Wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani..5
Wahai anak, di manakah peribadatan (penghambaan) terhadap Allah swt? Datanglah hakikat peribadatan dan ambillah kecukupan dalam seluruh urusanmu! Kamu adalah hamba yang melarikan diri dari tuanmu, kembalilah kepada-Nya, redhakanlah dirimu kepada-Nya dengan mengikuti perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya dan sabar serta setuju dengan ketetapan-Nya.
Wahai anak, kamu telah terikat dengan adat dan kamu mengikat Allah dengan menuntut bahagian-bahagian, terhenti pada sebab dan melupakan pembuat sebab dan tawakkal kepada-Nya. Wajib atasmu untuk memulai amal dan ikhlas padanya. Allah berfirman dan bermaksud:-
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Az Zariyat: 56)
Wahai anak, jagalah sebelum kamu dijagakan tanpa perintahmu, beragamalah dan pergaulilah ahli agama kerana mereka orang yang penting. Sepandai-pandai manusia adalah orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Wahai anak, apabila khalwatmu bersama Allah benar maka tercenganglah rahsiamu dan jernih hatimu. Pandanganmu menjadi ibarat, hatimu merajai fikiran, roh dan pengertianmu sampai kepada Allah.
Wahai anak, janganlah kamu mencampurkan kesungguhan dengan bermain-main. Sesungguhnya kamu tidak dapat menempatkan hatimu bersama makhluk maka bagaimanakah hatimu dapat berkumpul dengan Khalik, padahal kamu musyrik dengan sebab? Bagaimanakah kamu bersama Musabbib(pembuat sebab), bagaimanakah kumpul lahir dan batin? Sesuatu yang masuk akal (dapat difikirkan) dan sesuatu yang tidak dapat difikirkan.
Wahai anak, kamu berteman dengan orang-orang yang bodoh lalu ia melampaui batas kepadamu kerana kebodohan mereka. Temanilah orang mukmin yang yakin, pandai dan mengamalkan ilmu mereka. Alangkah baiknya keadaan orang-orang mukmin dalam seluruh tindakan mereka.
Wahai anak, jadikanlah saya sebagai cerminmu, jadikanlah saya sebagai cermin hati dan rahsiamu dan cermin amalmu. Mendekatlah kepadaku kerana kamu melihat apa yang ada di dalam dirimu akan sesuatu yang tidak kamu lihat dengan jauh dari saya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan