam dan syahadahnya.
Penetapan Batas-Batas utama ini adalah di atas dasar bahawa iman itu adalah satu hakikat yang bersifat kulliyyah atau menyeluruh yang tidak dapat dipisah-pisahkan. Iman adalah hakikat kulliyyah yang di bawahnya terdapat beberapa cabang. Di mana pengingkaran atau penafian terhadap mana-mana satu cabang sahaja dari permasalahan iman ini bererti telah mengingkari cabang iman yang lain. Sebagai dalil kepada perkara ini adalah firman Allah yang mafhumnya:

"Apakah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang Lain, tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripada kamu melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada Hari qiyamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. ALLah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat." (Al-Baqarah: 85)
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul­rasul-Nya dan bermaksud membezakan antara Allah dan rasul­rasul-Nya seraya mengatakan: kami beriman kepada yang sebahagian (dari rasul-rasul itu) dan kafir terhadap sebahagian (yang lain) serta bermaksud dengan (perkataan itu) mengambil jalan (lain) di antara yang demikian itu (iman atau kufur) merekalah orang yang kafir sebenar-benamya, Kami telah menjadikan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan." (An-Nisa: 151)
 
Nas-nas ini menjelaskan bahawa iman dan kepatuhan itu mestilah menyeluruh dengan tidak berlaku kekurangan walau sedikit pun. Iman merupakan sesuatu yang sepadu serta tidak boleh dipisah-pisahkan. Berdasarkan kepada asas ini segala ucapan dan perbuatan yang membawa pengertian yang disengajakan untuk mencanggahi keempat-empat batas utama tadi akan mengeluarkan seseorang itu dari syahadah dan Islam.

Tiada ulasan: