Catatan Popular

Sabtu, 20 Oktober 2012

TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 1 : (BAH 1) TAUHID RUBUBIYYAH DAN PENGERTIANNYA

1  Muqaddimah 

Islam adalah al-Din yang telah diwahyukan Allah kepada Rasulullah s.a.w. Al-Din dalam pengertian bahawa ia adalah satu cara hidup yang merangkumi peraturan-peraturan yang menyeluruh serta undang-undang yang lengkap dalam semua urusan kehidupan manusia. Islam adalah al-Din yang berintikan iman dan 'amal. Iman itu merupakan 'aqidah atau pokok dan di atasnya berdiri syari'at Ialam. Kemudian daripada pokok itu keluarlah cabang-cabangnya.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberi buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selatu ingat." (Ibrahim: 24-25)
Iman dan ‘amal ataupun dengan kata lain, ‘aqidah dan syari’at, tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Keduanya adalah umpama buah dengan pohonnya atau sebagai natijah dengan muqaddimahnya.
Pengertian kepada keimanan atau 'aqidah itu tersusun daripada enam perkara:
1.      Keimanan kepada Allah
2.      Keimanan kepada 'alam yang gha'ib
3.      Keimanan dengan kitab-kitab
4.      Keimanan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul
5.      Keimanan kepada hari akhirat
6.      Keimanan kepada qada' dan qadar atau taqdir
Asas kepada 'aqidah Islamiyyah adalah tauhid kepada Allah. Tauhid dalam Islam adalah inti daripada Islam itu sendiri. 
Al-Qur'an keseluruhannya berbicara tentang tauhid, baik dalam ayat-ayat yang mengandungi cerita, berita tentang adanya Allah serta sifat-sifat-Nya dan juga dalam ayat-ayat yang menerangkan makhluk dan perbuatannya.
Bersumber daripada tauhid ini lahirlah cabang-cabangnya yang berupa peraturan-peraturan yang mengatur hubungan sesama manusia dan manusia dengan Tuhannya. Dalam semua bentuk peraturan ini, tujuan utamanya adalah untuk memperkuatkan serta menanam tauhid terhadap Allah ke dalam hati setiap orang yang beriman.

 

2   Tauhid Rububiyah dan Pengertiannya 

Beriman kepada tauhid rububiyyah bererti mempercayai Allah sebagai Rabb atau Pencipta dan Penguasa terhadap tiap-tiap sesuatu. Ini juga bererti mengimani bahawa tidak ada saingan dalam pemerintahan-Nya, Allah adalah Pemberi segala-gala dan tidak ada sesiapa yang dapat melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan melainkan dengan seizin­Nya.

Firman Allah yang mafhumnya:

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkan kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya.” (Yunus: 107)

Beriman dengan tauhid rububiyyah juga bererti beri’tiqad bahawa Allah ialah Tuhan yang menciptakan ‘alam, mentadbir, memilikinya, memberi rezeki, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan kebijak­sanaan-Nya yang tidak terhingga. Hakikat rububiyah Allah ini dinyatakan dalam Firman Allah yang mafhumnya:

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Rab) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: 'Tuhanku Yang menghidupkan tan mematikan.' orang itu berkata: 'Aku dapat menghidupkan tan mematikan.' Ibrahim berkata: 'Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,' lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: ‘Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah robohnya?' Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya; ‘Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?’. la menjawab: ‘Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari.’ Allah berfirman; ‘Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya: lihatlah kepada makanan tan minumanmu yang belum lagi berubah: lihatlah kepada kaldai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; tan lihatlah kepada tulang belulang kaldai itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami menutupnya dengan daging.' Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang mati) dia pun berkata. 'Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.’

Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata: ‘Ya Tuhanku perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati.' Allah berfirman 'Apakah kamu belum percaya?.' Ibrahim menjawab: 'Aku telah percaya, akan tetapi agar bertambah tetap hatiku.' Allah berfirman: '(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu jinakkanlah burung-burung itu kepadamu, kemudian letakkanlah tiap-tiap seekor daripadanya atas tiap-tiap bukit. Sesudah itu panggillah dia, niscaya dia akan datang kepada kamu dengan segera.' Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (A1-Baqarah. 258-260 ) 

Fitrah insaniyah sudah sedia mengenali dan mengakui rububiyyah Allah. Firman Allah yang mafhumnya:

“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumf?.' Tentu mereka akan menjawab: 'Allah'. Katakanlah: ‘Segala puji bagi Allah': tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Luqman: 25) 

Oleh kerana kesan fitrah ini, sejauh mana sekalipun seseorang itu melafazkan keingkarannya terhadap rububiyyah Allah, ketika dalam keadaan yang tersepit ia tetap akan kembali merayu kepada Allah. 
Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan apabila mereka dilamun ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan memurnikan keta'atan kepada­Nya maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, Ialu sebahagian mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang yang tidak setia lagi ingkar.” (Luqman: 32) 

Naluri semula jadi untuk berpegang kepada sesuatu ajaran yang berteraskan kepada 'aqidah tauhid ini telah dijelaskan oleh al-gur'an yang mafhumnya sebagai berikut:

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Din (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) ad-Din yang Lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Ar-Rum: 30)

Perakuan manusia terhadap rububiyyah Allah telah digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya yang mafhumnya:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeiuarkan keturunan anak­ anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): 'Bukankah Aku ini Rabbmu?' Mereka menjawab: 'Betul (Engkau Rabb kami), kami menjadi saksi. (Kami lakukan demikian) agar pada hari Kiamat kamu tidak mengatakan: 'Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (Keesaan Allah). Atau agar kamu tidak mengatakan: 'Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang datang sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan binasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?.” (AI-A'raf 72-73) 

Daya memahami adanya Allah Yang Maha Pencipta, sudah semula jadi dibekalkan ke dalam naluri manusia. Persoalannya adalah sama ada fitrah ini dipupuk, diseleweng atau dibenteras. Sekiranya dibenteras, insan tadi menzalimi dirinya hidupnya. Sekiranya terseleweng, akan songsanglah insan tadi mengharungi hidup ini. 
Sekiranya naluri atau fitrah ini dipupuk, dididik dan dipertingkatkan ketaqwaannya, natijahnya akan terpancarlah satu keyakinan yang bulat bahawa Allah sahajalah sumber cipta dan Allah sahajalah yang berhak menerima pengabdian yang penuh. 

Tiada ulasan: