WEJANGAN KE 2 : GHAUS AL AZAM SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI
Wahai anak, kamu diciptkan bukanlah untuk kekal dan bersenang-senang di dunia, maka ubahlah apa-apa yang dibenci oleh Allah yang ada padamu, kerana kamu telah menerima untuk taat kepada Allah dengan ucapan:-
"Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah"
Wahai anak, urusan itu bukan dalam kasarnya pakaian dan makananmu. Urusan itu ada di dalam zuhudnya hatimu. Yang pertama kali dikenakan oleh orang yang jujur dalam berpakaian adalah bulu ( pakaian yang sederhana) atas batinnya kemudian meluas ke lahirnya.
Wahai anak, ambillah bahagian-bahagian itu dengan tangan zuhud tidak dengan tangan keriangan. Orang yang makan dan menangis tidaklah seperti orang yang makan dan tertawa.
Wahai anak, janganlah kamu bergaul dengan manusia disertai dengan kebutaan, kebodohan, kelalaian dan tidur? Pergaulilah mereka dengan mata hati, pengetahuan dan kesedaran.
Wahai anak, serahkan kepada-Nya mengenai apa yang ditakdirkan-Nya kemudian berdirilah bersama-Nya setelah itu. Asas itu memerlukan bangunan dan terus-meneruslah atas demikian itu pada seluruh waktu, baik siang mahupun malam.
Barangsiapa di antaramu itu menjadi orang yang benar maka tidak ada orang yang benar sepertinya. Kamu para raja sedang selainmu dari umat-umat yang terdahulu sebagai rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan